ADUHAI!
Petang Rabu ITU, memandu pulang selepas berbelanja sakan di EXPO Ushawan Bumiputera di Seberang Jaya.
Kubeli produk-produk dari herba untuk penyakit kencing manis, sakit urat dan tulang belakang, jus kesihatan badan dan tenaga batin, dan apa segala.. Amboi! Boleh kata 60 peratus gerai di EXPO itu memperaga dan menjual produk-produk dari herba . Hari ini dapatlah aku kenal pelbagai jenis akar, kayu dan dedaun hutan dengan nama tempatan dan saintifiknya. Bunga dandelion, chicory, habbtus sauda, akar manis likoris, ginseng siberia, beri juniper, tyme, pipsissewa, kulit pokok cascara, buah kapsikum, fanugree, biji saderi, beri schisandra, ganoderma lucidum adalah nama-nama herba yang terlalu asing bagiku.
Banyak lagilah jenis-jenis herba yang tak sempat aku catitkan, tetapi semuanya untuk mengembalikan kesihatan tubuh badan. Bagi aku yang sudah berumur ini, apakah masih ada erti (relevant) untuk mengembalikan tenaga yang sudah hilang? Apatah lagi sebagai penanggung penyakit kencing manis?
Kencing manis tidak pernah ditinggalkan dari senarai penyakit-penyakit yang dilekapkan kepada botol ubat atau risalah yang disertakan. Lain-lain seangkatan kencing ialah kesukaran kencing, kencing tak lawas, kencing tak puas dan kerap kencing malam.
Namun, yang selalu jadi tarikan ialah berkenaan lemah tenaga batin, hilang minat pada seks, sakit tulang dan sendi, cepat letih, bengkak prostat, sukar ereksi, kemandulan, kering alat pembiakan dan lelain istilah yang mudah merangsang orang membelinya. Oleh kerana sukar dipercayaii kesannya kalau harga ubat itu murah, maka harga yang lebih tinggi diletakkan. Tentulah bagus kalau tidak masakan begitu mahal harganya untuk sesuatu yang sepenting itu.
"Mati pucuk pasti hidup semula! ", " Dingin seks pasti hangat kembali", "KUCING JADI HARIMAU"....lampu merah cepat tukar ke lampu hijau, hark! hark! hark!
KUmemandu melalui Lebuhraya Butterworth-Kulim. Tup-tup aku tengok banyak kereta menyimpang masuk ke stesen minyak di tepi lebuhraya itu. Apa hal? Bisik hatiku.
Keluar lebuhraya itu aku masuk Sungai Seluang untuk ke simpang Lunas-Padang Serai, amboi panjangnya Q untuk melepasinya. Oh...agaknya ini time orang balik kerja, kot. Takpa lah. Slow-slow akan sampai juga ke pangkal simpang. Dah, sampai akupun membelok ke arah Padang Serai. Perlu disebut, dan sudah lama ingin ku sebut, papan tanda tunjuk-arah di simpang itu tidak menunjukkan arah ke Padang Serai tetapi "Sungai Patani", walhal, sepanjang perjalanan dari lebuhraya tadi "Padang Serai" tertera dikebanyakan papan tanda dan "hilang" dihujung simpang!
Lega jalan clear sehinggalah aku hampir sampai ke pekan. Ku lihat sebuah setesen
minyak dipenuhi deretaan kereta kecil besar, lori , van dan bas. Patutlah jalan agak lengang . Rupanya semua berhimpun nak masuk ke setesen minyak. Pun aku belum tahu apa sebabnya.
Sampai ke rumah henfon beri isyarat ada sms masuk. Anakkau kirim sms beritahu harga petrol akan naik RM2.70 seliter tengahmalam itu. "Penuhkan tangki kereta babah cepat!"
Kebetulan meter menunjukkan minyak kereta aku tinggal seperempat saja lagi.
Tanpa berlengah-lengah lagi, akupun memandu keretaku ke setesen minyak terdekat dan, mak datuk! Panjangnya Q, banyaknya kenderaan pelbagai jenis menunggu giliran untuk mengisi tambah minyak. Macam sampah-sarap dari parit masuk ke longkang di tolak arus air.
Pemandu berdisiplin dan menunggu giliran dengan sabar dan beratur mengikut barisan di lorong pengisian masing-masing. Tidak ada siapa-siapa membunyikan hon kepada sesiapa. Yang mengisi minyak mengisi minyak sepenuh-penuh boleh. Yang menanti di belakangnya pergi ke kaunter buat bayaran dahulu, begitulah. Kad kredit tak boleh digunakan sebab talian jem. Siapa tidak bayar tunai, minta maaflah. Kena datang balik dan beratur semula dari belakang.
Kelihatan juga yang tidak bawa kenderaan, datang dengan dua tong besar setiap seorang
dan beratur menanti giliran ditempat pengisian untuk motorsikal. Mat-mat motor yang tak tahu apa puncanya, kelihatan bertanya kepada seorang pemandu jentolak yang terjebak dalam jam menanti jalan keluar. "Minyak sudah naik harga esok!"
Semakin lama semakin ramai motorsikal berbaris. Akupun, selepas dah isi penuh tangki minyak keretaku. Pulang bawa motorsikal dan beratur bersama. Kubawa bekas minyak pelicir 5 liter bersama untuk diisi minyak untuk mesin pemotong rumput laman rumahku nanti, sampai terpancut lebihan minyak dipamkan masuk ke biji mata, aduhhh!
Sempat jugalah ku rakamkan gambaran bersejarah petang Rabu June 04, 2008 itu dengan handycamku untuk kenangan abadi..
Selesai satu episod dalam sejarah hidupku. Situasi begini tentu pernah berlaku setiap-kali rakyat mengetahui kenaikan harga minyak dahulu tapi bagiku inilah pertama kali aku terlibat sama. Apatah lagi harga minyak naik begitu banyak berbanding beberapa sen sebelum sebelum nya.
Malam itu, sedang duduk menyaring website kesukaannya yang banyak memuatkan keluhan bloggers dan komen-komen yang mengiringinya, aku terfikir sendiri. Rungutan demi rungutan dan komen demi komen di dalam website itu semuanya menghentam
Kerajaan dan teraju utamanya.
Tidak ada satupun cadangan apa yang boleh dibuat RAKYAT untuk mendepani situasi itu. Slogan "KETUANAN RAKYAT" tinggal slogan kosong sahaja.
Jika rakyat itu "tuan" inilah masanya semua rakyat saling bantu-membantu sesama mereka untuk mengatasi "malapetaka" itu.
Rakyat yang jadi pengeluar bahan-bahan jangan naikkan harga. Bukan rugi kalau harga petrol naik dengan tidak menaikkan harga bahan-bahan keluaran? Cuma untung sedikit kureng aja.
Pembekal barangan keperluan rakyat juga merupakan rakyat. Tunjukkanlah "ketuanan" masing-masing dengan mengawal harga bekalan supaya tidak naik tinggi dan membebankan rakyat yang jadi pengguna.
Apa salahnya sekali ini untung tak banyak, tapi masih untung juga. Tak susah mana pun pekedai, peniaga makanan dan lain-lainnya kekalkan harga keperluan pada paras semasa sebab baru sangat menaikkan makanan akibat kenaikan harga beras baru-baru ini.
ABSORB! ABSORB! Absorb kenaikan harga petrol seumpama rakyat memberi subsidi kepada sesama rakyat.
But again, fikir aku, IT'S EASIER SAID THAN DONE.
NOTHING PERSONAL!
WASALLAM
Thursday, June 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Your comment is subjected to moderation. Thank you.