Tuesday, February 24, 2009

BORIA PILIHANRAYA KE 12

Sedang ligat layar internet dengan Google Search aku klik BORIA .... keluarlah senarai URL http\www.warisanboria @blogspot.com. serta nama OMARA. Aik? Ini nama komersial kawan lama aku Omar M Hashim (gambar di kanan) Bersama adik satu perut ibunya, Yusof Md Hashim (gambar di kiri) Tak sangka rupanya mereka penggiat seni boria yang terkenal di Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Last depa jumpa aku tahun 1986 di KL nak beli skrip drama swasta yang ada dalam simpanan. Teruja, aku telefon Omar melalui telefon yang dia siar di blog. Cerianya suaranya seperti kukenal dulu , siap dengan ketawa keciknya. Maka timbullah kembali tahun 70-an semasa rakam ke keset sketsa caca-merba sesama kami. Semasa aku bertugas di Bukit Mertajam, aku dampingi penggiat-penggiat teater tempatan , kumpulan silat , pelukis karton, pemain muzik tradisional dan pelawak. Kami dapat jayakan pementasan SIBONgKOK TANJUNG PUTERI di padang BWRC . Ketika itu akulah salah seorang jagoan seni teater disana. Kini teman-teman aku pula meneruskan kegiatan mereka sehingga mencapai kejayaan yang amat cemerlang sebagai tukang karang BORIA dan pelakonnya. SYABASH!
Ku petikkan salah satu karangan boria oleh temanku yang juga di kenali sebagai OMARA.

PILIHANRAYA KE 12

Pilihan raya, tajuk utama
Lapan bulan Mac, hampir menjelma
Amalan demokrasi, adil saksama
Warisan Boria, turut bersama

Bila parlimen, telah dibubar
Semua pihak, mulalah berdebar
Radio tv, internet dan akhbar
Pelbagai maklumat, berita dan gambar

Pilihan raya, sungguh bererti
Disertai oleh, pelbagai parti
Untuk memperolehi, kerusi majoriti
Matlamat kemenangan, sudahlah pasti

Tigabelas hari, diberi masa
Parti berkempen, dengan selesa
Pelbagai janji, diucap sentiasa
Untuk rakyat, semua bangsa

Jangan abaikan, tak ambil perduli
Pilihan raya, tidak terkecuali
Lima tahun, hanya sekali
Peluang hilang, tak boleh dibeli

Parti politik, bergerak berani
Riuh berkempen, ke sana dan sini
Menyatakan hasrat, tujuan murni
Manifesto diterang, matlamat terkini

Riuh rendah, ucapan ceramah
Pelbagai ayat, serta kalimah
Ada yang kempen, rumah ke rumah
Semua ceria, mesra dan ramah

Rakyat diseru, ikut undang-undang
Di pihak pembangkang, atau pencadang
Elakkan bertengkar, marah meradang
Walaupun tewas, atau kecundang

Pusat mengundi, di merata tempat
Pergilah mengundi, segera dan cepat
Jangan lengah, takut tak sempat
Calun dipilih, biarlah tepat
Penamaan calun, sudah diwarta
Keluarlah seluruh, rakyat jelata
Sepuluh perpuluhan, enam juta
Demi membentuk, negara tercinta

Wahai saudara, serta saudari
Terletak kepada, kita sendiri
Membuat keputusan, di hujung jari
Pilih wakil, persekutuan dan negeri

Persembahan kami, berakhir tamat
Kepada semua, tabik dan hormat
Demikianlah nasihat, serta maklumat
Warisan Boria, ucapkan selamat

Rangkap Karangan Oleh:
Omar M. Hashim (OMARA)
Posted by Mohd. Ismail Ariffin a.k.a. Benariff at 3:43 AM 0 comments Links to this post
Labels: boria, omara, tukang karang, warisan




No comments:

Post a Comment

Your comment is subjected to moderation. Thank you.