Apa salah aku , kakak?.....
Tadi petang Aishah dan Mamat bersama anaknya Ijam dan isteri , datang . Mereka bypass aku yang tinggal di hadapan terus ke rumah Shima di belakang. Aku memerhati dari tingkap bilik kerjaku kereta Proton Saga Aeroback parkir di hadapan rumah dia. Aku nampak seorang pemuda tinggi lampai tak berbaju , dengan sarung parang di pinggangnya, mengambil sesuatu keluar dari keretanya. Mula-mula ku sangka Nazri, tetapi rupanya Ijam. Barangkali mereka sekeluarga singgah dari atau dalam perjalanan ke Kuala Muda, rumah bisan/menantu mereka. Aku tak kesah sangat, kak sebab aku menjangka adikku dari Muar Johor dan suami serta anak menantu yang lama takku jumpa, aakan singgah juga menjengok aku.
Aku keluar sekejap menghantar Azizi mengaji di rumah taman di belakang kampong. Dalam berharap mereka akan singgah, hatiku terusik bila memikirkan kenapa mereka melangkau aku , walaupun masuk pintu pagar mesti melalui rumah bertuah ini. Bagaimana, kakak, kalau tunggu-tunggu mereka keluar begitu sahaja? Jadi ku lewatkan pulangku ke rumah dengan harapan , mereka tidak kelihatan lagi bila aku pulang.
Aku pergi makan mee goreng di kedai mamak berdekatan. Ku ambil masa merokok sebatang rokok sehingga habis. Masih awal untuk mengambil Azizi pulang, aku singgah mini-market berdekatan beli bulb lampu bilik air yang terbakar. Masih awal, ku pergi bercukur di kedai SHaktinathan.
Jam hampir 7.15 malam ketika aku menjemput Azizi dari tempat mengajian Al-Quran itu. Ketika memandu di hadapan kampung, aku nampak kereta mereka masih disitu dengan boot terbuka, seperti sudah pack-up nak beransur. Jika kereta mereka sudah berada di hadapan rumahku, hendak aku terus ke gerai beli apam balik atau kebab .
Apa yang ku jangkakan meleset . Mereka tidak singgah selepas habis di rumah Shimah.
Mereka pergi begitu sahaja kak. So near and yet so far, kak.
Apa salahku kak?
Salahkah aku menompang tinggal di rumah ayah yang dikosongkan selepas Shima diberi sebuah rumah PPRTnya sendiri? Tidakkah adanya aku menjaga rumah dan kampong halaman di sekelilingnya membawa apa-apa erti kepada kalian? Am I actually NOT WELCOMED to stay here all these years?
Aku duduk di rumah ini sudah enam tahun, kakak. Enam tahun aku mengurus dan menjaga kampong. Namun orang masih menghargai dan menyanjung Shimah. Sedarkah aku lebih lama tinggal disini bebanding lima tahun dia tinggal di rumah ini. Apakah selama ini aku masih dianggap PENDATANG TANPA IZIN kah , kakak?
TidaKkah apa-apa hak aku ke atas tanah dan rumah peninggalan ayah ini. Adakah kakak dan kalian sedang menanti anak ayah/emak yang ke empat mengambil alih. Kalian seolah2 memulaukan aku. Jangankan yang jauh tak singgah bertanya khabar, yang dekat-dekat juga tidak ambil peduli, kak.
Hatiku terguris dan sedih amat, kak. Kau sebagai anak yang sulung juga menunjukkan sikap yang sama. Kalau kau pulang ke kampong suamimu atas urusan keluarganya, kau akan singgah kerumah ini kerana terpaksa lalu di hadapannya bila menziarah kubur emak dan ayah . Kalau singgah, kak, belum panas buntut mu, kau sudah hendak balik ke Kuala Lumpur dengan alasan anak kemenakanmu tuisyen . 15 minit bersama kami di rumah ini sudah tersangat lama bagimu. Apa salah aku, kak?
Apakah aku PENDUDUK TANPA IZIN di rumah peninggalan ayah dan emak ini?
Salah besar sangatkah aku memilih tinggal di kampong selepas bersara. Tak cukupkah aku meninggalkan kampong ini selama 40 tahun aku di sebelah sana, kak?
Salahkah aku?
Monday, May 26, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Your comment is subjected to moderation. Thank you.