Pagi ini aku bahasakan Azizi "pondan" kerana menunggu ibunya mengangkat beg sekolahnya ke dalam kereta. Budak-budak sekolah sebaya, malah lebih kecil darinya, termasuk perempuan berani mengayuh baisikal pergi dan balik sekolah. Aku berasa terikat, terpenjara, di rumah kerana tidak bebas membawa diriku melara ke mana-mana bersendirian kerana terpaksa pulang tepat pada masa dia keluar dari kelas.
Aku mahu dia berdikari , macam aku sewaktu sebaya dia, mengurus sendiri kepergianku ke seklah dan balik. Waktu aku dalam darjah tiga seperti dia dahulu aku bangun seawal jam 5pagi, mandi di perigi yang sejuk airnya, tanpa sarapan tapi membawa bekalan air kopi dalam botol "oren", goreng pisang atau cucur kodok , mengayuh baisikalku ke stesen bas di pekan, lebihkurang dua batu. Jalan kampong tanah merah, ikut lorong dalam kebun getah bila hujan kerana jalan keluar bertanah merah licin dan melekat kepada roda baisikalku.....
Tapi Azizi terlalu dimanjakan oleh ibunya. Mandi dengan air panas yang dijerang ibu dalam cerek. Bangun diangkat dukong dari tempat tidornya ke bilik mandi. Dimandikan ibunya. Dipakaikan uniform, diminyap dan disikat rambutnya. Kemudian dihidangkan sarapan pagi biskut dengan milo sambil menonton kartun di Astro. Terlalu dimanjakan.
Aku pernah tidak mahu menghantar dia ke sekolah , kerana aku hendak mengajar ibunya pula melakukan kerja itu . Ku belikan ibunya sebuah motosikal Yamaha Ego berenjin automatik. Sesuai dengan keupayaan ibunya menolak dan memandu. Namun hanya sekali dua sahaja dia dibawa ibunya ke sekolah. Itupun pernah terjatuh motosikalnya ketika hendak selekoh keluar dari pagar rumah. Sejak itu Azizi takut hendak membonceng motosikal yang dipandu ibunya. Maka aku jugalah , sekali mengantuk, terpaksa akur bila dibangunakan isteri setiap pagi.
"Bang, dah pukul tujuh suku (7.15AM)"....
Selepas mengeliat di katil ku bangun turun ke bilik air dan membasuh muka ku ,. rambutku dan berkomor mulutku. Pakai apa baju yang sempat , berikan belanja sekolah RM1,50 kepada Azizi, panaskan enjin keretaku (Waja Campro 1.6) , tunggu Azizi naik dan ibunya meletakkan beg sekolah, dan pergi. Azizi akan melambai2 ibunya selamat tinggal hingga kereta berada di jalanraya. Pagi ini ku suruh dia hentikan lambaian yang panjang. Jikalau tidak tak payah pergi sekolah. Balik ke pelukan ibunya. Dah berumur sembilan tahun masih tidor dengan ibu! "Pondan"
Wednesday, October 22, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Your comment is subjected to moderation. Thank you.