Saturday, June 14, 2008

[Relexjap] BBA - Nothing Personal ~ Apabila Suami Main Kayu Tiga ~ Warkah Untuk Engkau 2

[Relexjap] BBA - Nothing Personal ~ Apabila Suami Main Kayu Tiga ~ Warkah Untuk Engkau 2

Monday, November 14, 2005 11:42 PM
From:
To: relexjap@yahoogroups.com
Salam Simpatiku yang teramat,
Hati AKU terusik membaca rintihan hatiMU
Perasaanku bergelora dengan perlakuan NYA.
Jari-jemariKU ingin mengganas dengan kata-nista dan maki-hamun kepadaNYA.
Tergamaknya DIA bermain kayu tiga dengan budak ITU?
Apa kurangnya ENGKAU? Dimanakah cacat celaMU?
Apa lebihnya budak itu? Apakah kelebihihan dari segi SPECIFIKASI kalau disamakan ENGKAU dan DIA dengan kontrak barangan?
Bertepuk tak jadi kalau hanya sebelah tangan. Kecualilah kalau disasarkan ke pipi sesiapa, bunyinya kuat, sakitnya pun memeritkan.
Siapa tak tergoda kalau suamiMU pandai menyusun kekata indah-indah hingga membuat budak itu TERAPONG2 diawangan, ketika berbalas2 sms. Hendak pula kalau budak pompuan tu tergolong dalam kategori makluk yang sentimental feelings nya, akan terbawa-bawa dan mudah teruja . Kalau 17 tahun usianya tentulah bersekolah dalam tingkatan lima. Sedang menghadapi SPM barangkali. Pada saat2 tension memerah otak dan mengulangkaji untuk peperiksaan, sms manis, romantik, pujuk rayu, puji-pujian, gurau senda yang menghiburkan, dan isyarat-isyarat cinta berputik yang dikirimkan , tentulah dapat melonggarkan ketegangan. Kena pula dia pun tengah dalam "heat". BUdak yang bunganya tengah mekar berkembang, bila diusik kumbang jantan, ...tak mesti tapi selalunya, mudah terpikat dan dipikat. Jangan katakan suamiMU,, AKUpun ! Jikalau pada masa-masa tertentu dilayan SMSES , waima dengan gadis separuh umur AKU, pun boleh naik sheikh seronok dan meghenyamnya sebentar. Kalau tak CHECK dan BALANCE diri, jadi! Tak cukup penat jari menyusun kata, follow-up dengan telefon. Bila sekali telefon terasa seronok dilayan, maka akan ada kali kedua. Kali-kali seterusnya perbualan semakin panjang. Tambahanpula diwarnai suara yang mengasyikkan perasaan orang di sana. Tanggonglah bil telefon tu banyak-banyak.
Kesimpulannya, suami KAMU harus cepat menginsafi perkawinannya dgn MU yang baru setahun jagong. DIA sepatutnya mengenali setiap sentimeter sifat dan perasaan isterinya, dan meyakini diriNYA bahawa jodohnya itulah adalah yang terbaik buat diriNYA. Jangan hendak membebankan diri dengan perempuan lain. Secara spesifik, AKU tak dapat memberi formula untuk menghindarkan kejadian. Hendak KUberi doapun AKU tak ariff, walaupun nick AKU BENariff. Orang lain mungkin menasihati ENGKAU menyuluh ke dalam diri sendiri, apa-apa kelemahan seorang isteri yang ENGKAU tidak sedari. Salah layanan makan minumNYA? Kurang mengancam perawakan ketika bersamanya? Selalu membuat dia merasa terkongkong? Kureng panas aksi di ranjang bersama NYA?....Apapun AKU TIDAK MENYALAHI MU. Apa yang berlaku adalah ditempah suamiMU itu. Mungkin selepas budak sekolah picisan itu DIA sudahpun membuat "booking in advance" untuk main kayu empat!
Species apa lelaki berstatus suami orang yang tidak tahu diuntung dan tidak tahu mensyukuri nikmat beristerikan perempuan yang dianugerah tuhan cantik dan jelita .?
AKU sendiripun memujaii rupa paras luaran yang cantik apatah lagi jika ianya diimbangi dengan dalaman yang cantik juga. Namun secara realitinya juga, tuhan tidak memberi segala2nya kepada perempuan yang cantik rupa parasnya.
Tuhan Maha Adil. Kalau rupa biasa2 saja, Tuhan imbanginya dengan fizikal yang sexy . Kalau tak reti pujuk belai dan main kata-kata yang romantik diimbangi dengan penyerahan diri nya yang total dan kemampuan memberi layanan yang ideal di ranjang. Dikurniakan perempuan itu dengan besi berani tarikan yang tersendiri walaupun sudah beranak pinak , kebijaksanaan mengurus diri. Dia sedar kekurangannya dan berusaha menambat pandangan suaminya. Masih ada MISTERI dalam dirinya yang suami tak jemu2 cuba meneka dan sering mencari. Bergantung hidup dan harapan seratus peratus hanya kepada suami. Dah semulajadi kejadian lelaki memiliki ego yang tiga kali besar kepalanya!. Mahu dipuja dan dipuji. Membutuhkan rasa hormat dan pandang tinggi isterinya . Mahu digantung harapan kepadanya. Mahu melindungi. Hatinya akan menjadi tawar kalau isteri serba tahu, serba boleh, serba mengatur, serba mencadang. Serba mengongkongi . Biarkan suami menunjukkan kebolehannya menjuarai segala aspek kehidupan dalam rumahtangga? Biarlah dia mendahului ucap "I love you" pulak. Isteri cukup sekadar membalas "I love you too" . Mood isteri seringkali berubah2. Suami perlu faham. Bila dah habis sabarnya berikan dia kelonggaran untuk menampakkan rajuknya. Kurasa ramai dikalangan suami suka memujuk.
Walaupun sudah diterokai suami setiap inci tubuhnya, dia masih menyimpan perasaan malu , lebih tepat lagi disebut "reservation". Sifat lelaki mendahului....biarlah dia mendahului apapun.
Itu barangkali yang mendorongi dia main kayu tiga. Mungkin kerana budak sekolah itu jenis menurut sahaja asakan dari nya. Maka galaknya menjadi2.
Kalau sekadar ini tidak menolong, serahkan sahaja kepada taqdir menentukan segalanya. Follow your heart YOU! Ask yourself, is he worth keeping as your husband any longer??
To me, maaf kata, he can go to hell for all i care! kalau ada suamipun rasanya macam diabiarkan tegedik-gedik keseorangan, baik hidup seorangan. Jangan pedulikan apa mak bapak, adik beradik, jiran tetangga, raKAn dan tolan nak kata. Berat bahu memikul sekilo berat lagi kalau sepuluh kilo! Bagi dia kata dua. Hendak mengurat budak tu, bebujanganlah awak semula. Kalau sayangkan kita, mahu hidup lagi bersama kita, STOP THOSE SHIT! Pilih dia ataupun kita. Itu sahaja alternatif kalau dia tidak berhenti. Sementara belum ada zuriat dari benihnya. Grrrr!
Kenapa tak boleh? Apa hinanya mengalah? Apa malu sangatnya suami di kebas pompuan lain? Siapa sangatlah suami kita tu? Lelaki Melayu Terakhirkah? Udahlah tak kerja, pemalas pula kataMU. Apatah lagi kalau makannya hendak disuap supaya berdaya-maju mengurat pompuan lain. Pakaian, kereta, rumah , bil handfon pun bini tanggung? Kok kita ni dhaif sangat, tak aDA kudrat berdiri atas kaki sendiri nak bertongkatkan kaki dia? Apakah kita ni lemah sangat hendak terus menyondol ketiak dia yang berkulat masam itu ? Biar dia tahu rendah tingginya langit kalau mahu terus main kayu tiga, empat waima sepuluhpun!
BE BAD if you wish. Biarlah kalau ada lelaki mengurat kita .Tengok warna muka dia merah padam atau pucat lesi! Tak ada apapun kurangnya harga diri kita diperlakukan sedemikian hinanya oleh suami. Lelaki sepertinya belambak dalam bungkusan sampah yang setiap hari dibuang ke dalam tong Dewan Bandaran ...dan dikumpulkan di tempat pembuangan sampah untuk mereka yang sewaktu dengannya! Budak sekolah pun kemaruk! Buluq (bulur) sangat (maaf kata) budak tu? Kenanya busuk masam hapak hangit tengik....baru menyesal?
Aduh, maaflah aku dah terbawa2 dengan emosi pulak. Bagi KU, isteri hendaklah menyerah kepada suami apapun akan berlaku dalam kehidupan berumahtangga seterusnya . Walaupun amat memerlukan suami, dia redha kalau suami akhirnya akan menceraikannya. Jika RETAK MENJADI BELAH, tidak ada apa yang hendak dinanti-nantikan, selain terima dengana bangganya talak yang digugurkan . Itulah isteri yang kuat akidahnya . Percayakan taqdir dan penentuan Ilahi. Kalau masih ada jodoh, kita tetap bersama. Dia menyerah segala2nya. Keputusan ditangan suami. Hitam katamu hitam. putih katamu putih. Cuma nantinya jangan menyesal kalau yang dikejar lari, yang dikendung keciciran! Yang diburu tidak lebih baik dari yang di buang. Lebih hampeh lagi!
AKU tak berani ambil risiko diandaikan perkahwinan ke dua kaliKU ini runtuh berderai. Pada umur 5.8 skala richta ini, apa mungkin AKU akan bertemu jodoh seperti yang sedia ada ? Banyak kekurangannya tidak seumpama aruah. Namun ada sesuatu padanya yang membuat AKU teruja. Dulu AKU cinta dulu baru kawin. Sekarang AKU kahwin dulu baru main cinta. Dia tetap dia...effortlessly bersahaja. Membikin AKU tak jemu2 mengurat dia walaupun sudah masuk tahun ke delapan dengannya. Something missing in her gets me excited, bebeh! Memang sifat AKU lelaki yang suka memburu. Meredah onak duri untuk ke sasaran. Dia membuat AKU tak jemu2 cuba menambat kasih sayangnya. Dungu kata engkorang, dungu lah. Kayu kata engkorang, kayulah. Memang kayu pun. But again, thats what makes her exciting really!. Terlalu berahsia. Macam susah sangat hendak menyelami hati nuraninya. Namun DIA patuh kehendak KU.Ikut apa KUperintahkan. Serah bilamasa ku mahu.Sabar dengan kerenah KU .Tak kesah AKU sehari suntuk dihadapan komputer. Tak tunjuk cermburu dia AKU meghenyeh dengan kawan dan "peminat" cyber . |Chat aku tak main. Instant messaging ada. itupun kalau depa call-in. Selalunya aku call dulu.! Hark! HaRK! hARK!
Dia tak benarkan hatinya terusik dengan the remeh- temeh side of me. Kalau adapun dia perli2 sikit-sikit. Berhati-hati menyolok sarang tebuan dalam diriku. Lega dia kalau AKU balas dengan senyum simpul. Terasa malu sendiri . Dah tua-tua dok WORLD lagi dihadapan komputer. Pi lAH berJEMAaah kat surau tuh. Campur2lah dengan orang2 tua kat situ. Ingatlah MATI. Kalau leka hingga masuk waktu solat fadhu apapun, dia ingatkan sekali saja, and then everything else is up to ME. Tak kuasa panjang2kan leter.
Jual mahal hingga sekarang. That's what I like in the likes of her. Pelik tapi benar ! DIA takkan datang duduk dekat KU sekalipun rancangan tv atau video cd yang AKU tonton menarik. Berani potong kaki ayam! DIA buat derk...dia buat urusan dia. Upto ME kalau I "rindu"kan dia, I pergilah dapatkan dia. I pergi peluk dia dari belakang. I kucup lehernya. Dia mengeliat kegelian. So, what, my wife what? AKU dapat merasakan dia teruja tapi malu nak tonjolkan. Ku kata padanya "I love you". Spontan dia balas " I love you too!" Dr Fadhilah Kamsan, EAT YOUR HEARTS OUT! Macam Dato juga, AKU pun pernah mandi bersama isteri, tak selalupun, once in a blue moon! Hark! Hark! Hark!
DIA pujuk hatinya agar tidak sakit l dengan perangai KU. AKU pernah melalui satu perkahwinan yang berakhir dengan kematian . AKU membezakan dia dengan aruah. Aruah pandai memasak, dia tidak. Aruah pandai buat kueh mueh, bakar cake, baulu utk tempahan, dia tidak. Aruah romantik, dia tidak. Kalau menulis skrip, aruah temankan aku ke pagi2 buta, dia tidor. Tidor mesti awal. Katanya malam untuk berehat, bang. Bukan untuk berjegil depan komputer tu. Tuhan ciptakan malam untuk kita tidor, pulihkan tenaga untuk siang esok......
CUKUP! Wasallam.

BENariff
1141/141105


2 comments:

  1. Salam Aben, selamat berpuasa. Lama tak post citer...anyway.. semoga berbahagia..

    ReplyDelete

Your comment is subjected to moderation. Thank you.