Wednesday, October 21, 2009

DARI ARKIB RELEKJAP 2003 ¬PERJALANAN KE RUMAH ALLAH EPISOD 17, 18,19

Mon Aug 25, 2003 2:14 am

PERJALANAN KE RUMAH ALLAH
EPISOD 17 ~ TAWAF LAGI.

Tok sheikh melangkah gagah dihadapan sekali. Tinggi orangnya. Tua-tuapun menarik personalitinya. Dengan serban dan janggutnya kelihatan bagaikan pahlawan ke medan perang. Sememangnya tawaf itu suatu peperangan menghapuskan dosa.

Ku rasa Tabung telah memilih orang yang kena dengan situasi yang akan ditempuhi. Disebalik ketenangan diwajahnya, terdapat sepasang mata yang tajam dan raut muka yang digeruni selari seorang pengawal yang melindungi pengikutnya dari bahaya. Macam “Gedebe” di selatan Thai atau “Bonzer” di Bandar Metropolitan. Kita rasa selamat membawanya sebagai BODYGUARD. Penyerang akan fikir 2X jika nak apa-apakan kita. Begitulah yang ku rasa.

Aku dan Pak T terkejar-kejar dalam kepungan jemaah-jemaah lain. Hingga sampai ke Masjid. Sekali ini kami diberitahu Ustad B tanda-tanda dibangunan laluan untuk dikenali sebagai peringatan. Warna hijau Hotel Ayjad Makkah, Hospital Ayjad, Jejantas, Jam Besar di lapangan Masjid, dan pintu King Abdel Aziz kalau tak silap bertanda (No.1 dalam tulisan Arab ) . Kali ini aku cam betul-betul. INSYALLAH, sorang-sorangpun tahulah jalan baliknya.

Di dalam masjid, alhamdulillah , laluan masuknya lancar. Tidak ada pemeriksaan keatas jemaah . Agaknya pengawal-pengawal dipintu sudah kenal baik “passport”kami, tok sheikh dan pembantunya itu , dan juga bendera Malaysia di beg gantung jemaahnya.

Tok-tok tok sheikh turun ke gelanggang Kaabah yang mulia itu. Sekali lagi jantungku berdegup bukan kerana cuak tapi mengkagumi kebesaran rumah Allah itu. Kami mengikuti mereka ke garisan hitam yang merentangi lantai jubin putih dan bersih ke Rukun Hajar Aswad.

Dan ketiga itulah baru jelas dan terasa dekatnya aku dengan Kaabah, masyallah! Dapat melihat mereka yang bertawaf bersama tanpa rasa gentar dan gemuruh lagi. Dapat melihat lelaki dan perempuan menanti giliran hendak mencium batu hitam yang mulia itu. Menghampiri hajar aswad tidak seteruk mencium dan melepasi diri keluar dari kepung maknusia dari kiri, kanan dan dari hadpan batu hitam itu..Tak sukar mengikuti Tok sheik kerana diatas kepalanya dia menjunjung sejadah yang berlipat tebal agar senang jemaah mengenalinya dari belakang. Yang khudratnya lebih mengikut disisi kiri dan kanan serta rapat dibelakangnya. Yang tidak lari-lari anak supaya tidak terlalu jauh ketinggalan.

Kemasukan jemaah baru digarisan permulaan pun tidaklah menyukarkan laluan. Tidak sesesak antara Magrib dan Isyak sebelumnya. Tok sheik membacalah doa dengan suaranya yang serak-serak tapi lantang bagi setiap pusingan. Kami yang dengar ikutnya sepatah demi sepatah, no hurry. Yang tak dengar amin , tasbih/tahmid, doa-doa pendek secara berulang-ulangkali atau surah-surah Al-Quranulkarim yang terhafal.

Aku berasa lega tidak terikat sangat dengan buku doa kecilku dan Pak T. Pak T juga lega tak bergantung padaku lagi. Barangkali dah jumpa “geng sekampuong” dari reramai jemaah yang turut bersama. Jika benar, ku mensyukuri nikmat dilegakan dari kemungkinan sekali lagi berundur dari “perjuangan” sekiranya dia nak pitam lagi.

Pusingan pertama OK, syukur. Kedua lebih baik, sebab aku dapat seiringan dihadapan dengan tok sheikh. Bersemangat sangat menyambut patah patah doa yang dibaca nya. Tapi lebih bersemangat lagi doa yang dilaungkan oleh saudara-saudari serumpun kita dari tanah seberang sehingga hampir menenggelami suara kami. Tok sheikh melangkah tenang dan bersahaja sahaja .Tiada yang mengalangi laluannya. Mereka yang mengenalinya bertegur sapa biasa-biasa saja. Ibadat itu bagi mereka “routine” sahaja ~ sebahagian dari mata pencarian hidup seharian mereka baik pada musim haji maupun umrah..

Selepas pusing ketiga hendak masuk ke pusingan ke empat, aku menerima “habuan” (dibaca: UJIAN) yang seterusnya. Wudu’ ku terbatal kerana terkentut! Dah tak sahlah tawafku pada pusingan itu dan pusingan-pusingan yang seterusnya. SEKALI LAGI! Kali ini kerana SYARAT-SYARAT TAWAF yang pertama ialah SUCI DARIPADA HADAS. Syarat itu menjadikan syarat-syarat lainya tak relevan lagi. Syarat-syarat itu ialah Suci badan/pakaian/tempat tawaf daripada najis - Menutup aurat- , Bermula pada sudut Al Hajar Al-Aswad dan berniat tawaf mengikut jenis-jenis Tawaf (Qudum/Wada’?Sunat atau Nazar),- menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan, - Berjalan bertujuan tawaf, bukan bertujuan lain, - CUKUP TUJUH KALI KELILING DENGAN YAKIN, dan - dilakukan dalam Masjid Haram dan di luar dari Hijir Ismail/Syazarwan.

Bimbang akan tersesat lagi kalau terpisah, kuekori jugalah tok sheikh dan kumpulan kami hingga selesai 7 keliling . Aku menamatkan dengan yakin hanya tiga dari tujuh kali keliling kali ini. Tawaf bersama Pak T sebelum itupun aku dah short by three rounds….ditamatkan (dengan yakin) hanya empat dari tujuh kali keliling !. Jadi bagaimana? Adakah kuwajib mengulangi kesemua tujuh kali keliling sekali lagi secara berturut-turut? Tak bolehkah yang tiga ini dicampur dengan yang empat itu untuk melengkapkan jumlahnya menjadi tujuh? Kena rujuk dengan ustaz dari Tabung nih! Tetuan Haji dan Pepuan Hajjah yang tahu hukumnya minta SYYYYYY! J Nanti ku huraikan bila sampai giliran penceritaannya,

Di bilangin kok lari “sequence”nya. “Treatment” mesti betul J .Yang dahulu didahulukan, yang kemudian kita kemudiankan, gitu. Ini baru hari pertama. Masih ada 44 hari lagi ceritanya. Jika sehari 3 episod, 44 hari berapa? Itu belum termasuk dahan-cabang dan ranting-ranting ceritanya. Nak short-cut, dalam 5 episodpun bisa dihabiisi. Namun akan ku cuba habisi selengkap-lengkap perjalananku yang mungkin. Harap kalian takkan jemu terus mengikutinya, Insyallah. Sama-sama kita doakan.

(BERSAMBUNG KE EPISOD 18 INSYALLAH!)

WASSALAM
BENariff
0200/250803

Aduan am: Mail-box ku dikerumuni Virus
W32.SOBIG@mm . Penyumbangnya menggunakan ID kenkawan dari RJ. Malah dari Moderator , YGroup dan KSRJ pun dipinjam untuk menyamar!
Tajuk-tajuk untuk tarikan dan dayamemikat antaranya RE: I love You..OKE (konon dari nurliza99 dll(, RE: My Details, RE: WICKET SCREEENSAVERS, RE: Thank You. Re: Your Application (konon dari KSRJ kita), RE: Approved(konon dari RELEXJAP).
Inikah bayaran untuk menjadi penulis yang berjenama.

Dah tiba masa dicadangkan Pehak Pentadbir (TM Relexjap) memberi "perlindungan" kepada penulis-penulis bersiri seperti saya. Dr Hisham, Pak Wattan, dll (ID merekapun termasuk dalam kiriman SPAMs. Percaya atau tidak 23hb aritu saya terima tidak kurang 300 mels berisi kuman-kuman tersebut hingga memakan 123% of my limited 4.0MB yang diallot YGroup.).

Apa kata kami dibenar berlindung (hide our ID) memasa kehadapan? Of course, kita akan tukar ID kita tapi kekalkan nama yang asal. Harap consider. BENariff tetap kekal sbg BENariff. TKasih utk perhatian.



Tue Aug 26, 2003 7:15 pm

PERJALANAN KE RUMAH ALLAH
EPISOD 18

Assalamualaikum, TM dan renrakan warga,
biarpun reratus virus menyerang, Perjalananku tidakkan terhalang, selagi belum terpatah tulang belakang, kesah seterusnya kini kupampang! BENariff.


Selesai tawaf, tok sheikh membawa kami berkumpul di tempat yang bernama MULTAZAM. Mengadap ke arah Hajar Ismail atau Maqam Ibrahim secara “specific”nya aku tak pasti. Kami hanya mengaminkan doa yang dibaca tok sheikh itu sambil berdiri (kalau tak silap) ditempat yang terletak antara Hajaraswad dan pintu Kaabah. Ianya adalah salah satu tempat-tempat yang mustajab berdoa. Doa yang dibaca tok sheikh secara hafalan dengan lancarnya itu akupun tak pasti apa maksudnya. Tapi kalau mengikut buku kecil doa-doa yang ku bawa . doanya bermaksud:

Ya Allah, tuhan bagi rumah yang tua ini, merdekakanlah diri kami, diri bapa–bapa kami, diri ibu-ibu kami, diri saudara-saudaa kami dan diri anak-anak kami daripada neraka. Ya Tuhan yang mempunyai kemewahan,kemurahan, keutamaan, keamanan, pemberian dan kebaikkan. Ya Allah baikkanlah akibat dalam segala urusan-urusan kami, dan jauhkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat, ya Tuhan sesungguhnya aku ini hambaMu dan anak-anak hambaMu, berdiri dibawah pintuMu, mencium jenang-jenang pintuMu, merendah diri dihadapanMu mengharap rahmatMu dan takut kepada azab Mu, Wahai Allah tuhan yang qadim dalam berbuat kebaikan. Ya Allah sesunguhnya aku minta kepadaMu supaya engkau muliakan sebutanku, dan gugurkan dosaku. Dan perbaikki keadaanku dan bersihkan hatiku dan terangkan quburku, dan ampunkan dosaku dan aku minta kepada Mu darjat-darjat yang tinggi dari syorga. Amin.

Setelah itu mereka melakukan sembahyang dua rekaat sunat tawaf . Ku tak berapa pasti dimana tapi tak jauh dari tempat berdoa tadi. Terbaik melakukan solat sunat ialah dihadapan Maqam Ibrahim, atau Hajar Ismail. Tapi dimana-mana dalam Masjidil Haram pun boleh.

Aku tidak mengikuti kerana terbatal wuduk. Dimana aku patut memperbaharui wudu’pun aku tak pasti. Hari pertama, itupun tidak lama disitu. Memang kelabu akan persekitaran yang melingkungi rumah Allah itu. Dihari-hari kemudian dari itulah baru ku perasan dimana adanya tempat=tempat untuk mengambil wudu’. Ku tunggu untuk “acara” seterusnya tanpa berganjak dari sisi mereka kerana aku perlu pimpinan untuk menyempurnakan sa’ei pulak.

Aku menunggu tok sheik menghabisi bacaan doa solat sunat tawaf . Jikalau doanya di hadapan Maqam Ibrahim itu sama dengan yang terdapat dalam buku kecil ku, ianya membawa maksud: Ya Allah , sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang menjadi rahsia ku dan apa yang nyata pada aku, maka terimalah ke’uzuranku; dan Engkau mengetahui segala hajat-hajat ku maka berilah permintaanku; dan Engkau mengetahui segala yang ada didalam jiwaku maka ampunilah dosaku. Ya Tuhan, sesungguhnya aku meminta kepadaMu iman yang kukuh dihatiku dan keyakinan yang sungguh-sungguh sehingga aku mengetahui bahawa tidak akan menimpa kepada aku melainkan apa yang Engkau telah tetapkan bagi aku. Dan redho daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepada aku. Engkaulah ya Tuhan Penjagaku didunia dan di akhirat. Matikanlah (aku) di dalam Islam dan temukanlah aku dengan orang-orang yang soleh. Ya Allah, janganlah Engkau berikan kami ditempat yang mulia ini melainkan Engkau telah ampunkan dosa kami dan janganlah Engkau biarkan kesedihan kami melainkan Engkau telah lepaskannya daripoada kami dan tidak ada hajat yang kami pohon melainkan Engkau tunaikan hajat kami. Mudahkanlah segala urusan kami dan lapangkan dada kami dan terangkan hati kami dan tutuplah segala amalan kami dengan kebaikan . Ya Tuhan, matikanlah kami dalam Islam dan hidupkanlah kami dalam Islam dan berilah kami berjumpa dengan orang-orang yang baik dengan tiada mendapat kecelakaan dan bala bencana.

Jika melakukan solat sunat tawaf di Hajar Ismail doanya ialah:
Ya Allah Engkaulah tuhanku, tiada tuhan yang disembah sebenar-benarnya melainkan Engkau. Engkau telah menciptaku, aku adalah hambamu, berpegang kepada perjanjian dan taat setia terhadap Mu sedaya upayaku. Aku minta perlindungan dengan Mu dari dosa yang telah aku lakukan. Aku mengakui limpah kurniaMu keatasku. Aku mengakui juga segala dosa yang telah aku kerjakan. Maka ampunilah kiranya dosaku itu, kerana tiada sesiapa yang boleh mengampunkannya melainkan Engkau jua.

Ya Allah, aku memohon kepadamu apa yang paling baik yang pernah dipohon oleh hamba=hambaMu yang soleh (baik) dan aku berlindung denganMu daripada sejahat-jahat apa yang pernah diminta perlindungan oleh hamba-hamba Mu yang soleh.

Ya Allah dengan keagungan namaMu dan dengan sifatMu yang Maha Suci dan Mulia, bersihkanlah hati kami daripada segala keadaan yang menjauhkan kami untuk memandang kebesaranMu, belas kasih sayang Mu. Matikanlah kami diatas perjalanan ahli sunnah dan jamaah dengan rasa kecintaan untuk mengadapMu, wahai tuhan yang mempunyai ketinggian dan kemuliaan.

Ya Allah ya tuhan, terangkanlah hatiku dengan ilmu pengetahuian dan jadikanlah tubbuh badanku untuk mentaatiMu. Bersihkanlah hatiku dari fitnah dan jadikan fikiranku dorongan untuk mengambil ‘iktibar. Peliharakanlah daku daripa was-was syaitan dan keluarkanlah aku daripada bahayanya, wahai Tuhan yang Maha Pengasih, sehingga syaitan itu tiada berkuasa keatasku.

Ya Allah yang tuhan kami, sesungguhnya kami telah beriman denganMu, maka ampunilah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari ‘azab neraka.
AMIN!

Mana-mana satupun boleh dibaca. Cepat2 aku mengekori tok syeikh masuk ke dalam masjid semula. Tok sheikh membawa kami ke tempat letak bekas-bekas berisi air zam-zam. Dia mempelawa kami minum sepuas-puasnya. Kalian tentu maklum khasiat air itu kepada kesihatan ummah. Penawar segala penyakit kecuali mati, jika kita memohon bersungguh-sungguh , insyallah. Minumlah sebanyakmanapun tidak memudaratkan.

(AKAN BERSAMBUNG INSYALLAH KE EPISOD 19 ~ SA’EI!)
….Sesampai kami di pintu ke Bukit Safa, tok sheikh kami itu menyerahkan tugas kepada pembantunya. Kami bersalam-salaman serta berpeluk-pelukan dengan beliau. Ada yang menghulurkan hadiah wang riyal sebagai penghargaan tambahan . tok sheikh itu memberi salam dan memohon diri……

WASSalam.
BENariff
1915/260803



Fri Aug 29, 2003 1:05 am

PERJALANAN KE RUMAH ALLAH
EPISOD 19 ~ SA’EI

Assalamualaikum,

Kini giliran tok sheikh yang kedua pula. Orangnya tidak tinggi dan berbadan gempal. Lilitan badannya mungkin dua kali badanku. Muda sedikit dari yang tadi. Kemesraan terukir di wajahnya yang lembut .

Sunat membaca doa ini ketiga melalui Bab-Ul-Safa (pintu ke Bukit Safa) kerana sa’ie : Aku mulakan dengan apa yang dimulakan oleh Allah dan Rasulnya. Sesungguhnya Safa dan Marwah itu adalah sebahagian dari lambang-lambang kebesaran Allah, sesiapa yang mengerjakan Haji atau Umrahmaka tiada berdosa kepadanya jika hendak sa’ie dengan kedua-duanya. Sesiapa yang bersukarela mengerjakan kebaikan sunat maka sesungguhnya Allah memberi balasan dan amat mengetahui.

Niat Sa’ie Umrah : Ya Tuhanku, aku hendak sa’ie antara Safa dan Marwah tujuh kali sa’ie umrah kerana Allah Taala.

Kami mengikut tok sheikh itu naik anak tangga Bukit Safa yang curam (slopy) sedikit itu sambil mengadap ke-arah Kiblat dan mengangkat dua tangan dan menyeru: Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar walilllahil hamd!

Kemudian dari itu menuruni curam disebelah kanan memulakan pusingan pertama ke Bukit Marwah. Aku tergelincir sedikit sebab l;antainya agak licin. Syukur aku sapat mengimbangi badan dari jatuh terduduk. Tulang ponggongku (pelvic bones) sebelah kanan pernah cedera (torn ligaments) akibat suatu kemalangan jalanraya lama dahulu. Ngilunya masih terasa hingga sekarang. Tentu padahnya bertambah kalau terhempas.

Tidak diwajibkan berwudu’ untuk mengerjakan Saei. Berkaki ayam agak menyiksakan bagiku. Tak tahan menapak berkaki ayam walaupun diatas simen dirumah . Terasa bagaikan ada ketulan gelembung di bawah tapak kedua kakiku. Terasa sengal dan kebas-kebas. Kalau terpijak apa-apa yang “solid” walaupun kecil, terasa tercucuk yang amat memeritkan. Aku hanya mampu berdoa dilindungi dari terpijam apa-apa benda yang tajam. Ini sudah ku jangka dan bimbangi dari sebelum bertolak dari tanahair lagi. Kaki adalah bahagian yang paling sensitif kepada sentuhan gerutu bagi seorang pengidap kencing manis (Diabetis Milletus) .

Aku masih boleh mengekori rombongan pada pusingan kedua dari Marwah ke Safa. Bila memasuki pusingan ke tiga dari Safa ke Marwah aku semakin tertinggal. Pak T yang ku sangka tua dan uzur itu pula kelihatan lebih berkhudrat dan bertenaga dariku. Dia dapat mengikuti belakang tok sheikh. Takpun menoleh kebelakangan kapadaku apatah lagi memperlahankan langkah untuk menemaniku pulak!

“JANGAN BERSUNGUT, BANG!” ku teringat pesanan isteriku ketiga melepaskanku masuk ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya kelmarin. Di PC ini aku sekadar memberi gambaran apa yang berlaku. Alhamdulillah-lah, apapun ku terima penuh kesyukuran. Harap-harap “good spirit” aku itu dapat ku maintain dihari-hari terkemudian nanti. Itulah barangkali hikmat yangku perolihi disebalik mini-musibat bersama orangtua itu. Allah telah menunjukkan. Jikalau kita menolong kerana Allah, jangan balasan yang kita harapkan! Insyallah, kita tidak akan berasa kecewa. Lagipun orangtua itu mengerjakan Haji Ifrad. Tak “geng” dengan Haji Tamattu’ agaknya J

Langkahku semakin lama semakin perlahan bagai mengheret tapak kaki-kaki yang sakit. Masuk pusingan ke lima aku tak kuasa lagi mengikut doa yang dibaca tok sheikh kerana aku sudah ditinggalkan “by one lap” J. Pak T pun tak kelihatan, mungkin dilindungi jemaah-jemaah yang tinggi darinya.Akupun tak ambil kesah dengannya lagi. Biarlah aku terkial-kial di belakang. Ku perlahankan langkah. Biarlah ketinggalanpun tak apa. Insyallah aku boleh balik sendiri. Aku akan kira sendirilah sampai habis 7 pusingan. Janji jalan tetap jalan. It was more a stroll more than a walk . J
Aku baca dari buku-kecil doa-doa yang sedia ada pada pusingan yang kelima :
Allah yang maha agung, Allah yang maha agung, Allah yang maha agung, segala puji-pujian tertentu bagai Allah. Maha suci Engkau ya Allah. Sesungguhnya kami tidak dapat bersyukur kepada Engkau diatas segala nikmatMu sebagaimana yang sepatutnya. Maha suci Engkau ya Allah, tidak tolok banding samasekali ketinggian dan kemulaanMu.

Kurniakanlah rasa kasih kami kepada iman dan hiaskanlah keimanan itu didalam jiwa kami, jauhkanlah kekufuran, kefasikan dan derhaka dari jiwa kami,jadikanlah kami daripada orang yang dapat hadiah dan pertunjuk.

Wahai Tuhan ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami. Kurniakanlah kami kemurahanmu, dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang kami tidak ketahui dan Engkaulah Allah yang maha mulia lagi maha pemurah.

Ya Allah yang tuhan, peliharalah daku daripada azabMu dihari Engkau bankitkan hamba-hambamu ya Allah. Berilah pertunjuk kepadaku dan bersihkanlah jiwa aku denganh taqwa kepada Engkau, ampunkanlah dosaku di dunia dan diakhirat.

Ya Allah cucurilah berkat, rahmat,dn kurniaan kepadaku ya Allah ya
tuhan aku pohon kepadaMu nikmat yang kekal abdi, ya Allah selubungilah cahaya keimanan dihatiku, pendengaranku penglihatanku, dilidahku,, dikananku, diatasku dan jadikanlah dalam jiwaku cahaya keimanan. Dan perluaskanlah cahaya bagiku ya alah, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah segala pekerjaan.

Diakhir pusingan ke 7 jemaah yang berniat haji ifrad terus pulang ke hotel. Sekali lagi kutipan riyal dibuat sebagai tanda terimakasih kepada sheikh itu pula. Tinggallah aku sendiri mencari sesiapa untuk menggunting tiga helai rambut sekurang2nya. Tiada seorangpun dari kumpulanku yang ternampak disitu. Ku cari jemaah yang sudi menolong guntingkan. Seorang Jemaah Arab sedang menggunting kepala ahli keluarganya. Aku pun ulur kepalaku minta tolong guntingkan. Rambutku yang pendek agar menyukarkan dia memegang tapi dapat juga di guntingkan.

Tiada masalah balik seorang diri. Aaku dah tahu jalan sebab tadi ustad dah ingatkan untuk cam Hotel AYjad Mekah dan hospital ayjad (Ayjad atau Ajyad ku kurang pasti, mana-manalah!) dan tanda lampu hijau iklan hotel itu.

Sampai di hotel pak T dan kenkawan sebilik dah tidur. Aku baru sampai.
Maklum waktu datang macam arnab waktu balik dah jadi kura-kura!

Begitulah pengalaman mengakhiiiiiiri hari pertama di Makkah!

Hendak disambongkah atau cukup sekadar ini? Manerlah tahu kan, entah-entah aku aja yang terSYOK SENDIRI sampaikan 20 episodnya, sedangkan “orang” dah jemu. mengikutinya.

Aku sendiripun terasa tak ada apa yang menariknya kesah-kesah ini. Sama ajer dengan PERJALANAN warga kita yang telah menanaikan Haji mereka. Yang pasti tulisanku menarik ramai warga pelbagai keturunan SPAM, VIRUS dan WORMS. Wallahualam!

UNTUK RENONGAN BERSAMA:
Bagi mereka yang akan ke Tanah Suci, sebaik-baiknya bersama orang yang ada pengalaman mengerjakan rukun dan wajib Haji/Umrah. Jangan “memandai” sendiri-sendiri seperti yang telahku lakukan. Kursus berkali-kali ulangpun tidak semestinya menjadikan kita lebih mahir bila berhadapan dengan keadaan dan tempat nya yang sebenar. Tidak semua yang diajar dapat kita ingati. Kalau lengkap sekalipun, kita sebagai maknusia tetap tidak sunyi dari melakukan kekhilafan.

Teringat aku seorang jiranku. Mengikuti kursus di masjid-masjid menjelang setiap musim haji selama tiga tahun berturut-turut sebelum yakin dapat melakukannya dengan sempurna. Itupun ada yang masih tersangkut, tetapi dia tak menceritkan kepadaku . Segan ah!

Lumrah! Mereka yang ke sana seboleh-bolehnya akan merahsiakan dugaan dan ujian yang terjadi keatas diri sendiri.

Macam yang berlaku kepada seorang lagi jiranku , sang isteri tidak keluar-keluar rumah (mengurung diri) selepas kembali ke tanahair dari mengerjakan haji mereka yang pertama . Dia enggan berjumpa kenkawan dan jiran. Malah tidak membenarkan mereka masuk ke rumah waima untuk bertanya khabarnya. Dari seorang yang ceria dan luas pergaulannya, tetiba dia mengasingkan diri . akhirnya dia dibawa suami sekali lagi ke tanah suci pada musim haji tahun berikutnya. Hanya selepas mengulangi haji nya untuk kali kedua, barulah kelihatan kelibat orangnya. Lepas haji nya diulang dia kembali sebagaimana yang dikenali jiran begitu peramah dan rajin betandang ke rumah-rumah jiran . Apa sebenarnya yang dilaluinya disana hingga dia berubah samasekali? Apakah pemergian kali kedua untuk mengkado sesuatu? Entahlah. Masih misteri hingga ke hari ini. Seandainya diberitahu dapat juga kujadikan iktibar. Dapat juga menyelamatkan bakal-bakal haji dan hajjah dari berlaku kepada mereka.

Hingga kubertanya diri sendiri kenapa musibat diturunkan Allah di tanah suci begitu sekali dirahsiakan sedangkan musibat yang diturunkan Allah di tanah air disebar secara meluas. Kemalangan, kehilangan, kerugian perniagaan, kesakitan , kecurian, kebakaran, pencabulan, perkosaan, ditangkap basah kerana khalwat, dsbnya tidak apa diceritakan malah diperbesar-besarkan dalam media.

Malah Perbuatan yang mengaibkan bangsa dan agama seperti adegan sex di videokan, dan penzinaan di tempat tenterang dicurirakamkan disebarkan secara meluas tanpa segan dan silu? Apa iktibarnya selain mendorongi orang mencari bahan-bahan itu untuk ditontoni?

Oooo, kucoba menerka jawapannya . Habuan yang diterima ketika mengerjakan haji seboleh-bolehnya ditutup sebab teramat malunya jika diketahui kerana dikaitkan orang dengan dosa-dosa yang pernah kita lakukan dahulu, sedangkan “dosa-dosa “ itu hanya Tuhan sahaja yang tahu. Terlalu “personal dan sensitive” untuk diceritakan.

Sebaliknya, kecelakaan dan malapetaka yang ditimpa keatas diri di tanahair adalah hakmilik orangramai untuk disiarkan. Ramai yang boleh menjadikannya “iktibar”. Macam kesah buang membuang bayi, Semakin didedah media, semakin menjadi-jadi diperbuat orang. Begitu juga dengan sumbang mahram, lagi banyak dipampangkan lagi ramai yang terdorong mencobanya, nauzubillah!

Pengalaman di rumah Allah wajar disebarkan untuk dijadikan iktibar kepada mereka yang ingin beriman, manakala keaiban di tempat kita, tidak wajar ditonjolkan takut ianya dijadikan ikut-ikutan kepada yang ingin mencoba akan “nikmatnya”..nauzubillah!

In other words, musibah disini (tanahair) lazat diceritakan tapi buruk akibatnya tapi musibah di sana ( mengerjakan Haji ) buruk diceritakan tetapi lazat rasanya.

Patutkah persepsi ini dipertahankan?. Sama-samalah kita renongkan .
Wassalam.
BENariff

No comments:

Post a Comment

Your comment is subjected to moderation. Thank you.