Wednesday, October 21, 2009

DARI ARKIB RELEKJAP 2003 ¬PERJALANAN KE RUMAH ALLAH EPISOD 20 - 23

Mon Oct 13, 2003 10:59 pm
PERJALANAN KE RUMAH ALLAH ~ Episod 20


Tiada masalah balik seorang diri. Aku dah tahu jalan sebab tadi ustad dah ingatkan untuk cam Hotel AYjad Mekah dan hospital ayjad (Ayjad atau Ajyad ku kurang pasti, mana-manalah!) dan tanda lampu hijau iklan hotel itu.

Sampai di hotel pak T dan kenkawan sebilik dah tidur. Aku baru sampai.
Maklum waktu datang macam arnab waktu balik dah jadi kura-kura!

Begitulah pengalaman mengakhiiiiiiri hari pertama di Makkah!

Waktu aku masuk ke bilik ialah jam 2 pagi 31.1.2003. Betapa keletihannya. Letak kepala sahaja terus tertidor.
Selamat datang Jumaat. Solat subuh sendiri dgn Pak T di dalam bilik kerana terlalu uzuur gamaknya. Sarapan murtabak selebihnya dan kopi tongkat ali. Tidor sekejap. Sakit gigi hilang lepas titik gamat. Telan ubat-ubat perlu.

Solat Jumaat pertama di Masjidil Haram
11 pagi berangkat ke MH dengan Pak Tam. Dapat masok ke kawasan Kaabah . Cuaca panas tapi kalanya berangin. Ku lindungi kepala dengan sejadahku menanti azan. Dapat menompang duduk sebelah orang Indon dan Bangla. Pak T tetap dalam ihram Ifradnya, Dihimpit org Afrika. Waktu menanti ku habisi membaca Surah Yasin. Membaca doa2 yang ada berserta.

Azan berkumandang, Subhanallah! Gemanya, suara tukang azannya, sedap dan Allah menyedapkan telinga yang mendengar. Falam bahasa siber warga muda kita, “MELINTUK HABIS!

Ruang saf masih lapang untuk kami bersolat sunat. Yang menghimpit masuk pun masih dapat ruangnya. Mungkin kerana jemaah-jemaah dari Madinah belum masuk berhimpun di Makkah. Mungkin kerana ada lagi jemaah belum tiba dengan pesawat memasing.

Khatib membaca khutbah dalam bahasa tempatan . Maaf kata apa yang disampaikan sepatah haram aku tak ngertik! Udah difitrahkan kepadaku barangkali antara orang Melayu yang tak berusaha belajar. Menyesal! Terkenang waktu darjah satu dan dua sekolah Melayu (di Junjong Kedah) aku cuma mengaji agama disebelah petang dua jam sahaja sehari selepas balik dari sekolah . Bila bertukar ke sekolah Inggeris dan gostan balik ke standard I sampailah tamat Std. V (SB, Kulim) belajar apa yang ustad dan ustazah ajar bab Fekah dll matapelajaran agama dalam syllabus. Agama Cuma mata pelajaran. Kalau di pondok tentu agama itu merangkumi cara hidup cara berfikir dan berinteraksi termasuk bahasa Arab.

Luar waktu sekolah Cuma mengaji AlQuran dekat rumah jiran selepas maghrib (kampung aku menghabiskan pencenku sekarang). Jauh rasa rumah itu dulu tapi dah tua-tua dekat macam sekangkak kera. Orang yang mengajar aku dah lama kembali. Bila ikut ayahku berpindah ke balai polis Port Dickson dan tukar ke Std. VI di G. E. S. ku mengaji dengan Pak Busu, seorang guru Quran yang buta kedua matanya tapi terang pintu hatinya. Mengaji untuk khatam tapi tak khatam-khatam kerana ayahnai pangkat lagi bertukar ke IPK Seremban dan aku menyambung ke Form I di KGV. Tok guru aku yang mengajar di surau polis tu tak silap nama Hj Kamaruddin. Bila ku kenali Ahmad Tamimi Siregar, tahulah aku guru mengajar Quran itu adalah aruah ayahnda beliau. Waktu tu si Mat pegawai KKBS. Ku jumpa dia di Dewan Sri Pinang, Penang ketika Johan Pertandingan Drama Peringkat Kebangsaan anjuran KKBS dipersembahkan di hadapan khalayak teater termasuk Tun Governor yang menyampaikan hadiah. Aku turut tompang seronok sebab nashkah drama itu aku yang tulis. Dapat juga trofi waktu diistihar johan mewakili Wilayah Persekutuan KL. Selepas 20 tahun lebihpun masih ada kumpulan teater memilih karyaku itu untuk dipertandingkan kumpulan yang menyertai. Hingga sekarang masih dalam senarai drama-drama yang boleh dibawa ke pertandingan yang kini lebih dikenali Pesta Pekan Theatre. MATIC yang AM pi beramai-ramai geng KSRJ tengok pementasan itu dulu itulah KKBS tempat aku berkubang. Tapak NIKKO Hotel, Citibank, Dewan MCA sederet dijalan Ampang bertentangan Ampang Park tu dulu bangunan-bangunan kompleks KKBS tempat para penggemar seni teater, senitari, senilukis apa segala seni budaya bangsa Melayu berkumpul mengadakan latihan dan aktiviti kumpulan. Omar Abdullah Mari! Mari! Mari dan kini penerbit 999 satu kelaslah dbp Hafsham Pi Mai Pi Mai tang tu. Uji Rasid mula belajar menari dan jadi penari KKBS kat situ le dulu. M. Sani yang heboh kat Harian Metro pula sama-sama member kumpulan koir KKBS.

DOLU…waktu muda belia dulu. Bila agak berumur kirim karya ke TV untuk siri-siri drama tertentu. Sekarang Bang Haji dah pencen . Dah naik takut nak mereka-reka situasi-situasi kehidupan manusiawi lebih-lebih lagi berunsur komedi. Berdosa rupa-rupanya bagi mereka yang tahu . Rupa-rupanya menulis , dan mengejek (melakunkan) sesuatu untuk membuat penonton ketawa dan lalai dalam keseronokan berdosa. Kalau tak mengaji mana mungkin kita tahu. Bukan tak boleh menulis skrip pentas atau TV tapi apa yang ditulis itu yang membezakan dosa dan pahala. Nak buat camno , tobat dan minta ampun banyak-banyak lah atas dosa-dosa lalu. Apa ada pada glamour kalau tidak mendatangkan berkat. Apalah gelaran dan anugerah kalau apa yang tertulis dari ilham akan berbalik terjadi kepada diri sendiri .Secara kita tidak sedar adegan-adegan yang direkacipta adalah bayangan masa hadapan kita sendiri. Kalau baik, baiklah. Kalau tidak….nasib badanlah. Tertanggung diatas batu jemala sendiri.

Apa nak buat. Waktu itu udah tersurat terkiblat ke situ. Tak terdorong ke arah sana. Kalau tidak kok dah jadi ustad kalaupun tak penceramah bebas di atas pentas . Cakap Arab berabuklah. Tapi tempias-tempias bakat yang dianugerahiNya tetap terpahat tak mudah untuk dikikiskan. Yang itulah Bang Haji sumbang (dan kongsikan) melalui Tasik ini. Kalau diberi Allah ilham, nak tulis juga drama-drama beransur pengajaran yang dapat membawa ummah ke arah keperibadian dan seterusnya kehidupan yang lebih baik. Apatah lagi jika berlandaskan ajaran Islam . Ganjarannya, masyallah!

Sekian sekadar kenangan sebagai selingan untuk “warming up the mood” before the next episode ~ “ Hari-hari di Makkah Menanti Menjelangnya Wukuf di- Arafah”. Insyallah. Wassalam.



Sat Oct 18, 2003 2:09 am
PERJALANAN KE RUMAH ALLAH Episod 21

Assalamualaikum berjumpa lagi. Terima kasih kepada yang merespon baik untuk episod seterusnya. Sekadar untuk makluman warga budiman, sekali lagi bang aji terselamat. Hampir-hampir tertipu dengan mel konon dari Relexjap tentang Xray gambar yang kononnya boleh menampakkan susuk tubuh disebalik pakaian (wanita ler) yang terlaraang didedahkan….! Setahu kita sinar X-Ray menampakkan tulang rangka dalam bayang bahagian yang di scan tapi ini suatu teknologi apa boleh Xray dari gambar (berpakaian) dan nampak bahagian dalamnya? Tak ke pembohong besar tu?

Sebaik Episod 20 tersiar, macam dedulu juga, ianya bagai menggamit serangan virus. Kok dulu virus W32 so.BIG, tapi kini W32 Bugbear pulak. Terfikir juga kenapa atikel dan komentar terlepas tapi Perjalan Ke Rumah Allah diserang…? Ada pihak ingat BENariff dengan BENLaden ni adik beradik kot???Idakpun sengaja tak suka kita mempromotekan perjalanan ….Semoga usaha bangaji dilindungan Allah di dalam dua kalimah syahadahNya, amin!


Khatib khutbah panjang dan penuh semangat tapi aku terlena . Tak faham maknanya atau dah kebiasaan ? Kalau khutabah di masjid taman perumahanku yang terikat dengan text yang tertentu, bukan aku saja yang tersengguk lena, ramai jemaahpun memejam mata. Kok pejam kerana menghayati isinya tak apa juga. Yang sampai terlenabukannya tak faham bahasa ibunda tetapi kurang berkesan dihati.

Pak T pula rancak menceritakan sesuatu dgn jemaah Afrika sebelahnya. Mungkin dia tak perasaan atau ada tidaknya peringatan dari assistant khatib sebelum khutbah bahawa “sesiapa berkata-kata ketika khatib sedang berkhutbah, walaupun dengan perkataan DIAM sekalipun, maka sia-sialah Jumaatnya..” Kedua-dua orang jemaah Afrika di kiri kanan itupula berulangi-kali memberi isyarat SYYYY @ diam kerana tahu hukumnya dan hendak menumpukan kepada isi kutbah. Agaknya mereka pun hilang pahala jumaat kerana memberi isyarat “diam” itu pun kira macam “berkata-kata” jugak!
Entah apa yang hendak diceritakan ghairah sangat orang tua itu. Barangkali pengalaman dia semasa berkhidmat dengan pasukan semasa di CONGO ! Wallah…

Sebaik selesai khutbah dan bangun untuk solat ,ruang menjadi semakin sempit kerana ada jemaah yang menyusup dicelah-celah saf. Maka jadi “teghempon” lah aku tersepit. Bayangkanlah. Dalam berdiripun dah tersepit, apatahlah bila hendak sujud macam bertindih ponggong. Tak apa…tak apa, sedikitpun kita tak bersungut. Bunyi “cherh” pun tidak , “ish!” pun tidak. COOL ! Itu ujian atas kesabaran kita. Kita kan tetamuNya, apapun yang datang, adalah kehendak Tuan Rumah, alhamdulillah.

Habis solat memang tak sempat nak buat sunat ba’diah sebab solat sunat jenazah dimulakan. Jenazah atau mayit sudahpun diusung awal-awal sebelum azan dan diletakkan dipenjuru yang menghadap pintu Kaabah (betulkan jika aku tersilap) . Solat jenazah ini besar pahalanya bagi kita yang melakukannysa. Apatah lagi di Tanah Haram (dalam Masjidil Haram) beratus kali gandanya.

Lepas itu baru ku solat hajat dan berdoa. Pak T pun belum terfikir nak cabut kerana terkentut atau terasa nak terkencing. Agaknya doanya makbul. Aku seringkali mengingatkannya bermohon kepada Allah dari nak terkentut atau nak terkencing. Kalau solat di lobby hotel, dah azan pun dia masih berulang ke tandas. Then baru dia kenakan kain ihramnya.

Kawasan Kaabah agak lapang. Jemaah pulang untuk makan. Yang tinggal masuk garisn untuk tawaf sunat atau sekadar lepak-lepas melepaskan lelah. Dalam nak balik ke hotel, kubeli flask berwarna emas dengan harga RS8 sebab ku tengok ramai jemaah menggalas flask itu ke Masjid untuk mengisi air zam-zam. Untuk dibawa balik atawa minum di Masjid walaupun tong-tong berisi air itu berada di banyak tempat dalam Masjid.

Balik ke maktab, kami ambil pek makanan tengahari – masak daging nasi beriani dan acar. After that tidor. Tidur lebih baik dari berbual-bual kosong. Terlajak bual nanti mengata orang. Peluang mengata memang terpampang luas dihadapan mata di Makkah. Keadaan berhimpit-himpit waktu nak solat-lah, kecantikan bebudak penjaja tudung serban dan songkok lah, gelagat itu dan ini lah. So, jaga lidah.

Pak T menggerak ku bangun untuk solat asar. Kami turun dengan lif ke lobby di ground floor. Ustad B penasihat agama kami mengimamkan. Ooo cerewet akukata disini (bukan di sana) . Tukang qamatpun kena tegor sebab tak tunggu isyarat dari dia sebelum khamat. Tak tengok ada lagi jemaah nak masuk saf? Tak tengok samada jemaah dah selesai buat solat sunatnya? Yang patut minta jemaaf luruskan saf bukannya awak (bilal) tetapi imam!! Aku nak senyumpun tak berani ooo!

Selesailah solat berjemaah . Orang buat sunat selepas zohor, kitapun takkan nak keluar baris. Tapi di situ memang ikhlas sesiapapun jika rajin solat sunat. Kerana kesempatan mendapat ganjaran beratus kali ganda. Dosa jangan dicari, sebab akan dapat beratus kali ganda juga akan berat balasannya! Jangan pula nawaitunya semata-mata kerana dah bebelanja besar , tak buat rugi. Buatlah setakat apa yang terdaya.

Teringat aku suatu ketika bertanya bakal jemaah yang kebetulan rakan bergurau senda di surau taman perumahanku kenapalah kita “pulun” beramal di sana sedang di sini hala bala saja buat tak buat sunat-sunatnya?

Aik? Hang kenen kat aku ka? Macamlah hang tu ghajin sangat?

Dak aiih! Kerana ganjarannya-kah?

Oi, kita pergi sana untuk apa? Ndak beramal ibadatkan? Lagipun itukan Rukun Islam yang ke lima?

Kutanya lagi secara nakal, untuk 40 ke 45 hari disana sahaja kah? Bagaimana setelah pulang?

Tengoklah MABRUR tak mabrur haji kita. Bodoh punya soalan. Apa ra hang?

Aik? Kalau tak mabrur, jadi hala-bala balikkah amalan disini?

Nasib baik azan dah berkumandang dan berdosa kita kalau terus bercakap dan tidak menjawab azan.

Lepas solat aku ke hadapan hotel. Apa lagi? Merokok! Ramai jemaah merokok diluar hotel sambil memerhati gelagak penjaja memacam barangan. Jam tangan pelbagai jenama tapi awal bukan original. Manik beranika jenis dan warna . murah-murah . Secekak lebih kurang sedoze baru RS5 hingga ke RS8 sahaja. Koman-koman tasbih juga. Setakat nak beli untuk satu kariah apa salahnya. Tapi tunggulah dulu…udah selesai Hajinya dengan selamat dan sempurna akan balik ke hotel dan tunggu untuk ke Madinah esok belilah. Waktu orang dah nak balik esok dan Makkahpun dah lengang..lagi murah. Jual longgok saja. “Kawan” pesan. Ku toleh tengok siapa yang menegor aku dibelakang. Rupa-rupanya member sekampong aruah isteriku waktu aku tinggal dengan mentua di BM pada tahun-tahun 70-an dulu.

Keciknya dunia ! Sungguh tak sangka nak berjumpa dia disini. Dah tak kerja lagi. Pencen pilihan atas sebab-sebab gangguan kesihatan. Mengilat-ngilat sakitpun dapat pencen (Gomen), EPF (Swasta) sekali dengan gantirugi dari SOCSO lagi. Bertukar=tukar khabar lah kami akan “kedudukan” memasing diri. Nampaknya “khabar” dia lebih baik dan beruntung dari aku. Anak dah keluar Universiti. Tabungannya banyak di bank, tak abis makan, katanya. Keretapun akan ditukar ke WAJA balik dari Haji nanti. “BEN” pakai kereta apa? Ooo kalau dia pakai Waja, sekali lagi aku kalah! “Proton” sahaja. Tentu dia ingat PERDANA sebab dikampong dulu dia memang pandang tinggi kedudukan aku, walaupun waktu itu aku cuma pakai skuter LAMBRETTA second hand pi balik tempat kerja. Dulu dia drebar saja, itupun dengan izin Allah aku yang rekomen waktu aku pegawai penjaga sebuah bahagian di jabatan itu.Siapa nak sangka rezki Tuhan nak bagi. Dia datang dengan isteri. Tak bersapapun aku bila dikenalkan oleh suaminya. Menjaga tertib seorang Muslimah agaknya dia walaupun kenal. Mereka minta diri sebab nak ke Masjid. “Sehari saya sekali saja ke Masjidil Haram.” Selebihnya, di masjid berdekatan atau di lobby. Dia dah ke Madinah sebab datang dengan penerbangan yang lebih awal. Kebetulan nginap di hotel yang sama.


Seorang Bangla pekerja hotel itu menghampiri bertanya mahu rokok. Sambil matanya tengok kiri kanan berwaspada. Jual rokok disini salah agaknya maka dia terlebih berhati-hati cakap. Berapa? Enam riyal sebungkus 20 batang GG merah. Eh, kat KL baru RM3.00 sebungkus. Sikit cari makan , Haji. Tak apa. Stok aku masih ada berkotak-kotak lagi.

Tiba-tiba aku tengok penjaja lari berselerak. Cukup dengan sekali kaut, barang jajaan dah terbungkus untuk dikendong lari.
Bebudaknya lari ke seberang jalan ke kawasan perumahan di atas bukit. Yang berlindung disebalik jemaah mendapat pelindungan badan-badan jemaah. Kesian. Yang masuk ke hotel menyorok belakang kerusi setpun ada.. Kebanyakkan pendatang. Haram atau halal tak pasti. Tapi bukan warga tempatan. Bebudak tadi dari Afganistan, Tashkent, dan negara-negara Islam bekas jajahan Soviet Russia.

Kelihatan beberapa orang kakitangan penguatkuasa berpakaian jubah putih tiba dengan motor skuter . Pembonceng-pemboncengnya nya turun dan mengejar .Budak-budak tadi dibiarkan lari. Seorang penjaja jam tangan dikejar. Tapi penjaja itu pakai seluar bebanding si Arab yang berjubah panjang. Terlepas dan selamatlh dia melarikan diri dicelah-celah bangunan antara hotel.

JAM 6.00 petang sudah menghampiri maghrib (6.10pm) aku jalan ke Masjidil Haram . Ramainya maknusia membanjiri ke Masjid. Rezeki aku cuma dapat solat di kakilima sedang masjid jauh lagi. Jemaah melimpah ruah sepanjang jalan dan luar ruangan legar Masjid. Konon nak kedalam ambil bekalan air zamzam tapi tak ada jalan yang lapang. SEMUA peniaga tinggalkan gerai tanpa pengawasan sesiapa. Penjajapun begitu. Of course, mereka hampar sejadah memasing dekat barang dagangan memasing. Time masuk solat, semua urusan jual beli berhenti. Termasuklah pemandu teksi atau bas mininya. Jika membawa penumpang, dikerah turun . dia sendiri mengambil wuduh dengan air botol mineral sebab tak sempat nak ke tempat wuduk. Anggota polis dan bomba pun siap menunggu diatas sejadah mereka. Jangan ada yang tidak menunaikan solat fardhu apabila masuk waktunya.

Selepas maghrib ramai yang mengambil kesempatan mendekati Masjidil Haram (MH) dan mencari tempat di dalam sehingga masuk Isyak. Aktiviti jualan di gerai dan penjaja rancaak kembali. Ada juga tak baik yang ku nampak tapi aku tak komen apa-apa sebab baik sangka . Ku lihat beberapa jemaah lelaki semacam mengambil kesempatan “mengurat” gadis dan wanita kulit hitam yang menjual sejadah, inai mekah, kacang kuda, dan rempah ratus. Tak salah berkasih sayang sesama Ummah tetapi caranya kurasa janggal. Duduk bertenggek dekat-dekat merenung wajah (pilih yang tak berhijab) bertanya itu ini dan tawar-menawar . Inilah agaknya antara apa yang dikatakan si Indon (LULU) yang sering berlepak diluar hotel-hotel mencari upah haji dan korban. “Cerita-cerita” dari Tanah Haram yang JELEK untuk dibawa balik ke tanah air. Niat aku bukan nak menjatuhkan air muka sesiapa tetapi sekadar gambaran kerenah insan yang bernama maknusia senantiasa menerima ujian Allah s.w.t. akan keimanan dan ketaqwaan masing-masing walaupun dimana jua, lebih-lebih lagi di sini, di rumah Nya.

Wassalam.

BENariff
2.09am 181003



Sun Oct 26, 2003 6:56 am
PERJALANAN KE RUMAH ALLAH EPISOD KE22

Selepas makan malam di bilik lebihkurang jam 10 malam akupun keluar menuju ke MH . Tentulah seorang diri sebab rakan-rakan sebilik , kecuali Pak T, bersama isteri dan aturcara memasing. Niat hati nak beriktiqaf di MH hingga ke subuh esok.
Tidak ada apa=apa hendak dikejarkan. Jadi ku singgah ke kedai berdekatan betul dengan MH untuk membeli sebuah kamera. Lengkap dengan segulung filem 36 exposure dan battery dengan harga RS80. Tak lengkap rasanya perjalanan tanpa kamera untuk kurakamkan detik-detik sejarah hidupku di Tanah Haram. Penjualnya seorang anak muda dari Yemen. Aku dan dia berinteraksi dalam bahasa OMPUTIH broken-broken.

Seronok melihat telatah jemaah yang bersantaian di lapangan Masjid yang terang benderang . Yang berbual berbual . Yang mengaji mengaji. Yanag solat sunat, solat. Yang tidur tidur berselimutkan kain serban yang besar. Aku pun “test” kameraku mengambil panorama yang menarik itu dari atas balkoni gerai. Flash dari kamera menarik perhatian seorang “Mutawwif”. Menurut kata orang mereka ini adalah sukarelawan yang mengawasi tingkahlaku para jemaah yang melanggar peraturan di MH. Rupanya mengambil gambar MH dilarang. Aku sekadar mohon maaf dan beredar segera dari situ dan menuju ke lapangan. Ku simpan kameraku dalam beg kecil TH dan masuk ke dalam Masjid. Tanpa sedikitkan perasaan bersalah kerana ku tidak tahu kamera adalah antara peralatan yang dilarang bawa ke dalam MH. Pengawal di pintupun tidak sempat memeriksa kerana terikat dengan jemaah yang lain.

Masuk sahaja ke dalam MH, ku minum air zamzam. Berjalan turun ke gelanggang Kaabah, kuambil saf didepan Rukun Iraqi. Alhamdulillah, ku dapat mengerjakan solat-solat sunat taubat, hajat , tasbih. Tanpa terencana, air mataku titis berderaian.

Hari dah masuk ke Sabtu 1.2.03 di Makkah apabila matahari tergelincir memasuki waktu magrib (6.10 pm waktu Makkah) Di tanahair kita hari beralih selepas detik 12 malam.

Jam 2 pagi. Ku lihat ramai juga jemaah duduk bersantai merehatkan diri. Ada yang baring. Malah ada yang tidur . Timbul keinginanku hendak berbaring sekejap. Baru dok adjust kepala, ku diusir dari tempat itu bersama-sama lelain jemaah. Rupa-rupanya waktu itulah kerja2 mop lantai sekeliling Kaabah akan dijalankan. Beberapa buah jentera mop telah digunakan. Dari tangga MH mengadap Kaabah ku perhatikan cari mereka menjalankan kerja. Mula-mula satu kumpulan pekerja membuat cordon kawasan yang hendak dimop dengan tali tape. Kemudian diikuti kumpulan lain yang menyimbahkan detergent pencuci. Dikuti di belakangnya dengan barisan kumpulan yang mengemop dengan penyapu mop. Sungguh bersistematik. Tak berapa lama kemudian selesai semua halaman Kaabah dibersihkan.

Kunaik ke dalam MH mencari sudut yang lega dari lalulintas untuk membaca kitab suci alQuran. Naskah-naskah kitab suci itu banyak terdapat diatas rak-rak yang disediakan. Ada rak-rak yang dipasang pada tiang-tiang Masjid. Ku dapat tahu selain dari pemberian Kerajaan Saudi, naskah-naskah itu adalah hasil HADIAH dari para jemaah . Aku sendiripun menerima pesanan dari adikku untuk membeli empat naskah alQuran di Makkah sebagai hadiah atas nama dia dan suami serta kedua aruah ibu dan ayah kami. Insyallah nanti akan ku belikan dengan wang yang diberikan kepadaku itu.

Ku sangka “panas hingga ke petang. Rupa-rupanya hujan ditengahari” bak kata pepatah orangtua kita. Posisi yang kusangka lega TUP2 ditenggeki jemaah wanita kiri, kanan dan belakang!. Ape ke he? (expression di sini aja. Disana ku diam!)

Duduklah , bisik hati kecilku sewaktu ku bangun berpindah ke tingkat bawah. (Basement). MH ada empat tingkat. Basement, ground floor (1st floor) , second floor dan rooftop.

Selesai mengaji beberapa surah, ku ke gelanggang semula untuk mengerjakan tawaf sunnat di hadapan Kaabah. Kalau tak silap waktu itu jam pukul 4 pagi. Kaabah tetap tidak sunyi ditemani ramai jemaah mengerjakan tawaf. Ku jangka dalam keadaan yang agak “lega” itu dapatlah ku hampiri Hajaratul Aswad untuk menyentuh Batu Hitam itu kalaupun tidak menciumnya. Tak ku jangka pula baru sahaja hendak merapati penjuru ke sana , aku tersepit dan dihimpit mereka yang berniat yang sama. Dalam keadaan terhimpit-himpit itu talipinggang “askar” yang ke kelipkan ke pinggang tertanggal dan jatuh ke bawah kakiku. Waktu itu aku hanya sempat menyentuh dinding Kaabah sebelah Makam Ibrahim. Kecemasan, kerana terselit di celah-celah talipinggang itu RM300 dab RS500 (yang baruku keluarkan dari Tabung) . Ku cuba berpatah balik ke tempat ianya tertanggal tapi tidak dapat bergerak bertentangan arah dengan arus jemaah. Kukira tawafku terbatallah kerana telah bertukar arah dan juga niat. Namun ku ikut arus jua satu pusingan lagi dengan harapan dapat kembali ke tempat jatuhnya talipinggangku itu. Sambil itu ku panjatkan doa kehadrat Allah s.w.t. sekiranya wang yang kuselit pada talipinggang itu haram, ku redholah hilangpun, “No big deal!” sort of. Akan tetapi (Ya Allah) jikalau wang nya itu halal buatku, pulangkanlah kepadaku.. Mujur baik doaku dimakbulkan . Dapat balik talipinggang itu dari seorang askar yang berada di atas lingkaran Hajar Ismail. Ku lihat memacam barang di tempat itu. Pen, cincin,pouch, ketayap, kain serban dll seumpamanya. KU hampiri seorang askar betanyakan talipinggangku. Dia tak faham. Ku tarik talipinggang yang dia pakai. “Oooo” Baru dia ngerik! Lalu diunjukkan aku talipinggangku yang serupa dengan talipinggang yang dipakainya itu. “Ini?” seolah-olah dia bertanya. “Yaaaa! Ya, Itulah! Shukran! Shukran! Alhamdulillillah!” Aku menjerit gembira. Disitu rupa-rupanya barang-barang jatuh dijumpai jemaah dilempar kepada askar bertugas untuk dikumpul dan dituntut kemudian. Ada pejabat dalam kawasan MH untuk urusan menuntut barang tercicir.

Ku unjukkan kepadanya wang yg masih terselit di talipinggang itu. Selamat. Alhamdulillah. Dua2 sampul duit masih ada disitu. Dia isyaratkan “Baguss!” dengan ibu jarinya. Ku genggam talipinggang itu erat-erat takut terjatuh lagi lantas terus keluar tawaf. Talipinggang itupun tidak ku pakai lagi kerana tidak “secure”. Ku beli “beg perut” (pouch) putih dn berklip sebagai ganti . Kukira tawaf sunat itu terbatal pada pusingan yang kedua. Hm…terbatal LAGIK!

Sebelum ku lanjutkan kesah tadi, teringat aku berjumpa Ustad B untuk memohon penjelasan mengenai TAWAF UMRAH yang terputus (ditolak keluar oleh arus manusia) selepas pusingan ke empat pertamanya (semasa bersama Pak T) dan yang terbatal kerana terkentut selepas pusingan ke tiga semasa tawaf kali keduanya bersama rombongan Tok Sheikh . Apa hukumnya, ustad?

Ustad menjelaskan 4 (empat) pusingan tawaf pertamakali aku itu PLUS (campur) dengan 3 (tiga) pusingan disempurnakan keduakalinya bersama Tok Sheikh sebelum terbatal itu SAH MENCUKUPI 7 ( TUJUH) PUSINGAN yang diwajibkan…DENGAN SYARAT, “antum betul-betul YAKIN” dengan bilangan pusingan (4+3) itu. KU lafazkan keyakinanku itu. Ustadpun berpesan, “Jangan WAS-WAS apa-apa. Jangan panjang-panjang fikir atau bertanya sesiapa lagi selepas sudah yakin.” Jika diragui, bayar DAM lah maknanya. Dengan keyakinan itu maka sah jugalah aku bergunting 3 helai rambutku dan menanggalkan ihram Haji Tamattuk.

Begitulah sebagaimana yang telah ditentukanNya akan diriku ini. Dalam tawaf sunat untuk pertamakalipun terpaksa “cut short” pusingan juga . Akupun tidak mahu menyusahkan kepala otakku memikirkan KENA APA ya??? Dosa dahulu memanglah ada, tak banyakpun, ada jugalah. Tapi “dosa” yangmana satu? Apa yang berlaku bagiku UJIAN Illahi ke atasku semata-mata. Tidak kurang dan tidak lebih daripada itu.

Menantikan subuh menjelma, ku cari tempat duduk jauh sedikit dari mereka yang sedang bertawaf . Mengajilah surah-surah yang patut semula. “Jiran-jiran”ku dikiri ialah Cassim daripada Iran, manakala di kanan Andes daripada Indonesia. Cassim boleh berbahasa Omputih sedikit-sedikit. Dapat juga kami bertukar-tukar informasi mengenai budaya negara memasing. Dia amat berminat akan kitab dan buku doa yang ku baca. Dia mengangguk-angguk bila ku unjukkan kepadanya doa yang ku baca. Lebih dari itu ku hadiahkannya buku doa amalan-amalan Haji yang ada tali gantung ke leher itu . KU beli waktu mengaji di Pondok dulu. Sukanya dier. Diberikannya alamatnya di Iran. Ku berikan alamatku. Ku ada menerima warkah darinya sekali tetapi tak faham sebab ditulis dalam bahasa ibundanya. Insyallah akan ku kirim kad ucapan selamat menyambut Idilfitri nanti.

Semakin dekat menghampiri subuh, semakin ramain jemaah wanita dan lelaki mula berhimpun . Kalau boleh semuanya hendak ke gelanggang berdepanan Kaabah. Bau dan kepala dilangkahi lagi. Kesabaran kita tetap diuji. Apa lagi selain meredhainya?

Habis solat baru terasa lapar. Sepanjangan malam hingga ke subuh, ku banyak minum zam-zam sahaja. Waktu balik ku lalui bazaar . Gerai makanan ditujui. Sarapan ku Cuma kek sepotong dan teh susu secawan, errrkkk! Alhamdulillah. Cukup. RS2 sahaja. Sedang menghabisi minuman tetiba “out-of-nowhere” muncul seorang tok Arab berpakaian segak mendekatiku meminta sesuapan sarapan. Aku pun tak soal apa-apa lantas menghulurkan RS2 kepada nya. Ku isyaratkan kepadanya “beli” sarapan yang sama dengan apa yang ku nikmati. “Tok Arab” itu mengucup tanganku ketika menyambut dua riyal itu, dan kemudian “hilang” . tak nampakpun dia membeli sarapan digerai. Tak nampakpun ke arahmana dia pergi. Tup=tup, lesap.
Lagi sekali aku tak hendak menyusahkan kepala otakku memikirkan yang bebukan. Apa hikmahnya disebalik peristiwa yang ganjil itu bukan untukku mereka-cipta apanya!

Waktu menaiki tangga ke bazar ku bertembong sahabat sebilik. Ku minta dia mengambil gambar aku berlatar-belakangkan Masjidil Haram. Sebelum itu ku lihat seorang mak cik keturunan Russia sedang posing untuk diambil gambarnya tapi ditegah oleh mutawwif. “Gambar kenangan untuk anak cucu..” kuagak katanya merayu. OK. Sekali sahaja, mutawif memberi isyarat jari. Aku pun terlepas juga. Dapatlah ku rakamkan suasana menjelang fajar di Masjidil Haram (MH).

Sahabatku menyerahkan kamera kepadaku. Ku pelawa dia bergambar. Dia menolak dengan baik. Dan mengingatkan aku, nanti jam 8 pagi jangan lupa berada di tempat menanti coach untuk acara ZIARAH . Ah? Jangan bimbang, tambangnya tanggung beres .

Balik ke hotel ku tembak sendiri secara automatik gambarku di bilik 734 dan di ruang legar tkt 7 hotel sebelum bersama-sama. kumpulan menunggu bas untuk ziarah . Sewaktu menunggu itu seorang hamba Allah, orang tempatan menghampiri kami dan membahagi-bahagikan roti murtabak kepada ahli kumpulan. “Halal” Jeritnya riang . Rezki pagi-pagi begini. Memberi makanan kepada jemaah adalah sebahagian dari amalan peniaga=peniaga dan orang tempatan. Malah ada yang menunggu jemaah keluar masjid untuk diagih-agihkan roti dan sebagai-sebagainya.

Bersambung, Insyallah. ZIARAH
Kepada Warga Muslimin dan Muslimat ~ SELAMAT BERPUASA

BENariff
1220/261003


Tue Oct 28, 2003 6:38 pm
PERJALANAN KE RUMAH ALLAH ~ EPISOD KE 23

Ahad 2.2.03. Tour starts at 0845am.
Coach menunggu di seberang jalan, berhadapan KHOSAMA Hotel yang menempatkan Pejabat Tabung Haji. KU dapati ramai dari kalangan rombongan adalah ahli tabliq. Mereka saling kenal mengenali satu sama lain walaupun datang berasingan penerbangan , tempat penginapan dan maktab. Setahu aku mereka sering berhimpun di sebuah masjid di Bukit Jalil. Selain dari itu mereka juga dapat bertemu jemaah-jemaah tabliq dari negara-negara Asia seperti India, Pakisan, dan China. Malah dikalangan negara-negara Timur Tengahpun mereka dapat mengenali melalui identiti mereka yang tersendiri.

Dari nota cakar-cakar ayam yang ku catit dalam perjalanan coach yang tidak stabil enjutannya, dapat ku decypher kan sebagaimana berikut, berdasarkan apa yang disampai kan oleh jurupandu (tour guide) kami, seorang penutut salah sebuah universiti di Makkah. Awal-awal lagi kupohon maaf . Jika sekiranya terdapat kekhilafan fakta, ataupun ejaan (yang ku catit berdasarkan pendengaran semata-mata) harap pembaca yang lebih arif mengenainya dapat perbetulkan. Nak buat “research” akan mengambil masa yang lebih lama. Kuharap memadai dengan rentetan tempat-tempat yang kami lalui dalam ziarah itu.

Tujuan ziarah selain meninjau tempat-tempat bersejarah juga bertujuan mengambil iktibar akan nikmat yang kita perolihi sebagai seorang Islam melalui susah payah Nabi Muhammad s.a.w. selama 13th diuji di Mekah. Ayat Makiah dirujuk. Sepanjang perjalanan pergi balik ke Arafah untuk melihat tempat jemaah akan mengerjakan wukuf, kawasan perkhemahan di Mina dan tiga Jamrah tempat melontar, masjid-masjid dan tempat-tempat bersejarah yang ada kaitan dengan sirah Rasulullah s.a.w. seperti Gua Hira’ tempat Nabi s.a.w. menerima wahyu dari Allah s.w.t melalui malaikat Jibrail, Bukit Jabal THUR dimana Nabi s.a.w. dan Saidina A Bakar bersembunyi dari kepungan kafir yg menentang usahanya mengembangkan agama Islam. Mendaki Jabal Nur pula memakan masa tiga jam untuk sampai ke atas. Ada yang sanggup!

Ketua rombongan selaku jurupandu menceritakan secara ringkas akan sejarah tempat dan peristiwa yang berkaitan dengannya.

Tanah Arafah sekarang juga dikenali sebagai Taman Arafah. Kelihatan hijau dengan rerumput dan tumbuh-tumbuhan, katanya, sebagai salah satu tanda dunia mendekati khiamat. Arafah tempat malaikat turunkan Adam . Jabal Rahmah di 58 Road no 7 tempat Adam dipertemukan Hawa. Suatu tempat disitu terdapat tempat wukuf Nabi s.a.w dimana turunnya ayat Andinakom . Kesah unta yang ditongganginya terduduk tidak tertanggung akan beratnya wahyu yang turun.

Kami ditunjuk tempat Masjid Amirah Ibrahim , manakala Masjid Aquabah pula kini kawasan larangan kerana telah dijadikan markas .Apa kaitannya dengan sejarah aku tak catit pulak. Jabal Korban dimana Nabi Ibrahim melontar syaitan yang menyuruh beliau menyembelih anaknya Ismail. “Nabi Ibrahim melontar kesetanan yang ada dalam dirinya. Apa yang disembeli adalah “nafsu”nya.” .

Tempat Rasul mabit dan melakukan jamak takhir; tempat kutip batu asli ; Wadi Muasir ; Mina ; khemah2 ; tapak dimana tentera bergajah himpun; Wadi Oranah” antara Arafah dan Tanah Haram .; tembok Siti Zubaidah; sempadan tanah haram dan tanah halal. Menurut guide kami, polis menghalang jemaah masuk Arafah menjelang magrib di sempadan Kibas > tembok Siti Zubaidah > musalifah starts here (signboard unggu) kawasan belampu > masjid Mushal Haram > di malam Nabi beruzrah di Gua Hirak > siti Hajar dan Ismail telah tinggal di Masjidil Haram > Rasul saw berasal dari keturunan Nabi Ismail > bas on jalan yang diguna Nabi ke Madinah/Mekah > Muassim di belakang khemah/bukit …. Masjid Khir 70 orang nabi2 sembahyang disini... lembah Mina ... Terowong Muasim … Jamarat Aula ,kawasan melontar Wusqa ... Jamratul Aqabah bawah jejambat... Masjid Ijabah tempat Nabi s,a,w. berdoa selepas pulang dari mengerjakan Haji . Jalan Muhammadah asalnya teroworng . Jama A,la kubur Siti Khadijah > Masjid Jinh dimana Nabi s.a.w.sekembali dari Tais mendakwah Islamkan 10,000 jin > masjid Syajarah dimana terkisahnya pokok yang dipanggil nabi datang dan berselawat kepadanya > end of tour 1036AM


Demikian catatan tempat-tempat yang dilalui dalam perjalanan. Makkah dizaman Rasulullah s.a.w. adalah lembah, bukit bukau dan gunung ganang semata-mata . Teknologi terkini telah merobah wajah nya. Perjalanan yang dilalui dizaman Rasulullah s.a.w. tidak semudah sekarang. Dengan coach nampak dekat sahaja. Kok dengan unta, makan masa berhari-hari juga lamanya. Sayangnya masa yang suntuk tidak mengizinkan kami turun untuk mendekati gua-gua yang bersejarah itu. Kami hanya dapat memerhatikannya dari dalam coach sahaja. Siapa yang mahu memanjat bukit dan gua berkenaan kenalah membuat jadual tersendiri. Ziarah kami sekadar “passing by”. Pun syukur Alhamdulillah, diberi kesempatan menikmatinya. Diakhir tour barulah wang tambangan @ RS20 seorang dikutip dan diserahkan kepada jurutunjuk yang juga penganjur ziarah itu. End of tour 1036am


Balik ziarah . Berehat. Solat zohor di Masjid. Sambong ke Asar dan Maghrib. Tidur sekejap antara asar dan magrib. Dapat menggenapkan 7 pusingn tawaf sunat yang terhutang semalam sewaktu talipinggang terlucut itu. Walaupun sunat, tawaf hendaklah dicukupkan memana pusingan yang terputus. Ku lakukannya di aras pertama walaupun lebih jauh jarak pusingan berbanding digelanggang kaabah. Lebih besar lingkarannya. Tapi selesa walaupun capik . Tidak terkejar-kejar mengikuti rentak arus. Kok terganggupun jeritan tukang tolak kerusi roda minta laluan. Laaju-laju belaka. Mungkin ada lagi trip tempahan yang menanti.

Tawaf kali ini tangisku memanjang lebih-lebih lagi bila baca doa yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu. Begitu juga dengan doa solat-solat sunat nya. Lebih dihayati jika kita faham apa maksudnya. Tangisan yang mengiringi doa-doa bukan lagi dibuat-buat . Tidak juga perlu memaksa diri mengeluarkannya. Jiwa dan perasaan terbelenggu dalam kekusyukan. Hati nurani terusik habis memohon dosa-dosa lalu diampuni Tuhan.

Balik ke hotel terpikat dengan gelang tangan emas tiruan yang dijaja. “Buang” RS10 untuk sepuluh uratnya! Oh oh, sejadah itupun agak unik coraknya. Kok keabisan dan tak jumpa lagi seumpamanya kalau tak dibeli sekarang, makanya ku “buang’ lagi RS12. Penyakit “buang-membuang” duit sudah mula menguliti diriku. Ianya menjadi suatu penyakit jika dibiarkan. Pada awal-awalnya “nafsu” bebelanja dapat kubendong tetapi apabila wang tabungan kukeluarkan melebih bayaran DAM Tamattuk, maka dikit demi dikit, Riyal Saudi terbolos jua dari jari jemariku. Baju tidor yang tak pernah aku pakai di rumahpun ku beli sebab terpikat dengan coraknya. Pun dengan alasan tak mungkin terjumpa secantik itu kalau terlepas. Padahal bila balik ke sini, ianya cuma hiasan tergantung didalam almari. Apa yang dipandang menawan di sana, tidak menyelerakan lagi mataku memandang. Janggal pula rasanya hendak dipakai. Kok ada mana-mana anakku berkenan, ambillah.

BERSAMBUNG INSYALLAH .

BENariff

DARI ARKIB RELEXJAP ¬ POSTINGS 2003 - 2006

Tue Sep 2, 2003 10:48 pm
Re: NWR(A) - TV oh TV
From: BENariff <http://groups.yahoo.com/group/Relexjap/post?postID=v1ON35R6ldq8ZKqqPSw_rFGvO0PDqgVczw-XxCBXbqqs0DdODVA9dFwE7ZmvgN3_0mUDTB8UQhJlqpTa6QnW>

Maaf lah Abang BEN terpanggil lagi untuk menyangmbut-ulas jemputan dari sdr TVfasal pendedahan "berani" NTV7 akan perbuatan-perbuatan beberapa keratanakmuda Melayu kita yanmg dipaparkan. kalau tak silap kaum BOHSIA sekarangdah pandai berbaju kurung dan bertudung untuk mengelirukan orangramai tentangaktibiti mereka. dulu mereka melepak di kompleks , Kedai-kedai makanan segeraMcD dan KFC, Jejambat, jejantas, belakang mahkamah dll dengan pakaian2 yangmendedahkan pusat , lengan, dan peha....mudah dikenali Mat-mat motor danPak-Pak Dangdut.Orang mengutuk mereka habis-habisan. sekarang giliran mereka pulamemulangkan "aib" itu kepada bangsa mereka sendiri. mereka pakai macam manaramai gadis dan wanita baik-baik pakai. mereka melakukan apa yang ramaigadis dan wanita baik-baik tidak lakukan.Kemera cuma menangkap dari jarak jauh macam kerja "stalker". "Stalking" adalahsuatu jenayah tetapi saluran TV yang tersebut agaknya mendapat lesen dari KDNuntuk melakukan, hingga sanggup menghantar jurukamera masuk ke lubuk-lubukmaksiat yang berkenaan.Kalau diukur siaran-siaran NTV7 dengan setesen-setesen TV lainnya, NTV & sudahkebarat-baratan lebih dari ke Malaysianan. Saya tak pernah lagi menontonsiaran berunsur Islam seperti ceramah, forum,siri-siri drama kesah perjuanganpara sohabat di zaman kegemilangan Islam. Sekurang-kurangnya RTM dan TV3 ada.Pagi2 lagi sudah ada "motivasi" ala Islam. NTV7 memulakan siarannya denganclip-clip video lagu-lagu persembahan artis barat, rock dan metal sebagaimukaddimah setesennya setiap hari.Kurasa, pendedahan yang dibuat menerusi DIPIHAK ANDA dan EDISI SIASAT cumasebagai cover-up betapa bersemangat Malaysian nya penerbit-penerbit rancanganmereka, betapa komittednya mereka memperjuangkan maruah agama Islam dan bangsaMelayu, betapa berjiwa rakyatnya mereka mempromosikan masalah-masalah tempatanyang kebanyakannya berpusat di sekitara Wilayah Persekutuan dan Selangorsahaja. Apa sebenarnya nawaitu disebalik pendedahan itu?Kita jangan mudah menerima bulat-bulat tanpa berfikir kenapa Mereka sanggupmelakukan apa yang telah merekla lakukan. Kena pula dengan skrip yang ditulisbukan main tajam bahasanya. Perkataan-perkatan keras digunakan untukmenggambarkan betapa "geramnya" penyampai rancangan itu terhadap kepincangan-kepincangan yang mereka siasat melalui EDISI itu.Setesen itu setesen TV swasta. Pokok utama dari segala rancangan-rancangansensasi itu ialah mencari keuntungan. Mencari pengiklan sebanyk-banyaknya.Kita tak tahu siapa sebenar di belakang setesen itu. Kita tak tahu samadaorang di belakang setesen itu sedar atau tidak yang dia turut membantumerosakkan Islam dan Melayu sebagaimana juga tektik-tektik yang digunakanmereka yang anti-Islam yang ingin menyesatkan anak-anak muda kita kearahkemutadan malah menhakiskan keimanan anak-anak muda kita supaya terjebakke dalam kencah perbuatan-perbuatan immoral hingga sukar untuk bertaubat.Wallahualam.


Tue Sep 2, 2003 10:49 pm
Re: [Relexjap] SH - Masalah ku cari sendiri..
From: BENariff <http://groups.yahoo.com/group/Relexjap/post?postID=qyUND1bzJUhINzWvto8SUV3e99II8oS1IJmvmA1LCDOJc9-T564Uc7Mbu02nmK74uFwmLllOmfyNBg>


Assalamualaikum,Saya benar-benar terpanggil memberi pendapat:1. alhamdulillah anda sudah insaf dan kembali ke pangkuan suami dananak-anak 100 persen;2. sekiranya lelaki itu terus menerus mengganggui ketenteraman andasamada di pejabat, atau melalui panggilan-panggilan telefon, makaperbuatannya boleh dikategorikan sebagai " harrassment". jIKA DIAmengikuti anda balik kerumah atau mengintip anda ditempat tinggalanda, perbuatan itu boleh dikategorikan sebagai "stalking". . adaundang-undang jenayah yang melindungi kita dari kedua-dua perbuatan.anda cuma perlu membuat laporan kepada pihak yang berwajib.3. kalau dia ke pejabat dan memalukan anda dengan cerita-ceritaperhubungan anda dengannya dahulu, perbuatannya dikategorikansebagai "mencabul" keperibadian anda dikhayalak ramai. Pun adaundang-undang dari gangguan sedemikian yand mendaaatang aibatau "embarassment" terhadap diri anda. Anda boleh membuat laporankepada ketua pejabatnya selain dari memasukinya ke dalam repot andabersesekali dengan "stalking" dan "harassment" itu.4. anda perlu memberitahu suami anda akan kesalahan anda yang laludan memohon kemaafaran daripadanya. ini lebih dari dari dia menerimamaklumat itu dari lelaki bekas kekasih anda itu. mudah-mudahan diadapat memaafkan anda dan memberi perlindungan terhadap diri andadari gangguan lelaki itu seterusnya.5. sekiranya dia terus menghubungi anda melalui e-melatau "messenger" untuk mengajak anda chat lagi, tukar E-MEL ADD danID anda segera.6. jika dia menghubungi anda lagi melalui hand-phone anda, block thecalls darinya atau tukar sim card anda ke nombor yang baru.7. this case is as simple as A-B-C to solve. Nothing to be gelabahabout.Wassalam.


Thu Sep 11, 2003 10:58 pm
BBA - Melayani pembantu rumah berlandaskan sunnah: pandangan

Merujuk subject diatas oleh Ir sempok:
saya mendapat kesah penginiyaan pembantu rumah (bangso Indon) dari kakak ipar:
1. pembantu rumah seorang doktor di Hospital Seberang Jaya: membiarkan anak-anak tuan rumah (doktor itu) tak terurus - comot comat - hinggalah doktor itu dah dekat nak balik dari kerja, barulah dibersihkan budak-budak itu - mandi - tukar pakaian - sikat/ikat rambut cantik-cantik dan bebedak apa segala. Jiran (juga seorang doktor) di quarters hospital itu sendiri sering mengikuti keadaan budak-budak semasa mereka keluar bermain-main.

2. pembantu rumah kencing ke dalam minuman yang disajikannya kepada majikannya suami isteri. majikan ada lah orang-orang baik dan melayaninya dengan baik sangka. mereka cuma komen kenapa minuman mereka terasa lain macam tapi tidak mengesyaki sesuatu. wallahualam bagaimana mereka akhirnya dapat tahu sebab sipencerita tidak menjelaskannya;

3. pembantu rumah yang sama apabila di hantar ke lapangan terbang oleh majikan suami isteri untuk bercuti di kampongnya di Indonesia diberitahu oleh pembantu rumah yang dia telah memasak makanan untuk mereka . besarnya hati majikan atas ingatan pembantu rumah mereka bersusahpayah masak at last minute nak balik kampong pun. very dedicated housemaid. bila balik merekapun ke dapur bukalah periok untuk menikmati makanan yang dimasak. apa yang mereka dapati ialah tahi yang diberak si pembantu rumah ke dalam periok itu!

4. pembantu rumah sambil menonton television, membiarkan bayi anak majikannya menghisap ibu jari kakinya sebagai ganti puting! bayi itu menghisap ibu jari kaki sampailah terlena. begitulah perbuatan pembantu rumah (Indon) itu kerana tidak mahu ketinggalan rancangan tv yang sedang di tontoninya.

Perbuatan terkutuk pembantu rumah seperti ini hanyalah sebahagian dari perbuatan yang kita ketahui. bagaimana yang kita tidak tahu?
Betul kita harus melayani mereka mengikut sunnah. tapi apakah diluar pengatahuan majikan (ketika keluar bekerja) mereka juga dilayani oleh pembantu kita mengikut sunnah ?
WALLAHUALAM.


Wed Sep 10, 2003 4:16 pm
From: BENariff <http://groups.yahoo.com/group/Relexjap/post?postID=mdKv6PKGWvADFOrFEpoBq7vEIL-UJKkjkFC_d8762jALQFBw-F4JfQ11rP3NFoOsAI0UJ3JjGKfz-ik>

Salam hormat buat KA dan kalian warga,Abang BEN rasa terpanggil menyokong apa yang KA telah lakukan. takkurang ajar malah kuangkat topi diatas pertanyaan kepada ustadtentang batal solat kerana menurunkan jari sebelum salam dan yangsatu lagi bab menyusahkan apa yang sepatutnya senang. dulu waktuabang BEN nikah tak payah kursus mursus. Takpun juru nikah mintabanyak itu ini nak pastikan abang ni Islam ke apa? Khutbah nikahitu ada sekadar mengingatkan abang akan hak isteri jika bersabit babnafkah tidak diberi selama tigabulan itu. Bagi abang bab jaritelunjuk membatalkan solat itu tak adapundiajar sejak kecil . malahmengekalkan jari telunjuk pun tidak diajar. Mana datang itu hukumpuntak tahulah. barangkali bagi orang yang rasa dirinya terlalumendalami pengajian memacam hukum baru yang diperolihi untuk(kononnya) lebih sempurna solatnya. tadi waktu isyak disurauternampak orang sebelah tak turunkan jari telunjung sehingga diamemberi salam ke kiri. agaknya diapun anak murid yang terlalumendalami pengajiannya terutama bab sembahyang sampai segala-galayang kita pernah amal selama ini tak cukup sempurna, dan perluberguru untuk menyempurnakan. bagi abang Ben KA berhak. mana-manayang menggaru hati kita kepada was-was perlu kita mintadiperjelaskan. saksi nikah yang seorng tu nak tunjuk betapahandalnya dia dalam hukum hakam mengangkat nikah agaknya. bagi abangBEN itu suatu penyakit was-was yang ada pada dirinya. kalau memangdia itu berilmu, sudah sepatutnya dia memberi penerangan kepadapengantin lelaki sebelum diakad nikahkah. ini dia yang lebih darijurunikah. salah siapa kalau pengantin sampai KO masuk pusingan keempat? Jurunikah kah apa? macam kita masuk pertandingan . sebelummula mesti tahu undang-undang permainan. bukan selepas dah masuk kegelanggang, tiba-tiba itu salah dan ini salah. itu foul dan inifoul. memacam syarat dan peraturan baru dibuat sewaktu permainandilangsongkan untuk apa? Untuk menyusahkan memana pasukan menangatau mendapat keputusan muktamat. yang ini aku memang pantang. masaitu juga aku jegel referee dan panggil team aku keluar padang!agaknya terlalu nak menangkan team favouritenya hingga sanggupberlaku berat sebelah.you go on . ask as much as you want. disregard the comments behindyou. macam kita ikuti kuliah agama. orang tak ndak tanya sebab akanmengambil masa lebih panjang untuk tamat sessi itu. orang tak ndaktanya sebab tak ndak dikatakan "kurang tertib" mengganggu majelis.Ortang tak ndak tanya sebab tak mahu dikata cuba menarik perhatianorang ramai lebih-lebih lagi ustad yang memberi ceramah. Abang BENjadi perhatian tok guru abang kerana banyak mencelah dan bertanyasebelum dia beralih ke topik lain. memang ada cakap2 dibelakang "takada siapa lagi lah..asyik dia aja". tapi tok guru bijak memberijawapan. malah dia sendiripun menjadi bijak kerana dia juga sukabertanya tok gurunya demi melengkapkan pengetahuannya tentangsesuatu yang dikatakan tokgurunya. hinggalah abang BEN berpindahnegeri, abang BEN diberitahu tokguru selalu tanyakan kemana abanglama tak nampak. di surau kampong inipun begitu. malangnya ustadyang mengajar adalah dari jenis yang tidak mahir membuat huraianterperinci. ilmu yang disampaikan dibaca terus dari kitab. kitab itupula hanya dia seorng yang miliki/ "Tak dijual lagisekarang"..tentulah kitab lama. Jadi kerap jugalah ustad ituterperangkap atau rasa terperangkap. sekwaktu inilah orang mereasayang kita tanya sebab nak uji kemampuan ustad yang mengajar. Nakbuat camno, dah kebiasaan. kalau apa yang kita tanyua lain yangdijawab, abang ulang lagi dan lagi tapi bila yang itu jugajawapannya, jelaslah dia tak bersedia untuk menjawab. Ustad lainsekurang-kurangnya KIV dulu soalan. "Nanti saya jawab dilain sessiya? Biar lebih pasti dan dalam, ya?" PUjuknya. OK kita terima.Begitulah sepatutnya. Bukan baca balik apa yang disampaikan tadi.itu bukan menjawab pertanyaan, namanya.sama tokguru abang dulu, kami dibekalkan apa sahaja kitab yang tokguru sampaikan. dah ada bukupun kami pasang keset recorder. balikkami dengar ulasannya sampai semak kitab kami itu. dua tiga kalibaru faham betul-betul. tapi dek kerana otakni dah berkarat, takretilah nak sampaikan kat orang. ada pendengar yang datang tak bawahbuku nota ataupun keset recorder macam disurau kampong abang tu.masuk telinga kiri habis keluar ditelinga kanan. sedangkan ilmu yangdisampaikanpun bagi abang BEN baru diperolihi sebab kitab itu agakjarang ditemui. ustad kata oraang yang tak buat catitan itu "orang-orang bijak". Hati mereka "terang, gamaknya". abang yang pertamabawa buku nota selepas menyedari isi kitab yang disampaikan itu amatbaik untuk meningkatkan akidah dan amalan seharian. kawan yang dudukdisebelah pula tiba-tiba aja hendak mengajar abang itu dan ini,waima semasa ustad tengah membvaca kitanya. agaknya dia sangka kitabawa buku ni jahil sangat ke ilmu agama sampai nak buat catitan? takpernah dengarkah apa yang ustad sampaikan sebelum ini? sebaliknyaustad lebih banyuak memberi tumpuan kepada abang. dia mengulangi apayang disampaikan sekiranya abang masih belum habis mencatit.kita harus ubah persepsi kita terhadap orang yang bertanya dan orangyang membuat catatan. abang tak kena komen macam KA sebab kerap kalibila abang timbulkan soalan...komen nya "Iya, tak iya juga yer?" adayang mengangguk senang dengan pertanyaan kerana "tak terfikir pulakita yer?" maka, bertambah galaklah aku.Gitulah sekadar menyokong anda. Wasallam.


Wed Sep 17, 2003 9:23 am
BBA - Kurang Ajar Dibalas Kurang Ajar : pandangan

Terpanggil Abang BEN errmmm 'BANG AJI' (tambahan sinonim kepada MAKAJI, PAKAJIkalau belum ada digunakan) nak menjampuk sedikittt!Memang wajar siadik pendekar itu memgajar lelaki sikurang ajar itu kerana sudahmelampaui perbuatan kepada sentuhan fizikal. Setujuk! Tetapi bagaimana kalauseorang gadis yang dikatakan lembut tetapi diperkasakan dengan senimempertahankan diri yang unggul bersikap kurang ajar dengan orang "lama" macamBang Aji dan Kak (Aruah) Ajinya? suatu ketika Bang Aji ke Pejabat LUTH danparkinglah di tempat yang sebenarnya parking lot PNB (Amanah Saham Nasional).Bang Aji ni ada habit park serapat-rapat yang boleh supaya ada lagi ruang untuksebuah lagi kereta kalau nak park sebelah kereta Bang Aji...(memang bebulu hatikita kalau ruang letakkereta yang boleh muat dua kereta dimonopoli sebuahkereta hanya dek kerana drivernya malas nak letak betul-betul atau beconsiderate sedikit kepada pelanggan lain, kan?).Dipendekkan cerita dah selesai urusan ke parking lot semula nak keluarkankereta Bang Aji mendapati sebuah kereta yang park disebelah kanan kereta BangAji terlalu rapat hingga susah BangAji nak masuk . sekujur kemudian datanglahdua orang gadis belia melia pun nak keluarkan kereta mereka. Legaaa, bisik hatiBangAji, jadi kitapun tunggulah pemandunya keluar kan keretanya dulu. diatengok kita kitapun senyumlah kat dia dan beri isyarat silakan kuar dulu?Response yang BanAji terima tak selari dengan harapan kerana gadis itu (memakaitrack suit berbaju tee yang terdapat tanda "TAEKWANDO ASSCIATION OF,..."menjegel kat BanAji dan dengan suara agak mengugut "Awak keluarlah dulu. Sayatak boleh masuk!".Bebanding ruang puka pintu kita dengan dia, luas lagi ruang dia tambahanpulabadannya kecil tak sebesar BanAji senang-senang nak masuk bahagian memandukeretanya."Saya tak boleh buka pintu. Adik sajalah keluar dulu.""Awaklah!" jawabnya menyinggai suaranya dengan beliak mata macam si-gedebe(kaki pukul) mencari gaduh.BangAji tengok Kak Aji.KakAji isyarat minta beralah. Terpaksalah BangAji masukmelalui pintu penumpang yang muat-muat sahaja bagi badan sebesar BanAjiwalaupun terpaksa menyelit.Silembut "perkasa" memerhati dengan mencekak pinggang sementara temannya gelak-gelak kecil. agaknya terasa diri kawannya tu hebab dapat menakutkan orang lamamacam BangAji . Besar kemungkinan kawannya memegang talipinggang hitam senipertahan diri atau cuma menggempar kita disebalik baju tee bercop persatuanseni pertahan diri itu, wallahualam.Yang pastinya, "pendekar" genit itu memang dah kurang ajar dengan BangAji!.Keperkasaan seni pertahan diri yang ada pada gadis itu digunakan untukmencabar-uji orang macam BangAji dan KakAji.Teringat menonton drama-drama TVdan filem-filem kepedengkaran dahulu dimana penyangak kampong yang menakutkanpenduduk kampong sambil menggigit tebu sebatang dan meluahkan hampasnya ke mukatok penghulu semata-mata tompang berani berketuakan seorang kesamsengan sangmahaguru silat kampong seberang walaupun dirinya sendiri hanya bebekalkansedikit sebanyak kekuda dan langkah silat.Betul tak TOK JANGGUT? depa tak bedepan kita orang lama yang diajar sembunyikankuku dengan bebudah ingusan macam yang saya kesahkan itu..kaann?Moral ceritanya, siapa pun boleh dikurang ajari kalau merasa dirinya gagah danboleh mengkotak-katikkan orang lain. insyallah orang seperti itu suatu hariakan bertemu ruasnya.Nota Kaki: Maaf kalau Episod 20 dan seterusnya :PERJALANAN KE RUMAH ALLAH"tergendala "pelayarannya" di Tasik nan permai ini kerana rezki datang menggolekdengan tawaran kerja Marketing Executive dengan sebuah syarikat di Butterworth.Tengah kalut dok undergo "training" sebab hapa satupun tak retifasal "marketing" coz all these while kita ini adalah "Office Administrator"dan "officer-of-all-trade-except Marketing & Salesmanship". . Don't know muchbut am willing to learn, and when I do, for sure I'll deliver. Insyallah, I'lleven excelled"...PACWATTAN..HELLLPPP



Topik Respon Warga Relexjap 24/09/2003
From: BENariff <benariff47@...>

Salam hormat Laisla Bonita i am responding this kepada anda kerana tersentuh dengan rintihan seorangperawan yang belum bertemu jodohnya walaupun sudah agak lewat, tak kirlahsiapa yang anda maksudkan itu. kok dapat melegakan perasaan , hiburilahhati anda dengan lagu ini:TUNGGU SEKEJAP…Tunggu sekejap wahai kasih,Kerana hujan masih renyai,Tunggu sekejap dalam pelukan asmaraku,Jangan bimbang walaupun siang akan menjelma,Malam ini, belum puas ku bercumbu dengan dinda..Hm..tunggu sekejap wahai kasihTunggulah sampai hujang teduh,Mari kudendang, jangan mengenang orang jauh,Jangan pulang, jangan kautinggalkan ku sorang,Tunggu sekejap kasih….tuuuunggu….Lagu: P Ramlee nyanyian Saloma Filem: Sargen HassanYa, katakan pada dirimu, "Tunggu Sekejap"..kerana hujan masih lagi renyai-renyai. Tunggulah hingga ianya teduh...kan kautemui apa yang kaunantikan,disebalik kabus yang kan dipupusi hujan tadi.Dendangilah akan dirimu dengan kesyahduan lagu-lagu yang menenteramkan jiwakalaupun tidak dengan pembacaan Al-Quran yang teramat syahdu jika kena denganlagunya. Kaauakan merasa nikmat yang teramat hingga beralih muka demi mukakerana tersentuh dengan pembacaan itu.TUNGGU SEKEJAP kerana teman hidup yang bakal merangkumi kehidupanmu kelak jugasedang menanti jodohnya akan dirimu...ternyata dia juga ternanti-nanti dalampencarian yang berlum bertemu kesudahannya.Yeap! Hujan kan masih renyai-renyai. Mungkin kaumasih belum puas "bercumbuan"dengan tanggungjawab terhadap diri, keluarga , kerjaya dan kehidupanbersendirianmu! Jangan ditinggalkan dikau keseorangan dalam mengejar cita-citamu kerana disekeliling pinggingmu peluang sedang menanti.Tunggulah sekejap DALAM PELUKAN "keasmaraan" dunia yang pasti menjanjikan yangterbaik buat dirimu.. Tiada apa yang hendak kaubimbangkan KERANA SIANG AKANMENJELMA....yeap! Siang tetap akan menjelma untuk kebahagiaanmu dimasa hadapan.MALAM BELUM PUAS menyelimuti dirimu kerana memberimu ruang untuk muhasabahdiri (or is it musabahah, mubasahah? Oh whateverlah!)Nun disinun, somewhere, someone, somewhile, juga sedang menjerit-jerita JANGANTINGGALKAN DAKU SORANG....kerana suatu masa ke hadapan pasti diajak akan kamuBERDENDANG, ...mungkin dia juga tidak mahu kau MENGENANGI ORANG JAUH....keranadia terlalu dekat denganmu...dia ada disebelah mu, ada dikirimu, dikananmu,dihadapanmu.....terlalu dekat untuk kau melemparkan kenanganmu kepada orangyang jauh.Begitulah, kawan. TUNGGU SEKEJAP.BEnariff


Tue Oct 14, 2003 2:00 am
BBA - Baru jaga kaunter!! ...kisah lain

Salam pada warga dan ...wow! Syabash untuk KA dengan tindakan yang diambilterhadap kedua-dua penjaga kaunter. Penjaga di pejabat Menteri di dayabumi tumeraong takut dan kecut kerana "budak selekeh berjaket bertopikeledar " itudijemput masuk sang menteri sendiri dihadapan matanya. kalaupun nak ikutprosidiur (buat appointment apa segala) gunakanlah pertimbangan sendiri.Sekurang-kurangnya tengoklah cop kompeni guaman disampul berisi dokumen apasegala yang dibawa tu .Kok ingat budak berjaket tu nak pi menembak menterirasanya security consciousness nya at level zero sebab dah ada pak guardstanding by.itu cerita KA dengan orang dalam (penjaga kaunter dan kerani jpn ipoh). yangabang BEn nak cerita sikit fasal orang dalam dengan orang luar. abang Benpegawai dalam yang menyemak dan mendaftar permohonan pinjaman perumahan orang-orang yang kerja gomen dan sekutunya, manakala orang luar itu pemohon yangkebetulan kerja di pejabat PM. abang in charge kat situ nampak dia cakap cakapkasar dengan pegawai wanita sebelah abang. agaknya rakan kerja abang tak beranibuat keputusan nak daftar ke tidak. Dalam dia marah-marah, abang dengar diakata dia dari pejabat PM.abang panggil dia mengadap abang. jemput duduk. apa masalah anda. oooo begitu.No problem. bak mai application nak tengok. you dari pejabat PM ye? kata abangsambil membelek dokumen2 yang berserta borang permohonan. Hm..sambil beleklagi, ini OK, yang inipun OK..dia mula bersandar sedap rasa agaknya bolehapprove. tup-tup ada yang tersangkut. Certain queries fasal geran tanah dimanarumah nak dibangunan dengan pinjaman itu. Yang itu you kena bawa balik danclarify. Come back when thats done.dia tersentak dan menjegel ke arah kita. alamak! eksyennya dia? tak bolehdaftar dulu kah then clarify later? wow bukan main authoritativenada suaranya. Cool. kita tahu dia siapa melalui butir-butir jawatan, gajidsbnya. Kita geleng kepala then look at him straight in the face.This iswhat i told him.Look here., my fren . you dengan I dalam satu kategory jawatan. tapi i dalamtingkatan kanan, you "biasa", OK? kalau you sendiri tak hormat orang yangsejawatan dengan you, tak hairanlah pegawai2 kategory atas kita tak hormatkankita.(in our fight for recognition of service) .You cuma kerja di pejabatPM,.bukan PM. PM pun tak belagak bila bersama rakyat (then, and problablystill is !)Sorry. Pendek aja jawapannya.Then barulah saya approve pendaftaran permhonannya sebab problem dalam gerantanah minimal sahaja dan kita boleh guna discretion untuk register and diafollow-up kemudian.Dia bayar wang proses dan sayapun minta kerani segerakan resit kew38a siapdengan nombor fail rujukan sekali.Terima kasih banyak-banyak. Lembut dan hormat bunyinya. Begitulah ya? Behumble. ular menyusur akarpun tak kan hilang bisanya. lebih kurang pesanansaya kepada "my fren" itu. Jabat tangan sayapun genggam kuat (orang jantanler). Hold on!. Before you go, please apologise kat officer sebelah I, boleh?She was just doing her job within her jurisdiction, OK?Sambil llintas meja officer to exit , dia bongkok dan ucap sorry cepat-cepat(macam tak ikhlas pulak) dan keluar pejabat.Begitulah. Orang tahu siapa kita tanpa perlu kita tonjol-tonjol kuasa kita.Besar pun rasa diri, ingat kita ni makan gaji dan hamba gomen dimana sekalijabatannya. "pandai" dan "kepakaran" bidang kerja kita buat lesen untuk belagakbesar. sebab itulah kita diletak dibarisan depan demi menolong orang yangmemerlukan khidmat kita. Kita hamba orang, bertai berbaju kot sekalpun. lebihmulia orang yang banting tulang empat kerat bekerja sendiri di kampong.Pesawah, petani, nelayan, peniaga runcit, orang awam yang bayar cukai.Piagam Pelanggan yang terpampang di muka pintu pejabat tu bukan perhiasandinding semata-mata.Akupun macam kamu KA. Geram amat kalau sapa-sapa berlagak besar. kalau takbelagakpun tapi lembab, kena sembor der! tak lama dulu ku tegor pegawaiincharge cawangan sebuah bank di pekan kecilku. Cuma dua orang bertugas.Seorang di kaunter , seorang (CC kot) asyik sebok ulang alik dari meja kekaunter, semak apa entah tak abis-abis. Banyak paper work atau formalitieskena beres agaknya!orang ke tiga pencuci pejabat. a. Pelanggan ramai. Pekerjaestet, pesara (macam aku nak tuntut pencen), pekedai runcit dan segala memenuhiruang legar yang kecil itu. Kena pula baru buka selepas r hari tutup dek cutiam+negeri.Masuk awalpun dapat tag nombor 25 . Dah dekat sejam tercacak barunombor 8 yang dilayan.Sabar...maklumlah kita baru "turun" dari bandar KL dan senantiasa cepat danpantas segala-galanya . lampu trafik tukar hijau kita baru nak tukar gearsatu drebar di belakang dah bunyi air-horn .Mulalah bengang. ku ke depan bercakap dengan pemuda in-charge itu kenapa. Takkesiankah tengok ramainya orang perlukan khidmat. Macam ni kalu jam berapabaru nak sampai giliran saya? Jawabnya, encikpun tak kesian ker kat kami ?Mana yang lain...cuti. Nak kesian apa kat awak? Kalau tak cukup orang kenapatak minta pengganti. itu kan responsibily awak? Kalau orang cuti kenapa takminta pengganti? Kenapa approve cuti .. 4 hari public holiday tak cukup rehatka? (mulalah kuat suara). Buat apa tiga kaunter kalu cuma satu sahaja nakbuka.? Tak boleh tangguhkan kerja awak dan layan we all dulu ker?saya kena clear dulu rekod-rekod ni sebelum boleh bantu di kaunter.Kalau encikganggu saya lambatlah siap kerja saya.Harap faham prosidiur kami. Excusenya lagi.Tak boleh mai awai (datang awal) sejam sebelum buka bank ? Kuncikan ada?Buatlah apa patut awak buat. Tak boleh? Settlekan dulu hajat orang ramai.Takkan tak tahu awal bulan orang ramai dan urusan pun banyak ? Apa lagilepas cuti panjang? .. Mana awak punya sense of judgment ?Dalam bahasa kasar "Tak pakai otak ker?" .'Tentu dia faham bahasa omputih yangkita selit antara kata. kitapun bukannak show off. dah biasa gitu, to get theright message thru!Kok tak cukup: macammana kalau masuk forum surat khabar? belum lagi adu katwakil rakyat. kalau sempai ke HQ awak di KL, effieciency awak akan tercemar.Finally the message got thru. Dia buka kaunter . Discretion my fren. Bertindakikut situasi . Pak guard yang standby bagi tag giliran dan tolong tunjukborang pun tak campur. diapun orang kampong gak.Bukan nak ek macam kerani kaunter tersebut atau orang pejabat PM..walaupun kitadari Ibu Negara Malaysia. Hebat apalah sangat belagak orang KL disini. Dulu-dulu bolehlah. Orang respek. Sekarang orang tak heran, mencemuh kita lagi.Keburukan hidup di KL lebih banyak tertonjol di TV. Lagipun kat hulu kampongpunada yang pasang Astro. Dunia dah tak bersempadan. MTV dan video clips baratdihujung jari anda! Budak pompuan kampong ramai tak pakai tudung kecuali bilapi sekolah ! budak lelakinya pi balik pi balik pekuda motor bapak mereka..surau pun lengang. kok adapun yang dah laanjut dan gayut , tu pun berapa keratberjemaah. Pak aji macam aku kena pi.Kita kena tunjuk juga kita dari KL danpinggirannya celek agama. Malah lebih banyak aktiviti memakmurkan danmengumarak masjid dan surau tempat kita :)Maaf kata tapi gatal nak kata.Wasallam



Topik Respons Warga Relexjap 15/10//2003
RESPONS 9From: BENariff <benariff47@...>
Subject: Re: [Relexjap] NWR(A) - Penangan Banjir

Salam dan selamat "berenang" bersama-sama di dalam tasik!Kampongku di Padang Seraipun tenggelam. Tapi rumahku selamat sebab duduk dibahagian tinggi jalan. yang sebelah bawah tepaksalah bepindah randah. ada rumahyang tenggelam cuma nampak bumbumg dekat Taman Damai. sawah padi tenggelamjuga. ladang jagungpun sama go underwater tanpa scubanya. jalan dari kampongku(Sentosa) ke Guar Lobak dan Ekor Kuncingpun tenggelam. kesian kenkawan yangberumah dibatas bendatang ( tambakan). kata kawan Kg Sidam Kanan lagi teruk.sekolah agama, rumah , balairaya kiri kanan tepi jalan tenggelam. ikan kelidalam kolam belaan orangpun hanyut sama ke dalam banjir. masa inilah pestamenangkap ikan pakai jaring sauk menjadi-jadi. Surau dan kampong termasuk rumah-rumah kosong projek perumahan Serai Setia dijadikan tempat tompangan sementara.aku dapat tahu banjir taklah seburuk ini walaupun behari2 hujan. depa katafasal ampangan tasik pedu dibuka melepaskan air yang banyak agak mengelakkanampangan pecah dan bandar Alor Setar tenggelam! Wallah. kalau betul memanglahnak selamat orang bandar orang kampong kebanyakan daerah di kedah danseberangperai merana...aku tak terlibat tapi ambil berat. keluar mengambil gambar-gambar dikawasan=kawasan yang dinaiki air dengan kamera digitalku. macam wartawan.kononnya nak antar gambar-gambar tu ke TV....eksyen!Sekian sekadar nak respon cerita kawan . rajin-rajinlah hantar bahan sebabkutengok hang ada style cerita yang mencuit hati.lagipun hang dok di Kulim.selain Talib dari Naga Lilit, hang orang ketiga selepas abang Ben dari daerahyang sama.wasallam.


Fri Mar 3, 2006 3:47 pm
BBA - NOTHING PERSONAL VI ~ Aduhai Kad Kredit

Aku terpanggil mencoretkan rasa bebulu di hati kecilku dengan apa
yang dilalaui rakan warga kita dengan bank saudagar yang dah untung
juta-juta makan bunga dan pokok pelanggan2nya.

Kecuali sebuah bank berpengkalan di Amerika yang dilabel proxy
Yahudi, Zionis apa segala, bank-bank lain seperti yang disebut Lily
memanglah tak berhati perut. Setidak-tidaknya pertimbangkanlah
berapa lama kita jadi ahli dan menyumbang kepada keuntungan mereka.
Eleeehhh berapa sangatlah faedah yang bertahun2 kita bayar
bersesekali dengan pinjaman pokok tu namun sikit atau banyaknya,
kita menyumbang juga. Kita guna kad kredit mereka pun bukan
percuma. Kita bayar annual fees-nya tahun demi tahun.

CTBank sekurang2nya beri peluang kita langsaikan hutang kita
secara beberapa kali ansuran setelah kita terpaksa tutup akaun dan
serahkan kad kredit kita untuk digunting. Pegawai kredit-nya beri
kita putuskan sendiri berapa kita mampu bayar sebulan untuk beberapa
bulan minima. Interest ke atas baki tidak dikenakan . Seburuk2
tanggapan kita terhadap apa sahaja yang sinonim dengan kepentingan
Amerika sekutu kuat Yahudi itu, ada juga "soft spot" mereka
meringankan beban bekas pemegang kad kredit nya. Daripada menghabis
masa, tenaga dan wang nak menuntut tak seberapa bakinya di
mahkamah, pendekatan secara kemanusiaan itu lebih cepat selesainya.
Pokok dapat semua, untung tak banyakpun berbaloi juga.


Akupun dah merasa dengan bank perdagangan yang sekarang ,
alhamdulillah , tinggal nama ditelan bank yang lebih berdaya tahan
sewaktu gawat 1997 dahulu. Lewat sedikit bayar , terima notis di-
jana komputer yang tak bertanda tangan itu. Komputer pekak tak apa
tapi berurusan dengan orang pekak bagai bisul di bontot nak meletup!
Berlagak seperti komputer juga, tak berperasaan. Belum tiga bulan
tercicir, telefon rumah atau pejabat tak henti-henti mendesingkan
telinga. Proffesional-lah konon menggugut pelanggan dengan tindakan
mahkamah jika tidak dijelaskan pada tarikh yang ditentukan. Singkek
juga depa bila kos mahkamah pun nak kita tanggung.

Depa tahu orang macam kita kalau dengar saja SAMAN, kecut perut
bukan main. Maklumnya kita jahil dan tak tahu hak kita membela diri.
Bagi mereka yang reti prosidings di mahkamah, tak kesah sangat.
Diistiharkan MUFLIS pun rasa dah besar rahmat, tak payah bayar
langsong. Tak makan dek ugutan . Jantung tak berdegup sedikitpun.
Ramai dah jadi ushawan dan jutawan jatuh bangun secara begitu hingga
berjaya miliki empire perniagaan yang menjana pulangan berbilion-bilion .

Kalau tak ada punca kewangan nak bayar, nak bayar dengan apa?
Tahi gigi, tahi hidung atau dengan tahi telinga? Saman pun samanlah.
Macam kawan aku digertak pegawai kredit sebuah bank yang guna
nama "rakyat" di hujungnya . Bukan banyak mana sangat baki yang
tinggal setelah 3 daripada 7 tahun punya ansuran dilangsaikannya.
Tapi bakinya masih ditakok puluhan ribu lagik! Tak nampak luaknya
disaluti faedah tahunan yang teramat tinggi,

Nak bayar macam mana kalau dah kena buang kerja? Bukan senang naK
dapat kerja yang gajinya ribu-ribu macam dulu dalam keadaan ekonomi
yang meleset dan majikan terlalu berkira risiko kewangan syarikatnya
utk menambah pekerja? Surat demi surat saman tiba dia tak dapat nak
buat apa. Itupun ada follow-up dari pegawai kredit bank memujuk dia
datang ke bank berbincang cara mudah nak jelaskan bayaran.

The worst part is when penjaminpun nak diseret ke mahkamah kalau
tak jelaskan bayaran. Panik juga kita dibuatnya. Lain orang yang
guna wang pinjaman, kita yang tak merasa seduitpun sebagai penjamin
nak dipertanggungjawabkan. Patut tak patut depa tak peduli. Kita
juga yang kalut membujuk kawan kita pi bincang dgn mereka. Kita
bekalkan dia bayaran dua tiga bulan punya ansuran tapi sebagai
pinjaman. Selagi hidup, mesti bayar balik waima satu ringgit sebulan
pun! Next tiga bulan, amaunnya bertunggak sama seperti waktu kita
menolong dia bernafas. Then lagi notis saman sampai ke post-box
kita. Apa inih? BLACK-MAIL?

Last last kita syorkan dia serah diri sajalah ke mahkamah. Terima
sajalah apa hukuman yang dijatuhi tuan hakim. Takkan nak dihukum
gantung mati kot? Setahun dua ke dalam bebas dari huitang masih
berbaloi bebanding 5 tahun menanggong bayaran ansuran kepada bank.
Untung2 hakim kasihan tengok kita benar2 tak mampuan. Nak declare
kita bankrupt pun baki hutang tak sampaipun RM30K. Mana tahu kok
hakim putuskan bank terima baki hutang pokok sahaja yang tinggal
tak berapa ribu lagi. Menangislah orang bank bila hajat nak untung
banyak terbantut.Duit bunga dan denda lewat bayar dilupuskan. Kan
LEGA kita?

Itulkah rahasia di sebalik menakut2kan pemiutang dengan saman.
Mereka lupa undang-undang juga melindungan kita yang jadi UNDER-DOG.
Mereka yang arif dan biasa terkena sahaja tahu betapa di sebalik
musibah ugutan itu , ada rahmat menanti mereka bila di mahkamah.
Para hakim lagi berhati perut dari chettiar-chettiar di bank-bank
itu! SALUTE, YANG ARIF!!!

Wallahualam......

BENariff,
3.24pm/030306

Monday, October 19, 2009

DARI ARKIB RELEXJAP ¬ POSTINGS 2008

Thu Dec 25, 2008 10:32 am
BBA - KUCHING SUDAH BERTANDUK... KITA MASIH TERHEGEH-HEGEH LAGI.

Salam sejahtera Sdra Moderator. APA khabar? Masih tadbir sorangan atau udah ada teman sejawat? Apapun, tabik atas komitmen anda.


Seronok tengok Tasik RJ berkocak semula . Ikan dulu kembali berenang seiringan ikan sekarang. Lumut-lumut yang menggelapi tasik semakin terhakis untuk dijenguk semula sinaran mentari . Aduh seroja!

Terkini, NKA . Bukan “macam” lagi tapi “memang” pisang digoreng panas hingga melecur lidah dengan kaunseling selamber gilerz-nya yang menarik dan mudah difahami, membantu warga (RJappers) yang tahu sikit-sikit tapi tak “sure”, apatah lagi yang “sure” tak tahu apa-apa .

Yang berat kaki nak ke pejabat tanah atau takut (sebab ignorant) jumpa lawyer pun boleh tompang semangkok. Dengan maklumat “ sedikit tapi cukup” ini, tolonglah sodara-mara di kampong . Mereka bukan malas tapi tak tahu nak urus-terus masalah sendiri. Lepas duit minyak dan duit rokok pun upahnya, jadilah ….Hark! Hark! Hark!.

Yang udah terjawab kemusykilannya jangan tunggu lama-lama to follow up. Follow-up cepat. Tak cukup untuk bayar duit proses, pinjam.

Kalau semua dah dibuat, follow-up selalu dengan pejabat penguasa yang dirujuk. Tapi janganlah sampai mereka naik muak tengok muka kita. Balik-balik muka itu. Tak ada muka lainkah? Yang cun mengecun sikit boleh juga diajak minum coke di warong. Heheh. Just pulling you guys’ legs aja . NOTHING PERSONAL.

Tahu sajalah mereka banyak kerja. Fail setimbun tambah bertimbun-timbun lagi dengan permohonan kita. Sikit-sikit kasi goncang bahu mereka tak mengapa tapi biarlah secara berhemat . Sekadar menggerak mereka dari memeluk tidur fail. Atau menjadikan fail-fail diatas meja alas kepala.

Jangan tersilap digoncang, nanti fail anda mungkin “tercicir” atau “terhilang”….maklum saja lah, teramat banyaknya lagi fail disitu. Tu sebab kot, ada kes-kes makan belasan tahun. Bertambah lamalah kalian menanti, sebanyak mana bertambahnya kakitangan baru diambil untuk mempercepat-selesaikan kes.

Bermacam-macam proses perlu dilalui. Proses lama diperbaiki, timbul pula proses baru diperkenalkan. Segala-gala untuk kasi cepat siap, hingga tak tahu mana baru mana lama. Cut a few red tape and add a few more, here and there, masih boleh potong Q kalau kena caranya. An over-statement? No…I know. Tembak-tembakpun, nak kena, kena!

Macam kes pecah geran tanah, dan tukar syarat guna-tanah kampong kita dari pertanian ke kediaman , yang sudah masuk ke tahun berapa tak beres-beres lagi.. Cepat lagi pemaju perumahan tukar status berhektar-hektar kebun getah dan kelapa sawit ke taman-taman perumahan yang siap didiamipun. Kita yang mohon semasa dia masih kebun getah/kelapa sawit bagai menanti durian tak gugur.

Ramai dah mati menanti, putih mata. Alahai! Duit-duit!...Dimana kau duuuit!! Derma sikit, dapat lagi baaanyak duuuiit. Namun kita kasilah pemaju perumahan itu “the benefit of the doubt”. Siapa tahu dia dah mohon lama sebelum kita pindah kemari. What-ever!

Back to kesah kita.
Semua adik beradik kita masing-masing dah pecah tabong sama banyak sama rata untuk fees dan proses itu ini. Kongsi bayar penguasa, upah peguam buka fail dan urus-mengurus surat , bayar jurukur bertauliah sukat dan letak batu tanda sempadan tanah . Nak bayar apa lagi, kasi selesai pun tak tahulah.

Tak cukup itu, kita terpaksa akur lebih luas tanah kita diambil sebagai reserve jalan . Reserve lebuhraya lebih sesuai kalau tanah yang akan diambil seluar itu. Pun, whatever, asal dapat geran asing nanti.

Dua ekar tak banyak, , satu sebelah sana , dan satu sebelah sini. Satu nama sebelah sana satu nama juga sudah diletak dalam geran tanah sebelah kita. Selepas abah ,kaklong. Malang kaklong kawin tak ada anak lelaki . Nama abang ngah pulak naik. Kalau2 kaklong ‘ninggal terlepas kat ssuaminya, abang ipar kita,

Then again, abang ngah pulak kawin pun takdak anak lelaki. Semua pompuan. Maka jadilah seperti kata pepatah omputih, keluar poket kanan masuk poket kiri, situasinya sama aja. Kok bang ngah pergi dulu, tanah akan pindah kepada isterinya, sebelum sampai ke tangan kita. Tunggulah kakipar 'ninggal, barulah tanah akan dibahagikan kepada kita adik-beradik secara perait pula. Kita yang lelaki akan dapat dua bahagian berbanding pompuan satu bahagian. Itupun kalau umur kita panjang. Kalau kitapun "piap" juga, anak cucu kita nak kesah sangat? Mereka akan jadi "kesah" (amik berat), bila tanah jadi COD (Cash On Delivery) ! Peduli apa tanah pusaka!

Kaklong dan kita adik-adik lain tak protes nama aban ngah didaftarkan sebab dianya nombor two. Kita lak "next-in-line" ikut pangkat berharap satu hari ke depan nama kita lak naik. Lagipuntanah se-ekar tak leh bubuh nama semua. Setakat ini abang ngah amanah. Cuma lagaknya saja sedikit macam “Tuan Tanah Kedawong”, sebab tanah atas nama dia sorang, hark! Hark! Hark!

Bila dapat geran berasingan, kata orang, boleh di pecahkan lagi kepada lima bahagian kecil sahaja. Bolehlah kalau nak bena rumah berkembar dua.. Boleh juga dirikan sebuah banglo kalau salah sorang jual haknya pada seorang lagi. Kalau kita 10 beradik maka dua orang kongsi tiap-tiap satu daripada lima lot itu.Itu sebab agaknya aruah abah letakkan lot anak dia yang berada bersebelahan dengan anak yang kurang, andainya byang kurang nak jual bahagiannya kepada yang ada. Bijak.

Malah kita dahpun tentukan secara pilihan lot kita dan abang ngah dah lakarkan pada kertas dan fotostatkan ,dengan nama kita ditandakan pada petak2 lot masing-masing. Boleh tukar lot suka sama suka. Boleh juga jual sesama kita sahaja. Flexible.. Lagipun nak bimbang apa sebab aruah ayah ada buat surat wasiat setiap anak-anaknya ada haknya. Rumah yang sebuah atas tanah diwasiatkan kepada kak long dan Usu. Mereka pula membenarkan, siapa duduk siapalah jaga rumah dan kampong FOC. Lagi satu keputusan bijak abah.

Namun demikian, kita bertambah bimbang bila terbaca jawapan-balas AK berkaitan kes serupa kerana kita belum ada perjanjian bertulis apapun. Kita cuma pegang fotocopy surat wasiat aruah abah kita tulis dengan tangannya sendiri, sebagai jaminan dapat bahagian masing-masing sama-rata lelaki perempuan.

Soalnya, Boleh tidak surat itu dipermatikan dengan setem di mahkamah untuk menjadikan ianya LEGAL and BINDING?

Atau kena buat surat perjanjian itu juga?.

Kita Menanti jawapan,

BenAriff.
(Kita pakai “kita” sebab “AKU” KA dah jadi too AUTHORITATIVE bunyinya utk kita gunakan, for this time. Hehehe! )



Respons Warga Relexjap 03/12/2008
1. Re: [Relexjap] SH - Kisah percintaan seorang TEMAN.... From: BENariff <benariff47@...>


Salam.Tersebutlah al Kisah Percintaan Seorang TEMAN ini akan dia dengan pemuda 9 tahunjuniornya itu, maka berpendapatanlah saya selepas membuka beberapa helai kitablama yang sudah usang, bahawasanya betapa ramainya kaum kerabat sebelah pemudaitu yang dikecewakan oleh sang TEMAN dek kerana berat hati dan kasihannya akansi TEMAN itu akan pemuda yang seorang hanya.Terbayanglah akan daku dalam mangkok berisi lin-chi-kang akan seorang ayahkepada sang pemuda, seorang ibu kepada sang pemuda, seorang tunang berserta ibuayah dan ahli keluarga tunang sang pemuda itu, menitiskan air mata mereka akantindakan si TEMAN yang bukan ibu tunggal sebab tiada dia akan anak walaupuntelah berkawin dan bercerai selepas sepuluh tahun lamanya itu KEBERATAN hati dankasihan akan dia hendak menolak akan hajatnya sang pemuda yang sudah bertunang,yang hasratnya tidak direstui ibu bapa dan keluarganya PLUS tunangan dan ibubapa serta keluarga tunangannya, hingga hendak diputuskan akan pertunanganmereka itu SEMATA-MATA kerana SEORANG Janda yang masih "Maintain" rupawannya ,AT THE EXPENSE OF akannya tunangannya yang sudah tentu masih DARA dan tak kurangJELITAnya.....So, to cut the long story short, nasihat hamba kepada TEMANmu, DR.Love, DUMP theyoung man for the sake of the majority. Sebagai bekas seorang isteri yang banyakpengalaman akan sepak terajang berumah tangga, sebaik-baiknya eloklah diamenukar kaca-matanya, atau kalau berkontek-lens, tukar contact lens lain, andlook away from pemuda itu, SEBAB, kalau masih maintain paras wajahnya pada umur35 tahun, kurasa lebih baik lagi lelaki sebaya atau lebih berumur danberpengalaman dan, paling membahagiakan jika kukuh ekonominya, sudah ada rumah,kereta, apa segala...but then again, akan mengambil masa mendapatkan lelakibujang telajak 40-an atau duda berumur 50-an .Buat lah pilihan yang bijak dan bertimbang-rasa. jIKALau neraca keadilandigunakan untuk menimbang pihak mana yang lebih berat deritanya, maka sangpemuda itu hendaklah ditinggalkian. Janjinya pada anda, wahai TEMAN, sekadargula-gula sahaja. Kerana aku pernah terserempak bekas staff aku, pemuda 25 tahun, berpeluk2kan dengan wanita sebayanya... walaupun baru 5 bulan berkahwin denganbekas pegawai atasan aku wanita yang lanjutusia berumur 36tahun.....Maaf jua, wasallam...


Fri Nov 14, 2008 7:31 am
BBA - Nothing Personal ~ Apa Lagi Yang Kumahu Dalam Hidup?


Jam 3.58pagi. Aku masih belum tidor. Aku tidak dapat melelapkan mataku. Aku tak tahu about matamu tapi mata aku tak mahu tutup. Bila mataku tak boleh tutup, fikiranku melayang-layang.. Macam-macam yang aku fikir. Itu yang aku fikir. Yang melintas dalam fikiranku pun macam-macam juga. Samalah itu.Kusedang berfikir apa lagi yang kumahu dalam hidup?Rumah? Sudah ada.Kereta? Sudah ada.Duit? Ada. Banyak dalam simpanan.Isteri? Aiseyman, segan nak cakap , sebab lebih dari satu.Kelangkapan dalam rumah? Apa yang tidak ada? Kausebut apa sahaja, ada. TV? LCD belaka,satu 32 inci di ruang tamu tingkat atas. Satu lagi LCD 47 inci , aku show-off di ruang tamu tingkat bawah. Kalau aku hendak, lagi besar daripada itupun boleh ku adakan. Hendak buat satu pawagam mini dalam rumahpun boleh, cuma aku tak mahu aja.Set perabut rumah, macam-macam jenis ada. Settee tiga set ada, memenuhi segenap ruang dalam rumah. Mestilah the best! Set bilik tidor, pun tiga ada, lengkap dengan katilnya, almari pakaiannya, dan almari soleknya. Itupun, kalau hendak kutambah, masih ada lagi bilik kosong yang boleh kulengkapkan, cuma tak mahu sahaja. Apa lagi?Ah, kelengkapan didapor apa yang tak ada semua telah kuadakan. Dapor gas dua ada. Dapor elektrik satu dah memadai , kadar bayaran elektrik tinggi .Tak perlu banyak. Bukan aku gunakan sangat. Nak makan apa, semuanya aku boleh cari di luar sana. Tidak payah menyusahkan diri, hendak ke pasarlah, hendak menyediakannya lah, hendak masaklah. Tak payahlah. Makan diluar lebih menjimatkan dari masak sendiri di rumah. Pilih saja lauk apa yang membuka selera. Nasi kosong campur aneka kuah dengan telor goreng sebutir, berapa ringgitlah sangat? Bab makan, aku kikir sikit.Hendak dibeli mentah-mentah segala-galanya mahal. Daging berapa belas ringgit satu kilo? Ikan berapa ringgit pula? Itu fasal di pasar-pasar hyper depa letak harga ikut gram. Seratus geram tak lah nampak mahal sangat. Tapi nak masak apa kalau beli daging 100 geram. Ikan bilis beli ikut gram tak apalah, sebab nampak banyak ekor. Tahinya pun banyak jugak.? Lebih baik makan di kedai. Dalam sepinggan nasi campur aneka lauk dan sayor boleh dipilih. Itulah namanya belanja secara berhemah.Jadi, apa lagi yang aku mahu dalam hidup. Rumah ada, kereta ada, kelengkapan-kelengkapan perlu ada. Pakaian? Tiga almari penuh untuk pakaian isteri sahaja. Koleksi dari masa dia anak dara sampai lah jadi mak dara. Apa pakaian yang tak ada, semua fesyen ada. Apa tak banyak? Setiap kali nak pergi makan khenduri kawin, nak beli yang baru punya. Mesti yang ada standard punya. Sepasang seratus lebih ringgit punya. Pakaian baru mesti dikenakan dengan tudung kepala yang matching punya. Bukan ringgit tigapuluh atau limapuluh tapi yang harganya mesti ngam dengan baju dan kain ratusan ringgit punya. Kain tudung sahaja sudah memenuhi semua laci-laci dalam almari. Nak buang sayang. Nak kasi orang, bekas dah pakai,ada yang mahukah? Tudung terpakai sama seperti seluar dalam sudah dipakai, teramat peribadi untuk diberikan orang.Pendekkan cerita, apa yang kumahu dalam hidup sudahpun ada. Jadi kalau ditanya apa lagi yang kumahu...jawapannya aku mahu mati. Aku mahu menikmati mati. Aku mahu melengkapkabn diriku untuk mati. Apa yang ada semasa hidupku akan kutinggalkan bila aku mati. Rugi...rugi. Ratusan ribu dihabiskan, mati juga akhirnya. Yang tak sedia mati awal-awal, buatlah pintasan jantung tiga empat kali, Insyallah, lambat laun mati juga kemudiannya.Bila aku hendak mati? Jawabnya, bila-bila pun tidak mengapa, janji mati. Hendak mati dalam tidor atau dalam jaga? Jikalau mati dalam jaga, bagaimana kau mahu dimatikan? Terjatuh rebah dalam bilik air? Tak mungkin. Kekudaku kuat lagi. Lagipun aku terlalu berhati-hati ketika melangkah. Tercekik ketika makan? Aku bukan jenis orang yang gelojoh makan. Mati lemas kerana tenggelam? Tidak mungkin, sebab aku tahu berenang lah.Hangus dalam kebakaran kereta ? Tip-toplah kondisinya, tak ada sebab nak terbakar? Atau hendak mati dalam kereta Mercedez semasa dirempuh lori balak? Apa pulak? Kereta tu bukan sembarangan jenis, lengkap dengan dual air-bag , depan dan belakang, ABS dan memacam ciri keselamatan ketika memandu. Lesen memanduku bukan kedai kopi mari punya! Mati akibat serangan jantung ketika berjogging? Tidak mungkin. Ketika bercengkerama? jauh sekali. Kesihatanku maintain lah. Bolehkah aku pilih bagaimana aku mahu dimatikan? Tentu tidak. Hendakkan apa saja semasa hidup kuboleh pilih selagi aku mahu. Tetapi dalam keadaan mana aku hendak mati, bukan aku yang akan tentukan. Kalau boleh, aku nak mati bila aku dah siap apa yang kuperlu untuk kubawa ke sana. Sekarang kuperlu tanya diriku pula : Untuk mati, apa yang aku ada? Sorry to say, lebih tak ada dari ada. Banyak. Banyak sangat yang tak ada. Ilmu agama ,Ikut kemampuanku, setakat boleh makan sahaja . CUKUPLAH sekadar untuk dapat satu sudut di syorga. Tak dapat mahligai dari intan permata pun tak apa. Rumah aku di dunia diperbuat dari besi, simen dan batu bata sahaja pun dah cukup selesa. Buat apa tamak tamak? Orang tamak selalu rugi, kata orang. Bidadari? Satupun aku dah syukur. Janji dapat. Bukankah kita diajar supaya bersyukur.? Tak payahlah sampai empat. Dua isteri pun, SEKSA!!. Anak yang soleh? Melaun habau ada. Tapi mereka tak merempit. Anak perempuanku tak ada yang jadi pengkid. Anak-anak yang soleh tak menjadi . Akupun hairan. Macam aku, mereka pun cukup makan juga. Aku dah sekolahkan mereka, sediakan makan pakai mereka. Mungkin sudah ditakdirkan, mereka tak digulungkan soleh dan solehah. Mungkin juga taqdir aku, takkan dapat lebih dari apa yang aku usahakan di sana kelak. LU Pikirlah sendiri!Sedekah jariah? Cukup, rasanya. Setiap tahun di bulan Ramadan aku sedekah kepada surau buat morei. Itupun kerana AJK surau edar borang. KaLAU TIDAK, aku bayar fitrah sahaja dekat-dekat nak raya. OK lah tu. Sikit, banyak, sedekah juga namanya. Jangan tamak cogankan hidup aku. Sikit-sikit pun, selalu. Tiap-tiap tahun tak miss. Takkan malaikat tak rekod kot. Untuk mak ayah aku yang dah tiada, aku sedekah wang untuk tahlil selepas solat tarawikh, cuma lima ringgit satu aruah. Dua aruah baru sepululuh ringgit. Setahun sekali OK lah dari tak buat langsong.Isteri-isteri aku juga beramal jariah. Mana-mana pakaian lama yang mereka dah tak mahu pakai lagi itu aku tolong sedekahkanlah, kepada orang susah sikit, mangsa-mangsa kebakaran sikit, mangsa banjir dan mangsa bencana alam sikit. Kalau tidak tak muatlah almari-almari pakaian isteri-isteriku. Ilmu yang dimunafaatkan?Untuk aku , isteri-isteri dan anak-anakku sahaja. Terserah kepada merekalah hendak dimunafaatkan atau tidak. Cukuplah aku keluar belanja untuk hantar mereka mengaji . Aku dah munafaatkan duit ringgit aku untuk mendapat dan memberi mereka ilmu.Aku tak suka bermegah-megah, menunjuk-nunjuk aku pandai itu dan ini. Itu RIAK namanya. Lagipun aku bukan ustad. uSTADpun, kalau tak dibayor, tak mau dia kasi ilmu secara percuma. Ajar mengaji Qur'anpun, bukan ikut suka berapa nak bagi untuk satu kepala . Lebih tak apa, jika kurang, ikut minimum yang ditetapkan. Bersediakah aku untuk mati?Ala kadar saja, aku rasa sudah sedia. Apa yang Tuhan nak bagi, aku terima.Wasallam, buat peringatan kalian dan diriku sendiri. Sekarang baru aku rasa nak tidor.BENARIFF

Mon Jun 9, 2008 5:38 pm

BBA - Nothing Personal ¬ Mimpi Ngeri Seorang
Kenapa dia jadi begitu setelah melalui proses pensucian .Kenapa mengalah pada bisikan iblis dan syaitan laknatullah?Menyalahkan Tuhan kerana mengizinkan iblis dan syaitan yang dilaknat itu menggodanya? Kenapa tidak diikat sahaja mereka sepanjang tahun, sepanjang umurnya?Kenapa dibenar mereka berenang dalam nadi dan saluran darahnya?

Subhanallah....!!!
Apa sebab mengulangi tabi'at yang lepas?
Menyimpan dendam kepada siapa?Memadankan muka siapa?

Iya!
Kenapa Tuhan Rabbul Jalil tidak makbulkan doa-doaku sedang aku bersungguh-sungguh memohon dan amat mengharapkannya?

Kalian bohong padaku! Kalian bilang kursus dulu, betapa mujarab nya berdoa di tempat terpilih disana !Aku berhimpit-himpit dengan jemaah ramai untuk dapatkan tempat-tempat di situ!
Iya!Aku menitis air mata dan air hingus dengan banyaknya memohon bersungguh-sungguh sebagaimana kalian sarankan padaku!
Iya,lya, iya!AKU UDAH LAKUkan apa yang kalian pesan padaku. Hutang-hutang ku langsaikan. Malah aku halalkan hutang mereka yang tak mampu menunaikan.Salah silap aku sesama insan dahku ampun dan pinta ampunkan.
Tobat?Sudah!Ku tinggalkan semuanya sebelum aku berangkat ke sana, apa itu tidak memadai?
Dan aku bertobat lagi ketika aku di sana, siang malam, tauuu?Tapi kenapa Dia tidak juga makbulkan doa-doaku?
Tidak!Aku tidak akan beritahu padamu apa yang kupinta, apa yang kubutuhkan, dalam itu doa.Kenapa kalian mahu tahu?Nak malukan air muka aku?
Iya...apa salahnya diberitahu. Kenapa mesti aku beritahu?Oh Yeah?Kalian boleh menolong?
Apa, kalian ingat kalian Tuhan?Sedang Tuhan Yang Maha Kuasa pun menolaknya,kalian ingat kalian boleh memenuhi kehendakku ?
Apa salahnya kalian tanya? Aaah? Hendak mencoba? Hark! Hark! Hark!Kalian insan yang kerdil-kerdil ini INGIN mencoba?
.......Baiklah! Baiklah! Mau tahu juga-juga ya?
Baiklah! Sekarang ku bocorkan ..Kalian dengar baik-baik, aku akan hanya bilang sekali sahaja!
......................................
Aku memohon kepadanya di tempat-tempat itu supaya mendapatkan aku gantinya aruah isteriku!
Senang, kata kalian?...
Ramainya janda-janda di kariah ini yang akan berebut-rebut mahu menggantikannya, kata kalian?
Hark! Hark!Hark! Hark! X 1000000000000000 !
Yang mana yang aku mahu, aku boleh pilih?
Kenapa , jika ada, telah sekian lama aku menduda, tidak seorangpun kalian rekomenkan kepadaku sehingga membuat aku terpaksa ke Tanah Suci untuk memohon kepadaNya?
........
Aku tersilap niat?
Astaghfirullah...kalian bilang aku bawa nawaitu yang serong?
Iya, aku akui, salah satu sebabnya dan yang terpenting...ITU!
Kenapa? Kerana apa yang ada disini tidak memenuhi kriteria dan spesifikasinya.
Iya!Aku mohon kepadaNya menggantikan aku isteri yang serupa dengannya.Cantik rupa parasnya, seksi bentuk badan,harum selalu bau tubuhnya, halus budi pekertinya,teramat baik layanan ranjangnya,kalau boleh lebih lagi dari dia...Erm, umpama bidadari dari syurga.
Tak salah ka aku memohon bidadari dari syurga?
Apa? Aku tak layak minta bidadari?... Apa kalian cakap nih?
Hm....Betul juga kata kalian.
Aku belum layak!Sewajarnyalah doa-doa ku tidak dimakbulkan.
BEBERAPA BULAN KEMUDIAN, SELEPAS KEMBALI...
Terima kasih kalian pertemukan aku seorang isteri yang solehah,walaupun rupa paras tidak secantik dia yang pergi,Walau Umpama batang pisang bersamaku di ranjang,Keras bak tunggul, ketika ku rangkul,Walaupun bau nafasnya ketika berkucupan umpama bau tahi di jamban...
Namun,
Imannya sehari ke sehari semakin kukuh!Solatnya tidak tinggal apalagi melengahkan,Mencari keredhaanNya, takut akan nerakanya..semakin sehari semakin teguh,Lebih teguh dari aku yang sudah ke sana,Bertambah teguh imannya bertama longgar imanku...
Malah,Rasa-rasaku ku perlu bawa dia ke sana suatu hari ke hadapan,Agar doanya lebih dimakbulkan,Kerana doanya di sini belum di perkenan,
Dia keberatan berjemaah dengan haji ini ketika solat di rumah,Macam-macam alasan diberi, terlepas angin terutamanya...Hilang tumpuan, rasa terganggu dengan surah-surah bacaannya,
Hingga aku bertaubat semula bila ke sana bersamanya kelak.
(NOTA: KISAH ini hanya rekaan, tak sangkut-paut dengan penulis, hanya hayalan semata-mata. Relek kejap!)

Jun 6, 2008 4.46pm
BBA - NOTHING PERSONAL ~ Minyak Naik, Hidup pun Kacau-bilau!

Eloklah kalau kau sucikan semula jiwa daThu Jun 5, 2008 10:49 pm
n ruhmu. Berzikir banyak-banyak, Mamat!

WASALLAM.

ADUHAI!Petang Rabu ITU, lepas berbelanja sakan di EXPO Ushawan Bumiputera kat SeberangJaya, beli produk-produk dari herba untuk penyakit kencing manis, sakit urat dantulang belakang, jus kesihatan badan dan tenaga batin, dan apa segala.. Amboi!Boleh kata 60 peratus gerai di EXPO itu memperaga dan menjual produk-produk dariherba . Hari ini dapatlah aku kenal pelbagai jenis akar, kayu dan dedaun hutandengan nama tempatan dan saintifiknya. Bunga dandelion, chicory, habbtus sauda,akar manis likoris, ginseng siberia, beri juniper, tyme, pipsissewa, kulit pokokcascara, buah kapsikum, fanugree, biji saderi, beri schisandra, ganodermalucidum adalah nama-nama herba yang terlalu asing bagiku. Banyak lagilahjenis-jenis herba yang tak sempat aku catitkan, tetapi semuanya untukmengembalikan kesihatan tubuh badan. Bagi aku yang sudah berumur ini, apakahmasih ada erti (relevant) untuk mengembalikan tenaga yang sudah hilang? Apatahlagi sebagai penanggung penyakit kencing manis? Kencing manis tidak pernahditinggalkan dari senarai penyakit-penyakit yang dilekapkan kepada botol ubatatau risalah yang disertakan. Lain-lain seangkatan kencing manis ialah kesukarankencing, kencing tak lawas, kencing tak puas (sinominlah tu) kerap kencingmalam.Tetapi yang selalu jadi tarikan ialah berkenaan lemah tenaga batin, hilang minatpada seks, sakit tulang dan sendi, cepat letih, bengkak prostat, sukar ereksi,kemandulan, kering alat pembiakan dan lelain istilah yang mudah merangsang orangmembelinya. Olehkerana sukar dipercayaii kesannya kalau harga ubat itu murah,maka harga yang lebih tinggi diletakkan. Tentulah bagus kalau tidak masakanbegitu mahal harganya untuk sesuatu yang sepenting itu."Mati pucuk pasti hidup semula! ", " Dingin seks pasti hangat kembali", "KUCINGJADI HARIMAU"....lampu merah cepat tukar ke lampu hijau, hark! hark! hark!Tup-tup, di Lebuhraya Butterworth-Kulim aku tengok banyak kereta menyimpangmasuk ke stesen minyak di tepi lebuhraya itu. Apa hal? Bisik hatiku.Keluar lebuhraya itu aku masuk Sungai Seluang untuk ke simpang Lunas-PadangSerai, amboi panjangnya Q untuk melepasinya. Oh...agaknya ini time orang balikkerja, kot. Takpa lah. Slow-slow akan sampai juga ke pangkal simpang. Dah,sampai akupun membelok ke arah Padang Serai. Perlu disebut, dan sudah lama inginku sebut, papan tanda tunjuk-arah di simpang itu tidak menunjukkan arah kePadang Serai tetapi "Sungai Patani", walhal, sepanjang perjalanan dari lebuhrayatadi "Padang Serai" tertera dikebanyakan papan tanda dan "hilang" dihujungsimpang!Lega jalan clear sehinggalah aku sampai hampir sampai ke pekan Ku lihat sebuahsetesen minyak dipenuhi deretaan kereta kecil besar, lori , van dan bas.Patutlah jalan agak lengang . Rupanya semua berhimpun nak masuk ke setesenminyak. Pun aku belum tahu apa sebabnya.Sampai ke rumah henfon beri isyarat ada sms masuk. Anakkau kirim sms beritahuharga petrol akan naik RM2.70 seliter tengahmalam itu. "Penuhkan tangki keretababah cepat!"Kebetulan meter menunjukkan minyak kereta aku tinggal seperempat saja lagi.Tanpa berlengah-lengah lagi, akupun memandu keretaku ke setesen minyak terdekatdan, mak datuk! Panjangnya Q, banyaknya kenderaan pelbagai jenis menunggugiliran untuk mengisi tambah minyak. Macam sampah-sarap dari parit masuk kelongkang di tolak arus air. Pemandu berdisiplin dan menunggu giliran dengansabar dan beratur mengikut barisan di lorong pengisian masing-masing. Tidak adasiapa-siapa membunyikan hon kepada sesiapa. Yang mengisi minyak mengisi minyaksepenuh-penuh boleh. Yang menanti di belakangnya pergi ke kaunter buat bayarandahulu, begitulah. Kad kredit tak boleh digunakan sebab talian jem. Siapa tidakbayar tunai, minta maaflah. Kena datang balik dan beratur semula dari belakang.Kelihatan juga yang tidak bawa kenderaan, datang dengan dua tong besar setiapseorang dan beratur menanti giliran ditempat pengisian untuk motorsikal. Mat-matmotor yang tak tahu apa puncanya, kelihatan bertanya kepada seorang pemandujentolak yang terjebak dalam jam menanti jalan keluar. "Minyak sudah naik hargaesok!"Semakin lama semakin ramai motorsikal berbaris. Akupun, selepas dah isi penuhtangki minyak keretaku. Pulang bawa motorsikal dan beratur bersama. Kubawa bekasminyak pelicir 5 liter bersama untuk diisi minyak untuk mesin pemotong rumputlaman rumahku nanti, sampai terpancut lebihan minyak dipamkan masuk ke bijimata, aduhhh!Sempat jugalah ku rakamkan gambaran bersejarah petang Rabu June 04, 2008itu dengan handycamku untuk kenangan abadi.. Selesai satu episod dalam sejarahhidupku. Situasi begini tentu pernah berlaku setiapkali rakyat mengetahuikenaikan harga minyak dahulu tapi bagiku inilah pertama kali aku terlibat sama.Apatah lagi harga minyak naik begitu banyak berbanding beberapa sen sebelumsebelum nya.Malam itu, sedang duduk msenyaring website kesukaannya yang banyak memuatkankeluhan bloggers dan komen-komen yang mengiringinya, aku terfikir sendiri.Rungutan demi rungutan dan komen demi komen di dalam website itu semuanyamenghentamKerajaan dan teraju utamanya. Tidak ada satupun cadangan apa yang bolehdibuat RAKYAT untuk mendepani situasi itu. Slogan "KETUANAN RAKYAT" tinggalslogan kosong sahaja.Jika rakyat itu "tuan" inilah masanya semua rakyat saling bantu-membantu sesamamereka untuk mengatasi "malapetaka" itu.Rakyat yang jadi pengeluar bahan-bahan jangan naikkan harga. Bukan rugi kalauharga petrol naik dengan tidak menaikkan harga bahan-bahan keluaran? Cuma untungsedikit kureng aja. Pembekal barangan keperluan rakyat juga merupakan rakyat.Tunjukkanlah "ketuanan" masing-masing dengan mengawal harga bekalan supaya tidaknaik tinggi dan membebankan rakyat yang jadi pengguna. Apa salahnya sekali iniuntung tak banyak, tapi masih untung juga. Tak susahmanapun pekedai, peniagamakanan dan lain-lainnya kekalkan harga keperluan pada paras semasa sebab barusangat menaikkan makanan akibat kenaikan harga beras baru-baru ini.ABSORB! ABSORB! Absorb kenaikan harga petrol seumpama rakyat memberi subsidikepada sesama rakyat.But again, fikir aku, IT'S EASIER SAID THAN DONE.nOTHING PERSONAL!WASALLAM

Wed Jun 4, 2008 4:57 am
BBA - Nothing Personal ~ Ujian Komputer Yang Sengehaja Menyusahkan .

!Seorang teman memberi respond minta saya memberi apa-apa cadangan membina mengenai rungutan saya sebelumnya.Cadangannya : Kembali ke zaman saya mengambil ujian memandu dan mendapat lesen memandu kereta (D) dan motorsikal (B2) dengan satu kali "sitting" pada tahun 1966! duluk. Tak payah ujian bertulis apatahlagi ujian komputer. Yang penting kita lulus ujian memandu. Waktu mendaftar dengan sekolah memandu, saya ditanya berapa kali saya mahu belajar driving (kereta). Satu sessi memandu satu jam. Bayaran dikenakan saya tak ingat. Tapi tak banyak. Jadi saya tengok bajet saya berapa mampu. OK. Empat sessi cukuplah. Saya diajarlah memandu dengan sebuah kereta morris di sebuah kawasan lapang. Instructor cuma pasangkan beberapa batang kayu tegak sebagai halangan untuk saya lepasi waktu belajar. DiaSalaaam tak ajarpun saya memandu di jalanraya.Selepas habis empat sessi, dia tetapkan hari untuk pergi buat ujian memandu. Tak silap saya, ujian diadakan somewhere dekat Jalan Barat, Petaling Jaya. Untuk ujian saya bayar melalui sekolah memandu, saya tak ingat berapa, tapi tak banyak. Tak tahulah samaada bayaran itu "inclusive" habuan tester atau tidak. Dia tak cakap, sayapun tak tanya.Setahu saya saya lulus dengan baik. Go aHEAD, GO AStern, turn left , turn right, uphill and downhill , parking apa segala saya lakukan dengan konfident sekali. Empat sessi sejam se sessi tanpa ada pengalaman memandu kereta sebelum itu, LULUS. Saya diberi slip pengesahan lulus untuk mendapatkan lesen memandu saya di pejabat JPJ. Saya masih ingat pejabat itu di Jalan Tuanku Abdul Rahman, disebelah Batu Road School. Sekarang kalau tak silap tapak bangunan MARA yang tersergam itu. Bayar Lima Ringgit saja. Saya ulur kepada kerani di kaunter sepuluh ringgit dan dia kembalikan saya baki lima ringgit kerana saya tak suruh dia "keep the change" sebagaimana (rasanya) dia "expected" saya lakukan. Itu di tahun 1966.Now, cadangannya, membina tak membina kalian timbang kati atau kilo sendiri ,yek?Mansuhkan ujian berkomputer kerana kelecehannya. Memadai ujian bertulis sebagaimana sebelumnya. Dek kerana kemajuan tekoloji, dimana pen dan pensil dah dianggap lapok, OK, gunalah komputer. Kalau mustahli dilakukan, why not:1. DiTiadakan soalan-soalan yang berbelit-belit macam quiz atau teka teki. Jangan dibanyakkan versinya sekadar nak mempelbagaikan bentuk soalan , walhal jawapanya sama sahaja. Macamlah dah ada modal nak soal, maka direka cipta soalan2 sedemikian rupa! Grrrr!2. DiJangan MENYEKSAkan pelajar dengan soalan2 yang berkaitan penguatkuasaan seperti KEJORA dan COMPENTANCY dan sewaktu dengannya dalam ujian ini. Itu semua mereka boleh tahu kemudian (bila kena saman! Hark! Hark! Hark!).Apa? Tak cukupkah mengenali SIGNs yang biasa-biasa terdapat di jalanraya. Something yang familiar sudahlah. Budak lepasan sekolahpun banyak kecundang,sesetengahnya sampai tiga kali duduk, inikan pula yang dah lama keluar sekolah. Bagi yang dah kerja tentu sanggup masuk pintu belakang untuk lulus, apatahlah kalau penguasaan bahasa melayu mereka lemah. Tak tahu pulak saya jika ada soalan2 dibuat dalam bahasa ibunda masing2.Sekadar dua itu cukuplah. Pokoknya, jangan sampai daun2 berguguran.Jangan lak sekolah memandu nak dianggap macam sekolah biasa, lima tahun belajar ambil UPSR, masuk menengan tiga tahun belajar ambil PMR , then dua tahun after SPM Mereka perlu kenderaan untuk berulang ke tempat kerja. Apalagi di tempat2 dimana perkhidmatan bas tidak memuasakan, perjalanan bas tidak menentu, apatah lagi jika tak ada langsong. Macam di kampong . Laghat ka nak kayuh basikal! Budak sekolah rendah takpa la. Budak2 sekolah menengah kat tempat aku taka mainlah basikal. Depa pi balik sekolah naik motorsikal. Lesen L pun takdak. Topi keledarpun tak pakai.Mato-mato pun understanding sebab simpati .Kalau buat roadblockpun, sekadar nasihat budak2 tupakai topi keledar. Tak dak lesen sapapun tak tahu, tapi tak pakai topi keledar nampak sangat langgar undeng-undeng! Orang kampong banyak duit ooo, boleh beli motorsikal baru-baru kasi sama anak, lelaki pompuan pandu pi sekolah. Itu macamkahJPJ mahu?Jangan marah ah?Wasallam