Wednesday, October 21, 2009

DARI ARKIB RELEKJAP 2003 ¬PERJALANAN KE RUMAH ALLAH EPISOD 2,3,4.

Tue Jul 29, 2003 10:58 pm
PERJALANAN KE RUMAH ALLAH
( Episod.II)

Wang yang didahului sahabatku Hj Mukhtar ku kreditkan kesemuanya balik ke dalam akaun beliau sebaik sahaja mendapat wang ganjaran persaraanku.

Wang tambangku dikembalikan penganjur sepenuhnya kepadaku, tunai, all RM15,000 of them, termasuk wang Riyal Saudi yang kutukar balik.

Ku usung ia di dalam bag galasku. Lama juga aku menimang-nimang apa hendakku kubuat dengan wang sebanyak itu.


Teringat aku akan sabda Rasulallah S.A.W.:
“Barangsiapa yang hendak mengerjakan haji hendaklah dilakukan dengan segera, kerana kadang-kadang datang sakit, ketiadaan pengangkutan dan kadang-kadang terhalang kerana yang yang lain “

“Wahai!” Iblis membisik dihatiku. “Banyak tu. Nak tukar kereta barupun dah boleh. Tengok. Betapa hebatnya kereta yang dipakai jiran-jiran kiri kananmu.” Aku hendak dipengaruhinya.”Tolak sajalah Proton Saga dan Opel Kadette lama tu.”

“Idakpun kaubuat belanja melancung, anak beranak. Bila terakhir kali kau makan angin? Langkawi tak semacam 10 tahun dulu, tau? Macam-macam dah ada…”

“A’uzubillahiminasyyaitonirrajim…” aku meludah ke kiri. “Shaitan! Iblis laknatulah”. Hatiku menjerit. Sambil menyimpan kembali ikatan wang tunai yang tebal itu ke dalam bag galasku.

Hendakkahku tangguh ikut hasutan iblis itu sedangkan kutahu:

Ibadat haji adalah satu ibadat yang sangat besar pahalanya disisi Allah yang dapat disamakan dengan pahala jihad fi sabilillah kerana sepanjang masa didalam ibadat ini memerlukan kesabaran dan melawan hawa nafsu dengan sepenuhnya sehingga anda dapat mencapai haji yang mabrur.

Apatah lagi telah ditanya orang akan Rasulallah S.A.W., apakah amalan yang paling utama yang Rasulallah? Sabada Rasulallah, beriman kepada Allah dan rasulnya.

Dan bertanya orang itu lagi, kemudian apa?
Sabdanya Rasulallah, setelah itu haji yang mabrur….

Dengan ancaman kematian seperti Yahudi dan Nasrani sudah cukup untuk difahami bahawa ibadat haji itu satu amalan paling utama bagi orang orang-orang dibawah ini menunaikan dengan tidak bertangguh-tangguh, iaitu:-

Sifat tubuh badan. Kalau uzur kerana terlalu tua atau sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh, bolehlah diwakilkan kepada oranglain jika ia mempunyai harta;
Jika ia meninggal dunia sebelum dapat menunaikan janjinya sedangkan ia tidak terhalang kerana uzur atau terlalu tua dan mempunyai bekalan yang cukup, maka wajiblah warisnya menyempurnakan hajinya samaada oleh dirinya sendiri atau diberi upah hajinya kepada oranglain dengan syarat dirinya sendiri telah menunaikan fardhu hajinya atau orangyang diberi upah telah mengerjakannya.
Hendaklah jalan yang akan dilalui itu aman;
Mempunyai bekalan yang cukup untuk perbelanjaan sara hidupnya selama dalam ibadat haji pergi dan puloang, dan sara hidup keluarga yang ditinggalkan selama ketiaadaannya;
Hendaklah ada kemudahan-kemudahan pengangkutan, samaada didarat, laut atau udara yang boleh membawanya pergi dan pulang; adapun mereka yang tidak memerlukan pengangkutan, maka wajiblah berjalan kaki.
Tidak ada sebarang halangan seperti peperangan diperjalanan atau penyakit yang menular yang tidak membolehkan mengunjungi tanah suci;
Apabila semua syarat-syarat tersebut telah ada, maka wajiblah menyempurnakan ibadat haji itu dengan tidak ditanguhkannya.

(Kitab rujukan kuliyah)

Ingatanku kembali kepada peristiwa-peristiwa yang menyusuli penantian untuk berangkat ke tanah suci waktu itu.

Surau di taman perumahanku mengadakan majlis doa selamat meraikan ahli-ahli kariah yang akan berangkat ke tanah suci tahun itu. Ada yang akan pergi mengikut tabung, ada yang pergi dengan anjuran swasta, dan kami yang akan pergi melalui pondok pengajian kami sendiri.

Bakal-bakal haji duduk dibarisan hadapan saf dan diperkenalkan satu persatu. Waktu menghadapi hidangan kami duduk dengan pak imam dan AJK surau. Sungguh istimewa layanan yang diberi layak seorang yang bakal menjadi tetamu Allah.

Masakan juga istimewa. Dua ekor kambing ditumbangkan untuk majlis itu. Hj Mukhtar yang dermawan menyumbangkan kambing-kambing itu.

Di rumahku sendiri juga telah kuadakan khenduri. Jiran sebelah seorang caterer menyediakan masakan istimewa secara buffet . Bayaran yang dimintapun rendah, bebanding pelbagai menu yang dihidangkan.

Saudara mara dekat dijemput. Beberapa orang sahabat dari surau kamipun datang. Salah seorang iman surau membaca doa selamat dalam bahasa Melayu. Menangis terisak-isakku dengan derai airmata dan lelehan hingus, entah apa yang terharu sangat aku akan doa yang disampaikan. Absorb habis!

Tetamu memuji kesedapan hidangan. Waktu pulang, ramai yang menyedekahkan wang ringgit. Peluk dan tangis mengiringi perpisahan kerana mereka tidak dapat bersamaku dihari keberangkatan kelak.

Apabila keberangkatan ditangguh dari hari sabtu ke hari rabu, kemudian ke sabtu beriikutnya , minggu ke minggu, adik beradik dan teman-teman lama mula bertanya, kenapa tidak pergi lagi? Begitu juga dengan jiran-jiran tak putus-putus menjengok utk mendapat khabar. Begitu besar perhatian mereka kepada orang yang hendak ke tanah suci.

Disurau pun . Ada yang mengusik kami, “dua ekor kambing tumbang X dua majlis khenduri doa selamat dah selamat, kalian bila pula nak berangkat?”

Seorang saudara ku yang menjengok pula komen, “ mesti ada apa-apa tak kena”.
“Maksud abang ?”
“Barangkali belum cukup syarat kau dijemput ke sana…?”

Kekatanya itu menempiasi hati. Setakat aku seorang tak apa. Memang aku banyak dosa.., bisik hati kecilku. Iman tak banyak mana. Tapi bagaimana dengan 63 orang lagi yang rata-rata dalam ilmu agamanya dan kuat ibadah mereka?

“Visa tak dapat, bang Mat, nak buat macammana?” kataku.

“Itu yang tersurat..” balasnya selamba.” Yang tersirat?”

“Iyer ler tu… Dia barangkali yang belum cukup syarat. Guru mengajar qur’an, dan sekolah agama lagik. 10 tahun lebih tua dariku ! “ Hatiku melepas geram .

Ku urut jambang yang membaluti mukaku. Sejak dari mula mendaftar hingga ke waktu-waktu menunggu yang menggelisahkan, aku tidak bercukur seuratpun . Malah kuberazam selagi tak jejak ke tanah suci, biarlah misai dan janggut tumbuh sepanjang-panjang selagi mukaku mampu menampongnya.

Malah kujarang ke surau. Segan bersemuka dengan jemaah. Waktu tak haji orang memanggil aku “haji” sebab tak tahu nama ku agaknya. Ku diam saja. Harap-harap masin mulut mereka, cepatlah naik haji. Rupanya sekadar “masing” saja. Hajinya belum mau menjadi.

Tapi bila ditanya bila aku buat haji..tak boleh sorok lagi. Kena jawab “belum”. Tu yang segan tuh.

Yang daftar dengan Tabung sudah bertolak. Rancang Ustad MJK nak berhimpun disurau untuk menghantar kami dah lama dilupakan.

Memeraplah diriku solat di rumah. Tidak juga aku keluar kemana-mana waktu itu , takut terlepas berita baik jika secara terserempak diminta bersedia. Bagai nak gila dibuatnyer.

Bila telah jelas tidak ada apa yang hendak dinanti-nantikan, jiran, saudara-mara dan kenkawan yang menjengok hanya mampu memintaku bersabar. Ada hikmat disebaliknya, pujuk seorang. Ada yang mengatakan aku sudah dapat haji kecil kerana segala-gala sudah kusiap dalam beg kulit yang pernah dibawa aruah ayahku mengerjakan hajinya lama dahulu.

Ku dirangkuli perasaan malu yang amat kerana beriya-iya sangat hendak pergi hingga hebuh seluruh pelusuk rantau kepada adik beradik, saudara mara. Itupun kerana dianjurkan orang yang hendak menunaikan haji berjumpa sanak saudara, sahabat tolan memohon ampun dan maaf atas apa-apa kesalahan yang berlaku.

Mulalah ku menghisab diri. Apakah dalam menghebahkan kepergian ku itu terselit unsur-unsur riak? Mungkin secara tidak sedar, ujud bangga diri kerana terpilih dijemput ke rumahNya.

Bertambah malu rasa bila terima hakikat bahawa orang lain yang jauh lebih muda dariku senyap-senyap aja udahpun bergelar “Haji”. Aku dah mencapaii umur bersara baru baru ndak pergi..gah-gah sangat kenapa?

Ramai kenkawan ahli kariah sudah berkali-kali menunaikannya. Hj Mukhtar umpamanya, dah kali ke berapa termasuk perjalanan yang tak jadi, siap daftar isteri dan anak bujangnya sekali.

Tak seganker? Duit yang disedekan sodara mara dan kenkawan nak disimpan ker nak dipulangkan balik?

Terbayang kembali betapa perasannya aku ke surau dan pondok pengajian dengan serban pak haji meliliti kepala…! Sekali sekala memakai jubah Arab yang jiran sebelah hadiahkan waktu dia balik umrah. Yang memuji “gantang”, kusenyum syok sendiri. Tapi yang merenungku semacam terkezut tetiba berjubah berserban ni apahal?

Keperitan tak jadi pergi amat terasa. Hendak ikut rombongan yang sama jika dianjurkan lagi…aku sudah tidak ke sana lagi sejak menarik wangku keluar. Hendak ikut Tabung, huh…barisan jemaah yang menanti terlalu panjang. Tunggulah enam ke lapan tahun lagi baru tiba giliranku…Nak potong Q? Siapa yang boleh menolongku? Pergi sekarang tak boleh bawa isteri bersama kerana anak masih kecil…dan wang tak cukup untuk tambang dua orang. Aaahhh…buntu! Buntu.

Pada hariraya haji tahun itu, di surau kampong isteriku di Selama Perak Takbir Idiladha yang dilaungkan jemaah membuat hatiku teramat sayu. Sepatutnya waktu itu aku menyambutnya di Makkah…bersolat Idiladha di Masjidil Haram…berhadapan Kaabah Baitullah.

Melihat ku berjambang panjang agaknya, pak imam surau ingat aku ni warak sangat, diberinya aku microphone utk menyambung takbir. Waktu itulah airmataku bercucuran . Takbirku tersekat-sekat dikerongkongku. Antara satu bait ke satu bait kuberhenti lama..menahan sebak. Entah apalah interpretasi memasing jemaah bila aku berada disitu. Cepatnya dia balik??

Habis hariraya haji di kampong. Dah nak balik ke KL, sengaja ronda-ronda taman-taman perumaan di Sg.Kob. Banyak rumah kosong untuk disewa. Sewapun murah. Tak sampai duaratus sebulan pun ada. Tapi kecik. Kumenandu ke Taman Teknologi Tinggi Kulim. Pun banyak rumah kosong. Sewa boleh tahan. Yang tepipun baru RM300.

Entah apa yang mendorongku menyewa sebuah rumah disitu. Tuanpunya seorang Dato’ Professor dan Dr. lagi ….dekan satu faculty di UUM. Kebetulan keluarga mertuanya tinggal beberapa deret dibelakang rumahku di TSKeramat. Waktu bapamertuanya meninggal, aku menziarahi dan dia ada disitu. Cuma tak kenal satu sama lain. What a small world.

Lalu tak balik dah aku ke TSKeramat. Antara sebab agaknya kerana “tak ada muka lagi” , makanya aku meninggalkan jenjiran dan kariahku disana…

Begitulah. Sekadar selingan, ringan-ringan dan dramatik sedikit sebelum aku meneruskan ke perjalanan yang sebenarnya. Time tu nanti tak leh main-main dengan kekata lagi, kok makan diri.

Next Change: SERUAN DAH TIBA…this time for real.

(Bersambung )
BENariff


Thu Jul 31, 2003 11:54 am
PERJALANAN KE RUMAH ALLAH
(Episod III)

Ku mulakan episod ini dengan Firman Allah didalam surah AlHaj ayat 27-30 bermaksud “Dan serulah manusia itu dengan mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang kepadamu (Baitullah-il- Haram) dengan berjalan kaki dan dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, mereka datang dari berbagai-bagai rantau yang jauh. Agar mereka dapat menyaksikan sendiri berbagai-bagai perkara yang mendatangkan berbagai-bagai faedah bagi mereka (serta memperingati dan menyambut nama Allah pada hari-hari yang tertentu) kerana pengurniaannya kepada mereka dengan binatang-binatang ternak (untuk dijadikan qurban). Dengan yang demikian makanlah dari daging-daging binatang qurban itu, dan berilah makan kepada orang-orang yang susah yang fakir miskin .demikianlah, dan barangsiapa yang membesarkan (menghormati) hukum-hukum Allah, maka yang demikian menjadi kebaikan baginya disisi tuhan.”

Didalam surah Al-Imran ayat 96-97 Allah berfirman yang bermaksud “Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada tuhannya) ialah Baitullah di Makkah yang berkat dan dijadikan pertunjuk hidayah kepada sekelian alam. Padanya ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya, diantaranya ialah) maqam nabi Ibrahim. Dan barangsiapa yangmasuk kedalamnya, aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi baitullah, iaitu barangsiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan barangsiapa yang kufur (ingkar kepada kewajipan mengerjakan ibadat haji itu) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak behajat sesuatupun) daripada sekelian alam.”

Baitullah Oh Baitullah,
Dapatkah aku memelukmu,
Kali ini bebanding kali terdahulu,
Yang telah membuat hatiku tawar,
Terkecewa dengan peraturan manusia,
Cop visa, mem-veto seruan untuk ke sana,
Ku memberontak di dalam hati,
Macamlah kaabah itu dia yang punya.
Kuasa yang ada menyusahkan sahaja,
Banyak sangat syarat yang dikena,
Cukup kemampuanpun tiada gunanya.
Ampunku aku wahai tuhanku,
Hanya dari jauh kumenghadap kiblat
ke arah kaabahmu saja yang kumampu.
Gambar-gambar rumahMu yang kugantung,
Bagai mengamitgamit aku segera kesana….
BENariff


Rumah di TSKeramat. Suatu malam selepas solat isyak.
Sedang duduk di beranda memerhati aktiviti di medan selera yang berdekatan. Kutimang-timang RM15,000 itu ditangan. Ku urut-urut duit-duit itu. Tebal betul.

Sekilas itu hatiku mula berdebar. Apakah sial akan menjengokku semula? Teringat janji yang tidak tertunai,..
7 tahun sebelumnya ku berjanji kepada aruah isteri untuk membawa dia bersama mengerjakan umrah bila dapat bayaran suatu projek drama swasta.

Bila dapat durian runtuh RM10,000 itu, tetiba aku didatangi dua orang hamba Allah di opis, mempromosi skim pelaburan yang kononnya memberi pulangan yang tinggi dalam masa yang singkat. Ku tangguhkan keputusan dan memberitahu isteriku mengenai peluang melipatgandakan wang sebanyak itu. Dapat pulangannya nanti bukan setakat umrah, buat haji bersama pun lebih dari cukup.

Aruah tidak komen apa. Waktu itu rupa-rupanya… daun-daun hayatnya sedang berguguran menanti 44 hari untuk dijemput Illahi.

Dua orang agen itu datang lagi memujuk. Suatu malam ku dipelawa ke pejabat mereka beroperasi disebuah bangunan berprestig di simpang Jalan Imbi/Bukit Bintang. Ku disambut bagai seorang VIP oleh kakitangan disitu.

Semuanya Melayu, muda, bertali leher dan berpakaian kemas belaka. Mereka sedang menghadapi komputer. Mereka sedang on-line berurusan dengan pasaran tukaran wang asing di Newyork, London, Hamburg, Tokyo dan HongKong. Iyer-iyer nampaknya.

Aku yang tak faham apa-apa cukup impressed dengan penjelasan mereka. Apatah lagi diperkenalkan kepada seorang bebangsa Cina yang kononnya dah jadi jutawan segera tetapi ‘kedekut tahi hidung masin’, tak belanjapun mereka.. kononnya. Termakan, ku laburkan RM10,000 iaitu bersamaan USD4,000 (nilai tukaran waktu itu RM2,500 per USD1,000) ke dalam “pasaran”.

Pelaburan lebur dengan wangnya sekali. Umrah kemana, haji jauh sekali. Janji tinggal janji. Padan muka .

Aku kehilangan baki selepas mendapat bonus pertamanya sebanyak RM850.00. Sebulan kemudian timbul masalah perhubungan . Bila ku menyusul ke pejabat itu, ianya sudah disewa orang lain.

Terkilan! Hingga saat ini aku masih menyimpan hasrat hendak melapurkan ke Jenayah Perdagangan Bukit Aman dengan dokumen-dokumen yang masih tersimpan…

Sedang mengelamunkan peristiwa yang ku anggap balasan tuhan kerana ingkar janji, ku terima panggil telefon Hj Suliman bertanyakan samada aku dah daftar dengan Tabung Haji. Musa dan Hj Muktar sudah, dan dia akan mengushakan mereka menunaikan haji musim kedatang (hijrah 1423). Dia yang memulanya terkilan tak dapat bersama kami, selamat mengerjakan hajinya musim itu (1422) . Kini akan mengerjakannya sekali lagi.

Ditanya kenapa nak pergi lagi, dia ibaratkan ibadatnya yang lalu macam rumah baru selapis dicat nak dibalas dengan selapis lagi untuk tambah mencantikannya.

“Jangan fikir panjang2, Eil. Esok awak pergi daftar. Nombor rujukannya berikan kepada saya.” Tegasnya bersungguh-sungguh.

Bimbangkan duit inipun akan menemui nasib yang sama, ku daftar diri dengan TH di ibu pejabatnya. Ku isi borang utk isteriku juga. Walaupun tarikh yang direkodkan ku pergi ialah 6tahun terkemudian mengikut giliran pendaftaran, Tabung akan menimbangkan tahun ini jika ku menulis surat rayuan diatas kegagalan usaha yang dahulu. Itu hanya formaliti, ku rasa.

Tepat sebagaimana dijanjikan Hj Suliman, ku terima surat tawaran TH untuk menunaikan haji pada musim terdekat . Ku ingat that’s everything to it.

Di gerai makan dekat Public Bank Kulim, suatu tengahari.
Ku sedang makan bersama isteri, Hj Suliman telefon . Suaranya kedengaran cemas minta aku faxkan segera jawapan terima atau tidak tawaran kerana tarikh mengesahkannya akan tutup sedikit hari lagi. Jika lambat tempatku akan diberi kepada calon lain.

“Awak tak tahu ke?” tegasnya.
“ Tak perasaan. Ingatkan kalau dah dapat, jadual penderbangan akan menyusul?…”
“ Musa dan HJ Mukhtar dah dapat jadual.
Fax sekarang juga. Saya tunggu di sini!”
Ku catit nombor fax pejabat Pengurus Besar TH yang diberi.

Dengan tulisan tangan disekeping kertas ku bersegera ke kedai gambar terdekat dan bayar RM2.00 untuk faxkan pengesahan menerima tawaran . Harap-harap pejabat TH masih beroperasi.

“OK, selamat terima. “ Hj Suliman telefon balik. “Lepas ni tunggu jadual penerbangan ya? Assalamualaikum.” Ringkas sahaja.

“Waalaikumsalam. Terimkasih Suliman…” kubalas.
“Kaulah sahabatku dunia akhirat” terbisik dihati. Airmataku tergenang terharu. Memang begitulah bila sesiapa sudi menolongku. Ku tak punya ramai kawan, apatah lagi sebaiknya. Dia lebih ghairah mengambil berat mempastikan kepergianku bebanding aku sendiri.

Akhirnya aku terima jadual penerbangan ke sana, 29hb Januari, 2003.

Namun hatiku berbelah bahagi samada hendak pergi sekarang atau tunggu bersesekali dengan isteriku. Wang yang ku masukkan hanya cukup untuk diriku seorang . Tabungn isteriku masih jauh dari mencukupi.

Masih ada masa untuk membatalkan tanpa dikenakan denda. Kiranya dibatal selepas pengesahan terima, kena RM1,000 denda. Jika selepas jadual penerbangan ditetapkan, akan hilang separuh tambang penerbangan. Jika menarik diri disaat-saat hendak bertolak tanpa sebab yang munasabah, lagi banyak dendanya.

“Kalau abang cancel, macammana?” kuberitahu isteri sambil mencari-cari dalih.

“Kenapa?” isteriku bertanya.

“Wang itu sahaja yang tinggal dari keseluruhan simpanan abang….” Jawabku sedikit kesal.

“Habis yang itu… habislah baki segala-gala yang abang perolihi dari bepuluh tahun kerja…Kita simpan sajalah ya? Cemas-cemas boleh juga pakai.” Kucuba meyakinkannya.

Dia terdiam. Tergamam agaknya.

“Kita boleh bayar pendahuluan rumah yang awak inginkan di Kulim tu.” Ku memujuknya.

“Jangan, bang. Jangan. Duit tu asalnya dari perjalanan yang tak jadi dulu. Tak berkat dibelanja ke lain. “ Jawabnya dengan cemas. Aku nampak dia macam nak menangis. “Pergi, bang. Pergi”. Bahuku dicengkam erat.

“ Pergilah sementara abang masih sihat. Fasal rumah biarlah sewa dulu. Pencen
Sampai masanya esok , baru kita fikirkan rumah. Saya boleh keluarkan wang EPF waktu kerja dulu” DiA dah menangis. “Pergilah sebelum duit tu habis.

Memang dah susutpun sebab kukeluarkan utk menokok tambah peralatan rumah yang ku sewa itu. Dia tak setuju kugunakan wang tabung .Aku saja yang gatal jari. Tak boleh ada duit.

Pergi pun pergilah. Pencen bulananku cukup untuk menampung kehidupan. Mana tahu rezeki akan berlipat ganti selepas haji nanti.

Maka bermulalah episod baru dalam kehidupanku. Melangkah ke suatu dimensi
yang akan menentukan samaada akan berlaku keajaiban terhadap diriku. Sememang siapa yang mengerjakan haji mengharapkan diterima ibadahnya oleh Allah dan dikurniakan keberkatan pada umur, kesihatan ,rezeki dan apa segala.

Kuharapkan perubahan diri yang terbaik. Teringat adikku, Awi mengharap aku biasa-biasa saja, jangan sampai ditinggalkan kehidupan duniawi, buang radio, buang tv, buang komputer, sampai jadi pertapaan pulak! Hehehe, ketawanya lucu.

Tak terbayang aku akan sampai ke tahap itu. Pak Yazid yang memberi kuliah sebulan sekali dirumah Hj Mukhtar dulu pernah menamakan iman sesetengah orang yang tidak konsisten sebagai IMAN BELOn. Ditiup kembung, dilepas anginnya, kempis. Biarpun diikat pangkalnya, lama kelamaan kempis jua.

Aku tak nak bepura-pura mengatakan aku tidak. Time kena pam pulun beribadat sampai tak sedar malam siang. Mai time kempis anginnya, hm..nak habis satu waktu empat rekaat pun jenuh mengeliat. (just exegerating, really!)

Untuk mencukup kembali jumlah wang RM9,400 ++ aku mendesak mereka yang meminjam wang denganku supaya tolong jelaskannya segera hutang mereka sebab aku nak top-up tambangku ke tanah suci. Jangan diberi dalih lagi.

Langsailah juga!. Bila dah cukup, saki baki hutang yang kecil-kecil tu, ku halalkan sebab tak banyak. Ada yang kuberitahu ada yang kudiamkan sahaja. Seorang mak haji yang berhutang RM7,000 denganku selama sudah hampir 6 tahun sesenpun belum bayar sesenku. Nak dihalalkan terlalu banyak. Tak bayar semuapun sedikit aku ndak juga jika ada keinsafan dalam hatinya sebelum nyawanya dicabut malaikal-maut.

Beli rumah apartmentku , bil api, air dan telefonpun masih atas namaku. Bil telefon tertunggak banyak tak bebayar, aku di black-list STM. Ya Tuhan, kuserahkan pada takdirMu untuk menentukan. Aku dah jemu mengecek-tagih .

Ku ambil mudah kursus-kursus yang dinjurkan masjid di tempatku. Tapi hadiri jemputan kursus yang diadakan nun jauh di TH Wilayah di Masjid Negara. Bawa anak isteriku berkereta ke KL lagik. Songsang, kan?

Selama dua hari itu kuberi segala tumpuan ku kepada latihamal yang diadakan. Bagaimana tawaf , saei dan melontar jamrah patut dilakukan.

Seorang pegawai perubatan didatangkan dari sebuah hospital untuk memberi ceramah betapa perlunya bakal jemaah menjaga kesihatan ketika disana. Banyakkan minum air, sebab cuacanya kering, katanya. Jaga pernafasan dari debu. ***

Kursus perdana di Putrajaya kutak hadir. Hebat acara yang diatur. Ku dapat tahu replica kaabah didirikan di pusat pentadbiran untuk latihamal yang lebih intensif. Begitu juga replika jamrah didirikan. Saei dilakukan mengikut jarak dan bilangan yang akan ditempuhi nanti.

Serek akan pengalaman dahulu, kali ini hanya adik beradik satu perut ibu dan keluarga dipihak isteriku sahaja yang ku maklumkan. Yang lain-lain biarlah mereka anggap aku dah pergi waktu berjumpa mereka dahulu. Kalau terserempak ku beritahulah aku nak berangkat pada sekian-sekian tarikh. Sampai ada yang menyangka aku pergi untuk kali kedua, berturut-turut.

Kakak dan abangku adalah orang-orang yang paling gembira dengan pemergian ini kerana mereka sudahpun menunaikan 2X haji memasing. Aku yang ketiga dari kami sepuluh beradik yang bakal menyusul.

Ku tanya memacam soalan tentang keadaan disana sewaktu mereka mengerjakan haji. Of course, mereka tak cerita semuanya. Mereka Cuma menasihati aku supaya berhatihati . Mereka bimbang aku yang kuat merungut itu ini tak dapat mengawal berperangai sedemikian di sana.

Bukan semuanya sebaik yang diharapkan, mereka berpesan. Akan ku temui beberapa situasi yang boleh membuat aku bengang dan terlepas komen. Apa dia situasi itu mereka tak nyatakan dengan terperinci.
“Hang pi sana hang tau lah sendiri..” aku diperingatkan.
Suspence…

Memang sejak musim yang tak menjadi kenyataan itu aku dah banyak bertanya. Terkadangannya, sewaktu bertanya itu ini bab haji , kelemahan diriku tak dapat mengelak dari menyelitkan unsur-unsur mengiklankan diri bahawa akupun dah nak menunaikan haji…! Orang berjiwa senilakon ini sekali-sekali tergelincir juga dek gian nak pamirkan lakonannya. Perasan!

Udahlah tu. Jangan terlalu banyak mengutuk diri sendiri. Simpanlah sedikit. Nak simpan apa kalau keburukan diriku boleh dijadikan sempadan.

Memacam juga cerita yang ku dengar tapi tak jelas kerana tak dapat kubayangkan. Kalau nak ku detailkan satu persatu, kot panjang pula dan menjemukan .

· Seorang engineer di projek dalam lawatan kerja dulu pernah bekerja di Riyadh selama 5 tahun lebih banyak menceritakan perangai orang Arab . Yang baik, baik sangat. Yang tidak, tidaklah, ikut rezeki kita. Hanya sedikit saja mengenai ibadah haji.

· Pakndak aku cerita fasal tapak kakinya pecah dan berdarah waktu mengerjakan saie dan bagaimana dia sesat disana.

· Maklong yang pergi bersama menceritakan betapa dia tidak dipedulikan pakndak kerana asyik menjaga makndak. Orangpula yang mengambil berat kebajikannya.

· Kakak menceritakan bagaimana dia tak nampak kaabah sewaktu pertamakali masuk ke dalam masjidil haram.

· Kakak iparku menceritakan bagaimana selepas berdoa dalam masjidil haram, dia dinampakkan Allah akan aruah ibu kandungnya meninggal dunia sewaktu dia kecil.

· Abang pula ingatkan aku jangan menolak jika Arab semawa (pelawa ) makan, sudi-sudikan berkongsi makanan dengannya, waima sekeping roti sekalipun. Kalau menolak biar baik-baik, jangan singgung perasaannya,

· Aruah ayah pernah cerita bagaimana tapak kakinya bagai dibakar api sewaktu berkaki ayam ke tempat seliparnya diletak kerana bersungut akan cuaca yang panas .

· Kakak sepupuku takut tecirit dalam bas yang terhentak-hentak perjalanannya, betul-betul tercirit dalam bas walaupun tak sakit perut apa.

Itu pengalaman diaorang. Yang ku baca dari majallah pun macam-macam kejadian pelek berlaku. Jemaah berperangai macam anjing ketika memasuki tanah haram, jemaah takndak turun bas takut basah stoking kaki akhirnya tersepit kaki dipintu bas hingga terpaksa berkerusi roda mengerjakan haji, kawan jadi lawan, isteri yang penyayang membencii suami yang pengasih, ibu dan anak bermasam muka antara satu sama lain, suami pergi sakit balik sehat tapi isteri yang pergi sehat balik sakit….

Rata-rata semua mereka menyakini Allah membayar tunai akan apa yang kita niat, tutur atau pohonkan ketika di tanah haram. Kalau baik yang diminta baiklah. Kalau tidak terimalah ganjarannya yang setimpal immediately after.

Suami adik ku sampai takut mengerjakan umrah bersama-sama kerana takut akan habuan yang menantinya kerana kerjanya membuat cocktail dan menghidangkan minuman keras kepada pelanggan dan tetamu di pub tempat dia kerja.

KESEMUNYA koleksi kesah-kesah pelek tapi benar yang berlaku di sana membuat aku juga kaget kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku padaku kelak.

Aku akan berserah sepenuh diriku kepadaNya.

Dua minggu lagi bertolak, ku tinggalkan segala kegiatan yang kuminati termasuk bercuti sementara dari relexjap. Ku bungkus PC , monitor, printer dan scanner serta menyimpan segala sofware dan disket-disket dengan selamat.

Menjelang tiba hari berangkat, kubangun malam untuk solat-solat hajat, taubah, tahajjud. Kumohon diberi kesihatan, kudrat dan kemudahan akan perjalananku. Tersenyum bila teringat pesan guruku secara jenaka supaya jangan hanya minta selamat “perjalanan”, pergi dan balik. Yang hendak dilakukan disana ialah pengerjaan haji. Kok nanti perjalanannya OK, pekerjaan hajinya tersangkut! Makanya ku mohon kesemuanya dalam satu package !

Ku pulun habis (kata ‘rangKedah, “full-swing” kata orang di Wilayah) sampaikan bengkak biji mata berjaga malam. Mengaji selepas solat waktu, dan menyambung lagi selapas diantara solat-solat sunat malam, sampai hampir khatam. Siangnya ku tidur berehat.

Petangnya aku berjogging. Sudah lama aku tak jog . Kakiku mula terasa sakit-sakit. Ketika mengikuti kuliyah, tuan guru ada mengingatkan supaya banyak bersenaman dan berjalan sebagai persediaan diri disana. Tawaf dan saei jika dijumlahkan dengan 7X mengelilingi/berulang-alik makan berbatu-batu juga jauhnya . Terus terang kukatakan, kutak mengambil berat sangat pesanan tersebut kerana belum berjumpa lagi dengan orang-orang yang betul-betul sakit kerana berjalan kaki. Takkan Allah nak mendera tetamuNya? Betapa besarnya salah anggapanku itu, nanti akan ku ceritakan.

Isteriku semakin dekat harinya semakin sedih. Maklumlah, abang dia seorang ini akan meninggalkannya untuk 45 hari berturut-turut, satu jangkamasa yang panjang. Hari-hari dia menangis. Waktu tidur dipeluknya aku macam aku pergi tak kan kembali lagi. Kuharap-harappun begitu, biarlah tak balikpun. Sekurang-kurangnya matiku di sana mati dalam iman. Dikebumikan ke lianglahad tanpa soalan mungkar dan nangkir. Iyer ker? Main-main dengan kematian, kau? Idak ler (dak aiih) ..aku choma (cuma) bagitau apa yang pernah ku pernah kudengar dari mulut orang.

28hb Januari, 2003 pagi. Waktu itu aku dah berpindah ke Taman Kenari sebab adik perempuan dan kenkawanku isteriku ramai disitu bebanding di HI-tech yang lengang bengang.

Ku sempat lagi bersalaman dan bermohon maaf dengan jenjiran disitu. Apa yang kukesal sedikit hanya tigaorang sahaja jiranku datang menjengok dirumah untuk mengucapkan selamat pergi dan pulang. Akupun tak mengiklankan diriku hendak ke tanah suci hingga harinya dah dekat.

Terlangsong sebut, hendak mengatalah sedikit tentang jiran-jiranku disini. Harap jangan yang simpan buruksangka sebab aku sekadar melengkapkan cerita.

Diawal-awal pepindahanku kesitu dahulu, aku disambut dengan mesra. Orang Kay-El lah datang kepangkuan-lah katerkan. Adalah sedikit expertise dalam Microsoft powerpoint, excel, words dll. - all self -taught. Aku jadi tempat rujukan kepada jiran yang beli komputer dengan duit EPF tapi tak tahu satu apapun “keajaiban” yang dibekalkan dalam komputer. Tolong buat presentation untuk anaknya yang kerja di kilang . tolong buat poster untuk pertandingan. Tolong buat cover yang “sempoi” utk project paper anak di sekolah teknik. All for free. Kira-kiranya akulah yang paling loaded poketnya. Ada yang tertanya pencen aku berapa ribu duduk dirumah tak payah kerja apa-apa?

Speaking London Beghabuk (petah cakap orangputih) mereka minta aku buka kelas mengajar written dan oral English kepada anak-anak gadis mereka yang bersekolah dalam darjah enam ke tingkatan dua .Yang berdarjah satu dua dan tigapun dimasukkan sekali mentang-mentang khidmat ku beri adalah percuma. Kalau berbayar, mungkin mereka fikir dua kali, sangkaku kerana ku tak kenakan bayaran. Malah ibu-ibupun sepakat nak belajar cakap kerana nak berinteraksi dengan anak memasing sejak english diwajibkan dalam sains dan mathematic.

Ku mengadakan kolam renang bertiup untuk kekanak kecil main-main air bersama anakku. Begelen-gelen air dicurahkan saban hari.

Jauh dari itu aku diminta mewakii zon perumahan mereka dalam pertandingan menyanyi lagu patriotik sambutan Hari Merdeka. Yang lucunya aku peserta tunggal satu Kulim sebab tak ada saingan. Melalaklah kuseorang dengan iringan band. Tak payah rehearse. Bagi “key” , jalan. Kalau diminta nyanyi lagu poppun aku dah ready lagu Jamal Abdillah. Cayalah orang lama ni, versatile you! (NB: Iklan ini tak berbayar)

Mana-mana aku berada, anti-climax tetap berlaku. Lama-kelamaan aku disisihkan dek kerana aku lebih suka tunggu dirumah dari keluar beborak kosong dengan kaum bapanya. Tak reti aku nak “huh-hah-hoi-woi” macam sesetengah mereka sampai dekat maghrib tak bersurai lagi berkumpul di pelantar bawah pokok cherry depan rumahsewaku. Lagipun rata-rata umur mereka separuh umurku. Tambah-tambah aku dah dekat nak kerjakan haji.

Tak kesah sangat sebab kenkawanku ‘ramai” di Relexjap untuk memenuhi masaluangku. Kok ada kawan disitu hanya Pak D dan Pak T yang tua sedikit dariku. Itupun bila berjumpa di surau. Pak D setiap tahun ke Mekah kerana menyelia masakan untuk jemaah package disyarikat dia pegang konterek. Dialah juga yang ku upah mengerjakan badal haji untuk aruah isteriku.
Hajjah juga kau sayang…..

Bebalik perjalanan semula :
Kubertolak dari Kulim ke Selama . Keretaku mati ditengah pekan kerana batery flat. Ku tukar beli yang baru. Dari Selama ke Klumpur dengan keretaku yang dipandu adikiparku. Dia polis marin berpengkalan di Gelugor Penang. Mertua dan isteri dan anak kecilkan ku ikut serta.

Sampai di rumahku di Tskeramat lewat tengahmalam. Adik beradikku sanggup menanti ketibaanku. Lagi sekali aku diingati supaya jaga hati dan jaga lidahku. Jangan celupur dengan sembarangan kata. Kami bebual sampai hampir jam 4 pagi baru mereka bersurai.Kakak kesayangan mencium pipiku sepuas-puasnya sambil menahan diri dari menangis. Adik-adik dan abang ipar berpeluk erat membisikkan selamat mengerjakan.

Insyallah, insyallah, aku akan berhati-hati. Aku juga akan bersabar menghadapi segala dugaan disana. Tawakkalallah.

Harap-harap doaku disini disambut Allah disana.

Ya Allah, hambamu ini terlalu banyak berdosa kepadaMu. Ampunkanlah. Sucikanlah. Terimalah ya Allah akan taubatku .


(bersambung ke Episod IV)
BENariff

300703 0555AM


Sat Aug 2, 2003 12:12 am
PERJALANAN KE RUMAH ALLAH
Episod IV

Bismillahirrahmanirrahim,
Ku teruskan episod perjalananku ini dengan sabada Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Barangsiapa yang mengerjakan Haji, tidak mencampuri isterinya pada waktu yang dilarang, dan tidak berbuat fasik (maksiat) ia akan kembali bersih seperti pada hari yangdilahirkan oleh ibunya.

Maka berkata Abdullah bin Abbas r.a.: “ketika kami berada di Mina bersama-sama Nabi S.A.W., tiba-tiba datang satu rombongan dari Yaman, lalu mereka berkata, “Ya Rasulullah, beritahukanlah kapda kami tentang fadhilat haji.”

Jawab Rasulullah S.A.W. : “Ya, baiklah, tiap orang yang keluar dari rumahnya dengan niat mengerjakan Haji atau Umrah maka tiap langkah yangdilangkahkannya, akan bergururanlah dosa dari badannya sebagaimana gugurnya daun-daun kayu yang kering dari pohonnya.”

SUBHANALLAH..

Pagi itu aku ke surau solat subuh. Berjumpa kembali kenkawan sekariah. Kami berpelukan . Hj Mukhtar sudah berangkat beberapa hari dahulu. Musa pula akan bertolak dua hari selepas ku. Dia dan HJ Suliman menaiki satu pesawat penerbangan. Hj Suliman membawa isteri, adik dan iparnya bersama.
Aku juga yang pergi bersendirian. Tak ada seorangpun yang kukenal.
Tak apa, nanti kita jumpa disana…disana..disaana..! Itu Cuma harapan.

Selepas solat zohor sekali lagi di surau, dan bersalaman dengan jemaah yang ada, aku singgah ke kedai beli gegula penyegar kerongkong, berus dan ubatgigi. Lelain barang sudahku muatkan ke dalam beg besar yang kubeli baru di Kulim. Beg ayah kutinggalkan sebab kecik.

Ku mandi sunat ihram, dan memakai ihram. Waktu itulah isteriku dapat bersendirian denganku. Kukunci pintu bilik dan menerima peluk cium sepenoh-penuh kasih sayang darinya. Mukaku dibasahi airmatanya. Sesudah puas mendakapiku, isteri mengesat airmata dan turun ke bawah. Ku mengambil wudu’ dan solat musafir.

Ditangga turun, kakak menyambutku dengan seruan “ Labbaikallahummalabaik…” pertama kali melihat aku dalam pakaian ihram. Kusangka dia tak dapat datang .

Beberapa orang jemaah dari surau yang rapat sangat denganku sudah menanti diluar, termasuk Musa dan isteri serta Hj Suliman. Tetiba HJ Suliman menegur talipinggang kulit yang ku pakai mengikat kain ihramku. Dia was-was samada ianya disamak tidak. Kuberitahu yang talipinggang itu kakakku beli di Tabung Haji. Dia bertanya lagi apakah aku yakin kesucian kulit talipinggang itu? Lantas dia mengesyorkan aku menukarkan ke talipinggang kanvas seperti yang dipakai tentera. Disaat-saat itu kumemberi dia sedikit wang dan memintanya tolong belikan talipinggang itu sebab aku tak tahu dimana kedai untuk mendapatkannya. Hj Suliman segera pergi dengan cup-chai nya dan kembali tidak lama selepas itu bersama-sama talipinggang kanvas itu.
Kumohon maaf kepada kakak kerana talipinggang hadiah pemberian ikhlasnya tidak dapat kubawa bersama ke tanah suci. Kakak mengerutkan dahinya kerana kurang senang dengan pendapat HJ Suliman tentang samak.

Anak saudaraku memesan sampaikan “salam” kepada Junjungan Rasulallah. Hj Suliman yang very particular about anything religious itu minta dia melafazkan semula dengan sepenuhnya “assalamualaikum” kepada Rasul. Hj Suliman memang sangat kukenali cukup outspoken dan direct menegur sesiapa saja yang diragui amali agamanya, waima pak imam sekalipun. Orangnya muda lagi . Dia seorang akauntan bertauliah memegang jawatan pengurus kewangan disebuah anak syarikat TH.

Jam menunjukkan pukul 3 petang, hampir. Aku sepatutnya melapor diri di Komplek KJ selewat-lewatnya jam 4.30 petang itu. Hj Mat melaungkan qamat. Memang dia tukang azan disurau. Yang lelain bagai bertafakkur mendengarnya. Aku di usher segera berangkat oleh HJ Suliman dan jangan melayan sesiapa lagi.

Perjalan ke Kelana Jaya.
Ku bertolak satu kereta dgn adikipar, ibumertua, isteri dan anak kami Azizi. Syam, Jaja, dan Nadia mengikuti satu kereta dipandu abang long mereka Zairi. Dah lama kutak ke Komplek. Papantanda ditepi jalan menjadi panduan untuk sampai ke sana. Alhamdulillah, tak sesat. Sewaktu dalam kereta sempat lagi aku menghabiskan sebatang kretek. Ku tahu check-in nanti aku takkan sempat merokok lagi. Ku memang kuat merokok lebih-lebih lagi ketika mengadap PC, membaca mel dan berkarya. Ku bawa sekarton gudang garam merah sebagai bekalan ke sana. Harap-harap tak dirampas kastam di sana.

DiKomplek TH KelanaJaya.
Keretaku dibenar masuk untuk menurunkanku sahaja.Pengiring turun ke car-park diluar. Zairi mengambil beberapa snap-shots dengan kameranya untuk kenangan. Bagai seorang bintang, aku berposing dengan pakaian ihramku bersama-sama isteri dan anak-anak. Mak mertua dan adikiparku segan bergambar.

Ku mengambil beg leher dan beg bimbit beroda yang dengan sticker-sticker yang diberikan TH. Sticker sudah tercatit Maktab 84, TH96, nombor pesawat, ***

Saat berpisah sudah tiba. Isteriku tidak menangis dihapadan anak-anak tirinya. Hanya matanya kelihatan masih merah kesan tangisan di rumah. Azizi biasa sahaja, belum tahu akan ditingglkan ayahnya selama 45 hari. Ku dipeluk dan tanganku dicium oleh anak-anak yang lain dalam perasaan yang terkawal.

Saat kepergian tidak menyedihkan malah amat menggembirakan sekali. I feel great. Cuma apabila Haniza mengekori aku sampai ke pintu masuk bangunan dengan esak tangisnya mengucapkan berulang-ulang kali “Jaga diri, babah. Jangan lupa doakan Jaja.” hatiku sebak. Air mula bergenang dikelopak mataku. Dia “istemewa” bebanding anak-anakku yang lain…

Sewaktu beratur untuk ke tempat menimbang bagasi, ku meninjau-ninjau mereka kalau-kalau masih ada. Nyata mereka telah beredar.

Bagasi ditimbang. Segalanya berjalan lancar. Sememangnya perjalanan lancar dengan izinNya. Kecuali kereta bateri flat di Kulim kelmarin itu.

Tidak berapa lama kemudian akupun menaiki bas. Full speed ahead, di eskot polis peronda ke KLIA. Kapalterbang sudah ada dilandasan. Tak apa nak ku catitkan kerana terlalu pantas. Tanpa menunggu lama kamipun menaiki pesawat. Jam menunjukkan pukul 8.40PM waktu tempatan.

Semasa kuliyah aku diperingatkan:
“Bahawa ibadat Haji yang anda akan lakukan ini adalah satu ibadat yang sangat suci dan luhur dimana anda akan mendapat rahmat yang sebesar-besarya dari Allah Subhanawalaala”.
· Ia harus anda lakukan dengan sepenuh-penuh keikhlasan hati anda, walaupun betapa besarnya ujian dan cobaan yang akan anda hadapi sekalipun anda redha menerimanya, dan anda sanggup bersabar;
· Anda harus membersihkan diri anda lahir dan bathin, bertaubat dari segala kesalahan dan maksiat yang telah anda lakukan dengan sengaja atau tidak sengaja, cara berterang-terang atau cara sembunyi-sembunyi;
· Anda harus beristiqfar sebanyak-banyaknya untuk memohon kemaafan dari Allah dari semua dosa yang telah anda lakukan;
· Anda harus menyelesaikan segala hutang piutng anda sesama manusia dan memohon kemaafannya dari kedua ibu bapa, sanak saudara, sahabat handai diatas segala kesalahan anda lahir dan batin;
· Anda harus membersihkan wang yang anda bawa, jika tidak tersimpan didalam LUTH, dengan mengeluarkan zakatnya, kerana Tabung Haji telah membersihkan simpanan anda itu pada tiap-tiap tahun;
· Janganlah anda beranggapan bahawa pemergian anda ke tanah suci itu, sama seperti anda melancung keluar negeri;
· Jika Allah menghendaki anda meninggal dunia didalam ibadat itu, anda harus redho dengan kehendak Allah itu.”

“Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Barangsiapa yang keluar dari rumah dengan tujuan mengerjakan Haji atau Umrah lalu ia mati akan diberi pahala baginya pahala Haji dan Umrah sehingga hari qiamat, dan barangsiapa yang mati disalah satu tanah haram, nescaya ia tidak dibawa dan tidak dihisab amalannya dan dikatakan kepadanya masuklah anda ke dalam syurga.”

Lapan jam lagi mendaratlah pesawat yang membawaku di Jeddah.
INSyallah!

LABBAIKALLA-HUMMA-LABBAIK…!
Ku menyahut seruanmu ya Allah!

(bersambung ke Episod V)

BENarif
010803 0000AM
Mon Aug 4, 2003 8:15 am

Assaalamualaikum ,
Abang BEN mengadap sekali lagi, dengan Episod ke-V PERJALANAN KE RUMAH ALLAH YANG DISELESAIKAN SEBENTAR TADI. Harap membaca FOOTNOTE diakhir nukilan. Terima kasih.
Wassalam.
Bismillahirahmanirrahim

PERJALANAN KE RUMAH ALLAH
Episod V

Labbaikallah-humma-labbaik,
Labaikala- syari-kala-kalabbaik,
Innalhamda-walniqmata-lakawal-mulk,
La-syari- kalak!

Hambamu datang menyahut panggilanmu, ya Allah.
Hambamu datang menyahut panggilanmu.
Engkau yang tidak ada sekutu bagiMu.
Sesungguhnya segala Pujian dan Nikmat
dan Kerjaan adalah kepunyaanMu.
Yang tidak ada sekutu bagiMu!


Tiada lagi pemeriksaan waktu menaiki pesawat AIRASIA itu kerana semua formaliti telah dibereskan di Komplek TH Kelana Jaya.

- Beg pakaian sudah ditimbang dan diangkut ke dalam perut pesawat. Paspot Hijau,tiket dan boarding pass diserahkan.
- Di Dewan Berlepas taklimat dan pesanan terakhir telah diberikan termasuk mengulang-maklum akan aturcara perjalanan dari Komplek ke KLIA, sewaktu dalam pesawat, tempat Miqat untuk niat Haji, hinggalah sampai ke Jeddah . Kami akan dibawa terus ke Kota Makkah dari Jeddah . Tidak akan ke Madinah seperti jemaah-jemaah penerbangan awal. Hari Wukuf di Arafah Cuma 11 hari sahaja lagi.
- Penukaran wang tunai Ringgit ke wang tunai Riyal Saudi (SR) dibuat bagi yang berhajat di kaunter-kaunter yang disediakan di dewan itu. Pengeluaran wang dari tabung hanya boleh dibuat di pejabat Tabung di Kota Makkah dengan hanya menunjukkan Kad Pengenalan Jemaah Haji atau Kad Rawatan Kesihatan memasing sahaja.
- Promosi barang-barang tertentu keluargan TH seperti beg sejadah juga diadakan dan dijual.
- Periksa beg galas masing-masing. Pastikan semua dokumen-dokumen pengenalan diri disimpan di dalamnya . Jaga beg itu seperti nyawa anda. Jangan cicir atau hilangkan. Kami diperingatkan. Antara yang terpenting ialah Kad Rawatan Kesihatan . Didalamnya terdapat rekod-rekod pemeriksaan doktor . Jika berpenyakit, jenis penyakit (jantung, darah tinggi, kencing manis, lelah, gaut dsb), jenis rawatan yang diterima dan ubat-ubat yang dimakan. Kalau penyakit didapati bertambah teruk, pemergian boleh dibatalkan.

Beg disilang ke bahu tapi ramai yang menggantungnya ke leher dan clip ke pinggang agar lebih “secure”. Pastikan juga rantai pengenalan diri dipergelangan tangan rapi ikatannya . Rantaiku terlucut kerana tidak diselak dengan rapi sewaktu mengheret beg besar ke tempat timbang, Aku hanya sedar bila seorang petugas memanggil namaku dan mengembalikannya kepadaku.
OK semuanya ada. Apa lagi?

Pastikan tiada barang-barang yang dilarang naik pesawat dibawa. Pihak TH juga telah menyenaraikan didalam risalah yang disertakan dengan surat jadual penerbangan itu barang-barang yang dilarang dibawa naik ke pesawat selain dari yang di larang Kerajaan Saudi Arabia terutama risalah-risalah dan gambar-gambar yang berkaitan dengan politik Senjata seperti pisau dan lain-lain benda-benda tajam yang boleh dijadikan senjata lagi tak boleh! Itu piawaian yang setara bagi mana-mana penerbangan sejak kejadian September Sebelas. Kelip dan pengasah kuku. Pisau cukur pun termasuk . Kok nak bawa juga, masukkan ke beg pakaian. Botol minuman pun dilarang demi keselamatan penumpang.

Sewaktu mengisi pakaian dalam beg besarku, aku teringat “tips” yang diberi seorang sahabat untuk mengelakkan masalah di kaunter kastam Jeddah. Maka ku tindihkan bebarang dalam beg besarku dengan meletakkan kain sejadah di-atas sekali hingga melindungi pakaian dan barang-barang yang kubawa, kononnya pemeriksa tidak akan menyelongkar ke dalam beg sebaik ternampak kain sejadah kerana berbaik sangka sesama ummah, apatah lagi yang datang untuk mengerjakan ibadat. Malah akan mendokan kita mendapat Haji Mabrur!

Lebih dari itu ku terjumpa dalam beg Haji ayah dulu, secebis kertas berbalut plastik merupakan doa untuk “menggelapkan” pandangan mata pemeriksa. Baca dan hembuskan ke arah pemeriksa. Kalau doa tak hafal , memadai disimpan didalam beg dan dengan izin Allah, terelaklah dari dirampas barang-barang tertentu yang dibawa. Wallahua’lam! Sekadar ikhtiar. Tak pasti aku samaada makanan kering seperti serondeng, dan makan segera seperti ketupat dan lelain dilarang bawa ke sana.

KLIA PENERBANGAN KT96 PESAWAT AIRASIA FLIGHT AK4132 RABU 29.01.2003
Jemaah bergegas-gegas menaiki pesawat. Sepanjang jalan beberapa orang petugas TH dan KLIA berbaris mengucapkan selamat berangkat, semoga mendapat Haji yang MABRUR.

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud: Haji yang mabrur itu lebih baik daripada dunia dan apa yang ada padanya, dan Haji yang mabrur itu tidak ada baginya balasan melainkan SYURGA.

Dan sabdanya lagi (bererti): Orang-orang yang mengerjakan Haji dan Umrah adalah UTUSAN ALLAH Azajawalla dan para pengunjungNYA. Jika mereka meminta kepadaNYA nescaya diberikanNYA, dan jika mereka berdoa nescaya diterima doa mereka, dan jika mereka meminta syufaat nescaya mereka diberi syufaat.

Amin.

HAJI MABRUR adalah tingkatan haji yang sangat tinggi mulia dan terpuji disisi Allah, selama seseorang itu tidak merusakkannya, tidak dinodai dan tidak dicampuri oleh sebarang dosa, tidak melakukan maksiat, tidak mencela mencerca, tidak mengumpat mengeji dalammasa mengerjakan ibadah Haji itu, atau semasa berada di Tanah Suci atau setelah kembali ke tanah-air.

Pendeknya, seorang yang telah menunaikan fardhu Haji, ialah seorang yang telah merubah sikapnya, kelakuannya, akhlaknya, pakaiannya, pergaulannya, supaya tetap murni, dan sesuai dengan hukum dan ajaran agama.

Apabila sikap, kelakuan akhlak, pakaian dan pergaulannya tetap berada ditahap yang mulia dan terpunji, maka itulah tanda-tanda haji mabrur itu.

SUBHANALLAH! .
Semoga aku memperoleh Haji yang Mabrur, Insyallahi Taala.

Bertentangan dengan Haj Mabrur ialah HAJI MARDUD.

Adapun yang dimaksud dengan Haji Mardud itu ialah haji yang tidak di terima Allah, disebabkan oleh sikap, perbuatan, akhlak dan pergaulannya yan bertentangan dengan kehendak dan ajaran agama malahan tidak sanggup menahan dirinya dari melakukan maksiat dan dosa samaada selama didalam ibadah haji di tanah suci dan juga setelah kembalinya ke tanah air.

Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W.: Tidak diterima kedatanganmu dan tidak bahagia bagimu, hajimu ditolak dan tidak diberi pahala. Kerana itu setiap yang hendak menunaikan fardhu haji itu hendaklah belajar dan memahami hikmah-hikmah atau rahsia-rahsia yang terkandung didalam ibadah haji ini, bukan seperti hanya ikut-ikutan atau memandang ringan terhadapnya.
( rujukan buku bertulisan Jawi “Kuliyah Ibadat Haji Dan Umrah” oleh Dato’ Hj Othman Abdullah )

ASTAQFIRULLAH…

Dengan perasaan bimbang kumohon padaMU, ya Allah, apa yang terbit dari penulisan aku yang jahil mengenai PERJALANAN KE RUMAH MU ini tidak menjerumuskan aku kedalam gulungan mereka yang “mencela mencerca, mengumpat mengeji , setelah kembali ke tanah-air”.

Jelaslah kenapa tidak ramai mereka yang kembali ke tanah air selepas mengerjakan Haji memilih menyepi dari memperkatakan pengalaman yang dilalui mereka di sana , kelak risiko memperkatakannya boleh menyebabkan Hajinya tidak di terima Allah, disebabkan oleh sikap, perbuatan, akhlak dan pergaulannya yang bertentangan dengan kehendak dan ajaran agama malahan tidak sanggup menahan dirinya dari melakukan maksiat dan dosa jika sekiranya terdapat unsur-unsur “mencela mencerca, mengumpat mengeji , setelah kembali ke tanah-air”.

FOOTNOTE:
Notice Peribadi Kepada TM dan Warga Relexjap/Pembaca PERJALANAN KE RUMAH ALLAH
Kumohon pandangan kenkawan yang arif dalam persoalan sebegini, samaada ku harus teruskan atau berhenti kiranya apa yang bakal ku nukilkan selepas ini kelak akan menyebabkan Hajiku tidak di terima Allah. Ini adalah kerana dalam keghairan untuk melengkapkan cerita ku tidak dapat mengelakkan jejariku dari menyentuh-komen-mengulas apa yang ku perhatikan dan apa yang telah ku lalui dan alami , tidak kecuali apa-apa yang boleh ditakrifkan sebagai “yang jelek”.

Tidakkah nanti dijatuhi hukum mencela-cerca dan mengumpat-keji sebagaimana tertera dari petikan diatas?? Takut ooooo.

(Akan Bersambung jika wajar)
Wassalam

BENariff:
040803/7.52AM



Fri Aug 8, 2003 2:06 am
PERJALANAN KE RUMAH ALLAH Bhg. VI

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah berkat insan-insan yang hati nya digerakkan Allah menyokong dan menunjukkan jalannya, kuteruskan PERJALANANku ke Rumah Allah, Insyallah.

“JIKA anda diizinkan oleh Allah, anda akan dapat mengunjungi Baitullah-el-Haram yang terletak ditengah-tengh lembah kota suci Makkah yang telah diasaskan binaanya oleh Saidina Ibrahim dan anaknya Saidina Ismail Alaihimussolatuwassalam beberapa ribu tahun dahulunya.”

Segala nasihat telah diberi perhatian, antaranya
Sentiasa berada ditempat duduk;
Tidak berebut-rebut jika ke tandas. Gunakannya dengan betul, jangan menyangkung diatasnya sebab duduk pun sudah selesa. Flush sesudah digunakan.
Gunakan air dengan jimat jangan sampai membasahi lantai tandas.
Boleh gunakan kertas tisu untuk bersuci sebelum gunakan air dengan cermat jua.
Jangan lupa menguncikan bilik tndas sewaktu berada di dalamnya.
Dilarang menghisap rokok di dalam tandas. (Setakat nak gonggong tanpa api saja tak salah. Takkan dah tak tahan diuji? Tapi bawa lighter atau mancis dilarang keras.)
Makanan dan minuman yang halal akan dihidangkan dengan percuma.

Selain dari itu:
Perbanyakkan zirullah dan talbiah disepanjang penerbangan;
Berikan bantuan kepada orang-orang tua yang perlu bantuan ;
Hidupkan semangat ukhwah as-salamiah menuju redho Allah;
Jangan terlalu mengutamakandiri sendiri.

DALAM PESAWAT – PENERBANGAN KE JEDDAH.
Dipintu masuk , kami disambut dengan sopan dan santunnya oleh petugas, hosts dan hostesses. Tempat duduk ditentukan mengikut warna boarding pass. Agaknya supaya jemaah tidak berebut tempat. Yang datang bersama ahli keluarga tidak terpisah dapat duduk setempat .

Aku diunjukkan sebuah kerusi yang kosong untuk jemaah yang pergi seorang . Nasib akulah, kemana-mana bolehkata sentiasa keseorangan….nasib ! Tempatnya di barisan hadapan, belakang kabin krew. Ruang menyandar dan berlunjur juga amat selesa…syukur ! Ku beri salam kepada jemaah lelaki yang duduk disebelah kiriku ditepi tingkap. Diapun nampaknya solo-molo jugak. Mudah-mudahan mahu dia berkawan dengan ku, kalau kami ditakdirkan satu maktab.

Tengah sedap berlunjur, anak kapal datang bertanya kalau-kalau aku boleh korbankan tempat duduk itu untuk seorang jemaah yang warna kadnya mungkin tak sama tapi hendakkan tempat duduk dekat kenalannya yang duduk beberapa baris di belakang. Habis saya hendak duduk dimana? Di atas. Dia menunjukkan ke arah tangga lingkar. Oh…pesawat dua tingkat.! Tempat duduk itu di bahagian perutnya, rupanya.

Oklah, aku beralah. Jangankan dalam pesawat. Dalam bas atau keretapi pun sering mengorbankan keselesaan dudukku untuk sesiapa yang kutakrif amat memerlukan – biasanya orangtua atau perempuan mengandong dan mengendung anak. Dulu, tiket keretapi mel malam tak ditetapkan nombor tempat duduk? Masuklah ke dalam gerabak-gerabak mengikut kelas masing-masing selagi ada penumpang nak naik sampai sendat macam tin sardin, kata orang. Aku sanggup berdiri di ruang pemisah antara gerabak sekalipun. Muda-muda dulu bolehlah. Dah bersara ni baikpun berpada-pada saja. (NB: Iklan ini tidak berbayar ~ ikhlas!)

Lantas ku bangun ikut anak kapal itu menaiki tangga ke atas. Kira-kiranya dah penuhlah sebab hampir semua jemaah dah bertempat duduk memasing. Mana hendak dapat kerusi macam dibawah lagi. Duduklah aku kerusi di tepi tingkap dekat sayap pesawat sebelah kiri. Dihimpit antara bebaris kerusi depan belakang. Ruang lunjur dan sandarpun terhad. Tak apalah , dah nak jadi rezeki aku untuk rezki orang lain. Lagipun aku dalam perjalanan untuk mensucikan diri? Itupun ketentuan Allah. Redho sahajalah.

Airhostess antarabangsa. Melayu, Cina dan Australian. Hostess perempuan memakai scarf menutupi kepala. Semua formality penerbangan telah disempurnakan . Makanan dihidangkan tiga kali (kalau tak silap) sepanjang tempoh penerbangan. Semuanya serba sejemput – nasinya, ayam/dagingnya, sayurnya dengan sepotong roti, kek, dan buah – inikot yang orang kata “pemakanan seimbang”. Minuman boleh pilih kopi, the atau air kosong.

Poskad diberi jika kita ingin kirim khabar kepada sesiapa. Bayaran pos percuma. Ku kirim satu kepada abang sebab dia memesan. Dia juga memesan kukirim poskad dari Makkah dan Madinah. Abang pada mulanya seperti tak percaya hingga minta melihat sendiri jadual penerbangan!

Bila lengoh , pandai-pandai adjust kaki , bersilakah, mengiring ke kiri ke kanankah. Maklum, aku ni diabetics milletus Bawa ubat untuk menambahkan insulin. Yang ku bimbangi, kaki kiriku. Terasa sakit hingga ke pinggul akibat last minute jogging! Urat-urat terkezut.

Pemuda disebelah kananku nampak steady-meady saja duduknya tapi asyik mengenyeh (menghembus) hidungnya. Selesema barangkali. Ku ulurkan dia sebutir gegula angin yang ku standby untuk sakit tekak, dan selesema. Alhamdulillah, selepas dua butir, diapun lega. Lawak juga dia bila suruh aku buka tingkap untuk buang kertas balut gula-gula itu.

Secara kebetulan diapun pergi berseorangan. Kami jadi karib tanpa perlu bertanya latar-belakang satu sama lain. Kedua-duanya hamba Allah yang telah mendapat seruan menunaikan Haji. Kecik besar tidak menjadi ukuran.

Akrabnya kami sampai berkongsi satu pisau cukur untuk menarah semak samun dibawah hidung dan dagu sebelum memasang niat Haji masing-masing. Al-maklum , selepas niat Umrah atawa Haji nanti di larang bercukur apa-apa bulu di bahagian badan hingga selesai mengerjakan mana-mana. Kalau niat Haji ketika itu, maka panjang berjambanglah dagu dan misai selagi belum TAHALUL AWWAL.

Dia nak kerjakan HAJI IFRAD. Aku pula akan membuat keputusan bila pesawat melintas QARNUL MANAZIL iaitu MIQAT tempat memasang niat semasa dalam penerbangan itu.

Aku ada dua pilihan. Jika memilih HAJI TAMATTU’ aku akan mengerjakan ibadat UMRAH terlebih dahulu, kemudian baru mengerjakan ibadah Haji. Sebaliknya jika memilih Haji IFRAD , mengerjakan ibadah Haji dahulu, kemudian Umrah. Of course dalam musim Haji.

Satu lagi cara ialah Haji QIRAN, pilihan mereka yang tiba di Makkah pada HARI WUKUF dan (just-in-time) sekaligus mengerjakan (Haji dan Umrah ) .

Kenkawan setaman dan sepondok ramai memilih Haji Ifrad kerana itu yang paling afdal jika mampu mengikuti pantang larangnya . Dari awal-awal lagi itulah ingin ku lakukan, walaupun aku diingatkan bukan calang-calang orang yang sanggup menghadapi ujian dan pantang larang ketika dalam berihram.

Majoriti yang mengunjungiku atau dikunjungiku menasihatkan aku Haji Tamattu’ sahaja. Abang ipar yang udah beberapa kali pergi pun memilih Haji Tamattuk’ inikan pula aku yang baru pertamakali. Kalau dua tiga hari sebelum wukuf, boleh juga gagah, tapi kalau 11 hari lagi, “boleh bertahan ker?” Risikonya DAM.

Timbul juga pertanyaan dibenak hatiku, kenapa iya? Aku ni kurang “calang-calang” orangnya ker?

Apa pula susahnya, aku bertanya . Lainlah yang membawa isteri memasing!
Isteriku tak ikut bersama. Jadi tang mana yang nak terbatal, tang mana yang nak dikenakan dam? Maha Suci Allah, aku mengucap Astagfirullah, bila tersedar diriku dah cakap takbur…mendahului apa yang belum ku pasti akan terjadi,kerana Allah bakal menentukan.

Namun ku sediakan 2 helai kain pelaikat yang telah kutetas jahitannya sebagai pakaian tambahan jika berihram Ifrad. Akan ku pakai di tempat penginapan samada untuk tidor atau untuk qadho’ hajat. Membasuhnyapun senang bebanding ihram biasa . Kain ihram biasa itu akan dipakai kalau hendak mengerjakan umrah sunat, kerana warna putih lebih afdal.

Dua pasang kain ihram yang ku bawa itu adalah hadiah wakil rakyat kawasanku dalam satu majlis meraikan para jemaah dalam kawasan DUN nya, alhamdulillah. Sepasang waktu perjalanan yang tak jadi dulu dah sepasang lagi tahun perjalanan sebenar. Semoga penyumbang diberkati Allah S.W.T. jua.

Apabila diumumkan kami akan menghampiri QARNUL MANAZIL, tempat MIQAT sampailah saatnya untuk berniat. Disaat-saat itulah aku membuat keputusan .

Akur dengan nasihat ramai aku mengangkat niat. “ Sahaja aku mengerjakan UMRAH dan aku berihram dengannya, kerana Allah Taala.”

Dengan berniat ihram Umrah itu bermulalah akan diriku pekerjaan ibadah HAJI TAMMATU’

Itulah ketentuanNYA.

(Insyallah, akan bersambung)
Wassalam
BENariff
080803/0206AM



Aug 10, 2003 10:28 pm
PERJALANAN KE RUMAH ALLAH Bhg.VII


Bismillahirrahmanirrahim,
“Ya Allah! Engkaulah teman dalam perjalanan dan
Engkaulah Penjaga keselamatan kaum keluarga, hartabenda, anak cucu dan sahabat handai.
Ya Allah! Peliharalah kami dan mereka dari keburukan dunia dan kerusakannya.
Ya Allah! Sesungguhnya kami bermohon kebaikan dan taqwa dalam perjalanan ini
dan juga amalan-amalan yang Engkau redai.

Ya Allah! Kami bermohon supaya didekatkan dan dimudahkan perjalanan kami dan
kurniakanlah kami disepanjang perjalanan ini keselamatan tubuh badan, agama dan hartabenda. Sampaikanlah maksud kami mengerjakan Haji
dan Mengunjungi kubur Nabimu Muhammad S.A.W.
Ya Allah! Seseungguhnya kami berlindung denganmu
daripada segala mara bahaya didalam perjalanan dan perkara-perkara yang mendukacitakan. Jauhilah buruk pandangan pada kaum keluarga,
harta benda, anak cucu dan sahabat handai kami.

Ya Allah! Letakkanlah kami dan mereka sekelian dalam pemuliaraanMu.
Janganlah Engkau lucutkan nikmat Mu dari kami dan mereka.
Janganlah Engkau mengubahkan kesihatan yang ada pada kami dan pada mereka,
wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…”Maksud Doa Musafir.

Kawan disebelah sedang mentelaah doa-doa dari buku panduan haji. Yang pendek-pendek senang diingat. Yang panjang-panjang kenalah pegang buku dan membaca doa-doanya sambil mengerjakannya . Doa-doa dalam bentuk kartu atau yang dicetak dalam buku kecil pun ada. Tak hafal tak apa. Boleh hafal lagi baik. Yang penting, pergerakan yang dilakukan sempurna.

Ku ulang kaji apa yang perlu aku lakukan . Bagaikan akan menghadapi peperiksaan akhir penggal! Dah banyak kali bacapun dok tak betul-betul lagi.

Tahu-lah Haji pada syara’a ialah mengunjungi Baitullah al Haram dalam bulan-bulan Haji kerana mengerjakan tawaf, sa’ie, dan wuquf di ‘Arafah dengn menurut syarat-syarat serta menunaikan segala rukun-rukun dan wajib-wajibnya.

Tahu, Umrah pada syara’a ialah menziarahi Baitullah al Haram bila-bila masa kerana mengerjakan tawaf, sa’ie dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala rukun-rukun dan wajib-wajibnya.

Dan perbezaan yang jelas di antara kedua-duanya ialah bahawa Haji itu boleh dikerjakan dalam bulan-bulan Haji sahaja iaitu mulai daripada 1 Syawal hingga naik fajar hari 10 Zulhijjah. Manakala ‘Umrah pula boleh dikerjakan pada bila-bila masa sepanjang tahun kecuali bagi orang yang dalam ihram dengan Haji. Umrah tidak ada wuquf, Mabit di Muzdalifah, di Mina dan melontar jumrah.Simple enough!

Pun tahu bahawasanya Haji dan Umrah adalah wajib di dalam seumur hidup sekali sahaja . Sunat dikerjakan berulang-ulang kali. Ianya difardukan ke atas setiap orang Islam yang baligh, beraqal, merdahika (bukan hamba) dan berkuasa samaada lelaki atau perempuan.

Bagi seseorang perempuan ia disyaratkan pergi bersama-sama dengan suami atau mahramnya atau perempuan yang “thiqat” iaitu yang dipercyai dan ia tidak berada di dalam eddah. Jika bersuami kena minta izin suami. Jika peargi tanpa izin suami, sah Hajinya tetapi berdosa kerana ingkar suami. Jarang suami tidak mengizinkan…termasuklah isteri ku suatu hari nanti, Insyallah.

Bagi aruah isteri pertama, telah kuwakilkan untuk mengerjakan Hajinya kepada Tuan Haji D. Ku telah bayar upah/ Badal Hajinya sebagaimana diletakkannya sebelum dia berangkat pergi.

Mengikut hadith yang diriwayatkan Ad-Darul Qutni Rahimahullah : “Sesiapa yang mengerjakan Haji untuk bapanya atau ibunya maka sesungguhnya ia telah menyempurnakan Haji untuknya dan baginya pahala sepuluh kali Haji.

Dan diriwayatkan daripada Ibni Abbas r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Sesiapa yang mengerjakan Haji untuk seseorang yang mati nescaya ditulis bagi orang yang mati itu pahala satu Haji dan bagi yang mengerjakannya pula pahalanya tujuh kali”

Hendak bawa anakanak bersama, bawalah kalau dah mampu. Dari buku Soal-Jawab Ibadah dapatlah kutahu:
Tidak wajib ke atas kanak-kanak yang baligh menunaikan Haji. Bagi yang mumaiyiz (tahu menbezakan antara kotor dan bersih), tahu kerja-kerja Haji dan membuatnya sendiri, maka Hajinya sah tetapi tidak mengggugurkan fardu Haji dirinya. Ia boleh berniat Haji bagi dirnya dengan syarat diizin oleh bapa atau walinya.
Jika kanak-kanak itu belum mumaiyi dan ada bersama-sama bapa atau walinya maka bapa atau walinyalah yang meniatkan dan melakukan kerja-kerja Haji bagainya. Bapa atau wali hendaklah berniat dalam hatinya dengan menjadikan anak/tanggungannya berihram dengan berlafaz (niat): sahaja aku berihram dengan ihram Haji untuk anakku/tanggunganku kerana Allah Ta’ala. Kemudian anak/tanggungan itu hendaklah dibawa bersama untuk berwuquf, bermalam di Muzdalifah , bermalam di Mina dan dicukurkan. Hendaklah kerjakan untuk dirinya sendiri tawaf, sa’ie dan melontar sebelum mengerjakan bagai anak/tanggung yang belum mumaiyiz itu. Jagalah anaknya itu dari melakukan perkara-perkara yang dilarang dalam Ihram. Jika melakukannya pun tidak dikenakan fidyah (Dam). Tetapi bagi kanak-kanan yang mumaiyiz wajib disempurnakan Dam.
Haji yang dilakukan oleh kanak-kanak itu adalah Haji sunat yang tidak menggugurkan Haji fardunya. Ini bererti apabila dia baligh wajib atasnya mengerjakan Haji fardu atas dirinya. Ibu atau bapa yang melakukan Hajinya mendapat pahala. Dalilnya terkandung dalam hadith yang dikeluarkan oleh Abu Isa At Tarmizi dengan katanya: seorang perempuan telah mengangkat akan anaknya yang lelaki kepada Raululullah s.a.w. serta berkata Ayuhai Rasululullah adakah bagi anak ini Haji? Jawab Rasulullah s.a.w. “Ya, dan bagi puan pahala.”

Aku selalu terkeliru bila menjawab pertanyaan tentangRukun Haji dan Wajib Haji. Aaah sekarang barulah jelas.

RUKUN Haji ialah pekerjaan asasi yang mesti dilakukan setiap orang yang mengerjakan Haji dan sekiranya salah satu daripada rukun Haji itu tidak dikerjakan sama ada secara sedar atau tidak ibadat Hajinya tidak sah.

WAJIB Haji pula maksudnya ialah perkara atau pekerjaan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan ibadat tersebut. Jika tidak dikerjakan salah satu daripada perkara-perkara wajib Haji itu maka Hajinya sah tetapi wajib ke atasnya Dam serta berdosa jika ditinggalkan yang wajib itu dengan sengaja.


Juruterbang megumumkan beberapa jam lagi kami akan sampai ke Jeddah.
Waktu itu pesawat berada di atas negara India jika tak silap. Ku jenguk-jenguk ke tingap tapi tak nampak apa-apa kerana kegelapan malam. Apabila pesawat terbang rendah maka dapatlah ku lihat lampu-lampu berwarna warni di bawah. Apakah itu lampu-lampu yang menerangi Masjidil Haram dan jalanraya-jalanraya di sekitar Kota Makkah?

Tak dapat dibayangkan betapa bersyukurnya aku dapat akhirnya menjejak kaki ke bumi Makkah tidak beberapa lama lagi. Mulutku tak henti-henti bertalbiah. LABBAIKALLA HUMMA LABBAIK..! Ku datang menyahut panggilanmu. Tiada lagi ingatan ku akan peristiwa-peristiwa yang ku tinggalkan kebelakang.

KHAMIS 30.1.2003 JEDDAH menjelang subuh..

Alhamdulillah pesawat yang menerbangkan kami selamat mendarat di lapangan terbang yang paling sebuk didunia ketika musim haji Lampu-lampu diseluruh lapangan terbang Malik Abdul Aziz menyinari indah dan mengkagumkan. Dari asalnya sebuah padang pasir yang tandus dan kering kontang bertukar menjadi sebuah negara yang kaya raya dari minyak yang di anugerahkan Allah yang Maha Pemurah. Subhanallah.
Pakaian ihram kukemaskan baik-baik ke tubuh, ku melangkah keluar dari pesawat. Tiba diterminal, passport kami diperiksa. Satu keratan dari nya telah diambil oleh petugas. Waktu kurusus ku difahamkan masa menunggu untuk melepasi pemeriksaan memakan masa beberapa jam. Peserta diingatkan banyak bersabar dengan kerenah biokrasi di situ.Tetapi alhamdullilah apa yang berlaku tidaklah sebagaimana digambarkan.

DARI ARKIB RELEKJAP 2003 ¬PERJALANAN KE RUMAH ALLAH EPISOD 8, 9, 10.

Mon Aug 11, 2003 11:31
PERJALANAN KE RUMAH ALLAH (Bhg. VIII)

Segala-galanya berjalan lancar terutamanya pemeriksaan kastam. Tidak secerewet yang kubayangkan. Ringkas sungguh bagasi diperiksa dan ditanda dengan kapur. Mungkin kerana masih ramai jemaah-jemaah dari lain-lain negara sedang menunggu giliran diperiksa. Jemaah-jemaah dari Malaysia sudah terkenal mematuhi undang-undang dan peraturan yang melarang membawa masuk ke tanah suci barang-barang yang dilarang. “MALAYSIA BAGUSSS!” adalah panggilan mesra mereka kepada jemaah kita. Kami mudah dikenali melalui lambang Tabung Haji dan Bendera Malaysia pada beg kecil yang digantung ke leher masing-masing. Apapun, yang pastinya dengan izin Allah jua. Dia mempermudahkan segala.

Semua beg-beg di angkut petugas di terminal ke tempat kami berehat. Beg-beg disusun mengikut nombor bas yang akan kami naiki. Bas aku bernombor 10. Jemaah diminta mempastikan beg pakaian masing-masing diletakkan di petak yang bernombor 1 hingga 10 di ruangan tersedia.

Sekali lagi kami diingatkan jangan merayap terlalu jauh dari ruang legar kami takut kok sesat. Waktu itu jemaah-jemaah Indonesia juga berbegegas ke tempat menanti masing-masing. Segak dan bergaya mereka dengan pakaian baju seragam. Yang wanitanya sudah mengikut riben sewarna dan tudung seragam. Cergas-cergas mereka bergerak. Ramai yang masih muda-muda . Mereka dibiayaii bank yang memberi kemudahan kredit untuk menunaikan Haji. Seseorang dianggap “berupaya”setelah cukup semua syarat untuk mengerjakan ibadat Haji…samada dengan sendirinya atau dengan pertolongan orang lain. Bagaimana pula jika berhutang untuk menunaikannya? Berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Imam al-Baihagi daripada ‘Abdullah bin ‘Auf dia berkata: (maksudnya):- Saya bertanya kepada Rasulullah s.a.w. dalam masalah seorang yang belum mengerjakan Haji, adakah dia tidak boleh berhutang untuk menuinaikan Haji. Jawab baginda: “Tidak.”

Kelihatan kereta sorong bermotor membawa bagasi-bagai jemaah berselisihan antara satu sama lain. Memang sebok suasana ketibaan para jemaah pada masa itu.

Kami bersarapan dengan sebungkus nasi ayam dan buah oren dengan sebotol air mineral ihsan Muasassah. Waku itu pukul 5 pagi Makkah Time. Lepas makan ku sempat merokok – tabiat buruk yang masih tak dapat ku lepaskan. Dah cuba berhenti, bukan tak cuba. Cuba saja tapi tak buat tak jadi. Relex sekejap ah? Dah berapa kali aku berikrar. Mula-mula waktu berkahwin dengan Zah – tak jadi. Janji dengan dia sesampai ke rumah sewa kita di Kpg Bharu nak berhenti – pun tak menjadi. Ah, nanti anak sulung kita lahir, bapanya akan berhenti, tak jugak! Paling kerap berazam ialah bila berpuasa bulan Ramadhan, berbuka nanti tak endak merokok lagi. Merokok jugak!

Paling lama pernah ku berhenti merokok ialah empat bulan selepas keluar ICU/Wad9/Wad27 HKL dulu-dulu kerana menerima “isyarat” stop! Bukan serangan jantung sebenarnya tetapi apa yang dinamakan “Anxiety Neurososis”. Penyakitnya taklah teruk tapi perasaan takut mati bilasaja sesak nafas meningkatkan rasa kecemasan dan debaran jantung. Hingga aku diasingkan ke bilik khas dengan tugas-tugas yang ringan di seksyen lain dalam jabatan untuk berehat. Buatlah apa yang aku suka, tak siapa nak ganggu. Terasa nak tidur, cari rak panjang, baring dan tidurlah. Nak hibur-hiburkan hati dengan nyanyian, menyanyilah. Ku gantung sepuntong rokok tak berasap sebagai lambang kejayaanku berhenti merokok, konon. JANji aku tak payah berdepan dengan orang ramai, lemas ! Tak boleh bersesak-sesak tambah-tambah dalam lif. Kalau bersendiri masuk lif lagi takut mati terbongkang sorang-sorang kalau lif breakdown. Kereta dipandu membelah angin OK. Kereta berhenti dekat traffic light atau jem, siap…mulalah tercungap-cungap bila tak merasa tiupan angin. Macamlah persekitaran mengandungi beracun.

Pakar yang merawat aku bilang itu mainan perasaanku semata-mata. Puncanya takut. Kalau tahu bagaimana mengatasinya, boleh dikawal. Dia sendiripun merokok – ditepi katilku dalam wad! Pakar jantung tupun dah meninggal dek serangan jantung! Ironis betul!

At that time not so ketat larangannya, ingat-ingat seronok dulu dari sekareng sebab kureng tekanan dari terlalu banyak “undeng-undeng”. Memacam undeng-undeng sekareng agar weng dapat dihimpun dari denda yang dibayar oreng-oreng yang langgari undeng-undeng itu demi “pembangunan” organisasi yang menguatkuasakan undeng-undeng itu….(Ahaks! Releks sikit.. Mengarang ni tensyen ooo! Tambah-tambah tengah syok menaip putus rokok!Buntu!)

Begitulah. TaBiat buruk yang ku harap dapat kutinggalkan bila memasuki Kota Suci Mekkah.Itupun kalau di izinkan Allah.

Sebelum “pekena” sebatang, ku pastikan boleh tidaknya dengan petugas TH. “Boleh. Nak bergambar pun boleh”. Oooo. Begitu. Ingatkan merokok dan mengambil gambar di larang. Rupanya dah lepas formaliti pemeriksaan, boleh. Malaysia boleh! Kamerapun aku tak bawa takut kena rampas. Dibangku panjang tersedia bekas abuk rokok, melambai-lambai kita merokok.

Kemudian ku berwudhu,untuk solat sunat fajar . Ku cari beg galas untuk mengeluarkan buku doa . Otak bengap tak hafal. Alangkah tekezutnya bila ku dapati beg galas ku “hilang” dari tembok tempat kumenyandarnya.. Ku tanya jemaah-jemaah yang juga sedang melepaskan gian memasing disitu. Ku belek-belek beg. Ku tunjukk tempat ku letaknya. Tapi bukan beg aku yang ada disitu.

Lepas solat sunat itu dan berdoa apa yang ingat, ku terus mencari beg galasku itu. Semua beg-beg yang sama warnanya dengan beg aku, ku teliti . tak adapun yang bertanda dengan namaku ataupun dengan gambar saiz paspot ku. Aku pasti beg aku berwarna merah jingga. Ku berbalik ke tempat letak beg tadi, tapi beg itu berwarna ungu. Heboh juga jemaah-jemaah dekat situ bertanya. Mulalah aku cemas kerana dalam beg itu tersimpan buku-buku rujukan, kitab doa, keperluan peribadi. Pakaian dalam dan barang-barang penting.

Akhirnya ku membuat report kehilangan ke kaunter tabung disitu. Mereka menasihatkan aku tunggu hingga semua jemaah-jemaah berangkat ke tempat bas menunggu. Kalau ada beg yang masih tertinggal itulah beg aku gamaknya. Sekumpulan demi sekumplan jemaah berbaris two-by-two menggalas/menarik beg masing-masing menuju ke tempat bas menunggu. Suami isteri sebelah menyebelah agar tak terpisah.

Kumpulan aku yang penghabisan bergerak. Waktu itulah aku ternampak sebuah beg berwarna ungu masih tersandar ditembok tempat kuperasan kuletakkan beg aku. Bukan merah jingga. Beg siaper ni? Ku alihkan bahagian tanda nama dan gambar mengadapku dan mendapati rupa-rupanya itulah beg aku! Tak kemana-manapun sejak sampai tadi. Aku yang tersilap menyangkakan warna beg itu merah jingga padahal kelabu ungu! Ku mengucap panjang melepaskan rasa lega yang amat sangat. Wahai! Belum apa-apa lagu aku dah digemparkan? Berdosa aku menuduh cleaners mengambilnya. Tapi kurasa orang yang menanam prasangka agar awasi pencuri/penyamun di tanah suci patut mendapat bahagian saham dosaku.

Jam tangan dah ku set dwi waktu. 10.15AM WMsia 6.15AM Waktu Makkah. Ku dan lenlain jemaah sekumpulan denganku menaiki bas setelah agak jauh juga berjalan. Kami tidak dibenar ke mana-mana sebab bas akan bergerak “sebentar lagi”. Jadi tak dapatlah kami menunaikan solat subuh yang telah masuk waktunya. Tunggulah dalam bas takut tertinggal. Selepas beberapa lamanya bagasi selesai diangkut naik dan diikat kemas ke atas bumbung bas . Tapi bas tak juga bergerak kerana ada jemaah yang turun ke tandas dan mungkin juga sempat menunaikan solat subuh tang mana-mana. Kita yang lurus bendul ini “tak berani”.

Sepanjang perjalanan 5 jam dari Jeddah ke Makkah itu aku tak lepas merakamkan kedalam pita kepalaku akan setiap apa yang terpandang. Kalau berkamera memang sudah ku rakam pemandangannya. Wahai! Melancung kah apa? Tabiat juga , sebab cepat lupa. Lagipun balik ke tanahair nanti nak tunjuk apa?

Kami melalui beberapa police check-points sebelum bas bergerak tanpa henti lagi hingga memasuki Kota Mekkah Mukarrramah.

Sebaik ternampak bangunan-bangunan di Mekkah maka disunatkan berdoa . Dari dalam bas, berpandukan buku kecil ku memanjatkan doa :

Bismillahirrahmanirrahim. “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Amat Mengasihani, ya Allah kurniakan aku disini tempat tinggal yang tetap dan rezki yang halal, ya Allah sesungguhnya tanah haram ini, negeri ini, ketenteraman yang ada didalamnya dan hamba yang ada padanya semuanya kepunyaanMu. HambaMu ini telah datang menyahut panggilanMu dari negeri yang jauh dengan membawa dosa yang banyak dan amalan-amalan yang buruk, aku pohonkan kepadaMu belas kasihan kerana takutkan siksaMu, terimalah daku dengan keluasan kemaafanMu dan masukkanlah daku didalam keluasan syorgaMu “Syorga Naim” ya Allah sesungguhnya ini adalah tanah haramMu maka haramkanlah dagingku, darahku dan tulang sendiku dari api neraka.”

Perasaan suka terharu sayu, bersyukur dan lain-lain tak dapat kubayangkan semuanya terkumpulkan dalam satu package.

(BERSAMBUNG, INSYALLAH)
Wassalam.
BENariff



Tue Aug 12, 2003 10:59 pm
PERJALANAN KE RUMAH ALLAH
(BHGN. 9)

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum w.b.t

Kusambung bermulakan dengan Fadhilat Haji yang ku petik dari buku kuliyah.

Jika anda berada disekitar Masjidil-Haram anda akan diberi Rahmat oleh Allah mengikut keadaan anda, seperti sabda Rasulullah s.a.w. yang ertinya: Turun pada rumah ini (Baitullah) pada tiap-tiap hari seratus dua puluh rahmat, enam puluh rahmat diuntukkan bagi orang-orang yang sedang bertawaf, enam puluh rahmat diuntukkan bagi orang-orang sedang sembahyang, dan dua puluh rahmat diuntukkan bagi orang-orang yang melihat.

Dan sabda Rasululullah s.a.w. lagi: Perbanyakanlah daripada bertawaf di Baitullah, sesungguhnya tawaf itu adalah daripada sebesar-besar perkara yang akan kamu perolihi didalam suratmu pada hari qiamat, dan amalan yang paling mengembirakan yang akan kamu perolihi.

MAKKAH/ HOTEL AL-HABIBAH/MAKTAB 84

11.00 pagi: Bas berhenti disuatu kawasan sesak menurunkan jemaah yang berdaftar dihotel yang berhampiran. Giliranku belum tiba untuk turun. Perhatianku tak habis-habis kearah orangramai yang kelihatan sebuk dengan urusan memasing. Maklumlah, ini pertama kali ke situ. Apapun menjadi tarikan. Waktu itu akubelum perasaan letakkan Masjidil Haram.

Sebelum tiba hatiku berdebar-debar juga. Ingatanku kembali kepada kejadian yang pelek-pelek pernah berlaku kepada sesetengah jemaah yang ku baca dalam majalah dan lelain bahan cetakan. Aku memohon ianya tidak terjadi kepadaku. Sememangnya aku insan yang banyak dosanya. Inilah akibatnya bila kita ditanamkan perasaan takut itu dan takut ini bila menjejak ke tanah haram, Makkah Mukarramah.

Seolah-olah ada habuan sedang menanti atas dosa-dosa yang lalu dan cakap-cakap berunsur riak dan takkabur yang terkeluar dari mulut ini.

Bas memasuki simpaaang ke hotel kami. Memanjat dataran yang tinggi. Bersebelahan ku nampak terowong. Kemana ku tak perasan. Dekat terowong beberapa buah hotel kelihatan. Aku tak perasan juga nama-namanya. Akhirnya sampailah sudah kami dihadapan rumah penginapan kami, sebuah hotel bernama Hotel Al-Habibah.

Waktu turun tak banyak yang dapat ku catitkan disini. Aku tak perasanmu jalannya basah dan tebing kiri jalannya pecah-pecah dan berbecak. Ku tak baupun aroma yang terbit dari adunan air dan sampah disitu. Tapi aku perasan dihadapan hotel itu ada rumah-rumah kediaman yang memanjat bukit batu batan sampai ke kemuncak tertingginya.

Terfikir juga bagaimana sukarnya hendak menegakkan rumah diatas tebing bukit , rapat-rapat dan stabil. Aku berdiri dilembah antara bukit-bukit itu. Satu kerja yang amat berat meratakan gunung dan bukit menjadi lembah bagi laluan kenderaan dan tapak pusat perniagaan dan rumah-rumah tumpangan. Itu belum lagi aku melihat Masjidil-Haram-nya!.

Cukup apa yang ternampak sepintas kerlingan. Keselamatan barang perlu didahului, jangan ada apa yang tertinggal. Talipinggang yang terselit wang ringgit Malaysia dan Rial Saudi masih lekat dipinggang. Semuanya ada, turunlah. Tunggu apa lagi.

Beg pakaian nanti akan himpunkan di lobby tingkat bawah oleh pemuda-pemuda berkulit cerah dan hitam yang mengambil upah menurunkan bagasi dari atas bumbung bas . Bagaikan ahli sarkas, mereka memanjat tingkap-tingkap untuk ke bumbung (walaupun ada tangga dibelakang) sebaik bas berhenti dan jemaah terakhir telah turun.. Dua tiga orang diatas merungkai ikatan dan menghulur beg-beg besar turun kepada tiga lagi yang menyambutnya dibawah.

Beg-beg sederhan besar dilambung sahaja untuk disambut. Ada juga beg yang terhempas kerana bila terlepas tangkap. Kemudian “pass on” kepada barisan yang menyambut dari tangan ke tangan sampailah ke pintu hotel. Bagasi bagasi kami kira ringan lagi sebab datang terus dari tanahair. Nanti tengok beberang jemaah yang singgah di Madinah dulu . Gerenti dua tiga kaliganda berat muatannya!


Kita tengok bilik penginapan kita dulu. Wah, bagaikan aku ini wartawan Majallah Tiga dihadapan kamera mengarahkan jurugambar menjengok ke bilik penginapan kami. Mengikut pelekat di beg bimbit, aku ditempatkan ditingkat 7. Room number ……er, maaf, terlupa pulak.

Sehingga ini aku Cuma kenal Dee kawanku semasa dalam pesawat penerbangan itu. Lepas turun dia kemana aku kemana walaupun di hotel yang sama, tak bertembung lagi. Kami duduk dibahagian belakang . ruang tempat duduk yang kosong ku letakkan barang-barangku, Ada seorang jemaah duduk di bangku sebelah tak henti-henti batuk. Ku ulurkan dia gegula angin sebutir. Dee sebutir dan aku sebutir. Rambut orang itu cukup lebat dan panjang berikal-ikal. Dekat-dekat nak balik ke tanahair baru aku tahu dia Tok Batin. Perkampongan mana aku tak pastikan.

Pelekat yang diberi sudah menunjukkan bilik mana aku akan menginap sepanjang tempoh berada di Makkah. Aku dan seorang lagi yang kemudiannya ku kenali dari tanda nama di bagasinya sebagai HM sampai dahulu sebelum yang lain-lain. “itam-itam setompok manggis,..” dia memperkenalkan diri. Ku panggil dia Pak T setelah dia memberitahuku umurnya udah 75 tahun.

Pak T book katil dekat tingkap. Aku ambil yang melentang di hujung katilnya. Kemudian barulah seorang demi seorang masuk rakan-bilik masuk. Aku mengenalkan diriku dan Pak T kepada mereka yang masuk kemudian. To break the ice, kata orang, aku perkenalkan mereka satu sama lain, macam juruacara majlis pulak.

Mula ingat lima sebilik. Rerupanya kesemua kami berjumlah tujuh orang. Oklah juga tu bebanding dulu-dulu, lebih dari itu kalau ikut tambang minima. Jadilah, dapat katil seorang satu bebanding lepak atas lantai yang beralas macam dolu-dolu. Syukur nikmat.

Berpadan dan berpadalah dengan RM9400 yang kami bayar. Hendak lebih baik daripada itu pilihlah package (pakej) yang berdaftar dengan LUTH. Lagi tinggi bayarannya lagi baik layanan. Ndakkan seorang sebilikpun boleh. Lagi selesa. Lagi banyak kemudahannya. Lagi dekat dengan Masjidil Haram. Dapat tempat macam Makkah Hotel, Makkah Hilton dan hotel-hotel 5 bintang lainnya. Ikut rezeki masing-masing yang Allah berikan.

(BERSAMBUNG INSYALLAH!)

Wassalam.
BENariff



Wed Aug 13, 2003 10:36 pm
PERJALANAN KE RUMAH ALLAH
(EPISOD 10)

Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum w.b.t.

Ikut swastapun boleh dengan syarat dapat kelulusan Lembaga. Segala-gala mereka uruskan dari awal hingga akhir untuk kesejahteraan dan keselamatan jemaah tanpa campur tangan Lembaga lagi. Kok kalau ada kematian, perlu juga bantuan kepakaran dari Lembaga, itu saja.

Melalui penganjur-penganjur persendirianpun boleh. Tapi pastikan kredibilitinya dahulu. Macam yang aku nak ikut musim sebelumnya. Penginapan dan apa segala keperluan akan disediakan “orang mereka” atau Tok Sheikh di Makkah. Makan minum kita masak , masak nasi kawah lagi sedap. Itu yang terbaik rasaku secara peribadi. Ikut pemimpin yang tinggi ilmu agamanya dan pengalaman mengerjakan haji. Salah silap ada yang akan menegur. Lupa alpa ada yang akan mengingatkan. Sakit demam ada yang akan menjaga. Malah kalau mati sekalipun ada kutipan dibuat dikalangan ahli untuk menampong belanja pengkebumian. Dapat menganjurkan aktiviti keagamaan dimasa-masa luang. Dapat bimbingan dari masa ke semasa. Bersama-sama ahli-ahli kita, berhimpun, beribadat secara berkumpulan. Bagaikan satu keluarga besar di perantauan. Apapun fahaman anda, baca yang tersurat. Yang tersirat tanggunglah sendiri.

Namun awas penganjur-penganjur gelap . Takkan tak terbaca atau terdengar berita jemaah-jemaah yang terkandas . Melangut berhari-hari di rumah transit tak diangkut-angkut pergi. Yang dah kepergianpun tersekat di lapangan terbang sana. Yang selesai pula tergendala penerbangan pulang. Macam-macam lagi yang ramai dah maklum. Di tahun-tahun sebelum tahun dahulu. Kebelakangan ini sudah kurang kedengaran hasil dari langkah-langkah pengawasan yang ketat pihak berkuasa. Alhamdulillah, syukur nikmat. (maaf, terpesong panjang!)

PENGINAPAN KAMI LAGI: Bilik air OK. KECIl-kecilpun ada sinki, ada bathtub dan shower dan ada toilet . Nak mandi pilih saja sejuk atau panas. Air disuling dari air laut. Dulu aku tak faham. Dah guna air baru tahu rasanya macam mana. Masin tak masin tawar tak tawar. Tapi untuk mandi manda dan mencuci membasuh OK. Untuk dimasak minum pun selamat lagi, kecuali mereka yang punya perut second-hand. Nak jamin selamat dan sehat, minum air zam-zam yang ada dalam tong besar diluar bilik. Hari-hari ditukar ganti untuk keperluan semua. Air mineral pun disertakan bersama makanan. Ada bekas pemanas air untuk bancuh teh. Dengan “air”, bukan “bekas”nya. (loyar buruk ringan-ringin sikit yek) . Uncang teh , susu dan gula dibekalkan muasassah. Nak minum kopi atau apapun pergilah Kat cafeteria ditingkat bawah ada jual . RA1 untuk teh dan kopi tanpa susu. RS2 kalau campur susu cair. Nak jimat beli susu sendiri. Kalau nak lapik perut, roti biskut dan kek pelbagai jenis ada dijual. Ndak roti yang sebesar rim tayar Kancil pun boleh cari di kedai luar. Murah-murah. Mengenyangkan. Pokoknya berselera. Orang disana makan dengan picisan zaiton dan bawang saja.

Pakaian yang dicuci sendiri ada tempat jemurannya ditingkat teratas. Klip banyak-banyak. Kalau tidak pakaian melayang ditiup angin yang deras. Malas nak membasuh kain baju pakaian sendiri, perkhidmatan dobi ada disediakan. Kita Cuma sedia duit. NDAK murah lagi rajin-rajinlah tinjau kedai dobi yang terdekat. Nak mudah kerja boleh dapatkan perkhidmatan dihotel yang lebih mahal . Ke kedai dobi itu juga pakaian kita akhirnya. Kalau dia bukan tuanpunya kedai tu juga, dia dapat untung atas angin sebagai agennya. Habis penatpun cuma mengangkut pindah pakaian ke sana dan membawa balik ke kaunternya dihotel sudah siap berdobi.

Tuanpunya nya pakai kereta, koman-komanpun Camry. Cantik-cantik kereta pun jarang bebasuh. Tahi burung melekat-melekit dibodypun tak jadi hal. Eksiden sikit-sikit perkara biasa dalam keadaan pemandu mengejar kesana dan terkejar kesini mencari, membawa, atawa menurun penumpang. Kemek sana kemek sini tak dikesah sangat pemilik. Sampai masa esok tukar kereta lain. Tak macam kita di tanahair. Jaga kereta lebih dari jaga isteri. Setiap petang basuh dan gosok di laman rumah. Atau antar ke car-washer. Kok tercalar, macam nak menangis. Dan-dan pi hantar woksyop simen dan spray balik bahagian yang terkena.

Kereta disana cepat susut nilainya setelah setahun dua. Honda susut 50 persen selepas setahun. Orang lebih suka beli van. Kalau trade-in masih ada nilai. Sebab van lebih convenient sebagai pengangkutan awam. Van diguna mengangkut jemaah ke miqat. Van dipakai untuk bawa jemaah ziarah. Juga bila sampai musim haji, ramai yang berebut van untuk ke Arafah , Mina dan Mudzalifah.

Yang pakai kereta-kereta 4WD pelbagai jenamapun ramai. Tapi lebih untuk kegunanaan sendiri. Yang beli untuk dilanyak jemaah tak ramai. Suatu yang akan menjadi halwa telinga kita di kota itu ialah bunyi horn kenderaan beranika irama. Yang paling kuat sekali lori angkut sampah atau hantar air ke hotel-hotel. Lori macam itupun dimakeup dengan memacam assessories. Penampan depan lori macam peluru-peluru roket pun ada. Hiruk pikuk bagaikan kota metropolitan yang lain. Tapi jangan dekat dengan Masjid. Silap haribulan kena tangkap. Polis disana jangan buat main. Sama jemaah-jemaah mereka cukup memberi kerjasama dan toleransi yang tinggi kalau dijalan raya. Pemandu tempatan tak berani nak ek diatas jalan kalau jemaah-jemaah ramai berjalan kaki ke Masjid. Di sini pemandu memberi kerjasama kepada pejalan kaki. Skuter pun popular, bersimpangsiur dicelah-celah rangramai. Anika bentuk, anika jenama kebanyakan dari Jepun. Tak sunyilah Kota Makkah.

Begitulah gambaran-gambarang yang ku perolihi dari mereka yang lebih dahulu menjejak kaki di situ.

Aku baru sampai. Nantilah aku akan nukilkan gambaran-gambaran dari kacamata ku pulak sebagai tambahan kepada apa yang digambarkan sebelum
(BERSAMBUNG INSYALLAH!)

Wassalam.BENariff

DARI ARKIB RELEKJAP 2003 ¬PERJALANAN KE RUMAH ALLAH EPISOD 11, 12, 13.

Fri Aug 15, 2003 7:47 pm
PERJALANAN KE RUMAH ALLAH (EPISOD 11)

Sekarang time berehat. Dalam kapal terbang kurang rehat sebab terlalu excited hingga sukar nak menutup mata. Dalam bas apa lagi, banyak yang hendak ditengok. Nkorang nak kata aku jakunpun katalah. Memang begitu fe’el ku , tak dapat nak sembunyikan perasaan.
Kalau aku tak tahu aku bertanya. Nak segan apa? Biarlah dianggap bengong pun tak apa. Biar dikatakan tua-tuapun masih jahil, tak apa. Memang, memang aku jahil bab-bab mengerjakan haji. Kalau semua jemaah pandai, tak payahlah dijemput berkurusus. Tak payahlah dibekal dengan memacam buku mengenainya. Stop. STOPPPh!

Makan Selamat Datang time! Setiap orang mendapat satu kotak berisi kek, biskut, buah apel, teh gula dan susu. Nasi lemak juga diberi kepada semua. Yang berkemas, berkemaslah. Yang makan, makanlah. Yang hendak simpan jadi koleksipun simpanlah.

Tengah sedap makan, seorang LULU masuk ke bilik semasa kami sedang menikmati hampers makanan yang dihadiahkan sebagai tanda selamat datang. LULU ini aku dapat tahu lama kemudiannya ialah gelaran yang diberikan kepada warga Indonesia yang bermaustatin di Makkah dan menjalankan tugas dengan Muasassah. Yang ini mengenalkan dirinya sebagai Haji Ali. Jalannya tempang sebelah. Ku nyata disini utk anda. Disana aku buat tak nampak aje. Jangan ada yang menegor kok kitapun
Tempang juga nanti!

LULU ini menjengok ke bilik bertanya sama-ada siapa2 antara kami nak upah buat haji . Kemudian dia mahu tahu siapa yang mengerjakan Haji Tamattu’ dan ingin membayar DAM tamattu’, seekor kambing dengannya. Katanya dam yang diambil TH lebihkurang sama tetapi kalau membayar melalui dia boleh ikut sama ke tempat penyembelihan dan pilih sendiri kambing yang disukai . Malahan kalau mau disembelihnya sendiripun bisa diatur, Pak. Hmmm….Nanti dulu pak! Nanti selepas Tahallul ‘Umrah . Lebih afdhalnya lagi pada hari Nahar ( Hari Raya Haji) . Tidak apa pak, masuk nama dulu. Tiba masanya saya susul, balasnya. Belumpun habis aku berfikir, mahu buat korban sama saya pak? Ah??? Ndak korbankan anda? Usikku. Nggak,Maksud saya, kasik saya uruskan korban. Saya udah bikin korban satu bahagian lembu di Kemboja sana dua tahun lepas. Jawabku. Dia terhenti sejenak mencari modal kata. Korban di Tanah Haram mendapat 100,000 kali ganjarannya bebanding korban di negeri sendirik. Rugi besar tidak melakukan lantaran sudah datang ke sini.

Waduh…uangnya lagik belum dikeluarkan dari dalam tabung, deh. Kok nantilah dulu. Aku sampai menggeleng kepala. ENggak apa, kasi masuk namanya dulu iya? Dia mengeluarkan kartu dan mahu menulis. Nanti kok! Pikir-pikirin dulu boleh? Begitulah lebihkurang dialog antara aku dan Lulu itu.

Sedikit maklumat tentang qurban atau udduhiyah, iaitu nama bagi apa yang disembelihkan sama ada unta, lembu dan kambing pada hari Nahar (Hari Raya Adha) dan hari Tasyriq sebagai qurban kepada Allah Ta’ala. Hukumnya sunat muakkadah (sunat yang sangt-sangat dituntut) dan makruh meninggalkannya bagi sesiapa yang mampu membuatnya. Dalilnya dari Al-Quran firman Allah dalam surah Al-Kauthar, maksudnya: “Sesungguhnya kami telah memberikan kepadamu ni’mat yang banyak maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan berqurbanlah (sembelihlah bintang uddhiya).” Dari Al-Hadith:- “Tidak ada amalam anak Adam di hari Nahar yang lebih dikasihi oleh Allah Ta’ala daripada mengalirkan darah (uddhiyah atau qurban) ianya akan datang di hari khiamat dengan tanduk-tanduknya dan kaki-kakinya dan sesungguhnya darah itu jatuh daripada Allah di satu tempat sebelum ia jatuh d atas bumi, maka perelokkanlah diri (jiwa) kamu dengan (udziah itu.)”

Mengapa orang yang mengerjakan Haji Tamnatt’u dikenakan Dam?
Jawabnya orang yang mengerjakan Haji Tamatt’u dikenakan Dam kerana ianya mengerjakan ‘Umrah dalam bulan-bulan Haji di tahun yang sama. Dikatakan juga kerana ia bertammatt’u (bersedaap-sedap dengan menanggalkan Ihram setelah berIhram ) dalam bulan-bulan Haji dan tidak keluar ke Miqatnya atau ke satu tempat yang jaraknya sekurang-kurangnya 2 marhalah dari Tanah Haram itu untuk berniat Haji.

Paatutlah member-member se taman dan ramai sepondok dulu memilih Haji Ifrad…? SR250 banyak oooo! Apapun, sudah kehendakNya. Aku merancang begitu tapi Allah menentukan begini. Alhamdulillah. Kalian akan tahu hikmat disebalik pilihan ini bagi insan seperti aku dalam episod-episod terkemudian nanti. Memang betul kata orang, “Bukan calang-calang orang yang tahan berpantang larang dalam ihram selama seminggu lebih”.

Lulu tu beredar pergi dengan meyimpan harapan tompang sekaki dengan rezki yang ada padaku. Kemudian seorang Bangla datang menjengok nak jual topeng hidung . Topeng ini untuk melindungi dari jangkitan kuman dari orang yang batuk atau selsema. Juga melindungi dari debu-debuan yang ditiup angin. Tapi kudengar debu di Makkah selamat dan suci, malah boleh dimakan sekalipun jadi penawar! (???) Wallahu’alaam. Terdapat dua jenis. Yang leper dan yang biasa kita tengok dipakai menutupi hidung waktu negara kita dilanda jeremu dulu dan digempar SARS. SR1.00 satu. Ku beli 5 dan bahagi-bahagikan kepada teman sebilik yang berhajat.

Waktu suaikenal sungguh menyeronokkan. Masing-masing bertanya khabar itu ini. Yang membawa bekalan membuka bekalan untuk dikongsikan. Yang membawa buah-buahan membedak-bedak kepada yang mahu. Yang duduk diam berhati-hati sebelum membuka mulutpun ada. Maklum sahajalah, kita ni sudah berada di tanah haram Makkah. Jangan lupa jaga lidah?

Bebalik semula kesah kelengkapan bilik, kain selimut masih bebungkus dengan plastik. Begitu juga tilam-tilamnya berbungkus baru. Bantal dan sarung pun baru. Segala-gala nya baru kecuali katil besi itu. Sebuah yang dah roboh ditengah kami angkut keluar dan memberitahu petugas hotel, seorang Bangla. Sekejap saja kemudian katil gantinya diantar.

Ramai warga Bangla bekerja dihotel ini. Mereka ditempatkan seorang menjaga keberseihan setiap tingkat. Awal-awal lagi satu tong air zam-zam telah diletakkan di lorong ke bilik kami.

Dok tak duduk kusakit gigi. Ku telan uphamol sebiji untuk menghilangkan kesakitan. Kebetulan kawan kepada salah seorang teman sebilik datang menjengoknya. Diberitahu kawanya yang aku tengah sakit gigi. Terus dia keluar dan kembali kemudian dengan ubat serbuk puah pala ke apa…diberikannya kepadaku untuk mencuba. Katanya mujarrab, semangat ukhwah awal-awal lagi sudah kelihatan sesama jemaah.

(BERSAMBUNG INSYALLAH!)

Wassalam.
BENariff


Sat Aug 16, 2003 8:21 am
PERJALANAN KE RUMAH ALLAH
(EPISOD 12)

Ku baring untuk menghilangkan sakit yang merebak ke dahi dan kepala. Kami semua dalam Ihram ketiga itu. Terasa mengantuk ku terlupa yang kepala ku hampir ditutupi tuala. Cepat-cepat aku dingatkan larangan menutup kepala bagi lelaki dalam ihram. Cepat-cepat aku tanggalkannya. Tak sengaja tak apa. Kalau sengaja melanggar pandang larangnya kenalah Dam. Berat ringannya dam ditetapkan mengikut jenis larangan yang dilanggar. Umpamanya jika melakukan persetubuhan yang merosakkan haji sebelum tahallul awal atau sebelum selesai kerja-keraja amalan umrah bagi ibadat umrah samaada fadhu atau sunat, dikenakan menyebelih seekor unta yang boleh dibuat korban. Kalau tak berkuasa, gantikan dengan sekor lembu. Masih tak berkuasa jugak gantikan dengan menyembelih 7 ekor kambing. Tak juga berdaya digantikan dengan membeli makanan dengan nilai harga seekor unta dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah haram. Jika itupun tak termampu, hendaklah dia berpuasa beberapa hari sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dengan nilai seekor unta dam itu dan wajib ia menghabiskan kerja-kerja hajinya tau umrah nya dan wajib qada pada tahun hadapan.

DAM ialah binatang al-An’am seperti unta, lembu, kambing yang disembelih atau gantinya daripada makanan atau puasa yang dikenakan ke atas mereka yang menunaikan Haji atau Umrah atau ziarah di atas sebab-sebab tertentu.

Sebaik sahaja seseorang itu berniat Haji atau Umrah (seperti aku) maka wajiblah menjaga pantang larang Ihram seperti berikut:-

1. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki seperti memakai songgkok, serban dan sebagainya tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh dibawah batang pokok atau payung;
2. Memakai pakai bersarung samada berjahit atau sebagainya bagi lelaki seperti seluar, baju kemeja sarung kaki;
3. Menutup muka bagi wanita;
4. Memakai sarung tangan;
5. Memakai bau-bauan samada pada badan atau pakaian atau makanan minuman atau menyedutnya ke dalam hidung;
6. Memakai minyak rambut pada kepala atau janggut;
7. Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu dianggota badan;
8. Mengerat atau memotong kuku.
9. Memotong, menebang atau mencabut pokok atau tumbuhan di Tanah Haram.
10. Memburu binatang yang halal di makan atau membinasakan samaada di Tanah Haram atau di Tanah Halal.
11. Bersetubuh.
12. Melakukan perkara pendahuluan bersetubuh seperti bercium, berkucup-kucupan atau berpeluk yang menaiki nafsu shawat.
13. Akad nikah samada ijab atau qabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.

Dam itu pula terbahagi kepada empat bahagian.
1. dam tertib dan taqdir
2. dam tertib dan ta’dil
3. dam takhyir dan ta’dil
4. dam takhyir dan taqdir.

Begitu, secara ringkasnya, KALAu hendak tahu keseluruhannya, silalah beli buku-buku berkaitan yang dijual di Tabung Haji. Membaca sahaja tidak mencukupi. Ikutilah kursus yang diberi percuma di surau dan masjid sekadar untuk menambah ilmu pengetahuan, walaupun masa kita belum sampai. PANDailah aku nasihatkan kalian. Aku sendiripun tak pergi tak peduli. Ndak pergi baru nak pulun . Udah sampaipun masih ada perkara yang meragukan Untuk kurujuk kepada ustad pengiring kami. Dah lepas mengerjakan haji buku kemana kitab dimana. Alhamdulillah, tergerak nak tulis perjalananku ini, baru mencarinya buat rujukan! Apapunyaorang!

Bebalik kat mana aku kelencong topik.
Lepas itu aku tertidor. Sedar-sedar orang dah nak solat zohor. Teman-teman sebilik yang lain sudah pergi, mungkin dengan acara-acara sendiri bersama isteri memasing. Mungkin ke Masjidil Haram. Kami yang tak biasa ni dah dinasihat relex dulu. Nanti akan dibawa tok sheikh masuk ke masjid bikin tawaf kudum (selamat datang) dan sa’ei .

Tinggal Pak T saja bersama aku. Diapun tak gerakkan sebab aku tak pesan. Manalah tahu kot kerana sakit aku nak berehat sampai nak tinggalkan solat fardhu…sedangkan dari jauh-jauh datang ke mari untuk beramal beribadat sebanyak mungkin! Kok? Habis dia tak pergi kenapa? Oooo tompang berani dengan aku. OK lah tu. Tua-tua akupun, 20 tahun lebih muda dari dia . Dia dah 75 , bersendiri dan pertama kali . Tuhan dah janji aku akan menjaga orangtua itu. Akulah waktu itu satu-satunya kawan sesama “bujang”.


Bergegas ku bangun mengambil wudu’ dan segera turun bersama Pak T ke tingkat bawah untuk solat zohor berjemaah. Ruang yang disediakan siap dengan hamparan karpet..Jemaah hanya perlu membawa sejadah masing-masing . jemaah yang tiba lewat terpaksalah menyelit-nyelit dimana terdapat ruang. Melimpah sampai ke kawasan lif. Ada yang tak dapat keluar lif kerana padat sangat.

HATI tak sabar hendak ke Masjidil Haram dari kesempatan yang terawal sekali tetapi pada waktu yang sama belum tahu arah jalannya. Kalau memandai nanti takut pulak sesat. Cerita sesat-mesat ini seringkali ku dengar dari. Malah sewaktu didalam bas seorang jemaah ditugaskan menyerahkan tag tangan sebagai tanda pengenalan penghuni Maktab kami . Untuk dipakai bila keluar ke Masjid. Tag itu menunjukkan nama tempat kami inapi dalam tulisan Arab dan lelain maklumat bagi memudahkan menghantar kalau sesiapa sesat. Tag dada yang kami bawa tulisan Melayu dan rumi. Tok Arab yang tak reti nak baca.

Kami dimaklumkan aturcara hari itu. Bagi yang pertama kali ke tanah suci dinasihatkan hendak bersabar dan berehat dahulu di bilik masing-masing. Tawaf selamat datang akan dilakukan secara berkumpulan malam esok jam 11 malam. Mereka yang sudah biasa dengan jalan-jalan ke Masjidil Haram tidak dilarang.

(Bersambung Insyallah)
Wassalam,
BENariff



Tue Aug 19, 2003 11:26 pm
PERJALANAN KE RUMAH ALLAH
(BHGN.13)

DI MASJIDIL HARAM DAN RUMAH ALLAH AKHIRNYA!

Assalamualaikum w.b.t. sekelian pembaca yang rahmati Allah,

Kita ke Tanah Suci untuk beribadat tetapi diwaktu yang sama kita juga hendak memakmurkan penduduk-penduduk tempatan yang hidup dari hasil perniagaan memasing. Kalau kita tidak berbelanja waima sedikitpun, maka kita tidak membantu meningkatkan taraf kehidupan mereka yang nyata seagama dengan kita. Wang yang diperolihi mereka dari pembelian kita itulah mereka menyara anak isteri, berbelanja untuk pelajaran akhirat dan dunia anak-anak. Dengan itulah Yayasan-yayasan dan pusat pembelajaran dapat menambah kemudahan pembelajaran bagi kebaikan agama dan bangsa. Bersedekah jariah, membeli barangan keperluan harian yang memakmurkan juga peniaga lain. Dan seterusnya begitulah berangkai-rangkai faedahnya. Cukup.

Aku tidak keluar lebih jauh dari kawasan luar hotel. Kalau ku langkah jauh ke pangkal jalan itu dan toleh ke kanan, tentu aku dapat melihat mimbar-mimbar Masjidil Haram. Dah tentu aku aku akan meyusuri AJYAD STREET ke sana. Tapi Ku akur nasihat penganjur.

Sementara menanti waktu maghrib pula, untuk berjemaah di lobby lagi, ku naik ke bilik untuk berehat. Pak T tidur-tidur ayam. Manakala seoraang teman sebilik lagi, Ustad S sedang bersiap-siap untuk keluar ke Masjidil Haram. Ustad S seorang guru agama sekolah berasal dari Sabak Bernam Selangor. Dia sudahpun menanggalkan Ihramnya kerana dengan sendiri telahpun menyempurnakan TAHALLUL UMRAH yakni TAWAQ QUDUM (selamat datang) dan menggunting tiga helai rambut selepas selesai SA’EI UMRAH. Aku agak dia dan isteri tentu dah pernah mengerjakan Umrah sebelum ini. Makanya dia tahun arah tujuan.

Dia bertanya samada kami mahu ke Masjid bersamanya atau tunggu nanti malam ikut Penganjur sahaja. Ramai-ramai sekali bersama jemaah yang lain. Tak susah , ikut sahaja, pelawanya. Nanti dia akan tunjukkan pintu masuk sampai ke hadapan Kaabah. Aku sudah tidak sabar hendak pergi mengunjungi Rumah Allah itu untuk pertama kali dalam hidupku..Ku tanya Pak T. Tunggu apa lagi, balasnya. Setuju.

Ikutlah kami akan Ustad dan isterinya itu ke Masjid . Orang dah ramai berpusu-pusu ke arah Masjid. Yang menghampar sejadah dan “parking” diri di tebing-tebing jalanpun dah ramai. Yang berkumpulan leka berbual-bual. Yang meninjau barang dagangan penjajapun nasih ada.

Kami tiba di halaman Masjid yang berlandaskan mar-mar putih bersih . Kelihatan para jemaah sedang mengambil tempat duduk masing-masing. Ada yang berdiri meninjau tempat untuk berlabuh. Yang lepak diatas hamparan berwarna hijau untuk pelalulalang pun ada. Semuanya ku perhati sepintas lalu. Terlalu awal untukku memberi gambaran sepenunya kerana pertama kali berada di situ. Tentulah satu panorama yang luarbiasa bagiku.

Tumpuanku lebih kepada ustad dan isterinya yang berjalan laju dicelah-celah jemaah yang mula memenuhi lapangan Masjid. Takut ditinggalkan. Diwaktu yang sama aku terpaksa mengheret Pak T. Bila terlepas aku kena mendapatnya. Orangnya rendah dan bertubuh kecil. Anytime boleh hilang diantara jemaah-jemaah yang kebanyakannya tinggi-tinggi belaka, lelaki maupun perempuan. Akupun tak berapa perasan “landmarks” laluan yang kami ikuti. Tahu tahu saja dah sampai dekat Masjidil Haram. Aduhai! Beautiful, magnificient, splendorous and all!

Alhamdulillah ! Dengan izinNya dapat juga kami mengekori mereka hingga dihadapan Masjid. Kami di pandu ustad masuk melalui pintu nombor 1. Kasut ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam uncang memasing. Terlepas pemeriksaan petugas-petugas dipintu beruniform dan tidak kerana sibuk mengawal jemaah yang berasak-asak hendak masuk. Ada yang enggan berundur kerana di tebing tangga masukpun sudah ramai tidak berganjak dari kedudukan mereka.

Ustad steady sahaja masuk. Ada kot doa yang dibacanya memberi laluan mudah . Sempat ternampak tong-tong air zam-zam dikiri kanan laluan. Aku dan Pak T ikut rapat sampai ke dalam barisan hadapan Masjid hingga kelihatanlah akan KAABAH BAITULLAH yang menakjubkan untuk pertama kalinya dihadapan mataku. SUBHANALLAH! Labbaialla-humma-labbaik! Tak terbayang perasaan ku ketiga itu. Bukan seumpama gambar di poster atau pada sejadah yang ku gantung didinding rumah. Ini LIVE , tersergam dihadapan mata. TERKEDU!

Ustad dan isteri sudah beredar mencari saf yang masih ada ruangnya. Sememangnya kalau berazam memang ada tempat di dalam. Jika tidak, berpada-pada sahajalah di halaman masjid, atau diluar, di tebing jalan. Asalkan mengadap arah ke kiblat dan dapat mendengar imam di dalam Masjid melalui pembesar suara.

Melihat Kaabah akupun membaca doa ini perpandukan buku kecil yang ku keluarkan dari beg kecilku. Pak T sekadar mengaminkan.

Bismillahirrahmanirrahim
Tidak ada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah Yang Esa. Tidak ada sekutu baginya, tuhan yang memerintah segala sesuatu, baginya segala punjian dan dialah tuhan yang berkuasa keatas tiap-tiap sesuatu. Aku minta berlidung dengan tuhan rumah ini (kaabah) daripada kekufuran, kemiskinan, a’azab qubur dan sempit fikiran. Rahmat Allah dan sejahteraNya mencucuri keatas Saidina Muhammad, keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Ya Allah tambahkanlah baitullah ini dengan kemuliaan, kebesaran,, keagungan dan kebaikan dan tambahkanlah kurniaMu kepada siapa-siapa juga yang memuliaknya (baitullah) dan membesarkannya dari gulungan yang mengerjakan haji dan umran dengan kemuliaan, kebesaran, keagungan, kehebatan, ketinggian dan kebajikan.

Aku dan Pak T pun mendapatkan tempat kami menanti adzan Maghrib. Aku dah tak ingat lagi dimana. Barangkali ditepi memana tembok yang ada ruang duduk sekalipun sempit.

Sempat aku memerhatikan panorama dalaman Masjid itu. Ukiran ditiang dan tembuknya. Lukisan diatas silingnya. Seni pembinaan ukiran dan perbiasan dalam yang sungguh menakjubkan.

Jemaah sedang membaca ayat-ayat suci Al-Quran, yang passing Quran untuk diletakkan balik ke rak-rak tempat terletaknya Al-Quran. Sempat ku lihat jemaah bercampur lelaki perempuaan dalam satu saf. Besar kemungkinan suami dan isteri. Ada perempuan di belakang saf lelaki. Ada lelaki “teghempun” (terjerat) di belakang perempuan. Masyallah. Bolehkah? Mazhab apa yang membolehkan? Adakah keadaan itu terbit dari dan dibolehkan atas sebab=sebab kecemasan? Akupun tak perasan ada ruang yang dikhaskan untuk jemaah perempuan. First impressionku macam keadaan tidak terkawal. Of course, ku simpan saja ianya di dalam hati.

(Bersambung ke Episod 14 Insyallah)
Wassalam.
BENariff