Monday, June 9, 2008

Minyak Oh Minyak

Minyak naik lagi

Kenaikan paling tinggi

Semua letak tangan di dahi

Kecuali ahli keluarga Badawi

Dah tau naik minyak awai-awai lagi

Mereka beli berjuta-juta saham TNB

Kalau TNB naik seringgit pun jadi

Buat duit dalam masa tiga hari


Minyak naik tak terasa pak menteri

Sebab mereka naik kereta kerajaan bagi

Boleh lalu lebuhraya bertol berkali-kali

Begitu juga dengan mereka punya isteri

Ada driver mai ambik setiap hari

Siap dengan bodyguard ke mana pergi

Mereka tak pernah rasa cengkaman inflasi

Dan mereka akan shopping di luar negeri

Tak main la kalau ke Kamdar atau Pasar Seni

Bawa beg besar-besar jenama LV atau Gucci

Naik flight first class bukan kelas ekonomi


Menteri kata tak boleh elak lagi

Kerajaan terpaksa menanggung rugi

Sebab tak tahan nak bagi subsidi

Suruh rakyat berjimat bawa kereta 600cc

Gila punya cadangan wahai pak menteri

Hang lah patut berjimat awal-awal lagi

Cuba hang bawa kereta hang sendiri

Hang cuba ikut Umar atau cara nabi

Kurangkan program majlis rasmi

Majlis makan malam makan roti cicah kari

Sedap jugak sehingga menjilat jari

Tak payah udang besar atau mutton beriyani

Kurangkan impot artis luar negeri

Tak yah panggil Al Jarraeu atau Mariah Kari

Kurangkan jalan-jalan luar negeri

Ikut Guan Eng naik flight kelas ekonomi

Kediaman rasmi guna perabut buatan sendiri

Tak payah impot tiles dan perabut dari Itali


You all buat dulu baru bagi tau rakyat

Jangan suruh rakyat berjimat cermat

Tapi hangpa perangai macam taukua sumbat

Pandai cakap tapi tak pernah buat

Perut mereka di kampung telah lama diikat

Makan ala-kadar paling mewah air sarbat

Janganlah buat perangai munafiq dan jahat

Allah di atas sentiasa monitor dan melihat


~ Keros Silau via Malaysia Today

No comments:

Post a Comment

Your comment is subjected to moderation. Thank you.