BBA - KUCHING SUDAH BERTANDUK... KITA MASIH TERHEGEH-HEGEH LAGI.
Salam sejahtera Sdra Moderator. APA khabar? Masih tadbir sorangan atau udah ada teman sejawat? Apapun, tabik atas komitmen anda.
Seronok tengok Tasik RJ berkocak semula . Ikan dulu kembali berenang seiringan ikan sekarang. Lumut-lumut yang menggelapi tasik semakin terhakis untuk dijenguk semula sinaran mentari . Aduh seroja!
Terkini, NKA . Bukan “macam” lagi tapi “memang” pisang digoreng panas hingga melecur lidah dengan kaunseling selamber gilerz-nya yang menarik dan mudah difahami, membantu warga (RJappers) yang tahu sikit-sikit tapi tak “sure”, apatah lagi yang “sure” tak tahu apa-apa .
Yang berat kaki nak ke pejabat tanah atau takut (sebab ignorant) jumpa lawyer pun boleh tompang semangkok. Dengan maklumat “ sedikit tapi cukup” ini, tolonglah sodara-mara di kampong . Mereka bukan malas tapi tak tahu nak urus-terus masalah sendiri. Lepas duit minyak dan duit rokok pun upahnya, jadilah ….Hark! Hark! Hark!.
Yang udah terjawab kemusykilannya jangan tunggu lama-lama to follow up. Follow-up cepat. Tak cukup untuk bayar duit proses, pinjam.
Kalau semua dah dibuat, follow-up selalu dengan pejabat penguasa yang dirujuk. Tapi janganlah sampai mereka naik muak tengok muka kita. Balik-balik muka itu. Tak ada muka lainkah? Yang cun mengecun sikit boleh juga diajak minum coke di warong. Heheh. Just pulling you guys’ legs aja . NOTHING PERSONAL.
Tahu sajalah mereka banyak kerja. Fail setimbun tambah bertimbun-timbun lagi dengan permohonan kita. Sikit-sikit kasi goncang bahu mereka tak mengapa tapi biarlah secara berhemat . Sekadar menggerak mereka dari memeluk tidur fail. Atau menjadikan fail-fail diatas meja alas kepala.
Jangan tersilap digoncang, nanti fail anda mungkin “tercicir” atau “terhilang”….maklum saja lah, teramat banyaknya lagi fail disitu. Tu sebab kot, ada kes-kes makan belasan tahun. Bertambah lamalah kalian menanti, sebanyak mana bertambahnya kakitangan baru diambil untuk mempercepat-selesaikan kes.
Bermacam-macam proses perlu dilalui. Proses lama diperbaiki, timbul pula proses baru diperkenalkan. Segala-gala untuk kasi cepat siap, hingga tak tahu mana baru mana lama. Cut a few red tape and add a few more, here and there, masih boleh potong Q kalau kena caranya. An over-statement? No…I know. Tembak-tembakpun, nak kena, kena!
Macam kes pecah geran tanah, dan tukar syarat guna-tanah kampong kita dari pertanian ke kediaman , yang sudah masuk ke tahun berapa tak beres-beres lagi.. Cepat lagi pemaju perumahan tukar status berhektar-hektar kebun getah dan kelapa sawit ke taman-taman perumahan yang siap didiamipun. Kita yang mohon semasa dia masih kebun getah/kelapa sawit bagai menanti durian tak gugur.
Ramai dah mati menanti, putih mata. Alahai! Duit-duit!...Dimana kau duuuit!! Derma sikit, dapat lagi baaanyak duuuiit. Namun kita kasilah pemaju perumahan itu “the benefit of the doubt”. Siapa tahu dia dah mohon lama sebelum kita pindah kemari. What-ever!
Back to kesah kita.
Semua adik beradik kita masing-masing dah pecah tabong sama banyak sama rata untuk fees dan proses itu ini. Kongsi bayar penguasa, upah peguam buka fail dan urus-mengurus surat , bayar jurukur bertauliah sukat dan letak batu tanda sempadan tanah . Nak bayar apa lagi, kasi selesai pun tak tahulah.
Tak cukup itu, kita terpaksa akur lebih luas tanah kita diambil sebagai reserve jalan . Reserve lebuhraya lebih sesuai kalau tanah yang akan diambil seluar itu. Pun, whatever, asal dapat geran asing nanti.
Dua ekar tak banyak, , satu sebelah sana , dan satu sebelah sini. Satu nama sebelah sana satu nama juga sudah diletak dalam geran tanah sebelah kita. Selepas abah ,kaklong. Malang kaklong kawin tak ada anak lelaki . Nama abang ngah pulak naik. Kalau2 kaklong ‘ninggal terlepas kat ssuaminya, abang ipar kita,
Then again, abang ngah pulak kawin pun takdak anak lelaki. Semua pompuan. Maka jadilah seperti kata pepatah omputih, keluar poket kanan masuk poket kiri, situasinya sama aja. Kok bang ngah pergi dulu, tanah akan pindah kepada isterinya, sebelum sampai ke tangan kita. Tunggulah kakipar 'ninggal, barulah tanah akan dibahagikan kepada kita adik-beradik secara perait pula. Kita yang lelaki akan dapat dua bahagian berbanding pompuan satu bahagian. Itupun kalau umur kita panjang. Kalau kitapun "piap" juga, anak cucu kita nak kesah sangat? Mereka akan jadi "kesah" (amik berat), bila tanah jadi COD (Cash On Delivery) ! Peduli apa tanah pusaka!
Kaklong dan kita adik-adik lain tak protes nama aban ngah didaftarkan sebab dianya nombor two. Kita lak "next-in-line" ikut pangkat berharap satu hari ke depan nama kita lak naik. Lagipuntanah se-ekar tak leh bubuh nama semua. Setakat ini abang ngah amanah. Cuma lagaknya saja sedikit macam “Tuan Tanah Kedawong”, sebab tanah atas nama dia sorang, hark! Hark! Hark!
Bila dapat geran berasingan, kata orang, boleh di pecahkan lagi kepada lima bahagian kecil sahaja. Bolehlah kalau nak bena rumah berkembar dua.. Boleh juga dirikan sebuah banglo kalau salah sorang jual haknya pada seorang lagi. Kalau kita 10 beradik maka dua orang kongsi tiap-tiap satu daripada lima lot itu.Itu sebab agaknya aruah abah letakkan lot anak dia yang berada bersebelahan dengan anak yang kurang, andainya byang kurang nak jual bahagiannya kepada yang ada. Bijak.
Malah kita dahpun tentukan secara pilihan lot kita dan abang ngah dah lakarkan pada kertas dan fotostatkan ,dengan nama kita ditandakan pada petak2 lot masing-masing. Boleh tukar lot suka sama suka. Boleh juga jual sesama kita sahaja. Flexible.. Lagipun nak bimbang apa sebab aruah ayah ada buat surat wasiat setiap anak-anaknya ada haknya. Rumah yang sebuah atas tanah diwasiatkan kepada kak long dan Usu. Mereka pula membenarkan, siapa duduk siapalah jaga rumah dan kampong FOC. Lagi satu keputusan bijak abah.
Namun demikian, kita bertambah bimbang bila terbaca jawapan-balas AK berkaitan kes serupa kerana kita belum ada perjanjian bertulis apapun. Kita cuma pegang fotocopy surat wasiat aruah abah kita tulis dengan tangannya sendiri, sebagai jaminan dapat bahagian masing-masing sama-rata lelaki perempuan.
Soalnya, Boleh tidak surat itu dipermatikan dengan setem di mahkamah untuk menjadikan ianya LEGAL and BINDING?
Atau kena buat surat perjanjian itu juga?.
Kita Menanti jawapan,
BenAriff.
(Kita pakai “kita” sebab “AKU” KA dah jadi too AUTHORITATIVE bunyinya utk kita gunakan, for this time. Hehehe! )
Respons Warga Relexjap 03/12/2008
1. Re: [Relexjap] SH - Kisah percintaan seorang TEMAN....
Salam.Tersebutlah al Kisah Percintaan Seorang TEMAN ini akan dia dengan pemuda 9 tahunjuniornya itu, maka berpendapatanlah saya selepas membuka beberapa helai kitablama yang sudah usang, bahawasanya betapa ramainya kaum kerabat sebelah pemudaitu yang dikecewakan oleh sang TEMAN dek kerana berat hati dan kasihannya akansi TEMAN itu akan pemuda yang seorang hanya.Terbayanglah akan daku dalam mangkok berisi lin-chi-kang akan seorang ayahkepada sang pemuda, seorang ibu kepada sang pemuda, seorang tunang berserta ibuayah dan ahli keluarga tunang sang pemuda itu, menitiskan air mata mereka akantindakan si TEMAN yang bukan ibu tunggal sebab tiada dia akan anak walaupuntelah berkawin dan bercerai selepas sepuluh tahun lamanya itu KEBERATAN hati dankasihan akan dia hendak menolak akan hajatnya sang pemuda yang sudah bertunang,yang hasratnya tidak direstui ibu bapa dan keluarganya PLUS tunangan dan ibubapa serta keluarga tunangannya, hingga hendak diputuskan akan pertunanganmereka itu SEMATA-MATA kerana SEORANG Janda yang masih "Maintain" rupawannya ,AT THE EXPENSE OF akannya tunangannya yang sudah tentu masih DARA dan tak kurangJELITAnya.....So, to cut the long story short, nasihat hamba kepada TEMANmu, DR.Love, DUMP theyoung man for the sake of the majority. Sebagai bekas seorang isteri yang banyakpengalaman akan sepak terajang berumah tangga, sebaik-baiknya eloklah diamenukar kaca-matanya, atau kalau berkontek-lens, tukar contact lens lain, andlook away from pemuda itu, SEBAB, kalau masih maintain paras wajahnya pada umur35 tahun, kurasa lebih baik lagi lelaki sebaya atau lebih berumur danberpengalaman dan, paling membahagiakan jika kukuh ekonominya, sudah ada rumah,kereta, apa segala...but then again, akan mengambil masa mendapatkan lelakibujang telajak 40-an atau duda berumur 50-an .Buat lah pilihan yang bijak dan bertimbang-rasa. jIKALau neraca keadilandigunakan untuk menimbang pihak mana yang lebih berat deritanya, maka sangpemuda itu hendaklah ditinggalkian. Janjinya pada anda, wahai TEMAN, sekadargula-gula sahaja. Kerana aku pernah terserempak bekas staff aku, pemuda 25 tahun, berpeluk2kan dengan wanita sebayanya... walaupun baru 5 bulan berkahwin denganbekas pegawai atasan aku wanita yang lanjutusia berumur 36tahun.....Maaf jua, wasallam...
Fri Nov 14, 2008 7:31 am
BBA - Nothing Personal ~ Apa Lagi Yang Kumahu Dalam Hidup?
Jam 3.58pagi. Aku masih belum tidor. Aku tidak dapat melelapkan mataku. Aku tak tahu about matamu tapi mata aku tak mahu tutup. Bila mataku tak boleh tutup, fikiranku melayang-layang.. Macam-macam yang aku fikir. Itu yang aku fikir. Yang melintas dalam fikiranku pun macam-macam juga. Samalah itu.Kusedang berfikir apa lagi yang kumahu dalam hidup?Rumah? Sudah ada.Kereta? Sudah ada.Duit? Ada. Banyak dalam simpanan.Isteri? Aiseyman, segan nak cakap , sebab lebih dari satu.Kelangkapan dalam rumah? Apa yang tidak ada? Kausebut apa sahaja, ada. TV? LCD belaka,satu 32 inci di ruang tamu tingkat atas. Satu lagi LCD 47 inci , aku show-off di ruang tamu tingkat bawah. Kalau aku hendak, lagi besar daripada itupun boleh ku adakan. Hendak buat satu pawagam mini dalam rumahpun boleh, cuma aku tak mahu aja.Set perabut rumah, macam-macam jenis ada. Settee tiga set ada, memenuhi segenap ruang dalam rumah. Mestilah the best! Set bilik tidor, pun tiga ada, lengkap dengan katilnya, almari pakaiannya, dan almari soleknya. Itupun, kalau hendak kutambah, masih ada lagi bilik kosong yang boleh kulengkapkan, cuma tak mahu sahaja. Apa lagi?Ah, kelengkapan didapor apa yang tak ada semua telah kuadakan. Dapor gas dua ada. Dapor elektrik satu dah memadai , kadar bayaran elektrik tinggi .Tak perlu banyak. Bukan aku gunakan sangat. Nak makan apa, semuanya aku boleh cari di luar sana. Tidak payah menyusahkan diri, hendak ke pasarlah, hendak menyediakannya lah, hendak masaklah. Tak payahlah. Makan diluar lebih menjimatkan dari masak sendiri di rumah. Pilih saja lauk apa yang membuka selera. Nasi kosong campur aneka kuah dengan telor goreng sebutir, berapa ringgitlah sangat? Bab makan, aku kikir sikit.Hendak dibeli mentah-mentah segala-galanya mahal. Daging berapa belas ringgit satu kilo? Ikan berapa ringgit pula? Itu fasal di pasar-pasar hyper depa letak harga ikut gram. Seratus geram tak lah nampak mahal sangat. Tapi nak masak apa kalau beli daging 100 geram. Ikan bilis beli ikut gram tak apalah, sebab nampak banyak ekor. Tahinya pun banyak jugak.? Lebih baik makan di kedai. Dalam sepinggan nasi campur aneka lauk dan sayor boleh dipilih. Itulah namanya belanja secara berhemah.Jadi, apa lagi yang aku mahu dalam hidup. Rumah ada, kereta ada, kelengkapan-kelengkapan perlu ada. Pakaian? Tiga almari penuh untuk pakaian isteri sahaja. Koleksi dari masa dia anak dara sampai lah jadi mak dara. Apa pakaian yang tak ada, semua fesyen ada. Apa tak banyak? Setiap kali nak pergi makan khenduri kawin, nak beli yang baru punya. Mesti yang ada standard punya. Sepasang seratus lebih ringgit punya. Pakaian baru mesti dikenakan dengan tudung kepala yang matching punya. Bukan ringgit tigapuluh atau limapuluh tapi yang harganya mesti ngam dengan baju dan kain ratusan ringgit punya. Kain tudung sahaja sudah memenuhi semua laci-laci dalam almari. Nak buang sayang. Nak kasi orang, bekas dah pakai,ada yang mahukah? Tudung terpakai sama seperti seluar dalam sudah dipakai, teramat peribadi untuk diberikan orang.Pendekkan cerita, apa yang kumahu dalam hidup sudahpun ada. Jadi kalau ditanya apa lagi yang kumahu...jawapannya aku mahu mati. Aku mahu menikmati mati. Aku mahu melengkapkabn diriku untuk mati. Apa yang ada semasa hidupku akan kutinggalkan bila aku mati. Rugi...rugi. Ratusan ribu dihabiskan, mati juga akhirnya. Yang tak sedia mati awal-awal, buatlah pintasan jantung tiga empat kali, Insyallah, lambat laun mati juga kemudiannya.Bila aku hendak mati? Jawabnya, bila-bila pun tidak mengapa, janji mati. Hendak mati dalam tidor atau dalam jaga? Jikalau mati dalam jaga, bagaimana kau mahu dimatikan? Terjatuh rebah dalam bilik air? Tak mungkin. Kekudaku kuat lagi. Lagipun aku terlalu berhati-hati ketika melangkah. Tercekik ketika makan? Aku bukan jenis orang yang gelojoh makan. Mati lemas kerana tenggelam? Tidak mungkin, sebab aku tahu berenang lah.Hangus dalam kebakaran kereta ? Tip-toplah kondisinya, tak ada sebab nak terbakar? Atau hendak mati dalam kereta Mercedez semasa dirempuh lori balak? Apa pulak? Kereta tu bukan sembarangan jenis, lengkap dengan dual air-bag , depan dan belakang, ABS dan memacam ciri keselamatan ketika memandu. Lesen memanduku bukan kedai kopi mari punya! Mati akibat serangan jantung ketika berjogging? Tidak mungkin. Ketika bercengkerama? jauh sekali. Kesihatanku maintain lah. Bolehkah aku pilih bagaimana aku mahu dimatikan? Tentu tidak. Hendakkan apa saja semasa hidup kuboleh pilih selagi aku mahu. Tetapi dalam keadaan mana aku hendak mati, bukan aku yang akan tentukan. Kalau boleh, aku nak mati bila aku dah siap apa yang kuperlu untuk kubawa ke sana. Sekarang kuperlu tanya diriku pula : Untuk mati, apa yang aku ada? Sorry to say, lebih tak ada dari ada. Banyak. Banyak sangat yang tak ada. Ilmu agama ,Ikut kemampuanku, setakat boleh makan sahaja . CUKUPLAH sekadar untuk dapat satu sudut di syorga. Tak dapat mahligai dari intan permata pun tak apa. Rumah aku di dunia diperbuat dari besi, simen dan batu bata sahaja pun dah cukup selesa. Buat apa tamak tamak? Orang tamak selalu rugi, kata orang. Bidadari? Satupun aku dah syukur. Janji dapat. Bukankah kita diajar supaya bersyukur.? Tak payahlah sampai empat. Dua isteri pun, SEKSA!!. Anak yang soleh? Melaun habau ada. Tapi mereka tak merempit. Anak perempuanku tak ada yang jadi pengkid. Anak-anak yang soleh tak menjadi . Akupun hairan. Macam aku, mereka pun cukup makan juga. Aku dah sekolahkan mereka, sediakan makan pakai mereka. Mungkin sudah ditakdirkan, mereka tak digulungkan soleh dan solehah. Mungkin juga taqdir aku, takkan dapat lebih dari apa yang aku usahakan di sana kelak. LU Pikirlah sendiri!Sedekah jariah? Cukup, rasanya. Setiap tahun di bulan Ramadan aku sedekah kepada surau buat morei. Itupun kerana AJK surau edar borang. KaLAU TIDAK, aku bayar fitrah sahaja dekat-dekat nak raya. OK lah tu. Sikit, banyak, sedekah juga namanya. Jangan tamak cogankan hidup aku. Sikit-sikit pun, selalu. Tiap-tiap tahun tak miss. Takkan malaikat tak rekod kot. Untuk mak ayah aku yang dah tiada, aku sedekah wang untuk tahlil selepas solat tarawikh, cuma lima ringgit satu aruah. Dua aruah baru sepululuh ringgit. Setahun sekali OK lah dari tak buat langsong.Isteri-isteri aku juga beramal jariah. Mana-mana pakaian lama yang mereka dah tak mahu pakai lagi itu aku tolong sedekahkanlah, kepada orang susah sikit, mangsa-mangsa kebakaran sikit, mangsa banjir dan mangsa bencana alam sikit. Kalau tidak tak muatlah almari-almari pakaian isteri-isteriku. Ilmu yang dimunafaatkan?Untuk aku , isteri-isteri dan anak-anakku sahaja. Terserah kepada merekalah hendak dimunafaatkan atau tidak. Cukuplah aku keluar belanja untuk hantar mereka mengaji . Aku dah munafaatkan duit ringgit aku untuk mendapat dan memberi mereka ilmu.Aku tak suka bermegah-megah, menunjuk-nunjuk aku pandai itu dan ini. Itu RIAK namanya. Lagipun aku bukan ustad. uSTADpun, kalau tak dibayor, tak mau dia kasi ilmu secara percuma. Ajar mengaji Qur'anpun, bukan ikut suka berapa nak bagi untuk satu kepala . Lebih tak apa, jika kurang, ikut minimum yang ditetapkan. Bersediakah aku untuk mati?Ala kadar saja, aku rasa sudah sedia. Apa yang Tuhan nak bagi, aku terima.Wasallam, buat peringatan kalian dan diriku sendiri. Sekarang baru aku rasa nak tidor.BENARIFF
Mon Jun 9, 2008 5:38 pm
BBA - Nothing Personal ¬ Mimpi Ngeri Seorang
Kenapa dia jadi begitu setelah melalui proses pensucian .Kenapa mengalah pada bisikan iblis dan syaitan laknatullah?Menyalahkan Tuhan kerana mengizinkan iblis dan syaitan yang dilaknat itu menggodanya? Kenapa tidak diikat sahaja mereka sepanjang tahun, sepanjang umurnya?Kenapa dibenar mereka berenang dalam nadi dan saluran darahnya?
Subhanallah....!!!
Apa sebab mengulangi tabi'at yang lepas?
Menyimpan dendam kepada siapa?Memadankan muka siapa?
Iya!
Kenapa Tuhan Rabbul Jalil tidak makbulkan doa-doaku sedang aku bersungguh-sungguh memohon dan amat mengharapkannya?
Kalian bohong padaku! Kalian bilang kursus dulu, betapa mujarab nya berdoa di tempat terpilih disana !Aku berhimpit-himpit dengan jemaah ramai untuk dapatkan tempat-tempat di situ!
Iya!Aku menitis air mata dan air hingus dengan banyaknya memohon bersungguh-sungguh sebagaimana kalian sarankan padaku!
Iya,lya, iya!AKU UDAH LAKUkan apa yang kalian pesan padaku. Hutang-hutang ku langsaikan. Malah aku halalkan hutang mereka yang tak mampu menunaikan.Salah silap aku sesama insan dahku ampun dan pinta ampunkan.
Tobat?Sudah!Ku tinggalkan semuanya sebelum aku berangkat ke sana, apa itu tidak memadai?
Dan aku bertobat lagi ketika aku di sana, siang malam, tauuu?Tapi kenapa Dia tidak juga makbulkan doa-doaku?
Tidak!Aku tidak akan beritahu padamu apa yang kupinta, apa yang kubutuhkan, dalam itu doa.Kenapa kalian mahu tahu?Nak malukan air muka aku?
Iya...apa salahnya diberitahu. Kenapa mesti aku beritahu?Oh Yeah?Kalian boleh menolong?
Apa, kalian ingat kalian Tuhan?Sedang Tuhan Yang Maha Kuasa pun menolaknya,kalian ingat kalian boleh memenuhi kehendakku ?
Apa salahnya kalian tanya? Aaah? Hendak mencoba? Hark! Hark! Hark!Kalian insan yang kerdil-kerdil ini INGIN mencoba?
.......Baiklah! Baiklah! Mau tahu juga-juga ya?
Baiklah! Sekarang ku bocorkan ..Kalian dengar baik-baik, aku akan hanya bilang sekali sahaja!
......................................
Aku memohon kepadanya di tempat-tempat itu supaya mendapatkan aku gantinya aruah isteriku!
Senang, kata kalian?...
Ramainya janda-janda di kariah ini yang akan berebut-rebut mahu menggantikannya, kata kalian?
Hark! Hark!Hark! Hark! X 1000000000000000 !
Yang mana yang aku mahu, aku boleh pilih?
Kenapa , jika ada, telah sekian lama aku menduda, tidak seorangpun kalian rekomenkan kepadaku sehingga membuat aku terpaksa ke Tanah Suci untuk memohon kepadaNya?
........
Aku tersilap niat?
Astaghfirullah...kalian bilang aku bawa nawaitu yang serong?
Iya, aku akui, salah satu sebabnya dan yang terpenting...ITU!
Kenapa? Kerana apa yang ada disini tidak memenuhi kriteria dan spesifikasinya.
Iya!Aku mohon kepadaNya menggantikan aku isteri yang serupa dengannya.Cantik rupa parasnya, seksi bentuk badan,harum selalu bau tubuhnya, halus budi pekertinya,teramat baik layanan ranjangnya,kalau boleh lebih lagi dari dia...Erm, umpama bidadari dari syurga.
Tak salah ka aku memohon bidadari dari syurga?
Apa? Aku tak layak minta bidadari?... Apa kalian cakap nih?
Hm....Betul juga kata kalian.
Aku belum layak!Sewajarnyalah doa-doa ku tidak dimakbulkan.
BEBERAPA BULAN KEMUDIAN, SELEPAS KEMBALI...
Terima kasih kalian pertemukan aku seorang isteri yang solehah,walaupun rupa paras tidak secantik dia yang pergi,Walau Umpama batang pisang bersamaku di ranjang,Keras bak tunggul, ketika ku rangkul,Walaupun bau nafasnya ketika berkucupan umpama bau tahi di jamban...
Namun,
Imannya sehari ke sehari semakin kukuh!Solatnya tidak tinggal apalagi melengahkan,Mencari keredhaanNya, takut akan nerakanya..semakin sehari semakin teguh,Lebih teguh dari aku yang sudah ke sana,Bertambah teguh imannya bertama longgar imanku...
Malah,Rasa-rasaku ku perlu bawa dia ke sana suatu hari ke hadapan,Agar doanya lebih dimakbulkan,Kerana doanya di sini belum di perkenan,
Dia keberatan berjemaah dengan haji ini ketika solat di rumah,Macam-macam alasan diberi, terlepas angin terutamanya...Hilang tumpuan, rasa terganggu dengan surah-surah bacaannya,
Hingga aku bertaubat semula bila ke sana bersamanya kelak.
(NOTA: KISAH ini hanya rekaan, tak sangkut-paut dengan penulis, hanya hayalan semata-mata. Relek kejap!)
Jun 6, 2008 4.46pm
BBA - NOTHING PERSONAL ~ Minyak Naik, Hidup pun Kacau-bilau!
Eloklah kalau kau sucikan semula jiwa daThu Jun 5, 2008 10:49 pm
n ruhmu. Berzikir banyak-banyak, Mamat!
WASALLAM.
ADUHAI!Petang Rabu ITU, lepas berbelanja sakan di EXPO Ushawan Bumiputera kat SeberangJaya, beli produk-produk dari herba untuk penyakit kencing manis, sakit urat dantulang belakang, jus kesihatan badan dan tenaga batin, dan apa segala.. Amboi!Boleh kata 60 peratus gerai di EXPO itu memperaga dan menjual produk-produk dariherba . Hari ini dapatlah aku kenal pelbagai jenis akar, kayu dan dedaun hutandengan nama tempatan dan saintifiknya. Bunga dandelion, chicory, habbtus sauda,akar manis likoris, ginseng siberia, beri juniper, tyme, pipsissewa, kulit pokokcascara, buah kapsikum, fanugree, biji saderi, beri schisandra, ganodermalucidum adalah nama-nama herba yang terlalu asing bagiku. Banyak lagilahjenis-jenis herba yang tak sempat aku catitkan, tetapi semuanya untukmengembalikan kesihatan tubuh badan. Bagi aku yang sudah berumur ini, apakahmasih ada erti (relevant) untuk mengembalikan tenaga yang sudah hilang? Apatahlagi sebagai penanggung penyakit kencing manis? Kencing manis tidak pernahditinggalkan dari senarai penyakit-penyakit yang dilekapkan kepada botol ubatatau risalah yang disertakan. Lain-lain seangkatan kencing manis ialah kesukarankencing, kencing tak lawas, kencing tak puas (sinominlah tu) kerap kencingmalam.Tetapi yang selalu jadi tarikan ialah berkenaan lemah tenaga batin, hilang minatpada seks, sakit tulang dan sendi, cepat letih, bengkak prostat, sukar ereksi,kemandulan, kering alat pembiakan dan lelain istilah yang mudah merangsang orangmembelinya. Olehkerana sukar dipercayaii kesannya kalau harga ubat itu murah,maka harga yang lebih tinggi diletakkan. Tentulah bagus kalau tidak masakanbegitu mahal harganya untuk sesuatu yang sepenting itu."Mati pucuk pasti hidup semula! ", " Dingin seks pasti hangat kembali", "KUCINGJADI HARIMAU"....lampu merah cepat tukar ke lampu hijau, hark! hark! hark!Tup-tup, di Lebuhraya Butterworth-Kulim aku tengok banyak kereta menyimpangmasuk ke stesen minyak di tepi lebuhraya itu. Apa hal? Bisik hatiku.Keluar lebuhraya itu aku masuk Sungai Seluang untuk ke simpang Lunas-PadangSerai, amboi panjangnya Q untuk melepasinya. Oh...agaknya ini time orang balikkerja, kot. Takpa lah. Slow-slow akan sampai juga ke pangkal simpang. Dah,sampai akupun membelok ke arah Padang Serai. Perlu disebut, dan sudah lama inginku sebut, papan tanda tunjuk-arah di simpang itu tidak menunjukkan arah kePadang Serai tetapi "Sungai Patani", walhal, sepanjang perjalanan dari lebuhrayatadi "Padang Serai" tertera dikebanyakan papan tanda dan "hilang" dihujungsimpang!Lega jalan clear sehinggalah aku sampai hampir sampai ke pekan Ku lihat sebuahsetesen minyak dipenuhi deretaan kereta kecil besar, lori , van dan bas.Patutlah jalan agak lengang . Rupanya semua berhimpun nak masuk ke setesenminyak. Pun aku belum tahu apa sebabnya.Sampai ke rumah henfon beri isyarat ada sms masuk. Anakkau kirim sms beritahuharga petrol akan naik RM2.70 seliter tengahmalam itu. "Penuhkan tangki keretababah cepat!"Kebetulan meter menunjukkan minyak kereta aku tinggal seperempat saja lagi.Tanpa berlengah-lengah lagi, akupun memandu keretaku ke setesen minyak terdekatdan, mak datuk! Panjangnya Q, banyaknya kenderaan pelbagai jenis menunggugiliran untuk mengisi tambah minyak. Macam sampah-sarap dari parit masuk kelongkang di tolak arus air. Pemandu berdisiplin dan menunggu giliran dengansabar dan beratur mengikut barisan di lorong pengisian masing-masing. Tidak adasiapa-siapa membunyikan hon kepada sesiapa. Yang mengisi minyak mengisi minyaksepenuh-penuh boleh. Yang menanti di belakangnya pergi ke kaunter buat bayarandahulu, begitulah. Kad kredit tak boleh digunakan sebab talian jem. Siapa tidakbayar tunai, minta maaflah. Kena datang balik dan beratur semula dari belakang.Kelihatan juga yang tidak bawa kenderaan, datang dengan dua tong besar setiapseorang dan beratur menanti giliran ditempat pengisian untuk motorsikal. Mat-matmotor yang tak tahu apa puncanya, kelihatan bertanya kepada seorang pemandujentolak yang terjebak dalam jam menanti jalan keluar. "Minyak sudah naik hargaesok!"Semakin lama semakin ramai motorsikal berbaris. Akupun, selepas dah isi penuhtangki minyak keretaku. Pulang bawa motorsikal dan beratur bersama. Kubawa bekasminyak pelicir 5 liter bersama untuk diisi minyak untuk mesin pemotong rumputlaman rumahku nanti, sampai terpancut lebihan minyak dipamkan masuk ke bijimata, aduhhh!Sempat jugalah ku rakamkan gambaran bersejarah petang Rabu June 04, 2008itu dengan handycamku untuk kenangan abadi.. Selesai satu episod dalam sejarahhidupku. Situasi begini tentu pernah berlaku setiapkali rakyat mengetahuikenaikan harga minyak dahulu tapi bagiku inilah pertama kali aku terlibat sama.Apatah lagi harga minyak naik begitu banyak berbanding beberapa sen sebelumsebelum nya.Malam itu, sedang duduk msenyaring website kesukaannya yang banyak memuatkankeluhan bloggers dan komen-komen yang mengiringinya, aku terfikir sendiri.Rungutan demi rungutan dan komen demi komen di dalam website itu semuanyamenghentamKerajaan dan teraju utamanya. Tidak ada satupun cadangan apa yang bolehdibuat RAKYAT untuk mendepani situasi itu. Slogan "KETUANAN RAKYAT" tinggalslogan kosong sahaja.Jika rakyat itu "tuan" inilah masanya semua rakyat saling bantu-membantu sesamamereka untuk mengatasi "malapetaka" itu.Rakyat yang jadi pengeluar bahan-bahan jangan naikkan harga. Bukan rugi kalauharga petrol naik dengan tidak menaikkan harga bahan-bahan keluaran? Cuma untungsedikit kureng aja. Pembekal barangan keperluan rakyat juga merupakan rakyat.Tunjukkanlah "ketuanan" masing-masing dengan mengawal harga bekalan supaya tidaknaik tinggi dan membebankan rakyat yang jadi pengguna. Apa salahnya sekali iniuntung tak banyak, tapi masih untung juga. Tak susahmanapun pekedai, peniagamakanan dan lain-lainnya kekalkan harga keperluan pada paras semasa sebab barusangat menaikkan makanan akibat kenaikan harga beras baru-baru ini.ABSORB! ABSORB! Absorb kenaikan harga petrol seumpama rakyat memberi subsidikepada sesama rakyat.But again, fikir aku, IT'S EASIER SAID THAN DONE.nOTHING PERSONAL!WASALLAM
BBA - Nothing Personal ~ Ujian Komputer Yang Sengehaja Menyusahkan .
!Seorang teman memberi respond minta saya memberi apa-apa cadangan membina mengenai rungutan saya sebelumnya.Cadangannya : Kembali ke zaman saya mengambil ujian memandu dan mendapat lesen memandu kereta (D) dan motorsikal (B2) dengan satu kali "sitting" pada tahun 1966! duluk. Tak payah ujian bertulis apatahlagi ujian komputer. Yang penting kita lulus ujian memandu. Waktu mendaftar dengan sekolah memandu, saya ditanya berapa kali saya mahu belajar driving (kereta). Satu sessi memandu satu jam. Bayaran dikenakan saya tak ingat. Tapi tak banyak. Jadi saya tengok bajet saya berapa mampu. OK. Empat sessi cukuplah. Saya diajarlah memandu dengan sebuah kereta morris di sebuah kawasan lapang. Instructor cuma pasangkan beberapa batang kayu tegak sebagai halangan untuk saya lepasi waktu belajar. DiaSalaaam tak ajarpun saya memandu di jalanraya.Selepas habis empat sessi, dia tetapkan hari untuk pergi buat ujian memandu. Tak silap saya, ujian diadakan somewhere dekat Jalan Barat, Petaling Jaya. Untuk ujian saya bayar melalui sekolah memandu, saya tak ingat berapa, tapi tak banyak. Tak tahulah samaada bayaran itu "inclusive" habuan tester atau tidak. Dia tak cakap, sayapun tak tanya.Setahu saya saya lulus dengan baik. Go aHEAD, GO AStern, turn left , turn right, uphill and downhill , parking apa segala saya lakukan dengan konfident sekali. Empat sessi sejam se sessi tanpa ada pengalaman memandu kereta sebelum itu, LULUS. Saya diberi slip pengesahan lulus untuk mendapatkan lesen memandu saya di pejabat JPJ. Saya masih ingat pejabat itu di Jalan Tuanku Abdul Rahman, disebelah Batu Road School. Sekarang kalau tak silap tapak bangunan MARA yang tersergam itu. Bayar Lima Ringgit saja. Saya ulur kepada kerani di kaunter sepuluh ringgit dan dia kembalikan saya baki lima ringgit kerana saya tak suruh dia "keep the change" sebagaimana (rasanya) dia "expected" saya lakukan. Itu di tahun 1966.Now, cadangannya, membina tak membina kalian timbang kati atau kilo sendiri ,yek?Mansuhkan ujian berkomputer kerana kelecehannya. Memadai ujian bertulis sebagaimana sebelumnya. Dek kerana kemajuan tekoloji, dimana pen dan pensil dah dianggap lapok, OK, gunalah komputer. Kalau mustahli dilakukan, why not:1. DiTiadakan soalan-soalan yang berbelit-belit macam quiz atau teka teki. Jangan dibanyakkan versinya sekadar nak mempelbagaikan bentuk soalan , walhal jawapanya sama sahaja. Macamlah dah ada modal nak soal, maka direka cipta soalan2 sedemikian rupa! Grrrr!2. DiJangan MENYEKSAkan pelajar dengan soalan2 yang berkaitan penguatkuasaan seperti KEJORA dan COMPENTANCY dan sewaktu dengannya dalam ujian ini. Itu semua mereka boleh tahu kemudian (bila kena saman! Hark! Hark! Hark!).Apa? Tak cukupkah mengenali SIGNs yang biasa-biasa terdapat di jalanraya. Something yang familiar sudahlah. Budak lepasan sekolahpun banyak kecundang,sesetengahnya sampai tiga kali duduk, inikan pula yang dah lama keluar sekolah. Bagi yang dah kerja tentu sanggup masuk pintu belakang untuk lulus, apatahlah kalau penguasaan bahasa melayu mereka lemah. Tak tahu pulak saya jika ada soalan2 dibuat dalam bahasa ibunda masing2.Sekadar dua itu cukuplah. Pokoknya, jangan sampai daun2 berguguran.Jangan lak sekolah memandu nak dianggap macam sekolah biasa, lima tahun belajar ambil UPSR, masuk menengan tiga tahun belajar ambil PMR , then dua tahun after SPM Mereka perlu kenderaan untuk berulang ke tempat kerja. Apalagi di tempat2 dimana perkhidmatan bas tidak memuasakan, perjalanan bas tidak menentu, apatah lagi jika tak ada langsong. Macam di kampong . Laghat ka nak kayuh basikal! Budak sekolah rendah takpa la. Budak2 sekolah menengah kat tempat aku taka mainlah basikal. Depa pi balik sekolah naik motorsikal. Lesen L pun takdak. Topi keledarpun tak pakai.Mato-mato pun understanding sebab simpati .Kalau buat roadblockpun, sekadar nasihat budak2 tupakai topi keledar. Tak dak lesen sapapun tak tahu, tapi tak pakai topi keledar nampak sangat langgar undeng-undeng! Orang kampong banyak duit ooo, boleh beli motorsikal baru-baru kasi sama anak, lelaki pompuan pandu pi sekolah. Itu macamkahJPJ mahu?Jangan marah ah?Wasallam
No comments:
Post a Comment
Your comment is subjected to moderation. Thank you.