Wednesday, October 21, 2009

DARI ARKIB RELEKJAP 2002 RESPON-RESPON TOPIK BULAN APRIL.

Mon Apr 1, 2002 2:41 pm
Re: [Relexjap] Ceritera Gaji Aku Bulan Ini...
From: ismail ariffin <http://groups.yahoo.com/group/Relexjap/post?postID=fTygVHrFjFti6p2cdJrRvquAdp-gxx-RhKjeuPIYPmM52cD71wfGuhysCvyoJ2fUkWnfTP7pardaVAM>terdahulunya nak tegor sikit yang suka "hide identity" atas macam2 sebab,selalunya "pakai alamat company".apakah bermakna menaip E-MaIL tupun pakai PCcompany dan time kerja kompeni? I say, kalau pakai PC sendiri, registerlah namasendiri, dot Yahoo ke, dot TM.Net ke, do pi dot mai pun kalau ada, daftarlah.Janganlah bak kata rangtua2 "lempar batu tangan sembunyi". kita kan memberrelakjap? Sama2 member nak luah perasaan apa pula tutup identiti?Coretan anda mengingatkan anak pakcik.barangkali sebaya AC.ini tentu keja bankni! diapun kalau tak dak OT, mampuih!Nasib baik dia pindah dari rumah bujangduduk dengan pakcik semula. lepaslah milo nescafe dan makan malam .tengahri ditempat kerja entah teguk air sejuk saja kot? korang budak2 muda ni beruntung.dapat tompang mak bapak selepas dah kerja. tompaaang-tompangpun tak sedar yangsegala2 yang ditompang tu memerlukan duit belaka."tompang " gayut kat telefon,duit. "tompang" PC dirumah pun duit multimedia dan i/net.berjegel sampai tigaempat pagi tengok AStroPUN DUIT sebab nak masukkan "Movie package".bukannyasuka tengok National Geography atau Discovery yang muat macam2 kebesaran alamciptaan Allah.Penerbit rancangan2 itu patut dah lama memeluk Islam kalaudiaorang sedar betapa agongnya ciptaan Allah.DaRI SEBEsar bintang (gajah)hingga sekecil2 sel digambarkan. Kehidupan didarat dandilautnya..masyallah,siapa yang mentadbirkan? Bayangkan macam mana mereka"survive" diantara "predator"2 masing2 . Disini timbul kesedaran, sekecil2binatangpun adaa tatacara hidup, tahu menyayangi anak, tahu mengawan danmembiak....(habis selingan, backa to main topic)....udahlah tak dapat makbapak tompang gaji depa, duit mak bapakpun lingkop menampong kegemaranmereka.Dah betahun2 kerja, bulb terbakarpun harga 1.40pun bapak yang beliganti..itupun pakai dibilik tidur sendiri!Mak bapak dan adik beradik AC kira betuah dapat "menompang" duit gaji AC.Anak2yng tak dapat ditompang gimana? gaji seribu lebih sebulan pun tak cukup,kononnya potong koperasi-lah, pinjam kawan-lah, duit keahlian kelab itu dan inilah...duit motorpun kadang2 tersangkut bebulan2 tuggakannya. macammanalah orangbujang mentadbir atau budget pendapatan? Pakcikpun heranlah. Pakcik kerjasorang. makcik jaga rumah dan besarkan anak2. tolak hutang sana sini (ansuranrumah, ansuran kereta dan bil-bil bulanang) tingga 400.00 pun boleh mengurusmakan pakai sekolah hangpa.hangpa tinggai 3 ke 4 ratuspun mengeluh nak mampuih!segala jenis hiburan dirumah tak cukuplagi kah bapak mak hangpa adakan? nakjoin kelab tu kelab ni, keluar melepak direstoran 24 jam, dan entah apa-apalagi aktiviti luar tu buat apa? kan baik duit keluar tu sama2 tolong langsaikanbil internet-telefon-astro? (sigh) :(Dahlah...dah nak meleleh air mata mengenangkan telah anak2 muda sekarang.sabarlah AC...wasallam.


Sat Apr 6, 2002 10:17 pm
From: ismail ariffin <http://groups.yahoo.com/group/Relexjap/post?postID=N6jmPA0dFrIXaNJPUHBt-k9LY12DeCKqgRd3s3M9Nc-NeZkkI1Tf3VIH7TY4HsUJrC9FZ9FMgkwMKtgR>
Subject: Re: [Relexjap] SH - Mak + Abah Jeles..

PCM(PakcikMail) "faham" sangat ngan ego mak bapak, takkiralah MP syalili ke MPmember2 lain.Teringat PCM "dolu-dolu"...dah akad nikah dgn aruah makcik kaupundiaorang nak lambat2kan peresmian nikah (khenduri, naik pelamin, dandiistiharkan kepada "hoi orang kampong...!!).dah tu tak kasi pcm jumpa aruah.dihantau mrk MC kau nun ke kampong nenek jauuuh keutara (dekat Gurun).selamatiga bulan mc disitu, dia dipersediakan untuk menjadi "suri rumah". diajarmengait, diajar menyulam, diajar memasak apa yang belum pandainya.pcmdiberi "notis" - NO ENTRY ke "zon larangan" (rumah neneknya itu).sungguhmengecewakan. Dah nikah dahpun tak boleh "close in"?? Bayangkanlah (yangmemanaskan darah!). itu dia "penangan" rangtua2 dolu (tahun 70-an tu naksyaili cek oih! yang herannya pula, belum betunang, boleh lak jumpa? Boleh bawabejalan dan tengok wayangpun..ah, sungguh! aruah makcik kau sampai bolehbertandang ke KL untuk "bercuti" penggal sekolahnya dirumah makayah pcm.Phooihhh! Seghonok habis.Batasannya kalau dikenakan pun, mesti ditemani adik-adik perempuan pakchik.Tapi setakatmana laghat adik2 pakcik nak jadi "cheperon"(betulke ejaan? tibai sajalah belalang, asal itam macam kopi dah!)Balik2 cuti tu teruslah hantar "meminang". Ciihhh macam hero bollywood de? kitapi kerumah dia jumpak bapaknya dan berterusterang. Begitu dialognya. "pak chik,saya sangat suka dengan .....(nama timangan aruah makchik kau). saya cadang nakambil ... sebagai isteri .. (Tentulah "isteri" pakcik, tak kan isteri orangkot?). saya berjanji, saya akan menjaga ...dengan baik." bakal pak mertua kitatersenyum kambing :))) (sikitpunya lebar de!). Lagi, "Nanti saya akanhantar ....(bapak saudara pakcik) untuk "merisik"..(ikut adatlah walaupun dahtahu si-dia makcik kau tu tak ada siapa2 lagi selain pakcik!).Bebalik bab nikah tak boleh "close in just yet" tu.lepas tiga bulan di "kurung"dirumah neneknya, keluarganyapun menetaplah tarikh kenduri...nun...cuti sekolahpenghujung tahun! 10 bulan lagi. Mana boleh? Pakcikpun berontaklah! "awat,beghapa ghamai ahli keluarga hangpa yang jadi cikgu sampai nak tunggu cutisekolah? Beghapa ghamai adik beghadik hangpa yang belajar keluaq negheghi naktunggu sekolah tutup baru nak boleh buat khendughi?" Haaaa! Rasakan. bayangkankita dah ready nak "mengawan" selepas dah nikah, pulak nak "gantung" sepuluhbulan lagi selepas tiga bulan "curfew"? ..."Nak saya gile?"Dipendekkan cerita yang tak panjangmana ni..mrk beralah.tarikh nikah sampaihaghi ni susah nak lupa sebab pada hari itu sekarang ni, kononhari "Memperingati KekaSIH" (14fEB). Tak perasanpun pcm waktu tu. and then,baru pakcik kelangkabut...that was only in two weeks from the date decided!My God!. Barulah nak apply cuti. Barulah orangtua makcik kau nak "memanggil"(jemput cara mulut/hadir diri) adik beradik, sahabat, jiran dan kaumkerabatnya!. But, pcm took it easy. Kad jemputan pun tak tempah, pakai taipsendiri atas sekeping kertas A4 warna kuning, potong dua tampal kat notis boardopis utk member2 mulakan kutipan wang! Biasaklah tu. (I always keep myself up-to-date with the "chat" language, currently used by young netters). aper lersoo _shah (Rukh Khan!) sangat nak kenduri? bukan kita yang tanggung. makpak diayang kena buat tu semua. Tak loghat ka? Nasib baik aruah memiliki lembunyasendiri ..(dibeli dari duit hasil gantirugi kemalangan jalanraya yangmenimpanya waktu sekolah rendah dulu..dari anak dah jadi bapak dan mak lembutberanak pinak. Oghang kampong dulu2 cik oi, simpan duit beli lembu, buatkhenduri kawin, bila dapat cucu, kekah, time raya haji, buat korban.pi mai pi mai akhirnya selamatlah kami naik pelamin (bebentuk burung meraklagi!). kalau ada "scanner" boleh juga "show-off".Begitulah lebihkurang, pendekceritapun dah jadi panjang.tapi nak Syailipompuan, bab tu susahlah sikit.kenapula bapakmu guna kuasa"veto"nya. Sampaibebawa ke zaman dia pernah "angau" muda2 dulu utk menguatkan hujjah. Look atit this way, girl. "whatever pung" he had the right.tunang you cuma bagibelanja . brangkali waktu betunang sudah diikat janji "dibawah setahun"tempohnya (katakan). anytime between january and december, is under setahun tu.Maybe, just maybe, they wanted to make it grand.anak pompuan kesayangankot.accept this and you'll feel great.they loved you, girl.they wanted to showoff the bride the likes of you in the best manner and in the grandest way theycan.I hope, you are not making things up by bursting in frustration kerana "6bulan" lagi tu just to incite members like pakcik to come up with somecomments....(sekurang2nya lari sikit dari topik poligami, heheh :) lucunya?).tapi kalau betul2 sampai tetongging frustnya, cerita pakcik diharap dapatmenenteramkan perasaanmu.Bayangkan "yang dingin"...(apa-apa jenama gula dinginboleh boleh, sampai mendinginkan terik matahari? Tak ke temberang besar iklanmacam tu.dimaafkan.namapun "iklan"..telan aje le). OK dear, you must"ve feltbetter and releived already long before pakcik "came into your life". its goodto let off steam, but dont't (you dare) do it all the time. Kok habis "steam"awak terkulai "layu", nak panjan\t tangga pelamin pun tak mampu. Wasallam .


Tue Apr 9, 2002 8:58 pm
From: ismail ariffin <http://groups.yahoo.com/group/Relexjap/post?postID=Txv-AZKt1TeNA5IYBGXtg2sj-G6RTDMDg7kVWc5zaOTRd6NuBrstCQuMbg1Rkk8ZuaHcg7uoJipZpZ0>
Subject: Re: [Relexjap] NWR - Diari Hati...

Wahai Guest6348 :waalaikumsalam ku tampilkan diri,berkongsi denganmu perasaan hatiku, betapa 7tahunmu telah berlalu, jejaka yang ditunggu masish membisu.Jodoh pertemuan ditangan tuhan, yang memandu hambanya dlm setiap keadaan,cepat lambat sesuatu keputusan, terserah kepadaNya untuk menentukan.Kita hanya boleh berusaha, apapun keputusan hati kita akan digerakkanNya,solat Istikharah lakukanlah segera, sampai mendapat "isyarat" didalam lena.Dalam mimpi maupun gerak-hati, agar keputusan dibuat nanti, tidak timbul sesal dihati, gantinya kelak membahagiakan diri."Orang lama" menjengok kembali, itupun petanda takdir Illahi, atas doa puan yang ampunya diri, membebaskan derita dan siksa dihati. hidup ini ada risikonya, ranglama belum tentu bawa bahagia, ah, "what the heck"pedulikan saja, kalau dah tak tahan nak berumahtangga.Jikalau ingin hendak "merasa", berumahtangga untung ruginya,daripada diri dimamah usia, kematu disini kematu disana. Maafkan hamba sedikit terkasar, atawa kekata sedikit tersasar, bukan hamba hendak mengajar, padamu jua apa yang benar. Sidia mungkin seronok di bandar, pilihan banyak hendak dikejar, kepadamu hatinya dah tak berkobar, sanggupkah anda lagi nak sabar? jika tak jumpa yang berkenan dihatinya, mungkin kepada anda kembalinya ia, sedang "ranglama" mengharap sahaja, kok terlepas kedua-duanya. wasallam.


Thu Apr 11, 2002 8:23 am
From: ismail ariffin <http://groups.yahoo.com/group/Relexjap/post?postID=DE60RgKKQhWL0U657_nRsnL7RzZej6BeqQ3GV74WiJEOv2x6Ffe5BXbohaA9JkLnuvegNLdSeC0Bjo4>Subject: Re: [Relexjap] Jadilah pemandu berhemah benar kata sdra kita bertimbangrasa dengan pemandu berkenderaan kecil daripadakita.kalau di thailang, kata kawan saya, kalau berlaku kemalangan langgarmelanggar, yang besar akan dipersalahkan. motorsikal langgar kereta, keretaakan dipersalahkan. kalau kereta melanggar lori, pemadu lori disalahkan. kalaulori 1 tan menyodok mana2 bahagian lori 10 ton, yang besar juga salah. kalaulori 10 ton melanggar trailer panjang, yang panjang tu akan dipersalahkan.saya peribadi, memandu kereta dan memandu motosikal, ikut keadaan. kalau dekat2saya suka bawa motosikal "Kris Modenas" saya.kekadang bawa pi kerja walaupunjauh sedikit, sebab tak mampu menempuhi traffic jam.sebagai pembawa motosikal,saya berharap2 sangat pemandu kereta, van dll kenderaan sewaktu dengannya,bertimbangrasa memberi laluan utk saya kehadapan.sememangnya ramai pemandukereta dll bertimbangrasa, terimakasih. atas timbangrasa mrk terhadap saya,maka saya lebih bertimbangrasa bila saya memandu kereta pulak. sebab saya tahuperasaan orang yang memandu m/sikal. apabila ada pemandu m/sikal yang "biadap"dijalan raya, saya sempadankan diri saya melakukan yang serupa pabila sayamemandu motorsikal saya, kerana jika saya tak suka gelagat mrk , tentu pemandukereta lain pun tak suka saya bergelagat sedemikian.itulah kelebihan jika kitapemandu "dwi-kenderaan"-saling faham memahami.back to pemandu "ganas" tadi.orang macam tu memang ada dimana2. bila memegangsteering dia merasa dia "superior being"lah. mula nak tunjuk garangdijalanraya, apatahlagi terhadap pemandu sar dan "cool" macam sdra lagi kitanak mengelak "contrantation" dgn dia, lagi dia nak tunjuk lagak. sebenarnya,dari kajian saya, pemaandu itu "timid" orangnya , tak "bertelur" dipejabat (dgnboss) maupun di rumah (dengan isteri). bagi menampong "kepondanan"nya disana,maka keretanya digunakan sebagai alat melepas geram, tak kira dengan siapa.sekurangnya, dapat "compensate" (gantirugi) diatas hinanya tak berani melawandi pejabat atau di rumah.Sayapun nak berkongsi cerita, orang belakang membunyikan "horn" ketika lampubaru bertukar kuning nak ke hijau tetapi saya tak bergerak kerana ada motosikaltengah "membelah" lampu kuning nak ke merah di hadapan saya.Dia horn lagi, sayabergerak melepasi lampu dan berhenti ditengah jalan. saya pakai kain pelekatsaja sebab baru balek dari masjid.saya keluar mendepani pemandu belakang."Apahal ? "(dengan nada agak geram). terdiam dia seketika."tak ada apa-apa,jalanl;ah." saya kata lagi" nak nampakkah motosikal melintas depan saya tadi?"yang nak kelam-kabut ni kenapa, emak awal tenat ke?" dia diam,sori..jalanlah."Dia tahu kalau kita berkain pelekat, kita orang tempatan. memang dekat situorangkampong di gerai2 ramai kenal saya.bukanlah nak tunjuk garang, tapi nakmengajar sedikit.Abang ipar saya lagi "berani". bila lampu baru bertukar hijau, baru nak masukgear, kereta belakang "horn",bukan perlahan, pakai horn yang kuatpula.terkejut, abang saya naik marah, dimatikan enjin keretanya.buat2 starttapi tak nak "hidup".agak2 5-8 minit begitu, kereta belakang berundur nakpotong...dihidupkan .abang ipar tersenyum puas dapat "mengajar" orang belakangerti kesabaran.Adapula yang tak suka motosikal memotongnya dari kiri. dipotongnya kita,kemudian agak2 kita dah dekat semula dengannya sebelah cermin kiri, dipicitnyaair "wiper" keretanya terkena muka kita, dan berlalu.basalah muka kita .tentutersenyum bangga pemandu kereta 4-wheel drive tu.agaknya dia ni "kerabat" rajamana2 kot.Ada lagi, tapi kasilah member lain layangkan pengalaman dan komen mrk kot?wasallam.


From: ismail ariffin <http://groups.yahoo.com/group/Relexjap/post?postID=HqMJSC9AoRuVrWyjGj9oK6ZgVL8Vd2Jvf9JDUCcC-hdwh-cSi-2zGzv70JyyB3tIL9xgGd_i_SNeZID2CA>Subject: Re: [Relexjap] Just before I go... a.kum linda, Tm dll warga RJ,terasa lama dah tak menjengok anda. tergerak nakmenyumbang kesah jenaka, nak kongsi gak "glamer"Linda, lehkan? hailah lin, banyak dah baca posting linke RJ, semuanya yang "happy"2 aja.baguslah.orang nyaceria selalu. tentu kuat ketawa.banyak suntikoxygen.cergas-mergas minda. now my turn:mamat semakin sering bertekak denganistrinya.mengganggu si momot tetangga sebelah. suatuhari momot datang memberi nasihat."aku jarang bertenkaq dgn biniku. antara dia dan akuudah ada bagian tugas yang jelas."apanye?" soal mamat."aku dah cuba, tapi balik2 akujuga yang kena buat itu ini...tak tahan le.""bahagiannya begini. aku memikirkan hal2 yang besardan biniaku memikirkan hal2 yang kecil."mamat melopong."ooo tapi bagimana korang menentukanyang mana keputusan besar dan yang mana pula keputusankecil tuk?""Senang aja bah" kata momot." bini aku guruskan soalbayaran bil-bil, pendidikan dan persekolahan anak2kami, bawa anak2 mendapat rawatan doktor kiranya depasakit, buat keputusan kat mana nak bawa anak2 beriadahdihujung minggu atau percutian, kereta apa nak belikalau nak tukar kereta, etc etc etc..""oh yang tu ringan-ringan nu? hang buat apa?" tanyamamat."ai, dah tentu yang berat2 dan besar2punya...umpamanya macammana nak hentikan seranganyahudi keatas rakyat palestin, apakah patut amerikadan pbb terus mengenakan sekatan keatasIraq..bagaimana nak menyatu padukan puak2 ygbertelagah di Afganistan, macammana nak pujuk presidenBush batalkan rancangan nak menyeranSomalia..danseumpamanya..berat ooh nak fikirkan keputusan berat2macam tu!"..."wasallam



Fri Apr 19, 2002 12:02 pm
RE [Relexjap] Mengapa Begini Nasib Ku???..

From: ismail ariffin <http://groups.yahoo.com/group/Relexjap/post?postID=0bNcsOuTR0g64zUSeb93DkSzX-aMO5D9IUTrVQXtWeW7fQu28BWcrQPUFZ05ktDfM2dqdOlbjcbaqc-L>
A/kum MZS.W/pun saya tak dapat membantu anda dengan maklumat yang dihajati, sekurang2nyaizinkan saya mencoretkan apa yang pernah berlaku kepada saya dan isterisaya .Suatu ketika dahulu isteri saya keguguran kandungan anak yang keduanyaakibat kereta yang ditompangnya dilanggar pemandu mabuk dari belakang.hentaKAn yang kuat menyebabkan isteri turun darah...masuk wad lebih sebulan,dan akhirnya dinasihatkan doktor supaya elakkan mengandung selama 2 tahununtuk mengelakkan "bunting anggur" lagi. kesihan dia ( sekarangaruah...meninggal 1996) ketika itu berumur 25 tahun, anak baru seorang.Dengan izin Allah SWT juga, kakak sepupunya di kampong yang sedang mengandunganak nya yang ke-8, terbuka hati akan menyerahkan kandungan bila lahir kelak,kerna kasih dan sayangkan aruah. Alhamdulillah, lahirlah anak itu..perempuan,cantik dan comel amat. mulalah kakak sepupunya goyah , berat hati nakmenyerahkan sbgmana dilafazkan sewaktu mengandungkannya, maklum, dari 8 oranganaknya, yang itu perempuan yang kedua..selainnya lelaki belaka...(jangkanyadapat lelaki lagi!).Dengan kehendak Allah juga, berlaku "musibat" keatas dirikakak sepupu aruah isteri saya itu. Setiap kali membasuh lampin s-comelanaknya itu, kulit tangannya melecet semacam, keluar air bebisa , danperanakannya menjadi gatal bagai terkena infeksi @ virus dan sebagainya..hingga tidak tertahan lagi walaupun dirawat.Maka teringat dia akan janjinyadahulu, lantas menyerahkan anaknya itu kepada kami suami isteri. Bahagia benarkami dengan baby girl pula (anak pertama kami lelaki baru 4 tahun).ayang bukanmain lagi. manjanya anak itu tak tertulis disini. Maalangnya...kami dicemburuinenek anak itu. Menanggung sengsaralah kami suami isteri dengan kerenah nenek.Pantang ditinggal anak itu akan di"rampas" nenek ke bilik tidurnya (kamimenompang satu rumah lelain dapor). disumbatnya baby itu dengan susu yangtidak mengikut sukatan yang wajar. Bila aruah isteri saya menegur, dibahasanyaaruah. Memang diakui, hampir kesemua anak-anak kakak sepupu saya dibawahjagaannya sewaktu kecil2..."tak matipun aku bagi makan susu macam nih?".Sampai pakaian yang kami sediakan utk bayi itupun tak mahu dipakaikan.dipakaikannya pakaian2 lama cucu-cucunya ddahulu yang masih dalam simpanannya!Begitu juga makanan bayi dalam tin yang kami beli.."ah tak payah.cucu2 akuyang lain besar dengan pisang lenyek dan bubur nasi yang aku tanak...tak adayang mati keracunan!". Dipendekkan cerita....masuk bulan ketiga, nenekmembawa "lari" anak angkat kami itu balik ke rumah ibu asalnya (kakak sepupukami itu). Sedihnya tak terkira. ketika itu saya sedang tidur selepas syifmalam sebelumnya. aruah isteri mengejut saya bangun katanya,nenek "pelari" ....... anak kami balik ke kampong kakak.Diperhentian bas,nenekenggan menyerah anak kami. minta disalin pakaian yang lusuhpun enggan. Bastiba dan nenek berangkat pergi. saya amat kecewa dengan perbuatan nenek,memujuk isteri saya , biarkan apa berlaku, kita takkan menjemput budak itubalik , kecuali nenek atau kakak menghantar semula ....... ke pangkuan kita!Rupa2nya kakak juga takut mengingkari kemahuan nenek," depa muda lagi , bolehbeghanak lagi...buat apa nak bagi anak hang?" begitu lebihkurang kata nenekmenengking kakak. Sebulan di sana kemudian, ....... (anak itu) jatuh sakit,muntah dan cirit-birit.Timbul sesal dihati nenek. dia menelefon kami untukmengambil budak itu. kami berkeras mahu nenek sendiri kembalikan diasebagaimana nenek melarikan dia dari kami dahulu! Kesian .......setiap kalidisebut "mama datang!" matanya mencari2 "mama" (timangan nama aruah isterisaya). Atas kehendak Illahi, anak itu meninggal dunia, tak sempatmenatap "mama" dan "babah"nya. Kami menziarahinya dan membawa jenazahnya keperkuburan utk disemadikan...dari Allah dia datang, kehendak Allah diadijemput kembali..kerana antara nenek dan kami...Allah lebih menyayangiHanisah. Alfatihah.Wasallam.


Sat Apr 27, 2002 11:14 am
From: ismail ariffin <benariff47@...>Subject: Re: [Relexjap] Cara terbaik untuk mengatasi marahku ?? Wahai "Ibu Tension", A/kum dulu semoga dalam peliharaan Allah SWT.Pada fikiran saya anak anda ni "itteligent", IQ tinggi danterlalucepat "matang". Menjawab soalan2 panjang2 dalam peperiksaan menjemukan keranadia suka soalan yang "go straight to the point". Tanpa "elaboration" yangberjela2pun dia dah boleh jawab. Macam dia minat arithmatic, jawapannya hanyasatu. Betul, betullah. Salah, salahlah. Tak ada "itu atau ini". Tak payahbanyak cerita! Sesetengah budak sebaya dia lebih suka soalan yang mencabarminda dari yang remeh2. Budak2 sebaya diapun bisa mengatakan soalan2itu "childish" wlaupun dia sendiri masih "a child" himself! Maaf kalau anaklelaki pun bukan dari kategori yang saya sebutkan tadi.Sebab anak buah sayayang sebaya bijak me"reason" out sesuatu persoalan. Kalau soalan senang,ala...dia suruh kita jawab sendirilah. "Tak best" katanya. Bukan dia takfaham soalan, lebih dari faham. Tetapi jawapan yang dikehendaki diamemberikannya itu terlalu "remeh". Dia tak fikirpun bahawa jawapan remehpunmenambah markah. Ini memilih soalan yang diminati saja utk jawab. So, what dowe do about kids like this? Adakah suatu masa nanti dia akan menjelmamenjadi "Einstein"?Boys like this, I can tell you, cepat "bore" dengan "company" orang yang takmendapat kedudukan dalam carta pemikirannya. Maybe bapaknya ada sedikitsebanyak kategori yang mendekati selera mindanya. Maaflah kalau tak betul.Dia hendaklah somebody "witty" jugak!Above all, rasa saya, he wants more attention. Setakat usaha Ibu Tensionbarangkali kurang memadai baginya.Betul kalau disarankan more attention from aman.Cuba buat dia rasa ada responsibility untuk "melindung" (protect thesafety and welfare of) ibunya semasa ketiadaan bapanya. Make him feel likehe's the man of the house. Mana kita nak tahu barangkali perangkainya terikut2cara kanak2 sebaya dia di negara Barat spt yang ditontoninya di TV. Anak2 matsalleh di tv tu biasanya ditonjolkan sbg "outspoken", independent, witty,hingga boleh berinteraksi dengan ibu bapa, nenek datok seolah2 "duduk samarendah, berdiri sama tinggi"..Ingat iklan dalam Astro? "We may be children,but dont treat us like kids" lebihkurang kot."Lembab2"anak kita dalam pelajaranpun, manalah tahu, he is actually veryobservant? Ibu kitapun balik ke "sekolah" belajar lagi...takkanlah at thisage, nak expect kita "excel" in everything. "Kita ikut "pace" kita budak-budak...jangan dipaksa ikut "pace" orangtua lak?" Kot gitu difikirakan sianak, siapa tahu? He still has a long way to go. Biarlah, ikut kemampuan dankeinginannya..nak "run a hundred meter dash" ke, nak "crawl' macam siput babike...sooner or later, he'll catch up.So, relekjap. Try be as "observant" as your child. Eiii bebudak sekaraaangg!Wasallam.


Sat Apr 27, 2002 1:54 pm
From: ismail ariffin <benariff47@...>Subject: Re: [Relexjap] SH - Perasaanku a'kum.Seeloknya jangan...jangan NZA! Pertama anda telah mencuri intip sms phone nyatanpa izinnya.Dia akan menempelak anda habis-habisan. Bukan marah apa, malu amat (veryembarrassed) membuat dia dengan sendirinya cuba "merawaT" harga-dirinya yangudah "tercemar" bukan oleh orang lain tetapi isterinya sendiri. Pantang sangatbagi lelaki "moral" dirinya dipersoalkan. Dia tentu akan membangkitkankebaikan2 dirinya terhadap anda lebih banyak dari setakat sms itu.Dia akanmenuduh anda penyebab dia berkomunikasi dengan wanita lain. Apala dah meleret,anda sendiripun dah tak tahan, menjadikan itu penyebab utk bungkus kain bajunak balik ke rumah mak bapak.Kedua perkahwinan anda masih dalam tempoh "probation"...whereby, a little bitof spark more will cause a big fire! Dah berapa kali anda kata anda berselisihfaham, dan berdiam sahaja hingga sesiapa mula menegor dahulu. Mungkin krisissebelum ini tidak melibatkan orang ke tiga.Jadi tak apalah sangat. Biasalah,baru kahwin...baru nak kenal benda2 dalaman sesama anda.Baru nak menyesuaikandiri tinggal serumah dan tidur sebantal.Jadi apapun boleh bermaaf-maafan lagi.Ketiganya anda dah berpakat dengan perempuan itu dan dia berjanji tidakmengganggu suami anda. Itu sudah kira bagus dan boleh mengendurkan keinginansuami anda hendak menggalak lagi. Oleh kerana pertama kali berlaku, andacubalah melupakannya. Kira itu sbg ujian terhadap kemantapan perilaku andaketika diuji. Lindungi "luka" yang sedikit itu dari merebak menjadi besar danbernanah.Anggap itu sebagai garisan calar dihati anda, akan sembuh segera.Jangan diintip lagi sms yang boleh didelete dari hpnya...kalau anda "taktahan". Layan suami anda seperti biasa. janmgan tunjuk apa2 kekurangan.Wasallam.


Mon Apr 29, 2002 1:44 pm
Re: [Relexjap] SH - Adakah aku menyusahkan semua org.
From: ismail ariffin <benariff47@...>A/kum.Andaian saya, mungkin:-1. Dia kebimbangan bakal isteri anda akan "merampas" takhta yang didudukinyaselama ini. Bakal adik iparnya mungkin memiliki kelebihan yang menarik segalaperhatian dan tumpuan ibu-bapa, adik beradik daripadanya? Apatahlagi jika diaanak perempuan tunggal dalam keluarga! Seorang lagi perempuan akan menjejakkaki ke dalam keluarga anda sebagai "saingan"...?2. Terlalu sayangkan anda hingga taK dapat menerima hakikat yang andaakan "jatuh" ke tangan orang lain (tunang anda). Kemungkinan setalah berkahwinanda akan berpindah rumah. Segala wang ringgit anda yang selama ini membantukeluarga akan dicurahkan kepada isteri dan keluarga mertua anda pula. Terasabeban tanggungannya bertambah bila anda pergi....?3. Dia cemburu kerana anda telebih dahulu menemui jodoh sedangkan dia belum.Dia belum mendalami hakikat bahawa jodoh pertemuan ditentukan tuhan. Kalau diaboleh menerima bahawa adik lelakinya mendahuluinya itu ada hikmah dan kebaikanke atas dirinya, masalah dapatlah dikurangkan...?4. Dia pernah putus cinta.Begitu sukar hendak menerima hakikatnya. Selama inidia meluahkan dan berkongsi perasaan kecewanya dengan anda, adik lelakinya..?Selama anda bersendirian (belum dimiliki ), anda merupakan teman menangis danmeratap? Kini anda dianggapnya telah "membelot" kerana keluar daripermasalahannya. Tinggal dirinya terkonteng-konteng..?Cuba selesaikan kemelut ini dengan:1. Tunang anda merapatkan diri dengannya dan menjadi teman menangisnya pula.Tunang anda harus berusaha memperolihi keyakinan yang mendalam dari bakalkakak iparnya. Insyallah, sedikit demi sedikit akan terubat jiwa kakak anda.2. Anda sendiri jangan mengurangkan kasih sayang dan perhatian yang selama inidiperolihinya dari anda. Jangan terlalu menunjukkan kemesraan terhadap tunanganda ketika dia berkunjung kerumah dan dalam kehadiran kakak anda. Pandai2lahanda berdua "berlakon" asalakan kebaikan menjadi.3. Fikirlah sendiri.Wasallam.

No comments:

Post a Comment

Your comment is subjected to moderation. Thank you.