Wednesday, October 21, 2009

DARI ARKIB RELEKJAP 2003 ¬PERJALANAN KE RUMAH ALLAH EPISOD 14, 15, 16


Wed Aug 20, 2003 10:37 pm
PERJALANAN KE RUMAH ALLAH
Episod ke-14 ~TAWAF QUDUM


Assalamualaikum. Jumpa lagi.

Alhamdulillah kali pertama memasuki rumah Allah, aku mendapat tempat di bahagian hadapan.

Terdapat ruang terbuka bagi mereka yang melakukan tawaf sunat di dalam masjid. Di hadapan benteng pemisah gelanggang kaabah sudah penuh. Ruang menjadi semakin sempit bila jemaah yang habis pusingan duduk. Lelaki dan perempuan ini pun mencelah duduk mana yang sempat, depan dan belakang, ikut dan. Tak perasan aku kalau ada jemaah yang protes secara diam-diam. Ku lihat tiada yang merungut. Baik sangka belaka. Mereka sedar kesabaran mereka sedang diuji . Lidah harus dijaga dari mencela cerca. Kalau di madrasah atau masjid kita, jemaah perempuan di ruang belakang dipisah kain tabir tebal lagi.

Tak cukup dengan itu yang masuk kemudian dan masih mahu mencari saf terkehadapan melangkah barisan. Langkah bahu langkah kepala, tak menjadi soal. Kalau kaki mereka terkena kepala atau bahu orang, mereka memohon maaf . Siap tepuk bahu kita lagi. Tapi kalau terlangkah kitab suci Al-Quran, memang kena marah. Pandai pula ‘mereka’ memilih baru jemaah dari Asia Tenggara (Malaysia, Indonesia, Brunei?) kerana bahu jemaah dari Timur Tengah, Pakisan dan Afghanistan sayup sedikit! Aku tak kena hari itu alhamdulillah! Habis disitu secara kasarnya.

Malam menutupi siang. Lampu dalam Masjid semakin terang. Cantiknya tidak terakam dengan kata=kata. Kena datang lihat sendiri.
Adzan dilaungkan. Bergema syahdu. Kita menjawab seruannya. Kita solat sunat qabliah. Yang terdesak tak bertempat, sempat menyelit antara kita waktu kita berdiri antara rekaat. Yang nak habisi tawaf, berjalan juga. Kemudian kedengaran qamat. Semua berdiri. Yang tawaf berhenti tawaf dan mengadap kiblat, dimana ada ruang menyelit.. ALLAHU_AKBAR.

Solat fadhu selesai. Solat jenazah dilaungkan. Semua jemaah berdiri. Sejahteralah mayyit (mayat)disembahyangkan dan didoakan beribu-ribu jemaah .

Selesai itu, solat sunat maghrib ba’kdiah. Aku isyaratkan pak T bersiap untuk melakukan tawaf qudum. Kami beransur ke tangga menuju gelanggang kaabah. Beg kecilku selang ke bahu dan ketip ke pinggang – secured. Talipinggang askar tu ku lilit masuk kedalam kain ihram – pun secured. Hatiku berdedap-dedup menyaksikan semakin ramai jemaah turun ke gelanggang. Ya, Allah, permudahkanlah. Aku membawa seorang yang tua. Pak T “travel light”. Kitab apapun dia tak bawa. Rezeki dia tuhan gantikan warisnya (anaknya sepatut menemani) dengan aku. Alhamdulillah, itupun rezki pemberianNya, aku menyedapkan hati.

Akupun mengangkat niat sepatah sepatah untuk memboleh Pak T mengikutiku: Ya tuhanku, aku hendak tawaf baitullahilharam tujuh keliling sebagai tawaf umrah kerana Allah Taala. Maka mudahkanlah bagiku dan terimalah diriku. Amin.

Kulihat jemaah semakin ramai turun ke arah kaabah. Alangkah baiknya jika ustad memimpin kami bertawaf. Orangnya lebih tegap dari aku yang mengidap kencing manis ini. Tapi syukur kepadaNya, belum apa-apa berlaku yang menjejaskan kesihatanku.

Ku kira kumasih buta bila berhadapan dengan keadaan yang sebenar walaupun telah maklum mengenainya semasa kursus. Umpama siRabun memimpin siButa yang seorang lagi (Pak T). Dengan berkat doa dan izinNya, ku harap dapat menempuhi ujian terbersarku setakat ini. Kufikir jemaah wanitapun berkudrat, masakan aku tak boleh? Ku lihat sang ayah menanggung sang anak kecilnya diatas bahunya pun boleh, masakan aku akan semput disini?

Aku mencari garisan tanda tempat bermulanya tawaf . Ternampak papan bertulisan “Tawaf Starts Here” tergantung di papan bertandakan lampu hijau ditepi gelanggang permulaan. Dengan berhati-hati kumimpin Pak T masuk ke gelanggang hinggalah ke garisan permulaan.

Tawaf bermula dari Hajar Aswad dengan mengucupnya kalau dapat tetapi kalau orang terlalu ramai maka diangkat kedua-dua belah tangan melambai-lambai sebagai isyarat kucup Hajar Aswad sambil menyeru : Bismillahi-Wallahu-Akbar , Walillahilhamd!
Begitulah juga pada tiap-tiap kali mula keliling.
Aku angkat sebelah tangan kanan sahaja, melambai . Hanya kepala ku memandang ke arah baitullah yang suci itu. Bahu aku tetap mengadap ke hadapan. Ada jemaah yang berhenti dengan badan-badan mengadap
Ke arah kaabah. Mungkin tak sama mazhabnya dengan ku.

Apapun! Aku membaca doa dari karta berbalut plastik seawal pusingan pertama

“Subhanallah walhamduillah walailah hailallah wallahuakar, walahaulawala quwataillah billah hilaliyil azim”….dan doa seterusnya yang membawa maksud: Maha Suci Allah dan kepujian kepunyaan Allah tidak ada tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar tidak ada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Yang Maha Besar mudah-mudahan bercucurah rahmat dan sejahtera atas Rasululllah s.a.w .

Ya Tuhanku aku kerja ini kerana beriman kepadaMu, dan kerana membenarkan kitabMu, dan kerana menyempurnakan janji denganMu, dan kerana menurut perjalanan (sunnah) Nabimu dan kekasihmu Muhammada s.a.w. Ya Tuhanku sesungguhnya aku minta kepada Mu keamanan dengan kesihatan yang sempurna dan penolakan yang berkekalan akan bala bencana pada agama, dunia dan akhirat, dan kemenangan dengan mendapat syorga dan keselamatan dari neraka.

Tiap-tiap kali sampai diantara Rukun Yamani dan Rukun Hajaraswad, bacalah: “Rabbana atina pidunya hasanah wafil akhirati hasanah wakhina ‘azabannar, Waadz kilnal jannata ma’al abrar yaa ‘Aziz ya Ghaffar, ya Rabbal ‘Alamin” yang bermaksud: Wahai tuhan kami. Berilah kami didunia ini kebaikan, diakhirat juga kebaikan. Peliharalah kami dari ‘azab neraka dan masukkanlah kami ke dalam syorga bersama-sama orang yang berjaya, wahai Tuhan yang Maha Mulia lagi Maha Mengampuni, wahai Tuhan seru sekelian ‘alam.

Apabila masuk pusingan kedua. Doanya: Ya Tuhanku, sesungguhnya rumah ini rumahMu, dan yang mulia ini tanah Mu, dan keamanan ini keamanan Mu, dan hamba ini hamba Mu. Dan aku ini hamba Mu dan anak hamba Mu dan tempat ini tempat orang berlindung dengan Mu daripada neraka. Maka haramkanlah daging kami dan kulit kami daripada neraka. Ya Tuhanku, jadikanlah kami cintakan kepada iman, dan hiaskanlah iman itu dihati-hati kami dan jadikalanlah kami benci kepada kufur dan derhaka dan maksiat, dan jadikan kami dari jumlah orang-orang yang terpimpin.

Ya Tuhanku, peliharakanlah diriku daripada ‘azab Mu dihari yang engkau akan bangkitkan hamba-hambaMu, Ya Tuhanku kurniakanlah kepada ku syorga dengan tidak dihitung.

Dipusingan ketiga. Doanya; Ya Allah Tuhanku! Sesungguhnya aku berlindung denganMu daripda kejahatan ragu-ragu (syak), syirik, permusuhan, munafik, perangai yang jahat, pandangan yang buruk dan daripada perubahan yang tidak baik. Aku pohon daripadaMu keredhaan dan syorga, aku berlindung denganMu daripada kemurkaanMu dan neraka. Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada fitnah kubur, juga fitnah hidup dan mati.

Kutahu doa-doa itu sunat sahaja. Aku boleh membaca apa-apa doa pendek-pendek yang aku hafal. Macam Pak T baca ayat-ayat pendek dari kitab suci AlQuran, seperti “tiga Qul” pun OK. Yang utama pengerjaan mengelilingi itu betul mengikut syarat-syaratnya.

(Coming soon! Insyallah!. Episod 15 ~ SESAT)
Wassalam.
BENariff


Fri Aug 22, 2003 1:16 am
PERJALANAN KE RUMAH ALLAH
Episod 15 ~ TERSESAT!

Salam pertemuan lagi.

Alhamdulillah. So far so good! Aku dah Pak T sudah memasuki garisan untuk pusingan yang ke empat.

Digarisan pemulaan ulangan pusingan adalah yang paling sesak. Begitu juga di Hajar Ismail, iaitu sebahagian daripada Kaabah yang dibina Nabi Allah Ibrahim a.s. Di Maqam Ibrahim lega sedikit, ada juga ruang untuk memotong . Mendekati Hajaraatul-Aswad, berasak-asak sesak semula bila jemaah berhenti melambai plus jemaah yang masuk tawaf.

Tiap-tiap kali sampai diantara Rukun Yamani dan Rukun Hajar Aswad dibaca doa yang bermaksud: Wahai Tuhan kami berilah kami didunia ini kebaikan, diakhirat juga kebaikan, peliharalah kami dari ‘azab neraka dan masukkanlah kami kedalam syorga bersama-sama orang yang berjaya wahai Tuhan yang Maha Mulia lagi Maha engamun, wahai Tuhan Seru Sekilian ‘Alam.

Dipusing keempat doanya bermaksud: Ya Allah ya tuhanku. Jadikanlah hajiku Haji yang diterima, usaha yang dipuji, dosa yang diampunkan, ‘amal soleh yang maqbul dan perdagangan yang tidak rugi. Ya Tuhan yang Maha Mengetahui isi hati, keluarkanlah diriku daripada gelap gulita kepada terang benderang cahaya. Ya Allah ya tuhanku, sesungguhnya aku pohon dari Mu perkara-perkara yang menyebabkan turunnya rahmat Mu serta mendapat keampunan, keselamatan dari segala dosa, beroleh segala jenis kebajikan, berjaya mendapat syorga dan selamat daripada api neraka. Ya Allah yang tuhanku, jadikanlah diriku berpuashati dengan pemberian yang Engkau kurniakan kepadaku, berkenanlah apa yang Engkau anugerahkan kepadaku dan gantilah apa yang hilang dariku dengan apa yang baik dariMu.

Alhamdulillah! Pusing keempat selamat disempurnakan. Sebaik melepasi garisan permulaan untuk pusingan yang ke lima, aku dan Pak T tidak dapat mengelakkan banjiran yang bertambah besar dengan kemasukan lagi jemaah baru memulakan tawaf. Bagai dirempuh, kami tertolak-tolak ke arah kanan. Kami mencari ruang untuk bergerak. Semakin kami mengelak semakin jauh kami dari kaabah hingga akhirnya kami dibawa “arus” terkeluar ke ruang yang terbesar dan lapang.

Aku cuba masuk semula tetapi tiada “diberi” ruang untuk meneruskan pusingan . Orang dibelakang menolak, orang dihadapan menoleh marahkan kita pulak! Suami yang mengepong isteri membuka kepaknya hingga menyukarkan orang lain memintas. Begitulah yang kelihatan. Peliknya aku tak berasa hendak marah, atau merungut. Kali pertamaku itu sudah tertaqdir begitu, dan ku terimanya sebagai cobaan diatas egoku. Ku masih memegang pesan abang kakak dan isteriku “jangan merungut!” Aku yang memang kritis, fussy dan “quite easily irritated” bagai seorang yang tak bertaring sahaja.

Pak T yang memaut lenganmu terasa hendak pitam dan hendak muntah akibat himpitan. Dia terkebil-kebil kepenatan . Kalau memuda dulu dialah tergagah dalam pasukan tentera menggempor pengganas kominis diwaktu dharurat dan pencerobohan tentera Indon sewaktu konfrontasi. Sanggup “tidor” sambil berendam berjam-jam dalam sungai sedalam leher ketika menyerang hendap musuh dihutan belantara. Kini, semangat yang kental tidak diimbangan usia yang telah memamah tenaga dirinya. Pengalaman di situ tidak seumpamanya dengan apa yang kami jangkakan. Akupun terpaksa mengalah demi kerananya.

Dengan keadaan yang tidak berapa megizinkan itu, ku membawa Pak T keluar dari gelanggang masuk semula ke dalam masjid .Tangga naik ke ruang masjid serupa sahaja dari arah mana sekalipun. Harap-harap itulah tapak permulaan yang kami turun. Harap-harap bertemulah kami laluan masuk tadi.

Tak apalah. Kita akan lakukannya semula. Lewat malam nanti kita akan ikut rombongan KT96 yang akan dipimpin seorang tok sheikh dan lakukan semula tawaf yang tergendala tadi. Jam 11.30 mudah-mudahan kuraang sesaknya.

Pak T hendak keluar Masjid secepat mungkin kerana rasa kelemasan. Akupun pakai redah sahaja ikut kaki kemana nak dibawa. Asal dapat keluar. Kami berjalan di dalam Masjid mencari pintu keluar untuk pulang ke tempat penginapan. Tau-tau sampai ke tempat jemaah mengerjakan sa’ie. Tak sempat aku merakamkan dikepala tempat ditapakmananya Ibu Nabi Ismail a.s. Siti Hajar r.a. berlari-lari anak mencari air untuk anaknya yang kehausan. Pak T perlu dikeluarkan segera dari Masjid!

Kami melintas tempat orang bersaie itu dan keluar dari salah satu pintu keluar disitu. Pak T disisikua asyik pertanya betulkan jalan yang ku ikuti. Ku kata ikut sajalah . Bila kerap sangat ditanya, ku katakan padanya, kalau pak T tak caya, sila ke hadapan, biar saya pula ikut. Dia diam. Jangan bimbang. Inilah jalan nya. Insyallah.

Dia mengikuti . Kami menyusuri bahagian luar masjid ke arah kiri dari pintu keluar. Ku harap akan berjumpa semula dataran/lapangan waktu mula-mula sampai ke Masjid. Takperasan pun perbezaan laluan itu dengan laluan yang dibawa ustad. Jalan dan deretan kedai sama sahaja .

Adzan Isyak berkumandang sayu. Entah dimana kami waktu itupun aku tak ingat tapi di dataran yang lebih tinggi, agak-agak sudah keluar tidak jauh sangat dari kawasan Masjid. Aku berhenti kerana mahu solat dahulu. Tak payahlah. Buat di hotel saja! Pak minta teruskan cepat balik ke hotel. Jom-lah! Jom-lah! Aku tak tahan dah ni.

Dia nak muntah. Ku kata muntah sajalah dekat parit sana. Kalau tidak duduk saja disini, hingga saya selasaikan solat Isyak. Aku menompang sedikit bahagian sejadah seorang hamba Allah lalu ikut berjemaah. Dia duduk menunggu, menahan diri dari muntah. Teruknya dier!

Selepas itu kami sambungkan perjalan pulang. Betulkah arah yang ku tuju nih? Dah lama berjalan hotel tak jumpa-jumpa lagi ? Ku rasa tadi waktu mengekori ustad dan isteri sekejap saja rasanya udah sampai ke Masjid. Pak T dah panik. Ku tenteramkan dia. Jangan risau, Makkah tak besar mana. Sat lagi jumpalah hotel kita. Tapi dalam hatiku terasa yang kami dah sesat. Tapi sesat ke arah mana? Arah yang bertentangan barangkali.

Ku berhenti tanya seseorang. Dia pula tanya seseorang. Orang yang kedua menunjuk arah ke sinun! Kami jalan lagi. Tanya orang yang ke tiga. Katanya kami dah salah arah. Dia tunjukkan sebuah bangunan di jalan itu yang menunjukkan “Maktab 77”. Cuba tanya disana, mungkin mereka tahu.

Sampai ke maktab 77 Kalau aku tak silap, ternampak lambang Tabung Haji. Syukur, selamat. Singgah di hotel itu pemuda kita yang bertugas dikaunter memakai vest biru muda berlogo Tabong Haji bertanya. Kami beritahulah kami dari Hotel Al-Habibah. Maktab 84. Jalan apa tak tahu. Dengan ramah mesranya dia menunjukkan bangku untuk kami duduk merehatkan diri dahulu. Air zam-zam dalam balangpun ada kalau hendak minum. Petugas menalifon maktab 84 untuk mendapat kepastian dimana. Kemudian memberitahu kami dah sesat jauh ke arah yang bertentangan. Petugas meminta kami tunggu. Duduk dan rehat dulu sementara dia hubungan orang untk membawa kami balik.

Lamalah juga kami menanti. Ku ingat orang dari maktab kami akan datang menjemput dengan kenderaan ke apa. Rupanya seorang pemuda Arab datang menemui kami. Berjubah putih dan bertudung kain petak hitam-merah dan lilitan apanama dikepalanya. Dan petugas meminta kami mengkutinya balik. Keluar pintu hotel ku ikuti pemuda itu ke arah sebuah kereta. Ingatkan itulah kenderaan yang akan kami naiki balik ke rumah penginapan. Pemuda itu melewati kereta itu dan melintasi jalan. Takkan jauh sangat dia park keretanya?

Rupa-rupanya harapan kami hampa . Menapak lah kami mengikutinya. Kakiku mula terasa sakit sebab sudah lama berjalan. Pak T tak kata apa ikut saja dengan langkah yang dipercepatkan. Tak ada pula nak pitam atau nak muntah lagi. Tiba-tiba aja lega. Syukurlah. Barangkali perasaan cemasnya dah tiada lagi.

Kami dibawa masuk ke dalam suatu kawasan Masjid melalui pintu berapa aku tak pasti hingga ke kaunter mendaftar jemaah yang hilang/sesat. Tag tangan yang kami pakai membantu mereka untuk mengenalpasti tempat penginapan kami. Selepas mengisi borang apa segala kami diminta tunggu sebenar . Arab sama Arab bercakapan, siap dengan gelak ketawa. Harap-harap tidak berkaitan dengan kami. Seorang dari mereka ku lihat mirip anak Melayu . Mungkin kacukan Arab-Melayu atau Indon. Sebiji macam muka Apek Scenario.

Akhirnya pemuda itu mengarahkan kami ikutnya. Sekali sekali dia toleh kebelakang untuk pastikan kami ada . Laju langkahnya. Pak T pula yang mendahului aku. Tiba-tiba sahaja dah sehat. Pelek!

Lama berjalan baru aku nampak macam kelibat hotel kami tapi pemuda Arab tidak membawa kami ke arah hotel itu. Dia kelencong ke hotel lain. Hotel apapun aku tak perasan . Kami naik lif ke tingkat berapa tak ingat. Disitu ada kaunter lagi. Pemuda Arab itu menyerahkan borang kepada seorang petugas Arab juga yang mengeluarkan resit ke apa. Agaknya dia akan mendapat upah kerjanya. Seorang lelaki Indon mengambil alih. Kami disuruh ikut lelaki itu turun tangga ke bawah.

Alhamdulillah, akhirnya sampailah kami ke hotel kami. Indon itu berhenti berbual dengan rakan senegaranya. Munkin mereka LULU. Aku dan pak T tak tunggu dia terus naik lif ke bilik kami. Masuk saja Pak T menerpa masuk bilik air. Aku tengok katilku terus terlentang terbongkak…legaaa!

(BERSAMBUNG @ tobecontinue ala KA, INSYALLAH)

Wassalam
BENariff



Fri Aug 22, 2003 7:55 pm
PERJALANAN KE RUMAH ALLAH
Episod 16 ~ UJIAN LAGI!


Syukur Alhamdulillah, apapun ujian yang datang pada hari pertama ku di Tanah Suci ku anggap sebagai limpah kurnia yang tak ternilai dari sifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang Nya jua. Aku diujiNya tiga kali dalam sehari seawal-awal hari pernama ku menjejak kaki ke Rumah Nya! SUBHANALLAH! ALLAHU AKBAR!.

Pertama dikurniakanNYA akan aku tugas untuk menolong-temankan seorang tua yang diongkosi dengan tambang dan wang belanja anak-anak semata-mata tapi dilepaskan pergi bersendirian. Keduanya disingkirNYA aku dari meneruskan tawaf pusingan yang ke lima sehingga terpaksa ikut keluar demi menguji sejauhmana kusanggup berkorban untuk seorang hambaNya dari menanggung lebih kemudaratan . Ketiga kalinya disesatkanNya akan jalan pulangku ke rumah tumpanganku sebagai suatu ujian kesabaran dan pengalaman yang bukan semua orang dapat rasai . Belum senang sudah disusahiNya kami bersama-sama. Alhamdulillah, kusyukuri nikmat pemberianNYA! Hikmat disebalik segala-nya itu terserah kepadaNYA. Ujilaha apa sekalipun, Ya Allah ya Tuhanku, aku redha.

Secara kebetulan pula, mengikut salah satu dari bebanyak buku kuliyah yang kubaca, diantara HIKMAH DAN FALSAFAH HAJI ialah PENGORBANAN, SABAR DAN TABAH, PERSAUDARAAN, MENGABDIKAN DIRI, DUGAAN, MELAWAN NAFSU, PERSAMAAN, dan SATU CITA-CITA. Manakala di antara SIFAT-SIFAT TERPUJInya pula ialah sabar, syukur, ikhlas, Redha, Rajin, Pemurah, Ingat Mati, Bertimbang Rasa, Bertanggungjawab, Tolong Menolong, Menepati Janji, Penyayang, Berjimat Cermat, Amanah, dan Taubat .

Tak bersalahan jikaku anggap aku dan Pak T telah mendapat sebahaian besar dari hikmah dan falsafah yang tersebut. Manakala Sift-Sifat Terpujinya pula ku serahkan kepada kalian untuk menggarap samada aku layak menerimanya tidak, ahem!

Kotlah nak tahu, Pak T yang tiga suku abad umurnya itu pertama kali menunaikan Haji. “Itupun kerana didesaki anak-anak aku.”(katanya seawal-awal pengenalan lagi) “Aku tak keluar sesenpun.” (tambahnya lagi), “Ikut-ikut, orang setua aku, tak apa tak datangpun…dah 75 layak diberi “kelonggaran” (elaun?) . Bergurau apa ini? Tak berani aku nak komen bab itu. Endak dikatakan nyanyok, ingatan ke zaman silamnya dulu masih terang benderang macam bulb 160 watt !

Bertuah betul orangtua ini. Bangga betul dia menceritakan siapa-siapa anaknya dan apa pekerjaan mereka. Betapa bangganya dia akan seorang anaknya pakar jantung. Sultan pun jadi pesakitnya. Tanpa lengah-lengah ditunjukkan ubat-ubat yang dia bawa, Bekalan yang dibawanya berlebihan. Siapa-siapa berhajat minta sahaja.Tak sembarangan jenama, semuanya dibekal kan anaknya itu dari sebuah Medical Centre. Ku banding ubat sakit kepalanya dengan ubat sakit kepalaku lebihkurang sama gak. Kok bezapun cuma packaging nya kelihatan agak lebih “exclusive”. No big deal, really.

Walaupun kecik orangnya tubuhbadannya kelihatan sasa. Bekas askarlah katakan. Cara percakapannya pun masih ada bau-bau “authority”- very commanding. Banyak pengalaman yang dilalui dihabisi ceritanya in less than an hour. Bagaimana cepatnya dia naik pangkat dari satu calit hingga pakai “jam pekak” (Pegawai Waran 1).

Awal-awal lagi kami menjadi akrab macam anak dengan ayah…sebaik tahu akupun datang bersendirian. Kebetulan kami merokok “brand” yang sama – GG merah. Diapun bawa sekartun untuk stok selama di Makkah. Punyalah baik hati suruh aku simpan rokok aku dan hisap rokok yang dia bawa. Murah sungguh hatinya hingga stok minuman kopi tongkat alinya diletakkan didalam laci setboard kecil bilik untuk digunapakai siapa yang teringin. Akupun bawa beberapa bungkus uncang kopi ginseng . Kami bertukar-tukar rasa. Tapi dia lebih prefer susu sebab ada masalah dengan “angin”. Takut sangat dia terbuang angin selepas berwudu’. Dah tu, sekejap-sekejap nak terbuang air. Tak mau dia ikut berwirid bersama imam, “lama sangat”. Seboleh-boleh surah yang dibaca dalam solatpun biarlah pendek. “Aku tak tahan” katanya.
Dialah yang pernama sekali “cabut” selepas memberi salam sewaktu berjemaah di lobby hotel. Kerana itu juga dia keberatan ke Masjid takut terbuang angin dan air. “Aku dah 75, Eil. Lebih kurangpun tak apa. Tak der dosanyer.” Begitulah”excusennya” selalu. Dia akui ikut aku ke Masjid untuk tawafpun kerana “memenuhi rukun Haji”. Bila kunyatakan pahala sembahyang di Masjid itu gandanya 100,000 kali. Jawabnya, “ Sana (MasjidilHaram) dengan sini (hotel) sama sajer!” Dia sanggup bertekak pertahankan pendirian itu. Dia memang dikenali anakbuahnya dalam Pasukannya kerana ketegasan itulah, “Aku cakap sekali jer, diaorang dah faham!” , Patutlah cepat amat dia naik pangkat. Kalau itu katanya, itulah juga sampai bila-bila pun. Cukup dulu. Nanti kita akan lebih mengenalinya dalam episod-episod akan datang. Allah Maha Penyayang. Sesiapapun tetap dijemput ke rumahNya apabila tiba seruan. Subhanallah!

Aduh…..ku picit-picit kaki ku yang sengal-sengal. Pak T masih di tandas melegakan dirinya. Kemudian dia masuk dan baring tidur. Ku dapati bahagian bawah kain ihram terjejas kebersihan terseret kotoran di jalanan. Ku basuh bahagian itu ,

Baru sahaja nak sambong melepas lelah, Ustad muncul ke bilik. Baru balik dari beriktikaf di Masjid. Macammana tawaf tadi, OK? Alhamdulillah, balasku, kami baru balik! Tak nampakpun? Ikut jalan mana? Aku tengok Pak T. Pak T tengok aku. Sama-sama tak ceritapun bab sesat. Dia memberitahu dah ramai orang berkumpul di bawah. Masyallah! Dah pukul berapa? Aku bertanya. Hampir 11.00 malam. Jawab ustad. Hm, Ini bermakna hampir 3 jam sesat baru ketemu jalan pulang.

Jom Pak! Nanti kita tertinggal! Kami berdua turun dapat segera turun ke bawah kerana lif banyak dah kosong. Alhamdulillah, jemaah baru hendak bebaris. Masa mana mereka turun. Waktu naik tadi lif kosong jugak?

Ustad B yang menjadi pakar runding cara Haji sedang memberi taklimat terakhir sebelum bergerak mengikut seorang Tok Sheikh dan pembantunya ke Masjidil Haram bagi mengerjakan tawaf umrah/tawaf qudum a.k.a. tawaf selamat datang dan seterusnya sa’ie.

Dari pintu hotel lagi kami beramai-ramai melaungkan talbiah. “Labbaikallahummalabaik” dan seterusnya hingga habis. “HambaMu datang menyahut panggilanmu, ya Allah! HambaMu datang menyahut penggilanmu. Engka yang tidak ada sekutu bagiMu. Sesungguhnya segala pujian dan nikmat dan kerajaan adalah kepunyaanMu. Yang tida ada sekutu bagimu”

(AKAN KETEMU LAGI DI EPISOD SETERUSNYA, INSYALLAH)

Wassalam
BENariff
o900/220803

No comments:

Post a Comment

Your comment is subjected to moderation. Thank you.