Wednesday, October 21, 2009

DARI ARKIB RELEKJAP 2003 ¬PERJALANAN KE RUMAH ALLAH EPISOD 1.

Tue Jul 29, 2003 12:41 am
BBA - Perjalanan Ke Rumah Allah (Episod I)

Nota Pentadbir: Bermula dengan artikel ini Pihak Relexjap memberi TM "BBA=Bersama BenAriff" untuk Saudara Ben.Semoga penghargaan yg tak seberapa ini dapat memberi perangsang untuk beliau untuk terus menulis untuk tatapan semua Warga Relexjap. Juga untuk memberi pendorong untuk warga Relexjap untuk sama-sama memeriahkan Relexjap dalam berbagai Info dan bahan bermutu.Sekian. ===========================================================================
PERJALANAN KE RUMAH ALLAH
(Episod.I)

Jikalau Kutahu

Jikalau kutahu disana akan kudapat,
Iman dan taqwa yang kucari-carikan,
Kutakkan tunggu sampai kini
Untuk melihat kebesaran Illahi
Biarpun ada yang mengatakan
Kebesaran tuhan terdapat dimana-mana,
Dalam diriku pun telah lama berada,
Cuma aqalku singkat untuk menafsirkannya.
Kaji dan mengajipun menambahkan ilmu
Tetapi iman yang kukuh kubelum temu,
Jikalaulah kutahu , takkan lama kutunggu,
Ketika sehat aku mengilat,
Alasan konon belum tamat taubat,
Taubat apa kalau hati terkunci,
Wang yang ada kelain dulu pergi,
Kerja bagaikan lembu yang ditarik tali..
Kalau ku tahu disana akan ku temui
Iman dan taqwa dulu lagi kan kupergi…
Kini SERUAN menghinggapi hati nubari,
Cukup tak cukup ku tetap pergi,
Mengerjakan haji seumur hidupku sekali,
Baitullah yang mulia juga menanti.
BENariff

Bismillahirrahmanirrahim .


Ibradat haji adalah satu amalan yang paling utama disamping amalan2 yang lain seperti sembahyang, puasa, zakat dan sebagainya. Ia adalah diwajibkan diatas tiap2 muslim lelaki dan perempuan sekali dalam seumur hidupnya dengan syarat2 yang ditentukan oleh Islam. Diwajibkan pada tahun keenam Hijrah. Rasul berhaji pada tahun yang ke 9.

Sabda Rasulallah S.A.W. yang diriwayatkan olih Altarmizi dan Albayaqi, dari Ali r.a. ,”Barangsiapa yang ada mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh menyampaikannya ke Baitullah, tetapi ia tidak menunaikan haji sehingga ia mati dengan tiada ada keuzuran baginya, maka tidak ada halangan baginya mati sebagai seorang Yahudi atau Nasrani dari segi siksaannya.”

Babak I – Flashback to black and white to year end 2001
External / Jalan kampong /Menghampiri senja.

Kereta dipandu Hj Muktar menghampiri perkampongan Jenderam Hilir.
Ketika itu kedengaran azan dilaungkan dari Madrasah . Seorang budak lelaki yang berjubah dan berserban puteh bertugas di simpang masuk ke perkarangan pondok mengarahkan kereta ke tempat parking ditepi kedai koperasi .

Aku, Musa dan HJ Muktar kelihatan keluar dari kereta dan bersegera ke madarasah. Kami mengisi saf yang ter kehadapan yang boleh.

Qamat olih bilal. Solat diimamkan Pak Guru Hj Hafiz.

Takbir “Allahuakbar.”
Niat “Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib, tiga rekaat, makmum , kerana Allah Taala”

Kusyuk dan tawadhuklah aku dari awal hingga salam mengikut imam.
“Assalamualaikum warahmatullah…” toleh ke kanan,
“Assalamualaikum warahmatullah….”toleh ke kiri.

Selesai wirid sebagaimana biasanya, tokguru memulakah kuliah.
Kelihatan makmum memberi tumpuan yang penuh terhadap pengajian kitab itu. Beberapa tape-recorders kelihatan diatas tempat tokguru menyampaikan ilmu. Ada dikalangan makmum membuat catatan ke dalam buku nota memasing. Dihadap setiap orang terletak kitab yang dirujukkan diatas meja kecil ala rihal yang memang tersedia .

Diakhir kuliah, tokguru mengumum bahawa bayaran pendahuluan sebanyak RM2900 dijelskan tinggal seminggu lagi. Bayaran sepenuhnya boleh dilangsaikan sebelum bertolak ke tanah suci. Cukup flexible, bisik hatiku.

Dissolved to

Babak 2
External/Malam/Lebuhraya PLUS

Kereta Hj Muktar di lebuhraya menghampiri Plaza Tol Sg.Besari, memasuki lorong laju tanpa berhenti membayar tol kerana gunakan smart tag.
Kedalam kereta. Musa duduk sebelah HJ Mukhtar. Aku tengah-tengah tempat belakang.

HJ Mukhtar
Macammana ? Kami dah masuk nama . (Pause) Awak?

Aku
Teringin juga …tapi…duit ganjaran tak dapat lagi, tuan haji. Bulan duabelas baru dapat dikeluarkan.

Musa (menjampuk)
Takkan tak dak simpanan langsong? Kat tabung ada banyak mana?
Aku (Sambil menggaru dagu tak gatal)
Tak cukup.

Musa
Tak cukup tu banyak mana?

Kelihatan tangan Hj Musa menepuk paha Musa seolah-olah berhenti menyoal.Aku terdiam. Segan nak cakap. Banyak lagi yang tak cukup.

Cut-to
External/Taman perumahan/hadapan rumahku/malam itu

Kereta membeluk masuk ke taman perumahan dan berhenti dihadapan pagar rumahku.
Ku hulur tanganku bersalaman dengan Musa. Kemudian dengan Hj Mukhtar yang tak melepaskan tanganku.

HJ Mukhtar:
Kalau saya cukupkan, macammana?

Aku:
Iya ker? (kugenggam erat tangannya) Ndak sponsor ker? (Excited)

Hj Mukhtar
Dapat wang ganjaran nanti, boleh bayar balik.

Musa (Mengusik)
Tak bayar nanti, hajinya tak sah! Harammm!

Aku (Macam tak percaya)
Tentulah boleh. Tapi, bolehkah pergi dengan wang pinjaman?

Hj.Mukhtar: (Melepaskan tanganku)
Nanti kita pastikan dengan ustad. (memberi salam)

Aku (Menjawab salam dan keluar dari keteta)
Terimakasih tuan haji! Terima kasih banyak-banyak…

Kereta meninggalakan aku masih tercegat dihadapan pagar rumahku.

Fade to black

Babak 3
FX: Audio dan selingan montages menunjukkan:

A – Di pejabat penganjur, aku menerima cek pembayaran dari Hj Mukhtar dan menyerahkan kepada pendaftar. KU menerima resit dan berjabat tangan dengan pendaftar.
B – Di dalam madarasah, tokguru sedang memberi taklimat mengenai kerja-kerja haji. Seorang jemaah menunjukkan cara-cara memakai ihram. Kami mengikuti dengan penuh minat.
C - Di kediaman-kediaman aku dan Musa menunjukkan saat-saat penantian yang penuh debaran akan isyarat sms dari penganjur untuk berangkat. Tunjukkan aku dan Musa selang seli menelefon sesama sendiri bertanyakan khabar.
D – Di dalam madarasah, kursus diteruskan jua. Ustad memberitahu apa yang sedang diusahakan. Tiket penerbangan telah ditempah dan tarikh pernerbangan dikosongkan untuk diisi sebaik sahaja berita baik diterima. Kita sedang berusaha untuk mendapatkan visa dari kedutaan Arab Saudi…..begitulah kira-kiranya.

FX :Sambungan Audio

Dengan kehendakNya juga rancangan ke sana tidak dapat ditunaikan kerana keterbatasan pengeluaran visa dari kedutaan Saudi untuk mereka yang pergi dengan passport merah (antarabangsa).

Insert visual
Bangunan Kedutaan Arab Saudi di Jalan Ampang/Siang
Kelihatan beberapa orang dari jemaah yang berkumpul dipintu pagar kedutaan dihampiri pendaftar yang menunjukkan isyarat “tak dapat”.

Cont. Audio:
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak penganjur termasuk membuat permohonan di kedutaannya di Thailand, memohon visa pelawat dan quota menteri.

Hingga ke saat-saat penerbangan pesawat terakhir dari KLIA ke Jeddah telah berangkat pergi, barulah kami menyerah dan mengakui bahawa manusia hanya dapat merancang tetapi Allah jua yang menentukannya. Allah tahu betapa kami telah mempelbagaikan usaha hingga kesaat-saat terakhir untuk menyahut seruanNya. Belum ada rezeki kami ke sana tahun itu…all 64 of us, innalillah…

Fade to black
End Film style.

Bersambung ke Episod kedua perkesahan secara narratif yang biasa.

No comments:

Post a Comment

Your comment is subjected to moderation. Thank you.